The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razahdollah, 2021-01-05 03:52:39

KOKURIKULUM

JAWATAN KUASA

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

123

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

DASAR UTAMA (2)
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB

“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap
pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerjapakaian
seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”.

[Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]

Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan
kokurikulum yang mereka minati.

[Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan
kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]

Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan
dan diberi penilaian.

[Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]

Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk
menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan
disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng
kelas.

[Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu
diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka]

124

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

DASAR UTAMA (3)
PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia
dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.

“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan
gerakerja kokurikulumdi sekolah” ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)

Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang
spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam
bidang kurikulum.

Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan
adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan
kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh
dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan
tatatertib) (Bab D).”

DASAR UTAMA (4)
PENERAPAN AMALAN KBAT DALAM PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”

“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan
yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik
darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajaridalam bilik
darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]. Bagi
SK Teloi Kanan penerapan amalan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran kokurikulum perlu
diterapkan.

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema
penilaian yang pragmatis dan progresif.

125

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang
membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip
penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus
kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan
adalah terbuka kepada semua murid.

DASAR-DASAR SOKONGAN
DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM

DI SEKOLAH

“Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini
hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja
amal untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah ; gerekerja-
gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai
bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”

[Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929]
-Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota

masyarakat setempat.

[Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-
11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’]

-“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan Pasukan Pakaian
Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-
murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang
dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan
kerajaan yang berdaftar”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

126

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

“Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan
pendidikan murid semasa waktu persekolahansecara terancang. Kementerian juga
menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

“Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan
bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkanpotensi mereka
secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani’. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).

“Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang
perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang
kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-
mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik”.
(Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-
masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi
sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakatdan kecemerlangan masing-
masing.

ISTILAH

PU(A) PUBLICATIONS ACT
A.P.U AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG

127

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

TAHUN MASA
TAHUN 3 dan 4 60 minit seminggu
TAHUN 5 dan 6 120 minit seminggu

JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

UNIT BERUNIFORM 12 kali setahun
KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun
SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun

BUKU REKOD KOKURIKULUM (PAJSK)
Untuk tujuan pematauan,setiap murid wajib memiliki buku rekod / aktiviti kokurikulum yang

akan diguna pakai sepanjang tempoh setahun.Buku ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat
aktiviti untuk tujuan merekod kehadiran dan aktiviti yang dijalankan sewaktu perjumpaan. Guru
penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini dengan menandatangani pada ruang
yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan. Buku ini hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan
diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Koku pada setiap akhir penggal untuk tujuan
pemantauan.Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan merekod markah
kokurikulum murid dalam system PAJSK di akhir sesi persekolahan setiap tahun.

PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN
Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian

dalam sebarang pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan.
Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan
program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah penglibatan murid di
samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada murid untuk mendapatkan
sijil demi kepentingan kerjaya dan masa depannya.

PENGHARGAAN
Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang

cemerlang samada diperingkat zon,, daerah, negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan
dan pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan boleh diterjemahkan
dalam pelbagai bentuk seperti :

128

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran, guru-guru
dalam majlis rasmi atau perhimpunan sekolah.

2. Memberi sijil-sijil penghargaan.
3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya.
4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan.
PANDUAN PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM (RUJUK SISTEM PAJSK)

MANUAL : PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
(Manual ini hendaklah dirujuk ketika menilai markah koku pelajar)

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN
KOKURIKULUM
(PAJSK)

SEKOLAH RENDAH

PENDAHULUAN
Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan
Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan
sebagaian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998
(Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti
kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada
pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh
yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor

RASIONAL
Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama
lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketiksamarataan dalam pemberian markah
kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian
dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara
pentaksiran yang standardmembolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalampemberian markah
boleh dihindari.

OBJEKTIF

129

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

• Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima
pakai oleh semua sekolah.

• Merupakan satu daripada empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
• Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam

membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
• Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.

KAEDAH PENILAIAN

Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian
kokurikulum dilakukan pada setiap tahun mulai Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) bagi
tenpoh persekolahn di Sekolah rendaj.Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk
Prestasi Tahun Semasa(Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh
perskolahan (Cumulative Grade Point Average). Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula
daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

PANDUAN PEMARKAHAN

1. FORMAT PAJSK

Terbahagi kepada tiga komponen

JADUAL 1:
KOMPONEN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI,

SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

BAHAGIAN KOMPONEN

1 SEGAK
2 Kokurikulum:

- Kelab Persatuan
- Unit Beruniform
- Sukan/Permainan

3 Ekstra Kurikulum

2. UJIAN SEGAK

SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan
fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah. Ujian ini
hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan
Ogos. Sila rujukSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2016: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), bertarikh 17 Februari 2016.

