Disediakan : NURUL SYUHADA NURULAIN 3BIDARA SMK TAMAN SELASIH
Biodata Murid Nama : Nurul Syuhada Nurulain Kelas : 3 Bidara Umur : 15 Tahun Tempat Lahir : Bukit Mertajam P.Pinang Tarikh Lahir : 02 Feb 2008 Jantina : Perempuan Agama : Islam Sekolah : SMK Taman Selasih Hobi : Melukis,Bermain Badminton Cita-Cita : Doktor , Polis
Penghargaan Saya Nurul Syuhada Nurulain Binti Khairizul dari kelas 3 Bidara , Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa , guru-guru serta rakanrakan yang banyak memberikan tunjuk ajar serta panduan sepanjang proses menyiapkan e-buku skrap ini . Dengan bantuan ibu bapa saya yang telah mengajar saya bagaimana mencari gambar , maklumat dan membuat buku skrap digital. Saya berasa gembira kerana sepanjang proses menyiapkan e-skrap ini sedikit sebanyak saya telah tahu tentang sejarah kemerdekaan dan figura penting dalam mencapai kemerdekaan yang dapat kita rasainya sehingga ke hari ini. Seharusnya kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini dipertahankan untuk generasi yang akan datang. Selain itu saya dapat menambah pengetahuan menggunakan kemahiran komputer dan mencari maklumat dalam internet. Saya berharap buku skrap ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan tentang kermerdekaan dan meyemai semangat cinta akan negara. Dan semoga kawan-kawan seronok membacanya dan mendapat ilmu darinya. Tidak lupa juga guru-guru saya kerana telah membantu saya dalam menyiapkan ebuku skrap ini. Akhir kata , hargailah kemerdekaan yang dicapai hasil perjuangan orang-orang terdahulu dan marilah kita kekalkan keharmonian bersama. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Sekian , terima kasih.
Negaraku, Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup, Bersatu dan maju, Rahmat bahgia, Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahgia, Tuhan kurniakan, Raja kita Selamat bertakhta.
Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan
TUNKU ABDUL RAHMAN TUN ABDUL RAZAK HUSSIEN TUN HUSSEIN ONN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIAKE 1-9 TAN SRI MUHYIDIN YASSIN DATO SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
PERDANA MENTERIKE10
TOKOH KEMERDEKAAN Beliau adalah orang yang bertanggung jawab dalam mendapatkan kemerdekaan di Malaysia. Digelar sebaai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman berulangalik dari Malaysia ke London untuk mengadakan perbincangan bagi mendapatkan kemerdekaan. Akhirnya, Malaysia dibebaskan dari cengkaman British dan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Selain memerdekakan Malaysia, beliau juga bertanggung jawab dalam membawa kesepaduan bagi penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Pada masa tersebut, kaum Melayu, Cina & India tidak bersatu-padu dan saling membenci di antara satu sama lain. Terima kasih kepada usaha Tunku Abdul Rahman, pada hari ini kita semua hidup aman dan makmur. TUNKU ABDUL RAHMAN
TOKOH KEMERDEKAAN Namanya mungkin tidak begitu dikenali pada hari ini. Beliau adalah orang kanan Tunku Abdul Rahman dalam proses pembentukan Malaysia dan selepas kemerdekaan Malaysia. Beliau ada bersama Tunku Abdul Rahman dalam proses menuntut kemerdekaan dari British. Selepas kemerdekaan, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kedua. Beliau banyak menyumbang dalam bidang perhubungan antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri. TUN DR ISMAIL DATO HAJI ABDUL RAHMAN
TOKOH KEMERDEKAAN Tun Sir Henry H S Lee Anda biasa lalu di Jalan H S Lee? Jalan tersebut diberikan sempena nama seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang pihak komunis semasa zaman darurat dan begitu lantang dalam menuntut kemerdekaan dari pihak British. Beliau adalah di antara orang penting yang menubuhkan MCA dan merupakan perancang utama perikatan UMNO-MCA. Selepas kemerdekaan, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara. Walau pun namanya tidak begitu disebut-sebut pada hari ini, namun sumbangan beliau kepada negara tidak pernah dilupakan.
