The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahhakimi99, 2022-01-30 09:08:26

e-Buletin

E-BULETIN UUM

aktiviti menarik FLORA DAN FAUNA RIMBA HIJAU

Edisi Januari 2022

tinta editor
artikel utama
karya kreatif
berita semasa

ruangan iklan

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

ANTARA UNIVERSITI YANG menjadi tarikan
KERANA menyediakan kemudahan dan fasiliti

yang menarik serta suasana yang aman
dengan flora dan fauna

TINTA EDITOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah dengan izinNya, terhasilnya e-Buletin Aktiviti Menarik
Bilangan 1, edisi Januari 2022. Kami berasa bersyukur kerana telah
dipermudahkan segala urusan untuk menyiapkan e-Buletin pada kali
ini.

Dalam penerbitan e-Buletin kali ini, kami memfokuskan kepada aktiviti-
aktiviti menarik yang dapat dilakukan ketika berada di Universiti Utara
Malaysia. Antara sebab kami memilih untuk menulis tentang aktiviti
yang menarik ini kerana kami ingin memberi pendedahan kepada
pembaca tentang keunikan Universiti Utara Malaysia yang berada di
rimba hijau. Lebih menarik, e- Buletin ini turut menyediakan berita
semasa yang berkait dengan Universiti Utara Malaysia.

Kami berharap dengan perkongsian ini, pembaca dapat mengetahui
serba-sedikit mengenai aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di
Universiti Utara Malaysia. Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan
kepada ahli sidang redaksi yang bertungkus-lumus bagi mengeluarkan
e-Buletin pada tahun ini sebagai pembukaan tirai 2022.

KANDUNGAN 01/2022

06

ARTIKEL UTAMA

07

ARTIKEL SAMPINGAN

08

GAYA HIDUP SIHAT

10

RUANGAN KREATIF

11

BERITA SEMASA

12

ARTIKEL UTAMA

SIDANG REDAKSI

Dr Ahmad Fuad Mat Hassan

Penasi
hat

Aishah

Siti Aishah Hakimi
Editor

Fatin

Fatin Aizzah Ahmad
Editor

Basyirah

Nurbasyirah Jafri
Penulisan

Syafiqah Nur Izzati Munir
Penulisan

Nur Syafiqah Mohd Sabri Izzati
Penulisan

Tarikan
UUM

Oleh: Fatin Aizzah binti Ahmad

Kebanyakan pelajar univerisiti berfikir bahawa bandar merupakan tempat yang paling seronok untuk
meluangkan masa lapang bersama rakan-rakan. Apabila mendengar atau melihat sesebuah universiti yang
agak pedalaman mereka akan mengehindari untuk memasuki universiti tersebut kerana kurang menarik
minat dan dipenuhi hutan yang menyeramkan. Kehidupan di pedalaman bukanlah penghalang bagi pelajar
universiti untuk menggunakan semua masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah malahan
kehidupan di bumi yang indah ini mendidik seorang mahasiswa untuk jauh dari segala gejala sosial yang
boleh merosakkan akhlak dan sahsiah mereka Tahukah anda bahawa Universiti Utara Malaysia merupakan
university yang menjadi tarikan kerana menyediakan kemudahan dan fasiliti yang banyak serta suasana
yang aman dengan flora dan fauna. Justeru itu UUM telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur
seperti Litar Go-Kart, Pusat Ekuin, Kolam Renang, Padang Golf, Lapang Sasar Memanah, Padang Bola,
Gelanggang Tenis dan Badminton.

Litar Go-Kart UUM merupakan yang pertama di
dunia dibina dalam kampus. Uniknya Litar Go-Kart
UUM yang dibina melawan pusingan jam
merupakan litar keempat dibina seumpama itu di
dunia serta mendapat pengiktirafan daripada
Persekutuan Automobil Malaysia. Litar Go-Kart
UUM ini juga pernah menganjurkan pertandingan
Go-Kart di peringkat kebangsaaan dan disertai oleh
pelumba-pelumba dari seluruh negara.

