The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan tentang pembangunan portfolio pelajar JMTI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszaidah, 2021-03-03 00:56:47

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO JMTI VERSI 2

Panduan tentang pembangunan portfolio pelajar JMTI

PANDUAN PENGURUSAN
PORTFOLIO

LATIHAN KEMAHIRAN
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN

MALAYSIA
(JMTI)

BAHAGIAN KAWALAN KUALITI & LATIHAN
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA
PULAU PINANG

27 FEBUARI 2021

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO -1-
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO LATIHAN KEMAHIRAN
DI INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA

KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat
1.0 TUJUAN 3
2.0 OBJEKTIF 3
3.0 PROGRAM DIJALANKAN DI JMTI 4
4.0 PELAKSANAAN 5
5.0 PENGESAHAN DAN VERIFIKASI PORTFOLIO 39
6.0 TARIKH BERKUATKUASA 39
7.0 RUJUKAN 40

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO -2-
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO LATIHAN KEMAHIRAN

1.0 TUJUAN
Panduan ini adalah bertujuan untuk penyeragaman portfolio pelatih dan pelaksanaan
penilaian pengetahuan dan prestasi. Panduan ini terpakai untuk semua program kemahiran
yang dilaksanakan di JMTI.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menyediakan satu panduan yang lengkap untuk rujukan dalam pembangunan
portfolio bagi memastikan sistem penilaian yang seragam, adil dan telus untuk
digunapakai oleh semua program yang dijalankan di JMTI;

1.2 Membentuk satu kaedah pengrekodan bukti-bukti penilaian yang komprehensif dan
seragam supaya tidak berlaku perbezaan pelaksanaan penilaian dan memudahkan
verifikasi persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) oleh Pegawai
Pengesah Luaran atau Pegawai Naziran;

2.3 Menyediakan satu panduan lengkap bagi memastikan portfolio pelatih dibangunkan
dan diuruskan dengan lebih sistematik.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO -3-
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

3.0 PROGRAM DIJALANKAN DI JMTI

3.1 Program Sijil Kemahiran Malaysia
i. Subjek Teknikal
ii. Core Ability
iii. Latihan Industri

3.2 Program Diploma Kemahiran Malaysia
i. Subjek Teknikal
ii. Core Ability
iii. Projek Akhir
iv. Latihan Industri

3.3 Program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
i. Subjek Teknikal
ii. Core Ability
iii. Projek Akhir
iv. Latihan Industri

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO -4-
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

4.0 PELAKSANAAN

4.1 Warna Portfolio Pelatih

Semua pelatih dikehendaki menggunakan format warna portfolio yang telah
diseragamkan seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Warna Fail Portfolio

TAHAP JPK CORE ABILITIES

1 - PUTIH
2 MERAH PUTIH
3 KUNING PUTIH
4 HIJAU PUTIH
5 PUTIH PUTIH

Saiz fail maksimum saiz 65mm maksimum saiz 65mm

4.2 Format Muka Depan Portfolio
i. Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK ) seperti Rajah 1.

Rajah 1 : Muka Depan Portfolio Kemahiran

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO -5-
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

ii. Persijilan Kemahiran Malaysia ( JPK - Core Ability ) seperti Rajah 2.

Rajah 2 : Muka Depan Portfolio Core Ability
4.3 Format Tulang Tepi Portfolio

Rajah 3 : Format tulang tepi portfolio untuk kemahiran dan Core Ability

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO -6-
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

4.4 Rekod Penilaian Kumulatif (RPK)

A. Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK- SKM/DKM/DLKM)

1. Mengguna pakai format RPK yang disediakan oleh JPK. Hanya satu mukasurat
digunakan untuk SATU JADUAL CU untuk pengesahan seperti ditunjukkan dalam
Rajah 4.

2. Nama pelatih dan no Kad Pengenalan pada RPK hendaklah ditulis menggunakan
pen HITAM.

3. Nama Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) hendaklah
menggunakan pen berwarna HITAM atau cop nama.

4. Tanda tangan Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) pada
RPK hendaklah menggunakan pen berwarna HITAM.

5. Tempoh latihan yang perlu diisi perlu merujuk tempoh latihan yang terdapat dalam
Slip Permohonan Pendaftaran Pelatih (JPK/T1002) seperti ditunjukkan dalam
Rajah 5 untuk Maklumat Pelatih.