130

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

3. KOKURIKULUM

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, setiap murid wajib mengikuti
tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:

i. Kelab/Persatuan
ii. Pasukan Badan Beruniform; dan
iii. Sukan/Permainan

Mesyuarat juga menetapkan syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA). Bagi tujuan pentaksiran hanya
dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan enam
(6) elemen.
3.1. ASPEK PENTAKSIRAN

Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut:

i. Penglibatan;
ii. Penyertaan; dan
iii. Prestasi.

Semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan murid untuk mendapatkan
skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti berkenaan. Hanya MARKAH YANG
TERTINGGI sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambilkira untuk tujuan
pentaksiran. Pentaksiran tersebut adalah berdasarkan enam (6) elemen seperti berikut:

JADUAL 2:
ASPEK AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN

ASPEK (110 MARKAH)

Penglibatan (50 markah) Penyertaan Prestasi
(40 markah) (20

markah)

Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Kehadiran Pencapaian
10 20 10 Sumbangan 40 20

10

3.1.1 Jawatan Disandang (10 markah)
131

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

Markah diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam
kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga
diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah seperti berikut:

JADUAL 3:
SKOR BAGI ASPEK PENGLIBATAN - ELEMEN PERJAWATAN

DALAM KELAB/PERSATUAN DAN SUKAN/PERMAINAN

ELEMEN JAWATAN SKOR

Pengerusi / Kapten Pasukan / Ketua Rumah 10

JAWATAN Naib Pengerusi / Penolong Ketua Rumah / 8
Penolong Kapten / Setiausaha / Bendahari
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari / Ahli 6
Jawatankuasa 4
Ahli Aktif 2
Ahli berdaftar

JADUAL 4 :

SKOR BAGI ASPEK PENGLIBATAN ELEMEN PERJAWATAN
PASUKAN UNIT BERUNIFORM ANJURAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

ELEMEN JAWATAN SKOR

JAWATAN Sarjan TKRS, Ketua Trup, Sarjan/Pengerusi, Ketua 10
Puteri (Mega Puteri). Ketua Utama Seksyen 8

Koperal KRS, Penolong Ketua Trup, Koperal/Naib 7
Pengerusi, Penolong (Puteri Megasari), Ketua
Seksyen, 6

Lans Koperal TKRS, Setiausaha / Bendahari, Lans 5
Koperal/Setiausaha /Bendahari, Setiausaha/ 4
Bendahari(Puteri Bistari), Setiausaha/Bendahari 2

Quartermaster Trup, Penolong
Setiausaha/Bendahari, Penolong Setiausaha/
Bendahari (Puteri Kejora), Penolong Setiausaha/
Bendahari

Ketua Patrol, Ahli Jawatankuasa, Ketua Kumpulan
Pasukan (Puteri Saujana), Kuarter Master

Penolong Ketua Patrol, Ahli Aktif, Ketua Kumpulan
(Puteri Mestika), Ketua Kumpulan

Ahli Biasa/ Ahli Berdaftar

Catatan: Tunas Kadet Remaja, Pengakap Kanak-Kanak, Pandu Puteri Tunas,
St. John Ambulans Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, &
Bulan Sabit Merah Malaysia

132

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

JADUAL 5:
SKOR BAGI ASPEK PENGLIBATAN
ELEMEN PERJAWATAN DALAM SENI BELA DIRI

ELEMEN JAWATAN/SANDANG/BENGKUNG SKOR

JAWATAN Pengerusi / Bengkung Merah / Tali Pinggang Hitam 10
Naib Pengerusi: Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang 8
Merah 2
Setiausaha / Bendahari : Bengkung Hijau 2 dan Tali 7
Pinggang Merah 1
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari: 6
Bengkung Hijau 1, Tali Pinggang Biru 2
5
Ahli Jawatankuasa: Cula 3 dan Tali Pinggang Biru 1

Ahli Aktif: Class 3, Cula 2 dan Tali pinggang Hijau 4
1&2 2

Ahli Biasa, Tali pinggang kuning 1 & 2

3.1.2. Peringkat Penglibatan (20 markah)

Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka
dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan
bagi individu dan ahli pasukan atau pasukan adalah sama. Terdapat tiga jenis tahap
penglibatan seperti keterangan berikut:

