The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap mengisahkan sejarah perjuangan Tok Gajah menentang penjajah- Oleh Auni 6AG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niqman.mni82, 2024-06-01 13:39:31

MENGHAYATI PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN - TOK GAJAH

Buku skrap mengisahkan sejarah perjuangan Tok Gajah menentang penjajah- Oleh Auni 6AG

MENGHAYATI PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN Tok Gajah


PENDAHULUAN Tok Gajah merupakan tokoh kemerdekaan pilihan saya untuk menghasilkan buku skrap digital ini kerana tokoh terbilang ini mempunyai peranan yang sangat besar dan penting dalam perjalanan kemerdekaan tanah melayu. Dengan adanya buku skrap , saya dapat memahami kesusahan yang dihadapi untuk memerdekakan Tanah Melayu serta berkongsi info-info menarik yang saya perolehi sepanjang menyiapkan buku skrap digital ini bersama rakan-rakan pembaca sekalian. Saya berharap buku skrap ini sedikit sebanyak dapat menceritakan kehebatan tokoh pilihan saya,TOK GAJAH. Selamat membaca, Nurin Auni Irdina binti Nornikman. 6AG Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin


NAMA : Rasul abdul Salam Bin shahrom GELARAN : Orang Kaya Indera Gajah Pahang TEMPAT KELAHIRAN : Pahang TAHUN KELAHIRAN : Tahun 1846 TAHUN KEMATIAN : Tahun 1901 KELUARGA : Ayah kepada Mat Kilau PANGKAT : Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, BIODATA TOK GAJAH


SEJARAH KEBANGKITAN TOK GAJAH Wan Ahmad ibni al-Marhum Bendahara Tn Ali (beliau kemudiannya menjadi Sultan Pahang moden pertama) telah dilantik menjadi Bendahara Pahang pada tahun 1863M sebaik sahaja Perang Saudara tamat pada tahun 1863M, manakala Imam Perang Rasu (Tok Gajah) pula dilantik kemudiannya oleh Bendahara sebagai Orang Besar Raja, menjaga kawasan Pulau Tawar (dahulunya dalam Ulu Pahang, tetapi kini dalam Daerah Jerantut). Gelaran “Imam Perang Indera Gajah Pahang” telah dikurniakan oleh Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (Pengasas Kesultanan Melayu Pahang Moden, 1882- 1914M) kepada Imam Perang Rasu sesudah beliau menunjukkan kepahlawanannya dalam Perang Selangor (November, 1873M). Setelah itu, hubungan Tok Gajah-Sultan Ahmad bertambah intim, dan akhirnya Pahlawan Pahang ini menjadi “orang kesayangan istana”, serta penasihat tidak rasmi kepada baginda sultan, terutama mengenai hal-ehwal Ulu Pahang.


SEJARAH KEBANGKITAN TOK GAJAH Pada tahun 1883M, Imam Perang Indera Gajah telah diamanahkan memerintah “Kg. Budu” oleh Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (Sultan Pahang 1, 1882-1914M), mengambil alih autoriti pemerintah asalnya, Tok Kaya Teh Wan Teh bin Tok Deris Wan Deris (Orang Kaya Lipis Ke-12). Dalam hirarki politik tradisional Pahang, status dan pengaruh Tok Gajah sebagai Orang Besar hampir menyamai taraf Orang Besar Berempat Pahang. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas, dan mempunyai pengikutnya sendiri..


SEJARAH KEBANGKITAN TOK GAJAH Tok Gajah telah berkahwin beberapa kali. Isteri-isteri beliau antaranya yang dapat disebut : Iti, Cik Jebah (Kg Batu Naga, Budu), Teh Mahade binti Tok Kaut (Burau), Bedah, Mah, Cik Siti (Kuala Kenong) dan Tijah. Anak-anak Tok Gajah, antara yang dapat dicatatkan ialah Awang Baiduri (Ulu Jelai) hasil perkahwinannya dengan Cik Siti (Kuala Kenong), Mat Kilau, Teh De, Awang Nong, Teh Ibrahim, dan Yang Chik (hasil perkahwinannya dengan Teh Mahade).