6. Bulatkan Kaedah Penilaian terlibat menggunakan pen berwarna HITAM.
7. Tarikh Penilaian pada RPK hendaklah ditulis mengikut TARIKH TERKINI di antara

Penilaian Pengetahuan dan Penilaian Prestasi.
8. Cara penulisan untuk Bukti Ketrampilan boleh dirujuk pada Rajah 6 mengikut

penilaian yang dilaksanakan samada secara berasingan ataupun digabungkan.
9. Pelatih TIDAK DIBENAR MENGGUNAKAN CECAIR PEMADAM (Liquid paper)

pada RPK. Pelatih boleh menggunakan pemadam pen atau potong pada
penyataan yang silap.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO -7-
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 4 : Satu Kod CU untuk satu mukasurat
Rajah 5 : Maklumat Pelatih

Rajah 6 : Format pengisian jadual Work Activities

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO -8-
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

B. Persijilan Kemahiran Malaysia ( JPK - Core Abilities )

1. Menggunapakai format RPK yang disediakan oleh JPK seperti ditunjukkan dalam
Rajah 7.

2. Nama pelatih, no Kad Pengenalan pelatih hendaklah ditulis menggunakan pen
HITAM.

3. Nama Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) hendaklah
menggunakan pen berwarna HITAM atau cop nama.

4. Tanda tangan Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) pada
RPK hendaklah menggunakan pen berwarna HITAM.

5. Markah penilaian hendaklah dimasukkan dalam nilai peratus.
6. Tarikh Penilaian pada RPK hendaklah ditulis mengikut TARIKH TERKINI

penilaian.
7. Pelatih adalah TIDAK DIBENAR MENGGUNAKAN CECAIR PEMADAM (Liquid

paper) pada RPK. Pelatih boleh menggunakan pemadam pen atau potong pada
penyataan yang silap.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO Rajah 7 : RPK untuk Core Ability
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI -9-

4.5 Susunan portfolio

A. Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK- DKM/DLKM)
1. Isi kandungan (Bilangan CU dan WA berbeza mengikut bidang dan tahap)

Rajah 8 : Isi kandungan portfolio kemahiran pelatih

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 10 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

2. Salinan pendaftaran pelajar (Borang JPK/T1002) seperti ditunjukkan dalam Rajah
9. Nama pelatih berkenaan perlu DIWARNAKAN. (highlight)

Rajah 9 : Slip Pendaftaran Pelajar (T1002)

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 11 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

3. CPC setiap bidang perlu dimasukkan di dalam portfolio mengikut tahap seperti
ditunjukkan dalam Rajah 10.

Rajah 10 : Competency Profile Chart

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 12 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

4. NOSS Matrik untuk kemahiran dan Core Ability seperti ditunjuk dalam Rajah 11(a)
dan Rajah 11(b).

Rajah 11(a) : NOSS Matrik kemahiran

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO Rajah 11(b) : NOSS Matrik NCS
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI - 13 -

5. Training pathway bagi setiap bidang mengikut tahap adalah seperti ditunjukkan
pada Rajah 12.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO Rajah 12 : Training Pathway
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI - 14 -

6. Borang pemarkahan kerja kursus seperti ditunjukkan pada Rajah 13 perlu diisi
setelah selesai penilaian untuk setiap CU.

Rajah 13 : Borang Pemarkahan Kerja Khusus

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 15 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

B. Persijilan Kemahiran Malaysia ( JPK - Core Abilities )
1. Isi kandungan (Bilangan CA mengikut tahap)

Rajah 14 : Isi kandungan portfolio Core Ability pelatih

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 16 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

4.6 Penggunaan pemisah penilaian (separator)

1. Pemisah CU dan WA (separator) perlu diletakkan di dalam fail untuk
membezakan setiap CU dan WA.

2. Calon boleh menggunakan kertas pemisah yang berwarna putih atau sebarang
jenis kertas pemisah yang bersesuaian

A. Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK- DKM/DLKM)
1. Contoh pemisah penilaian cara susunan pemisah adalah seperti ditunjukkan
dalam Rajah 15 dan setiap pemisah perlu meletakkan ‘TELINGA’ untuk
memudahkan pemeriksa menyemak setiap penilaian yang telah dijalankan.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 17 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 15 : Contoh susunan pemisah**gantikan dengan tajuk CA untuk Core Ability

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 18 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

2. Kertas gabung seperti Rajah 16 perlu digunakan pada pemisah WA berkaitan jika
terdapat penilaian yang digabungkan

Rajah 16 : Kertas Gabungan Tugasan
3. Kertas gabung hendaklah dicetak dengan kertas A4 putih sahaja.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 19 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

B. Persijilan Kemahiran Malaysia ( JPK - Core Abilities )
1. Semua pelatih perlu menggunakan borang pemetaan penilaian prestasi
seperti ditunjukkan pada Rajah 17.
2. Borang pemetaan perlu dicetak dengan kertas A4 putih sahaja.