JADUAL 6 : JENIS PENGLIBATAN

JENIS TAFSIRAN

PENGLIBATAN Murid yang didaftarkan sebagai atlet/ peserta perkhemahan/
I kejohanan/ kursus/ karnival/program pertandingan
Penglibatan murid dalam aktiviti seperti:
PENGLIBATAN
II - Jawatankuasa pelaksana
- Petugas Teknikal
PENGLIBATAN - Persembahan selingan
III
Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti
penyokong, kumpulan sorak dan sebagainya

133

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

JADUAL 7 : SKOR ELEMEN PENGLIBATAN

ELEMEN PERINGKAT SKOR

Antarabangsa Penglibatan I Penglibatan II Penglibatan III
PERINGKAT Kebangsaan 20 15 10
17 12 8
Negeri 14 10 6
Bahagian 12 95
(Sabah/Sarawak)
Zon/Daerah 11 8 4

3.1.3. Komitmen (10 markah)

Komitmen dinilai atau ditaksir daripada 10 aspek dalam pengamatan, pemerhatian guru
penasihat. Penumpuan pemerhatian guru meliputi aspek berkaitan kepimpinan, sikap dan
kesungguhan seseorang murid semasa melaksanakan aktiviti. Guru Penasihat hanya boleh
menandakan maksima empat (4) aspek darpada 10 pilihan yang diberi dengan wajaran markah
seperti di senaraikan.

JADUAL 8 : SKOR ELEMEN KOMITMEN

ELEMEN PERKARA SKOR
KOMITMEN
Menunjukkan Kepimpinan 3
Mengurus Aktiviti 3
Membantu guru atau rakan 2
Menyedia Peralatan 2
Mengemas Peralatan 2
Membersih Kawasan 2
Menepati Waktu 2
Menunjukkan Minat 2
Menunjukkan Kesungguhan 2
Mengikut Arahan 2
Mencuba 2
Memberi Kerjasama 2
Mana-mana Nilai Murni Yang Boleh 2
Diperhatikan

3.1.4. Khidmat Sumbangan (10 markah)

Dalam aspek ini markah diberikan kepada murid berdasarkan penglibatan dan sumbangan
dalam aktiviti atau program di peringkat sekolah. Empat aspek yang dinilai meliputi perkara-
perkara seperti berikut:

JADUAL 9 : SKOR ELEMEN KHIDMAT SUMBANGAN
134

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

ELEMEN PERKARA SKOR
10
KHIDMAT ATLET/ PESERTA: 10
SUMBANGAN Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta 8
(PERINGKAT program / pertandingan / Karnival / kursus
KEMAHIRAN KHUSUS 5
SEKOLAH)
Melibatkan kemahiran khusus – berkaitan aspek
teknikal (pengadil, jurulatih pasukan, dll yang
berkaitan dengan aspek teknikal)

PERSEMBAHAN:
Penglibatan murid yang terlibat dalam aktiviti seperti
persembahan selingan

SOKONGAN:
Membantu dari segi menjayakan aktiviti kelab
persatuan sukan sekolah seperti mengambil
bahagian dalam perbarisan atau persembahan,
kumpulan sorak/penyokong, dan yang berkaitan.

3.1.5. Kehadiran (40 markah)

Aspek kehadiran memberikan markah tertinggi dalam pentaksiran ini, dengan tujuan untuk
menggalakkan murid hadir pada setiap perjumpaan yang ditetapkan. Bilangan perjumpaan
hendaklah tidak kurang daripada dua belas (12 kali)setahun dengan mengambilkira satu
perjumpaan bersamaan tiga (3) jam. Pengecualiaan kehadiran hanya dipertimbangkan jika
murid sakit, menyertai kegiatan kokurikulum yang lain dengan kelulusan sekolah dan sebab-
sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak Sekolah.

JADUAL 10 : SKOR ELEMEN KEHADIRAN

ELEMEN BILANGAN MARKAH BILANGAN MARKAH
KEHADIRAN
1 3.33 7 23.21

2 6.66 8 26.64

3 9.99 9 29.97

4 13.32 10 33.30

5 16.65 11 36.63

6 19.98 12 40

3.1.6 Pencapaian (20 markah)

Markah diberikan berdasarkan pencapaian murid dalam pertandingan yang dilaksanakan di
semua peringkat. Pencapaian yang di taksir hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan

135

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

dan ketiga, walau bagaimanapun tempat keempat dan kelimadiberikan dalam acara individu
di peringkat Sekolah. Markah pencapaian murid adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 11 : SKOR ELEMEN PENCAPAIAN