TOKOH KEMERDEKAAN Tun V T Sambanthan Jalan Tun Sambathan adalah satu lagi jalan yang popular di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah seorang pejuang dan antara tokoh-tokoh kemerdekaan dari bangsa india yang sangat lantang dalam menentang penjajahan British. Beliau mengetuai orang india di Tanah Melayu mengadakan tunjuk perasaan dan menentang para tentera British yang menceroboh tanah air. Daripada Presiden Kongres India Malaya, beliau kemudiannya dilantik sebagai menteri penuh dalam pelbagai kementerian.
TOKOH KEMERDEKAAN Mat Kilau adalah anak kepada Tok Gajah. Seperti ayahnya, Mat Kilau juga tidak kurang hebatnya dalam berjuang menentang penjajahan inggeris. Mat Kilau mengetuai masyarakat setempat dalam melawan inggeris dan sentiasa menjadi contoh supaya tidak mudah tunduk kepada arahan orang inggeris. Mat Kilau berjuang bersama ayahnya Tok Gajah dalam menuntut kemerdekaan. MAT KILAU
TOKOH KEMERDEKAAN Datok Bahaman adalah seorang lagi wira dari negeri Pahang yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia. Beliau yang kebal adalah di antara mereka yang berada di barisan hadapan dalam pertempuran melawan tentera British. Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. DATO BAHAMAN
TOKOH KEMERDEKAAN Dol Said adalah penghulu Naning yang berjuang untuk menuntut kebebasan dari cengkaman British di Melaka. Kebangkitan Dol Said membangkitkan kemarahan British kerana mereka adalah pihak yang melantik beliau sebagai penghulu di Naning. DOL SAID
TOKOH KEMERDEKAAN TOK JANGGUT Tokoh kemerdekaan yang seterusnya adalah wira kebanggan rakyat Kelantan. Tok Janggut mengetuai rakyat Kelantan menentang British setelah British mengenakan cukai yang menindas rakyat. Kemarahan rakyat semakin memuncak apabila pihak British tidak endah akan tentangan yang dilakukan. Tok Janggut bukan sahaja seorang wira yang menuntut kemerdekaan, malah beliau juga adalah seorang guru agama yang disegani kerana ketinggian ilmu agamanya.
TOKOH KEMERDEKAAN TOK GAJAH Tok Gajah adalah pahlawan Pahang yang mengetuai pasukan tentera negeri Pahang semasa peperangan melawan inggeris di negeri Pahang. Beliau bukan sahaja mendapat kepercayaan sultan untuk menjadi ketua tentera, malah dilantik sebagai penasihat utama sultan. Keberanian Tok Gajah dalam medan perang sangat digeruni oleh pihak inggeris.
TOKOH KEMERDEKAAN RENTAP Rentap adalah pahlawan iban yang sangat digeruni oleh tentera British semasa penjajahan di Sarawak. Rentap mengetuai suku kaumnya berperang dengan tentera inggeris dan tanpa sebarang gentar akan memenggal kepala tentera yang berhadapan dengannya. Rentap adalah pejuang kemerdekaan yang bertanggung jawab menjatuhkan Rajah Brooke atau Raja Putih di Sarawak.
TOKOH KEMERDEKAAN Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah anak Brieng Pastinya nama Temenggung Jugah tidak asing bagi kita. Beliau yang berketurunan iban adalah sahabat karib Tunku Abdul Rahman dan merupakan satu-satunya pejuang kemerdekaan dari Sarawak yang bersamasama Tunku Abdul Rahman dalam proses menuntut kemerdekaan dari British. Beliau juga menyertai rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk rundingan kemerdekaan.
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menyiapkan buku skrap sempena bulan kemerdekaan ini dengan sempurna sekali. Saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan buku skrap digital ini. Kepada guru-guru yang sering memberi tunjuk ajar kepada anak-anak muridnya termasuklah saya sendiri. Guru-guru yang telah memberi banyak peraturan yang perlu dilakukan sebelum membuat buku skrap ini agar tidak banyak melakukan kesalahan. Oleh itu , terima kasih saya ucapkan. PENUTUP