Rajah 17 : Borang pemetaan penilaian prestasi

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 20 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

4.7 Penyeragaman Pelaksanaan Penilaian Pengetahuan dan Penilaian Prestasi

A. Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK- DKM/DLKM)
1. Format penilaian untuk kerja kursus mesti mengikut format yang ditetapkan oleh

JTM merujuk kepada memo bertajuk Penyelarasan Penggunaan Format
Penilaian Kerja Kursus di ILJTM bertarikh 7Julai 2017 (JTM/HQ/900-3/13(22)
seperti ditunjukkan dalam Rajah 18 untuk Penilaian Pengetahuan dan Rajah 21
untuk Penilaian Prestasi.
2. Cara pengisian maklumat untuk muka hadapan kertas penilaian boleh dirujuk
pada Rajah 18.
3. Tarikh PP menyemak penilaian hendaklah SAMA dengan TARIKH PENILAIAN
ataupun tidak melebihi TUJUH (7) hari dari tarikh penilaian
4. Kertas penilaian yang disediakan oleh PP atau tenaga pengajar perlu disemak
dan disahkan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Bahagian masing-masing.
5. Pegawai Penilai / Ketua Jabatan / Ketua Bahagian hendaklah menggunakan
pen berwarna HITAM untuk tandatangan pada bahagian DISEDIAKAN OLEH
dan DIPERIKSA / DISEMAK OLEH seperti yang terdapat pada muka hadapan
kertas penilaian.
6. Minimum WA yang perlu dinilai adalah SATU (1) WA atau maksimum EMPAT
(4) WA sahaja yang dibenarkan dalam satu penilaian seperti ditunjukkan dalah
Rajah 19.
7. Borang pemarkahan untuk Penilaian Pengetahuan seperti Rajah 20 hendaklah
diletakkan pada mukasurat kedua kertas penilaian.
8. Merujuk kepada skema pemarkahan Penilaian Prestasi seperti ditunjukkan
dalam Rajah 22, MAKSIMUM HANYA DUA (2) PERKARA KRITIKAL sahaja
yang dibenarkan untuk dinilai.
9. Keputusan penilaian perlu dinyatakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 23.
10. Semua kertas penilaian Pengetahuan dan Prestasi hendaklah dicetak
menggunakan kertas A4 berwarna PUTIH.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 21 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

i) Penilaian Pengetahuan
Penilaian pengetahuan adalah mekanisma atau kaedah yang digunakan bagi
menilai pengetahuan dan pemahaman pelatih mengenai apa yang telah
dipelajari.

Bilangan dan jenis soalan hendaklah mencapai tahap kesukaran (level of
difficulty) berdasarkan setiap CU/WA.

PP hendaklah menilai pengetahuan pelatih melalui aktiviti latihan yang
dijalankan. Kaedah penilaian boleh terdiri daripada laporan teknikal,
persembahan, lisan, ujian bertulis, tugasan, kajian kes atau lain-lain yang
berkaitan, mengikut kesesuaian tahap.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 22 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 18 : Muka hadapan penilaian pengetahuan

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 23 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 19 : Penggabungan WA untuk penilaian

Rajah 20 : Borang pemarkahan penilaian pengetahuan

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 24 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

ii) Penilaian Prestasi
Penilaian prestasi adalah mekanisma atau kaedah yang digunakan bagi
menilai kemahiran, sikap dan keselamatan dalam melaksanakan tugas,
praktikal atau kerja amali yang diarahkan.

Pelbagai kaedah penilaian prestasi boleh dilakukan dalam kerja kursus seperti
ujian keterampilan, simulasi, projek dan sebagainya. Setiap penilaian
hendaklah dibuat secara individu.

Terdapat tiga (3) kaedah penilaian prestasi dalam Kerja Kursus yang mana
salah satunya boleh dipilih dan digunakan dalam menilai prestasi pelatih iaitu:-

 Kaedah I: Ujian Keterampilan – dilakukan dalam bengkel/ makmal, secara
terkawal. Penilaian melibatkan pemerhatian dan pemeriksaan hasil kerja
pelatih.

 Kaedah II: Tugasan (Assignment) – dilakukan untuk satu aktiviti yang
lazimnya memakan masa dan tidak sesuai dilaksanakan dalam bengkel/
makmal. Perlu dilengkapkan dengan laporan dan dibentang. PP
hendaklah memastikan keaslian tugasan tersebut.