Di UUM juga terdapat padang golf sembilan lubang
yang diurus oleh Kelab Golf dan Rekreasi UUM.
UUM telah dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan
Sukan Golf oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Kini
proses menaik taraf Padang Golf UUM dari 9 lubang
kepada 18 lubang dilakukan dan dibiayai oleh
Kementerian Pengajian Tinggi. Padang golf ini
dibuka kepada semua staf, pelajar dan pengunjung
yang berminat untuk menceburi sukan golf. Antara
kemudahan yang disediakan ialah 'buggy track' dan
'halfway drinking hut'. Padang golf ini juga
mempunyai 'driving range' berbumbung dan sebuah
rumah kelab berserta 'coffee house'.

Namun begitu, terdapat juga pelbagai prasarana lain
seperti Kolam Renang yang bertaraf olimpik dan
merupakan antara kemudahan sukan yang tidak terdapat
di universiti lain. Kolam renang yang terletak di dalam
Pusat Sukan UUM menjadi tarikan utama bagi pelajar
UUM dan pengunjung luar. Pada setiap hujung minggu,
kolam renang menjadi tumpuan staf dan pekerja di UUM
untuk membawa anak-anak mereka berkunjung ke sini
untuk meluangkan masa bersama keluarga. Atlet renang
UUM menggunakan prasarana ini untuk berlatih pada
setiap hari agar mereka boleh meningkatkan prestasi
mereka dari masa ke semasa.

RIMBA HIJAU UUM

Universiti Di Rimba Hijau menunjukkan bahawa
Universiti Utara Malaysia kaya dengan
khazanah alam flora dan fauna yang mampu
memukau pandangan setiap pengunjung yang
datang. Keindahan flora dan fauna yang semula
jadi di UUM dapat menenangkan mata yang
melihat dan menyegarkan minda. Antara fauna
yang menjadi tarikan di universiti ini adalah
ladang rusa, ladang burung unta, pusat ekuin
dan haiwan ternakan. Antara flora yang
menarik pula adalah puncak vista, pokok
Sintok, taman rekreasi, taman buluh, tasik
Guthrie, bunga Tekoma, dusun buah-buahan,
pokok tiga beradik, tanaman herba, taman
botani, Mini Golf, tasik MAS dan banyak lagi.



Terdapat banyak tempat yang menarik dan
boleh diterokai oleh pengunjung mahupun
pelajar. Salah satu daripadanya adalah Puncak
Vista yang merupakan tempat tumpuan
pengunjung mahupun pelajar kerana Puncak
Vista memberi panorama yang terbaik apabila
mendaki puncak tersebut. Puncak ini sesuai bagi
mereka yang berminat untuk menikmati
keindahan alam semula jadi kerana kehijauan
flora yang sangat memukau pandangan bagi
mereka yang menjejakkan kaki di sana. Puncak
ini amat sesuai bagi golongan yang inginkan
keindahan permandangan panorama Kampus
Sintoksecara keseluruhan.


Tasik yang paling menjadi tumpuan pelajar ialah tasik Guthrie yang terletak di antara Litar go-kart dan Dewan

Penginapan Sime Darby. Tasik ini mempunyai pemandangan yang cantik dan menenangkan. Di sekeliling tasik
ini terdapat laluan pejalan kaki dan ini memudahkan pelajar UUM untuk beriadah diwaktu petang dengan
berjoging mengelilingi tasik. Selain berjoging, di Tasik Guthrie juga terdapat kemudahan berkayak. Pelajar-
pelajar UUM boleh menaiki kayak, menenangkan fikiran yang kusut dengan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah-pensyarah. Selain itu, pelajar juga boleh bersantai dengan membawa makanan sambil melihat rakan-
rakan lain bermain aktiviti kayak di tasik itu.


