KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
SK BATU ARANG
48100 BATU ARANG, SELANGOR
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu
dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa
memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran
yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan
kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama
pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar
tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.
Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah
Gombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan ‘fogging’ atau menyembur
asap disekitar kawasan sekolah
Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK Batu Arang akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.
Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar
Sekolah telah diadakan sejak dahlu lagi . Program ini telah memberi impak yang besar terhadap
pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan
selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat berkurangan. Program ini telah
mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik. Kerja
berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk
setempat serta kepimpinan pengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi
kecemerlangan pendidikan di sekolah- sekolah berkenaan.
Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak adalah perlu diberikan secara menyeluruh dari
segi jasmani, mental dan juga rohani. Perkembangan yang menyeluruh dan seimbang ini akan
membantu murid-murid untuk mencapai kemajuan pada peringkat yang terbaik. Untuk
memastikan kejayaan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada kejayaan akademik sahaja tetapi
juga dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya. Ini kerana tiada nilai sesuatu kejayaan
itu jika tiada moral yang baik. Oleh yang demikian, keseimbangan menyeluruh dari segi
Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial amat diutamakan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah
dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan
diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin
keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui
kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan
persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang
bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang
ketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan
kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu
mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang
lain.
2.0 Tujuan
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah .
Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan
memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan
mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan
ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di
sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa.
Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan
melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.
3.0 Nama Program
“GOTONG-ROYONG PERDANA ”
4.0 Tema Program
“Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah”
5.0 Matlamat Program Gotong –Royong Perdana
Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga
sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan
sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap
kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah
berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-
ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar ceria ,
indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.
Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab
terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran
sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan
yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka
terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,
bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan
sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih
ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba
ilmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf
dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca,
berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.
6. 0 Objektif
Objektif program ini adalah:
i. Mewujudkan kawasan/ tempat / ruang sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan
mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa
penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid
ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang
berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan
vi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
7. 0 Format Pelaksanaan
Manual Pelaksanaan Program
BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN
1 Penyediaan kertas kerja program : Setiausaha
- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan Program
persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan
program melalui mesyuarat dan bersemuka.
- Mesyuarat kali pertama.
2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha
Program
3 Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas Setiausaha
program : Program
Cadangan : Bilik Gerakan sekolah.
4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha
Program
5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim Setiausaha
surat menyurat , kad dan surat jemputan. Program
6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan whatsapp, Setiausaha
e-mel, atau pertemuan peribadi (kepada Program
agensi-agensi dan individu yang terlibat )
7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu AJK Peralatan
digunakan untuk gotong-royong.
8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah
9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan
10 Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian dan AJK Persiapan Tempat
Pelancaran.
11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan
peserta.
8.0 PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
9.0 CADANGAN TARIKH
27 Julai 2019 ( Sabtu )
10.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Batu Arang
10.1 FOKUS KAWASAN
Terdapat 3 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu Bilik
Darjah, Bilik Bilik Khas dan Kawasan Persekitaran sekolah. Ketiga tiga kawasan ini dipilih
memandangkan banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di kawasan ini supaya lebih ceria
dan memberi manfaat kepada murid serta warga sekolah.
i. Kawasan Bilik Darjah / Kelas perlu diceriakan dengan :
1. Mengecat Bilik Darjah dan Kelas.
2. Meletakkan pokok bunga hiasan dalam bilik darjah
3. Menyediakan tong sampah yang sesuai untuk kegunaan pelajar.
4. Mewujudkan susunan dalaman kelas yang ceria
Bilik Darjah / kelas yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minat
murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketika
menjalankan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran kerana sekolah ini terdapat satu sesi
persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan dalam dan luar bilik darjah / kelas yang ceria,
menarik dan selesa untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran abad 21.
ii. Kawasan Bilik- bilik khas perlu juga diceriakan untuk :
1. Mewujudkan bilik khas yang sesuai dengan
keperluan kewujudannya.
2. Menceriakan dan menghias kawasan dalam
bilik khas.