PENENTANGAN ATAS ORANG INGGERIS Tok Gajah berjuang bersama-sama Dato’ Bahaman telah menentang penjajah British yang cuba menghuru-harakan sosio-politik tradisional di Pahang. Tok Gajah juga tidak terkecuali mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan Dato’ Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad bin Wan Idris (OKIMPJ Ke-6), tetapi kemudiannya mereka membawa haluan masing-masing kerana berbeza halatuju perjuangan. Dalam era British, bersama-sama Dato’ Bahaman, Mat Lela, dan Mat Kilau, Tok Gajah terlibat dalam pemberontakan Pahang (1891-1895M).


PENENTANGAN ATAS ORANG INGGERIS Pada penghujung tahun 1891, tanpa diketahui oleh pihak berkuasa British, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah telah mengadakan “sumpah rahsia” di tepi Sg. Silan dengan Orang-Orang Besar penting Pahang : Dato’ Wan Muhammad bin Wan Idris, Dato’ Bahaman, dan Imam Perang Indera Gajah. Dalam majlis sumpah rahsia inilah mereka mengetahui taktir kotor kolonial British yang akan mengambilalih pemerintahan Negeri Pahang, dan kemudiannya semua pembesar negeri akan dibersarakan, sama sekali tidak dibenarkan mencampuri hal-ehwal politik.


PENENTANGAN ATAS ORANG INGGERIS Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah untuk menangkap Tok Gajah, lalu beliau melarikan diri ke Kuala Ampul (Kelantan), dan kemudiannya ke Seberang Engku Ngah (Kuala Terengganu). Bagi menyambung misi perjuangan anti-British, Tok Gajah bersama Dato’ Bahaman, Mat Kilau, dan Mat Kelubi pernah kembali ke Pahang, dan bertempur dengan pasukan British di Jeram Ampai (Sg. Tembeling), tetapi serangan mereka kecundang, lalu mereka mencari perlindungan di Ulu Lebir (Kelantan). Tok Gajah tidak dapat meneruskan perjuangan anti-British hingga akhir hayatnya pada tahun 1901.


PENENTANGAN ATAS ORANG INGGERIS Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Allahyarham Tok Gajah telah disemadikan di Kampung Pasir Nering, Kuala Brang (Ulu Terengganu). Makam Allahyarham Tok Gajah


IKTIBAR DARI KISAH TOK GAJAH Dari kisah tok gajah kami dapat mempelajari: i. Kepentingan meningkatkan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. ii. Semangat perpaduan di kalangan bangsa melayu adalah amat penting. Perpecahan dalam kalangan masyarakat akan memudahkan musuhmusuh luar menguasai kita. Sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan untuk memartabatkan bangsa. Pihakpihak luar hanya akan mengambil kesempatan jika kita berada dalam keadaan yang lemah. Kita perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal fikiran iaitu ilmu dan bukannya kekuatan tenaga. iii. Perebutan kuasa menjadikan kita sentiasa berpecah-belah. Kita hanya akan menjadi bangsa yang bermaruah jika kita bersatu padu dan mempunyai kekuatan ekonomi. Tanpa kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya dengan bantuan dan tawaran yang diberikan pihak musuh.


IKTIBAR DARI KISAH TOK GAJAH iv. Kita sepatutnya mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan.Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan. iv. Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang berpegang kuat kepada ajaran agama Islam. Mereka berani menegakkan kebenaran. Mereka menolak pengenalan sistem cukai dan undangundang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan. Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar. iv. Kita juga patut mencontohi sifat pemimpin-pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air. Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada pihak British.


PENUTUP Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan buku skrap ini. Saya berharap hasil kerja saya ini dapat mengalakkan saya dan rakanrakan untuk lebih menghayati sejarah secara empati. Di samping itu juga kisah perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan ini dapat diambil untuk membentuk jati diri yang mantap dan memiliki permikiran yang lebih terbuka .


Disediakan oleh : Nurin Auni Irdina Binti Nornikman 6 Al-Ghazali


Click to View FlipBook Version