Tambahan lagi, UUM mempunyai tarikan sendiri iaitu Hutan Sintok yang memang berada dalam kawasan UUM

sendiri. Kembara hutan adalah salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi.
Pengunjung atau pelajar akan dapat menerokai pelbagai flora dan fauna yangeksotik di sekitar Hutan Sintok.
Antaranya ialah Pokok 3 Beradik atau bahasa saintifiknya Tetrameles nudiflora. Pokok ini merupakan sejenis
pokok daun luruh besar yang tergolong dalam keluarga Dutiscaceae. Kebanyakan pelajar akan membuat
program kecergasan dengan menerokai hutan sintok yang dianjurkan kelab-kelab di UUM. Hal ini kerana
berjalan kaki, mendaki atau trekking adalah cara terbaik untuk menemui dan menghargai dunia yang indah
yang kita diami ini. Ia juga memberi kita peluang untuk menemui diri kita dan mereka yang berjalan bersama
kita. Jelaslah, UUM mempunyai pelbagai tarikan yang tidak terdapat di universiti lain. Pelbagai aktiviti jugak
boleh dilakukan yang memberi kepuasan kepada pelajar yang sentiasa aktif dan ingin meneroka alam. Terbukti
UUM merupakan Universiti Rimba Hijau yang memberi pemandangan indah dan udara yang menyegarkan.

Januari 2022 Profile

Membudayakan Amalan

GAYA HIDUP
SIHAT

Konsep & Matlamat Disediakan oleh Nurbasyirah Jafri
Photo by Great Eastern Takaful

Konsep dan matlamat gaya hidup You are what Pada masa yang sama, amalan
you eat! gaya hidup sihat perlu dilengkapi
sihat adalah universal. Matlamat dengan penyertaan dalam aktiviti
sukan atau rekreasi. Apabila
utama gaya hidup yang sihat seseorang bersukan, ia dapat
membantu individu tersebut
adalah untuk membentuk individu membakar kalori dan lemak,
mengeluarkan peluh atau toksin
yang sihat dari aspek jasmani, dari badan serta membina otot
yang penting untuk pertumbuhan
mental dan rohani serta bebas Berdasarkan piramid makanan badan. Secara tidak langsung ia
dapat meningkatkan imunisasi
daripada sebarang penyakit. yang disarankan oleh dan ketahanan diri.

Untuk jangka masa panjang, corak Kementerian Kesihatan Malaysia,

gaya hidup sihat yang diamalkan kita digalakkan untuk memakan

akan melahirkan sebuah hidangan yang tinggi kandungan

masyarakat yang cergas dan aktif karbohirat, sayur-sayuran dan

tidak kira peringkat umur dan buah-buahan dengan banyak.

taraf hidup sama ada tua atau Manakala makanan yang

muda, kaya atau miskin. mempunyai protein daripada

ikan, ayam, daging serta produk Setiap di antara kita hanya perlu

Pengetahuan tentang amalan gaya tenusu dalam pula diambil kadar meluangkan masa sekurang-
hidup sihat penting untuk
mengekalkan kesihatan. Gaya sederhana. kurangnya 30 minit sehari untuk
hidup sihat bukan sahaja
mengenai gaya pemakanan, malah beriadah atau bersukan. Pastikan
ia melibatkan pelbagai aspek
seperti waktu tidur dan rehat, Makanan yang mengandungi anda melakukan aktiviti yang
bersukan dan beriadah,
penyalahgunaan dadah dan lemak, minyak, gula dan garam sesuai dengan kemampuan diri
alkohol serta pergaulan bebas.
yang tinggi hendaklah masing-masing di mana golongan

dikurangkan. Dengan warga emas boleh beriadah

pengambilan zat dan nutrien hanya dengan berjoging atau

yang cukup, nescaya tubuh badan melakukan senam robik

kita akan menjadi lebih sihat dan manakala golongan dewasa dan

cergas. kanak-kanak boleh bersukan dan

sebagainya.

imprint magazine  |   38

Kepentingan
Gaya Hidup Sihat

0 1 Mengekalkan kesihatan
badan.

02 Meningkatkan prestasi
kerja.

03 Mengurangkan tekanan
dalam kehidupan.

04 Mencegah risiko mendapat
05 pelbagai penyakit seperti
kencing manis, penyakit
jantung, strok dan lain-
lain.

Apabila badan dalam
keadaan yang sihat, sistem
badan secara automatik
akan berfungsi dengan
lebih baik. Ini termasuk
emosi dan juga mood.