 Kaedah III: Simulasi – dilakukan bagi sesuatu kerja dengan mewujudkan
suasana kerja sebenar atau kerja dilakukan secara maya (virtual) tetapi
dapat diterima sebagai memiliki keterampilan yang dikehendaki. Kaedah
ini selalunya dilakukan bagi kerja-kerja yang merbahaya atau
bahan/peralatan sebenar tidak dapat digunakan.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 25 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 21 : Muka hadapan penilaian prestasi

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 26 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 22 : Skema pemarkahan penilaian prestasi (muka 1)

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 27 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 23 : Skema pemarkahan penilaian prestasi (muka 2)

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 28 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

11. Proses pemarkahan yang ditetapkan untuk kerja kursus.

Markah lulus penilaian pengetahuan dan penilaian prestasi hendaklah merujuk
kepada Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2: Pecahan peratus dan markah lulus minimum bagi
CU/WA Tahap 1, 2 dan 3

Jadual 3: Pecahan peratus dan markah lulus minimum bagi
CU/WA Tahap 4 dan 5

Pelatih dianggap terampil bagi sesuatu modul setelah lulus kerja kursus.

Bagi setiap CU/WA pelatih hendaklah lulus kerja kursus dan mencapai markah
keseluruhan minimum 60% bagi setiap komponen pengetahuan dan prestasi;

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 29 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

12. Kaedah dokumentasi untuk ulang nilai

Jika memperolehi markah penilaian KURANG dari 60%, pelatih dikehendaki
untuk membuat ulang nilai.

Markah minimum 60% akan direkodkan walaupun pelatih mendapat markah
lebih tinggi selepas membuat ulang nilai.

PP perlu mencatitkan “ULANG NILAI” pada ruangan Markah dalam muka
hadapan untuk Penilaian Pengetahuan dan Penilaian Prestasi bagi menyatakan
markah yang diperolehi adalah untuk penilaian ulangan seperti ditunjukkan
dalam Rajah 24.

Pelatih perlu melampirkan semua penilaian dan bukti yang TRAMPIL sahaja di
dalam portfolio dan perlu melampirkan muka hadapan penilaian untuk penilaian
yang BELUM TRAMPIL seperti ditunjukkan dalam Rajah 25.

Bukti penilaian untuk penilaian yang BELUM TRAMPIL tidak perlu dimasukkan
ke dalam portfolio.

Rajah 24: Cara penulisan pada muka hadapan untuk penilaian ulangan

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 30 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 25: Cara penulisan pada muka hadapan untuk penilaian ulangan

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 31 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

B. Persijilan Kemahiran Malaysia ( JPK - Core Abilities )
i) Penilaian Pengetahuan

1. Penilaian teori Core Ability mesti dijalankan secara berasingan (tidak
dibenarkan embed dengan program NOSS sedia ada) seperti Rajah 26.

2. Penilaian hendaklah dilaksanakan oleh PP atau TP yang dilantik oleh PB
sahaja.

3. Tempoh masa untuk menjalankan penilaian pengetahuan bagi setiap CA
adalah 30 minit yang melibatkan 20 soalan berbentuk objektif.

4. Markah lulus minimum bagi setiap CA adalah 60%. Pelajar yang gagal
hendaklah menjalani penilaian semula dan perlu lulus semua CA sebelum
verifikasi luaran program NOSS.

5. Markah penilaian perlu direkodkan ke dalam Rekod Penilaian Kumulatif – SKK
Core Ability Pengetahuan (JPK/CA/RPK) seperti dalam Rajah 27.

6. Tempoh latihan teori sebagaimana yang dinyatakan dalam SKK Core Ability
seperti di Jadual 3.

7. Tempoh latihan yang dinyatakan dalam Jadual 4 adalah termasuk di dalam
tempoh latihan program NOSS.

8. Latihan amali SKK Core Ability hendaklah dilaksanakan terangkum dengan
latihan amali program NOSS.

9. Tempoh latihan amali SKK Core Ability adalah terangkum dalam tempoh
latihan program NOSS.

Jadual 4: Tempoh latihan minimum teori core ability mengikut tahap

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 32 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 26: Muka hadapan penilaian pengetahuan core ability

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 33 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 27: Rekod Penilaian Kumulatif –Core Ability Pengetahuan (JPK/CA/RPK)

ii) Penilaian Prestasi

1. Penilaian Prestasi hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan terangkum
dengan Penilaian Prestasi program NOSS yang diikuti oleh pelatih. Keputusan
penilaian hendaklah direkodkan setiap kali penilaian selesai dilaksanakan
dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi NCS-Core Ability mengikut
tahap (JPK/CA/PP) seperti ditunjukkan dalam Rajah 28

2. Bagi setiap penilaian prestasi, PP perlu memilih Kemahiran yang terlibat pada
borang Penilaian Prestasi NCS-Core Ability berpandukan kepada Matriks
Core Ability yang telah dibangunkan.

