Program Ceramah dan Pameran Kitar Semula SMK Permata Jaya 2023 Dengan Kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. Hari / Tarikh : Selasa / 26 September 2023 Tempat : Dewan Exora Masa : 8.00 am – 10.00 am
1.0 PENGENALAN Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama atau terpakai untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas, plastik, kertas kadbod, kaca dan pakaian. Selain itu bahan masakan terutama minyak masak terpakai juga boleh dikitar semula. Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu tahu mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula. Mereka juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan. 2.0 MATLAMAT Memupuk semangat memelihara dan cintakan alam sekitar kepada murid. 3.0 OBJEKTIF i. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara mengitar semula yang betul. ii. Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula. iii. Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
4.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM Pengerusi : En. Abdul Razak bin Hamid (Pengetua) Timbalan pengerusi : Pn. Suhaila binti Sohot (GPK HEM) Timbalan pengerusi 1 : En. Azhar bin A.aziz (Penolong Kanan) Timbalan pengerusi 2 : En. Arman bin Md Jeferi (GPK Ko-Ku) Timbalan pengerusi 3 : En. Izuddin Effendy bin Abu Bakar (GPK P.Khas) Penyelaras Lestari Sekolah : En. Irwan bin Sanip Setiausaha : En. Nor Erman bin Sungep Pengerusi Majlis (emcee) : En. Nor Erman bin Sungep Bacaan doa : En. Zaid bin Mohamed Persediaan tempat : En. Irwan bin Sanip dan pelajar Media : Pn. Siti Noraidah binti Mahmod dan Pelajar (lcd projaktor) PA system : En. Mohd Nazim bin Pee AJK kawalan Pelajar : En. Mohd Fithri bin Rahmat : En. Mohd Zaid bin Mohamed Jamuan : Pn. Norafidah binti Abdullah : Pn. Eleena Zerry Rozaini binti Mohd Rasit
5.0 TENTATIF 7.30 : Murid duduk di dalam dewan Exora 8.00 : Ketibaan penceramah Kitar Semula. En. Muhamad Bakhtiar bin Azni (Eksekutif Kanan Jabatan Komunikasi Korporat Dan Hal Ehwal Kerajaan Wilayah Johor Utara SWM Environment Sdn. Bhd) 8.10 : Bacaan doa oleh En. Zaid bin Mohamed 8.15 : Ucapan aluan oleh pentadbir. 8.20-9.30 : Sesi ceramah Kitar Semula. 9.30 : Penyampaian cenderamata penghargaan kepada penceramah. 9.30 : Jamuan ringan kepada penceramah (Pelajar melawat pameran kitar semula sehingga rehat)