Ruangan Kreatif

Pantun Nasihat

Gunung Tahan sama didaki, Nyiur muda dibuat pengat,
Sungai Pahang sama direnang; Mari dimakan bulan puasa;

Jikalau semua bersatu hati, Wahai pemuda hendaklah ingat;
Kerja yang payah menjadi senang. Kerana mulut badan binasa.

Melangsir keris pusaka hikmat, Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Keris sejarah sejak bahari; Sambil memanggang si ikan sepat;

Kalau gadis ingin selamat, Hendaklah banyak menghadap guru,
Jangan murah menjual diri. Supaya terang jalan makrifat.

Menanam bunga di dalam pasu, Budak-budak berkejar-kejar,
Bunga melati, bunga pandan; Rasa gembira bermain di sana;

Jangan ikut hawa nafsu, Kalau kita rajin belajar,
Kelak nanti binasa badan. Tentu kita akan berjaya.

Berakit-rakit ke hulu, Rendang sungguh pohon ara,
Berenang-renang ke tepian; Tumbuh subur tepi telaga;

Bersakit-sakit dahulu Tidak salah berkenal mesra,
Bersenang-senang kemudian. Tatasusila perlu dijaga.

Sumber : UniTarian,2015

Berita Semasa

AKTIVITI "JOM 10,000 LANGKAH MENUJU
BERBASIKAL JHEA 2021" PUNCAK VISTA SAMBIL TANAM

19 Disember 2021 - Menyahut semangat Amalkan POKOK
Cara Hidup Sihat, satu aktiviti "jom Berbasikal JHEA
2021" telah diadakan pada 16 Disember 2021 yang UUM ONLINE: Menghayati keindahan alam
lalu di persekitaran kampus UUM. semulajadi kampus hijau sambil berjalan beramai-ramai
menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna sekali
Aktiviti berbasikal ini merupakan satu aktiviti riadah gus mempromosikan gaya hidup sihat.
yang diadakan bagi membuka ruang kepada staf
untuk mengeratkan silaturrahim sesama staf selain Biro Sukan Dan Rekreasi Chance Club, Adilah Ishak
mengekalkan kesihatan fizikal, malah ia dapat berkata menerusi aktiviti santai ini peserta dapat
membina kekuatan dari segi mental dan merupakan meluangkan masa beramah mesra setelah bertungkus
aktiviti penutup bagi tahun 2021. lumus bekerja di pejabat yang mengukuhkan
silaturahim dalam membina pasukan kerja yang mantap.
Menurut Pengarah JHEA yang turut hadir dalam
aktiviti ini, Puan Aziah Nafiah, beliau amat Dengan bimbingan Penolong Pemelihara Hutan, Jabatan
menggalakkan seluruh staf JHEA untuk bergiat aktif Pembangunan dan Penyengaraan (JPP), Amran
dalam aktiviti sukan dan aktiviti berbasikal Mahmud, beberapa pokok telah ditanam seperti durian,
merupakan salah satu aktiviti yang menarik. kelapa pandan dan aneka herba yang mempunyai
khasiat untuk kesihatan.
Aktiviti berbasikal yang dijalankan di sekitar kawasan
kampus UUM bermula pada jam 8.30 pagi dan Sementara itu, Pegawai Undang-undang, Nur Syazwani
berakhir kira-kira pada jam 11.00 pagi. Selain itu, Muhammad terpesona dengan keunikan panorama, flora
semua staf juga terlibat dalam aktiviti mengutip dan fauna sekali gus menyedari terdapat banyak tempat
sampah secara santai di sepanjang laluan berbasikal menarik di UUM yang boleh dijadikan sebagai tempat
dan sekaligus menikmati udara segar serta keindahan rekreasi dan aktiviti riadah untuk merehatkan minda.
alam kampus UUM.

Ruangan Iklan

Ruangan Iklan


Click to View FlipBook Version