2 Isi Kandungan 1. Pengenalan 2 2. Tarian Tradisional Suku Kaum Kadazan Dusun – Tarian Sumazau 4 – 5 3. Tarian Gerakan Kiraan Sumazau 6 4. Contoh Tarian Sumazau 7 5. Alat Muzik Sompoton 8 – 9 6. Cara bermain Sompoton 10 7. Contoh Sompoton 11
3 Pengenalan Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman damai, dan mempunyai perlbagai jenis budaya yang menarik di negara ini, antaranya seni muzik. Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dapat dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat bukan hanya di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah dan juga Sarawak. Tarian dan alat muzik kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan.
4
5 Tarian Sumazau Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisional suku kaum Kadazan Dusun yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan Mei. Tarian sumazau dalam bahasa Kadazan, ataupun sumayau dalam bahasa Dusun bermaksud menari, dapat dikaitkan dengan perkataan minsayau, bermaksud melompatlompat. Jumlah penari tidak ditetapkan, tetapi mestilah berpasangan, lebih ramai lebih meriah. Tarian sumazau/sumayau berbeza-beza mengikut etnik. Paluan gong juga berbeza mengikut etnik. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucapkan kesyukuran mengikut daerah dan desa. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibarkibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu, bergantung dari mana sukun kaum kadazandusun ini berasal . Ketika menari tangan didepakan keluar, seolah-olah sedang terbang tetapi dihinjutkan pergelangan tangan. Situasi ini juga boleh berbeza-beza mengikut daerah.Kadang kala ketika menari penari boleh setakat menghayun-hayun atau melimbailimbai tangan. Pada masa sekarang tarian sumazau/sumayau ditarikan pada setiap majlis dan keramaian menyambut hard keramaian, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade coin dollars). Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering. Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.
6 Tarian Gerakan Kiraan Sumazau Pergerakan tarian ini telah diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman, bersama alunan muzik yang dimainkan dengan peralatan muzik moden. Semasa menari juga, penari lelaki akan memekik atau menjerit dengan kuat sebagai tanda kemuncak tarian dan juga bagi menaikkan semangat mereka untuk menari. Sehingga hari ini, tarian ini masih terus dipelajari dan diamalkan oleh masyarakat di Sabah tanpa mengira batas agama dan kaum. BIL PERGERAKAN KIRAAN 1. Henjut setempat 1 x 8 2. Henjut bersilang 1 x 8 3. Henjut bersilang maju ke hadapan 1 x 8 4. Henjut bersilang setempat 1 x 8 5. Henjut sebelah kaki setempat 1 x 8 6. Setempat 1 x 8 7. Bergerak ke sisi kanan 1 x 8 8. Bergerak ke sisi kiri 1 x 8 9. Setempat 1 x 8 10. Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun perlahan -lahan) 1 x 8 11. Henjut bersilang setempat 1 x 8 12. Undur 1 x 8 13. Henjut bersilang kaki setempat 1 x 8 14. Henjut bersilang kaki setempat (sambil tangan naik perlahan -lahan) 1 x 8 15. Setempat 1 x 8 16. Pusing ke kiri 1 x 8 17. Balas pusing ke kanan 1 x 8 18. Setempat 1 x 8 19. Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun perlahan -lahan ) 1 x 8 20. Henjut bersilang setempat 1 x 8
7 Contoh – Contoh Tarian Sumazau
8
9 Sompoton Sompoton ialah alat muzik asal Sabah bagi etnik KadazanDusun dan sangat popular dengan etnik berkenaan. Nama alat ini diperolehi rapat dengan perkataan ‘miampot’ yang bermaksud ‘dalam kesatuan’ dengan menghembus atau menyedut udara melalui mulut alat ini. Organ mulut ini adalah sangat menakjubkan dalam semua alat muzik yang berasal dari negeri ini. Ia boleh dimainkan secara solo untuk hiburan sendiri atau secara berkumpulan untuk mengiringi tarian. Sompoton mengandungi lapan paip bambu yang dimasukkan ke dalam labu kering, disusun dalam dua lapisan seperti konfigurasi rakit. Tujuh daripada paip bambu tersebut dinamakan mengikut kosa kata tempatan; lombohon, monongkol, suruk, baranat, randawi, tuntuduk dan tinangga. Paip kelapan tiada bunyi, tetapi hanya untuk menyeimbangkan susunan kelompok tersebut. Lelidah kecil daripada palma polod (seperti bungkau kecil – alat muzik tradisional) dimasukkan ke dalam tepi setiap paip yang berbunyi dekat pangkalnya. Paip-paip berkenaan dipadankan ke dalam lubang di salah satu bahagian labu dan dimeterai dengan lilin lebah. Lelidah palma polod berada di dalam labu dan memberikan bunyi kepada alat tersebut yang siap. Paip-paip bambu berkenaan diikat bersama dengan helaian rotan yang nipis. Apabila memainkan Sompoton, pemain menghembus atau menyedut mulut labu dan pada waktu yang sama, menutup dan/atau membuka hujung paip-paip berkenaan untuk mengeluarkan bunyi yang harmoni, merdu dan perlahan.
10 Cara bermain Sompoton Pemain memegang alat sompoton mengikut kedudukan sendiri: pemain yang berdiri perlu memegang tegak atau mencondongkan badan alat pada sebelah kanan pemain, pemain yang duduk akan membaringkan empat buluh terpanjang pada bahu pemain. Pemain meniupkan udara melalui muncung sambil dua-dua tangan menutupi lubang buluh hujung: jari tangan yang lebih kuat menutupi buluh-buluh pendek manakala jari tangan yang berlawanan menutupi lubang pangkal barisan buluh panjang.
11 __________________ __________________