SEJARAH TAHUN 5
Standard kandungaan
9.4.3 Menyatakan usaha memertabatkan
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Standard Pembelajaran
K9.4.6 Menjelaskan nilai yang diperolehi melalui
lirik lagu“ Bahasa Jiwa Bangsa’
Pelbagai langkah telah diambil untuk
memertabatkan bahasa kebangsaan.
Usaha yang berterusan ini dapat
memperkasakan jati diri bangsa Malaysia.
Peranan Negara
. Penyata Razak 1956 menjadikan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa penghantar di sekolah kebangsaan.
. Penyata Rahman talib 1960 telah menjadikan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa penghantar di sekolah dan universiti.
. Akta Bahasa Kebangsaan 1967
Tun Abd. Razak Abdul Rahman talib
Pengasas Sistem Menteri Pelajaran
Pendidikan Kebangsaan
Pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan
untuk menunjukkan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu.
Pada tahun 1990, bahasa kebangsaan mula
digunakan di mahkamah.
Pada tahun 2012, kerajaan memperkenalkan Dasar memertabatkan
Bahasa Melaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris. ( MBMMBI)
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan yang besar
sejak merdeka untuk memajukan bahasa kebangsaan melalui
pengembangan bahasa dan sastera, penyebaran ilmu, sains dan
teknologi.
Langkah yang telah diambil oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka
. Mengembangkan bahasa kebangsaan.
. Menerbitkan buku.
. Melahirkan istilah dan glosari.
. Menjadi penasihat dalam memastikan penggunaan bahasa
kebangsaan yang betul dalam semua urusan.
. Mengadakan program pengembangan bahasa.
. Mengadakan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap
Bulan Oktober.
. Sambutan ini adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan dalam kalangan masyarakat.
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Nilai yang diperolehi dari lirik lagu “ Bahasa Jiwa Bangsa”
1. Berasa bangga menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan
atau penulisan.
2. Menunjukkan taat setia kepada bangsa dan negara.
3. Berusaha memajukan bangsa dan negara.
4.Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
5. Berusaha memertabatkan bahasa kebangsaan.
SEKIAN