3. Mewujudkan tanaman hiasan di luar kawasan bilik khas.
4. Membersihkan bilik bilik khas
5. Memperbaiki peralatan dalam bilik khas.
Kawasan bilik bilik khas di sekolah yang kelihatan terbiar juga merupakan salah satu tempat di
mana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuai
menjadi kawasan aktiviti murid-murid ketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan dan
belajar semasa proses P&P dijalankan.
iii. Kawasan persekitaran sekolah perlu diceriakan untuk :
1. Membersih dan membaik pulih taman dalam sekolah
2. Membersih longkang dan kawasan yang berisiko dan ancaman vector pembawa penyakit.
3. Mencerikan persekitaran sekolah.
4. Menanam pokok bunga dis ekitar sekolah
11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:
Seluruh warga SK Batu Arang iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 5 dan 6 ,
ibu bapa dan komuniti setempat iaitu ahli jawatan kuasa dan Majlis Perbandaran Selayang.
Sasaran : Warga sekolah, Ibu bapa serta jabatan-jabatan lain
12.0 Carta Organisasi
Organisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2019
Penasihat
Pn. Nor Liza Binti Idris (Guru Besar)
Pengerusi
Pn Mastura San Binti Abdullah ( Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi I
Pn Suniati Binti Sungip
( Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi II
En.Mohammad Suhaimi Bin Mohd Sunar
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Setiausaha
Us. Aminorlah Bin Ghanib
(Guru Penyelaras 3K)
Bendahari
Pn. Ustazah Norhayati Binti Nordin
Ahli Jawatankuasa
En. Mohammad Sauffi bin Md. Basri
Pn. Kamariah bt Manaf
Pn. Rozainah Binti Osman
En. Yaakob Bin Mohd Razali
En.Mohd Ali Bin Abu Bakar
Juruacara : Us. Hasan bIn Abd. Wahab
Jamuan & Cenderamata : Ustazah Siti Rohani Binti Mohammad Khair
Penyediaan Alatan : En. NorAzlan Bin Azmi
AJK PELAKSANA
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
PENYAMBUT TETAMU
Pn. Nor Liza Binti Idris ( Guru Besar ) PERSIAPAN TEMPAT
Pn. Suniyati Binti Sungip ( PK Pentadbiran ) TAHUN 1 ALPHA : Pn. Rozainah Binti Osman
Pn. Mastura San Binti Abdullah ( PK HEM ) TAHUN 1 BETA : Pn. Zaimah Binti Jusoh
En. Mohammad Suhaimi Bin Mohd Sunar ( PK Ko Kurikulum )
TAHUN 2 ALPHA : Pn. Nor Hanizon Binti Kasdi
PERALATAN TAHUN 2 BETA : Pn. Kamariah Binti Abd Manaf
En. Nor Azlan Bin Azmi
Us. Mohd Nurul Dainuri Bin Mohd Saimi TAHUN 3 ALPHA : Norhayati Binti Nordin
En. Mohd Sauffi Bin Md Basri TAHUN 3 BETA : Pn. Kanageswary A/P
Pn. Zaimah Binti Jusoh
Pn. Syarzila Binti Abd Wahab Syaarani
TAHUN 4 ALPHA :Pn. Noraini binti Ibrahim
TAHUN 4 BETA : Cik. Nurhanani Binti Sobri
TAHUN 5 ALPHA : Pn. Rozita Binti Abdullah
CENDERAHATI TAHUN 5 BETA : Pn. Rohana Binti Yeob
Pn. Siti Rohani Binti Jantan
TAHUN 6 ALPHA : En. Mohd Ali Bin Abu Bakar
DOKUMENTASI TAHUN 6 BETA : Pn. Zariah Binti Asmuni
En. Kamal Ariffin Bin Mohamed
Prasekolah Cemerlang : Cik Yusnita Binti Habuan Hanifah
JAMUAN Penyelaras Bilik Khas :
Pn. Wahidatul Azana Binti Wahab Makmal Komputer : En. Kamal Arifin Bin Mohamed
Pn. Amrah Binti Yahya Bilik Kaunseling : Pn. Masri Binti Ariffin
Bilik Pemulihan Khas : En. Mohd Sauffi Bin Md Basri
Surau : Us. Hasan Bin Abd. Wahab
Pusat Sumber : En. Yaakob Bin Mohd Razali
PENGERUSI MAJLIS Bilik SPBT : Pn. Wahidatul Azana Binti Wahab
Us. Hasan Bin Abd Wahab
Kawasan sekolah
BUKU PROGRAM
Us. Mohd Nurul Dainuri Bin Saimi Longkang
Tandas
Taman
Pagar sekolah
BACAAN DOA
Us. Ali Bin Abd Majid
SIARAYA
En. Yaakob Bin Mohd Razali
13.0 Program Tentatif
1. Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.