3. Hasil penilaian kemahiran pelatih hendaklah direkod pada borang Penilaian
Prestasi NCS-Core Ability berpandukan Skala – Tahap Pencapaian.

4. Skala pemarkahan untuk ditanda pada Borang Penilaian Prestasi SKK Core
Abilities (JPK/CA/PP) adalah seperti ditunjukkan di dalam Jadual 5.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 34 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Jadual 5: Skala pemarkahan Borang Penilaian Prestasi SKK Core Abilities

(JPK/CA/PP)

JULAT SKALA STATUS
MARKAH

90-100 5 LULUS

75-89 4 LULUS

60-74 3 LULUS

30-59 2 BELUM LULUS

0-29 1 BELUM LULUS

5. Pelatih hendaklah lulus semua penilaian Core Ability sebelum layak
menduduki penilaian akhir program NOSS.

6. Keputusan LULUS akan diberi jika pelatih memenuhi perkara berikut:
a) Penilaian Pengetahuan : mendapat markah minimum 60%
bagi setiap CA; dan
b) Penilaian Prestasi : mendapat keputusan minimum Skala 3 bagi setiap
Kemahiran pada Borang Penilaian Prestasi NCS-Core Ability.

7. Pelatih dikehendaki mengulang kemahiran (Abilities) yang belum lulus dalam
modul NOSS berikutnya. Jika kemahiran (Abilities) berkenaan tidak wujud
pada modul berikutnya pelatih dikehendaki mengulang penilaian modul NOSS
berkenaan.

8. Rajah 29 adalah merupakan Keputusan Pencapaian Penilaian Prestasi NCS-
Core Ability (JPK/CA/KPPP) yang diperolehi oleh calon untuk setiap penilaian
Core Ability yang diperolehi pada hujung semester.

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 35 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 28: Borang Penilaian Prestasi SKK Core Abilities (JPK/CA/PP)

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 36 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

Rajah 29: Keputusan Pencapaian Penilaian Prestasi NCS-Core Ability
(JPK/CA/KPPP)

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 37 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

4.8 Surat Peringatan untuk pelatih yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan

1. Surat peringatan seperti Rajah 30 akan dikeluarkan oleh setiap BAHAGIAN
kepada pelatih yang tidak melengkapkan portfolio.

2. Pelatih akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya GAGAL mematuhi
peraturan yang ditetapkan

Rajah 30: Surat Peringatan kepada pelatih

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 38 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

5.0 PENGESAHAN DAN VERIFIKASI PORTFOLIO.

1. Semua dokumen hendaklah disusun dan diletakkan dalam portfolio
2. Portfolio Penilaian Latihan Kemahiran yang telah lengkap disemak hendaklah diurus

sebaik mungkin dan diletakkan ditempat yang bersesuaian oleh Ketua Jabatan atau
Penyelaras Portfolio untuk pengesahan Pegawai Pengesah Luaran atau Pegawai
Naziran semasa verifikasi nanti.
3. Portfolio yang telah lengkap disemak dan disahkan oleh PPL hendaklah diserahkan
kepada pelatih untuk simpanan pelatih berkenaan.
4. Pihak institut tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kerosakan dan
kehilangan mana-mana dokumen dalam portfolio pelajar setelah penyerahan dibuat.

6.0 TARIKH BERKUATKUASA
Panduan Pengurusan Portfolio JMTI ini berkuatkuasa pada 1 MAC 2021 bermula
dengan pelajar pada Sesi Masukan 2/2020.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

PENGARAH,
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA
JABATAN TENAGA MANUSIA

27 Febuari 2021

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 39 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI

7.0 RUJUKAN

1. PANDUAN PENTAULIAHAN PROGRAM DAN PELAKSANAAN LATIHAN
KEMAHIRAN MELALUI SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) DI
BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA, 2020

2. PANDUAN SISTEM LATIHAN KEMAHIRAN DAN PENILAIAN ILJTM (SIJIL /
DIPLOMA / DIPLOMA LANJUTAN ), 2018

3. PANDUAN PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI KEBANGSAAN (SKK)
- CORE ABILITY, 2017

4. PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO SISTEM PENILAIAN CGPA INSTITUT
KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN), 2015

PANDUAN PENGURUSAN PORTFOLIO - 40 -
LATIHAN KEMAHIRAN JMTI


Click to View FlipBook Version