Kandungan Asas
1.14 Membezakan konsep ruang
dan masa dalam sejarah.
1.15 Menghuraikan sebab dan
akibat dalam peristiwa sejarah
SEJARAH TAHUN 4
Ruang dan Masa
Sejarawan menggunakan urutan masa
untuk mengkaji peristiwa sejarah yang
telah berlaku.
Konsep masa ini dpat dibahagikan
kepada :
Dekad , abad, dan alaf
Dekad : suatu tempoh selama 10 tahun
Abad : suatu tempoh selama 100 tahun
Alaf : Suatu tempoh selama 1000 tahun
SEJARAH TAHUN 4
Ruang dan Masa
Konsep masa juga boleh dilihat mengikut
zaman iaitu:
Zaman Sebelum Masihi (SM) dan
Zaman Masihi (M)
Sebelum masihi (SM) adalah bermaksud
zaman sebalum kelahiran Nabi Isa.
Zaman Masihi (M) bermaksud
zaman selepas kelahiran nabi Isa.
SEJARAH TAHUN 4
Ruang dan Masa
Kelahiran
Nabi Isa
Zaman Sebelum masihi Zaman Setelah masihi (M)
10(M) 100(M) 1000(M)
------------------
10 Tahun
-----------DEKAD
-----
------ 100 Tahun
------ ABAD
20 Tahun 10 Tahun
(SM) (SM)
1000 Tahun
ALAF
CONTOH
Parameswara (1344 – 1414), juga dikenali sebagai Iskandar Syah
melarikan diri ke ke muara Sungai Bertam pada 1402 setelah
diserang oleh tentera laut Majapahit pada tahun 1389.
Dalam beberapa dekad, bandar baharu yang diasaskan baginda
di muara Sungai Bertam itu berkembang dengan pesat dan
menjadi ibu kota Kesultanan Melayu Melaka.
Maksud beberapa dekad di sini merujuk anggaran masa antara
10, ke 30 atau 40 tahun.
SEJARAH TAHUN 4
Ruang dan Masa
Ruang sejarah yang luas membolehkan
sejarawan menjalankan penyelidikan
mengikut bidang tertentu seperti politik,
ekonomi dan sosial.
Ruang dan masa juga memudahkan kita
memahami peristiwa sejarah yang telah
berlaku dan kita akan mudah untuk
menulis peristiwa sejarah yang lengkap
dan tersusun.
SEJARAH TAHUN 4
Sebab dan Akibat dalam Peristiwa sejarah
Setiap peristiwa sejarah berlaku
mempunyai sebab dan akibat.
Kajian tentang sebab dan akibat
memudahkan kita memahami peristiwa
sejarah yang telah berlaku.
Peristiwa mendapatkan kemerdekaan
bagi negara kita juga mempunyai sebab
dan akibat.
SEJARAH TAHUN 4
Sebab dan Akibat dalam Peristiwa sejarah
Sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah akan
menimbulkan perasaan ingin tahu tentang mengapa
dan bagaimana serta kesan peristiwa sejarah yang
telah berlaku.
Berdasarkan pemahaman tersebut kita dapat
mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa
sejarah.
Fikir-fikirkan
Apakah kepentingan peristiwa sejarah kepada anda?
SEJARAH TAHUN 4
Antara Kepentingan sejarah negara
1. Dapat menjadi iktibar kepada kita agar tidak
melakukan kesalahan yang pernah dilakukan oleh
orang-orang yang terdahulu.
2. dapat menimbulkan rasa patriotisme dan sayangkan
negara
3. Menyedarkan kita kepentingan perpaduan kaum. Hal
ini dikatakan demikian kerana kestabilan negara
bergantung pada perpaduan masyarakat.
4. Sejarah dipenuhi kisah hidup masyarakat silam.
Dengan itu, kita dapat melihat pelbagai perjalanan
hidup, keputusan, dan tindakan manusia maka ini akan
menjadikan kita lebih matang.
5. Kita dapat mengenali tokoh-tokoh pemimpin
terdahulu yang banyak berjasa kepada negara.
SEJARAH TAHUN 4
IMBAS KEMBALI
SEJARAH TAHUN 4
IMBAS KEMBALI
SEJARAH TAHUN 4
Tugasan kepada murid ( Tugasan 1)
Lengkapkan rajah tentang sebab
dan akibat sesuatu peristiwa yang
berlaku kepada diri dan keluraga
anda. ( Rujuk buku teks m/s 12 0
Tajuk : Peristiwa yang berlaku ke atas diri saya
Peristiwa Sebab Akibat
Tuliskan di link yang disediakan nanti
SEJARAH TAHUN 4
Contoh
Tajuk : Peristiwa yang berlaku ke atas diri saya
Peristiwa Sebab Akibat
Perpindahan Ayah Saya juga
Keluarga dinaikkan terpaksa
saya pangkat dan berpindah
dari Johor berpindah sekolah di
Baru ke pejabat di Kuala
Kuala Kuala Selangor
Selangor Selangor iaitu
SK Bandar
Baru.
SEKIAN. SELAMAT MAJU JAYA