2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Arang.
3. Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di Bilik
darjah, di Bilik khas
4. Aktiviti aktiviti di bilik darjah :
Membersihkan bilik darjah dan memastikan lantai dan dinding selamat
digunakan
Menyediakan tong sampah sampah yang sesuai .
Mengecat bilik darjah yang berkeperluan
Wujudkan ruang belajar yang kondusif dan ceria.
Meletak dan menggantung bahan bacaan dan bbm
Menyusun kerusi meja dalam susunan yang betul dan selesa.
5. Aktiviti-aktiviti di bilik khas:
Membersihkan bilik khas dan memastikan lantai dan dinding selamat
digunakan
Menyediakan tong sampah sampah yang sesuai .
Mengecat bilik khas yang berkeperluan
Wujudkan ruang belajar yang kondusif dan ceria.
Meletak dan menggantung bahan bacaan dan bbm
6. Aktiviti-aktiviti di sekitar sekolah:
Membersihkan bilik longkang dan kawasan yang bertakung
Menyediakan tong sampah sampah yang sesuai .
Mengecat pasu dan dinding pokok bunga di kawasan sekolah.
Mengecat kawasan pentas utama di tapak perhimpunan di kawasan
sekolah.
Membersihkan kawasan dalam dan luar pagar sekolah.
Menanam pokok pokok hiasan di kawasan sekolah
Menanam pokok sebagai teduhan
13.1 Tentatif perjalanan aktiviti
7: 30 pagi : Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan.
8:00 pagi : Guru Besar menyampaikan ucapan aluan.
8:15 pagi : Taklimat gotong royong
: Pengagihan kumpulan
Kumpulan 1 – Bilik Darjah
Kumpulan 2 – Bilik Khas
Kumpulan 3 – Sekitar sekolah
8: 20 pagi : Aktiviti gotong royong dimulakan.
12:30 t/hari : Jamuan
1.00 t/hari : Bersurai
14.0 Anggaran perbelanjaan
Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar
program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan
untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa. Berikut disenaraikan anggaran
perbelanjaan untuk aktiviti ini :
14.0 Anggaran perbelanjaan
Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar
program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan
untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa. Berikut disenaraikan anggaran
perbelanjaan untuk aktiviti ini :
BIL PERKARA PERBELANJAAN
1 Perbelanjaan cetakan
1. Buku Program RM 0.50 X 10 RM 5.00
2. Surat-menyurat RM 0.50 X 4 RM 2.00
JUMLAH PERBELANJAAN CETAKAN
2 Peralatan:
1. Tin cat RM 25.00 X 3 RM 75.00
2. Berus cat RM 2.50 X 10 RM 25.00
3. Cangkul RM 6.00 X 5 RM 30.00
4. Plastik Sampah RM 1.00 X 2 RM 2.00
5. Tong Sampah RM 50.00 X 10 RM 500.00
6. Paku RM 25.00 X 1 RM 25.00
7. Gergaji RM 6.00 X 20 RM120.00
8. Kayu / papan RM 8.00 X 30 RM240.00
JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN RM 547.00
3 c Jamuan makan tengah hari RM 2.00 X 100 RM 200.00
JUMLAH PERBELANJAAN JAMUAN RM 200.00
4 Hadiah dan Cenderahati RM 10.00 X 1 RM 10.00
JUMLAH PERBELANJAAN HADIAH RM 10.00
5 Lain-lain perbelanjaan RM 100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 757.00
Tajaan:
a) Minuman ringan ditaja oleh PIBG SKBA
15.0 Penutup
Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana ini akan dapat menghasilkan satu kawasan
persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke
sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta
tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa
dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah ini,
dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak
sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu
sama lain.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang
terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan
harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan
program ini diberkati dan dirahmati.
Disediakan oleh:
………………………………………….
( AMINORLAH BIN GHANIB )
Setiausaha 3K.
SK Batu Arang Selangor
Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas
sebab-sebab berikut:
……………………………………………………………………………………………………..
…………………………………….002E
( NOR LIZA BINTI IDRIS )
Guru Besar,
SK Batu Arang
Selangor.