Lebih Baik Cegah ; Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara BUKU SKRAP DIGITAL Disediakan oleh ; Nama : Iffah Husna Binti Jawakher Kelas : 3 Jamaah Guru Bimbingan : Puan Suriana
MAKLUMAT PELAJAR Nama : Iffah Husna Binti Jawakher Kelas : 3 Jamaah Sekolah : SAM Tanjong Karang
Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,saya dapat menyiapkan Buku Skrap Digital ini. Terima kasih kepada ibu dan bapa serta keluarga yang banyak memberi sokongan sama ada sebelum,semasa dan selepas menyiapkan buku ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah membantu menyiapkan buku ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Suriana atas segala nasihat serta tunjuk ajar beliau kepada saya dalam pembinaan buku skrap digital ini. Akhir sekali, saya memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kesalahan yang saya lakukan dalam menyiapkan tugasan ini. PENGHARGAAN
Perkara Muka surat Pendahuluan 1 1) Dadah 2 2) Alkohol 3 3) Rokok 4 4) Vape 5 5) Inhalan 6 6) HIV / AIDS 7 Kesimpulan 8 Rujukan 9 ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN Dalam dunia penuh teknologi pada masa kini, setiap golongan tidak kira kanakkanak, remaja, dewasa atau warga emas didedahkan dengan teknologi terkini yang sangat hebat. Namun begitu, pengedaran zaman berlaku dari tahun ke tahun menyebabkan banyak perkara baharu muncul sama ada ia baik atau buruk. Ini dapat dibuktikan bahawa kemunculan perkara yang tidak berfaedah seperti rokok, dadah, vape dan sebagainya membuktikan bahawa ia tidak memberi kesan positif tetapi memberi kesan negatif bukan sahaja kepada individu malah kepada masyarakat dan negara.
JENIS DADAH KESAN DADAH 1) DADAH Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia dapat mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. 1) Opiate 2) Ketum 3) Inhalan 4) Halusinogen 5) Depresen 6) Ganja 7) Stimulant 8) Candu 9) Morosin 10) Heroin 11) Syabu 12) Ekstesi 13) Ketamin 1)Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang). 2)Risiko jangkitan HIV/AIDS, hepatisis dan sawan. 3) Mengesankan ke atas wanita mengandung iaitu keguguran,kelahiran bayi songsang,lahir belum cukup bulan, kemarian dan kecacatan. 4)Melemahkan dan merosakan daya pemikiran, pemahaman,percakapan,pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah. 5) Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan seseorang keluarga dan masyarakat. 6) Peningkatan kes sosial & jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya.
JENIS ALKOHOL KESAN ALKOHOL 2) ALKOHOL Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan “mood”. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. 1) Bir 2) Wine 3) Vodka wiski 4) Rum 5) Tequila 6) Sake 7) Soju 8) Tuak 9) Ciu 1) Kecelaruan tingkahlaku dan fikiran 2) Keresahan dan kebingungan 3) Penagih alkohol juga menimbulkan masalah sosial serta mengganggu keharmonian keluarga dan ketenteraman masyakarat 4) Pemandu yang mabuk menyebabkan banyak kemalangan jalan raya 5) Melakukan jenayah seperti merogol & memukul orang lain kerana tidak sedar dengan tindakan yg dilakukan 6) Hilang ingatan sementara atau kekal
Rokok merupakan silinder kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan garis pusat sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicincang. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujung yang lain. JENIS ROKOK KESAN ROKOK 3) ROKOK 1) Cerut 2) Klobot 3) Kawung 4) Kretek 5) Rokok Putih 1) Rokok menyebabkan nafas berbau, gigi kekuningan dan penyebab penyakit gusi. Ia juga boleh menjejaskan deria rasa. 2) Merokok adalah penyebab utama majoriti kanser paru-paru dan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD). 3) Merokok meningkatkan risiko strok seseorang kerana ia meningkatkan tekanan darah. 4) Sistem imun badan terancam oleh merokok yang berpanjangan. 5) Toksin dalam asap rokok merengsakan mata dan menyebabkan lesi serebrum di otak yang memproses penglihatan. 6) Merokok menyebabkan sakit jantung dan boleh menyebabkan kematian yang mengejut
Vape atau rokok elektrik adalah salah satu jenis penghantar nikotin elektronik dan ia dikatakan dapat membantu perokok tegar tembakau untuk mula berhenti merokok. JENIS VAPE KESAN VAPE 4) VAPE 1) Disposable 2) Pen 3) Portable 4) Desktop 1) Penghisap vape akan menghidap penyakit berkaitan paru-paru. 2) Menghisap vape dalam jangka masa lama dan berterusan akan menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dengan baik. 3) Saluran pernafasan terganggu seterusnya menyebabkan asma. 4) Terdedah kepada kanser dan merosakkan DNA. 5) Menurunkan imunisasi badan seseorang. 6) Vape menyebabkan iritasi kepada tekak.
JENIS INHALAN KESAN INHALAN 5) INHALAN Inhalan (Inhalansia) adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat. 1) Pelarut/Cecair Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen. 2) Bahan Gas Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida. 3) Aerosol Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik. 4) Bahan Nitrit Climax, poppers, rush, locker room. 1) Serta-merta Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri. 2) Jangka panjang Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan, oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.
KESAN 6) HIV/AIDS HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. 1) Kesan kepada diri • Fizikal dan mental terganggu sehingga menyebabkan kemurungan dan lebih suka menyendiri. • Berkemungkinan ahli keluarga tidak mengendahkan atau membuang individu yang menghidap penyakit HIV/AIDS • Seseorang yang menghidap HIV/AIDS akan berdepan dengan kematian • Tahap kesihatan seseorang akan merosot dari semasa ke semasa. • Individu akan kehilangan selera makan 2) Kesan kepada keluarga • Aib keluarga akan tercemar • Keluarga akan disisihkan oleh masyarakat sekeliling • Berlaku perbalahan antara ibubapa dan ahli keluarga yang lain.
KESIMPULAN Setiap individu di Malaysia mestilah menghindari diri mereka dari mengambil rokok, vape, dadah dan sebagainya. Hal ini kerana ia bukan sahaja dapat menjaga kesihatan serta kesejahteraan seseorang malah kepada orang sekelilingnya juga. Peranan ibu bapa dan sekolah mendidik kanak-kanak sangat penting bagi mengelakkan daripada mereka mengambil perkara-perkara yang tidak berfaedah ini agar tidak memberi keburukan kepada diri mereka sendiri. Oleh itu, pendedahan dari semasa ke semasa amat perlu agar mereka lebih peka seterusnya mengamalkan kesihatan yang baik dalam kehidupan harian.Bak kata pepatah; meluntur buluh biarlah dari rebungnya
RUJUKAN • https://jomberblog.wordpress.com/2 015/06/01/maksud-inhalan/ • http://www.myhealth.gov.my/hivaids/#:~:text=Apa%20itu%20HIV%20 dan%20AIDS,mendapat%20jangkitan %20kuman%20dan%20kanser. • https://hellosehat.com/hidupsehat/berhenti-merokok/berbagaijenis-vape-rokok-elektrik/
SEKIAN TERIMA KASIH