ELEMEN PERKARA SKOR

Peringkat Johan Naib Ketiga Keempat Kelima
Johan
TAHAP Antarabangsa 20 18
PENCAPAIAN Kebangsaan 17 19 15
Negeri 14 16 12
Bahagian 12 13 10
(Sabah/Sarawak) 11
Zon/Daerah
Sekolah 11 10 9
8 765 4

3.2. Ekstra Kurikulum ( 10 markah)

Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu
persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji. Markah yang diperoleh daripada
bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum
samaadaKelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan. Hanya markah
tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu lima (5) elemen seperti berikut:

3.2.1. Perkhidmatan

Elemen jawatan yang disandang oleh murid-murid dalam satu-satu kelab atau persatuan
bukan kokurikulum yang melibatkan perkhidmatan bagi tujuan membantu pengurusan dan
pentadbiran sekolah. Jawatan ini melibatkan pelantikan berdasarkan ciri-ciri kepimpinan
seseorang individu. Huraiannya seperti berikut:

JADUAL 12:
EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN PERKHIDMATAN

ELEMEN PERKARA SKOR
10
. Ketua Murid 8
PERKHIDMATAN Timbalan/Penolong Ketua Murid
Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk 7
membantu sekolah Pengawas/ Ketua Asrama /
Ketua PRS /BADAR/ Pengerusi Badan-Badan
Perkhidmatan Sekolah

136

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

(Bukti Penolong Ketua Asrama / Pengawas Pusat 6
5
Penglibatan: Sijil Sumber/BADAR 3

Pencapaian) AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atau

Pengurusan / Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro

- Asrama / PRS / BADAR/ Penerima sijil dan

lencana SLAD / PROSTAR / Pegawas Koperasi/ /

Ketua Kelas / Ketua Tingkatan /

Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan

- AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua

Dorm/BADAR/ Penerima sijil SLAD / PROSTAR/

Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik

3.2.2. Anugerah Khas

Pemberian pengiktirafan oleh Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan,
Kesatuan/Persatuan Sukan yang berkaitan aktiviti kokurikulum murid di dalam dan luar
kawasan Sekolah. Huraian markah seperti jadual berikut:

JADUAL 13:
EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN ANUGERAH KHAS

ELEMEN PERKARA SKOR
10
ANUGERAH 1. Anugerah Tunas Jaya- Kementerian Wanita
KHAS dan Kebajikan Masyarakat 10
8
2. Anugerah Khas Kokurikulum dan Sukan 6
2.1 Peringkat Kebangsaan 4

2.2 Peringkat Negeri 10
2.3 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian 7
5
2.4 Peringkat Sekolah 3
3. Lain-lain Anugerah /Penghargaan Khas
Yang Setara 5
4
3.1 Peringkat Kebangsaan 3
3.2 Peringkat Negeri
3.3 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian
3.3. Peringkat Sekolah
4. Penyertaan Peringkat Antarbangsa BUKAN
Anjuran KPM
4.1. Emas
4.2. Perak
4.3. Gangsa

3.2.3. Khidmat Masyarakat

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara
berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Program yang diiktiraf dalam
pentaksiran markah kokurikulum adalah bersifat berdiri sendiri dan bukan lanjutan daripada aktiviti
kokurikulum yang sedia ada. Aktiviti boleh dilaksanakan berdasar senarai atau secara berulang.
Tempoh masanya sekurang-kurangnya 3 jam bagi satu markah. Skor bagi setiap aktiviti yang
dijalankan adalah seperti jadual.

137

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

JADUAL 14 :
EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN KHIDMAT MASYARAKAT

ELEMEN PERKARA SKOR

KHIDMAT 1. Aktiviti Kejiranan/Komuniti 1
MASYARAKAT 2. Aktiviti Alam Sekitar 1
3. Aktiviti Bencana Alam 1
4. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi 1
5. Aktiviti Kebudayaan/Kesenian/Integrasi 1
6. Aktiviti Kerohanian 1
7. Aktiviti Insaniah 1

3.2.4. Nilam

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) - satu program yang menggabungkan semua
aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun
dan markah dikumpul secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Sila rujuk
Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil: 13/1998 bertarikh 22 Mei
1998. :Huraian markah seperti berikut

JADUAL 15 :
ANUGERAH NILAM – SEKOLAH MENENGAH

JUMLAH BUKU PENGIKTIRAFAN

90 - 179 Gangsa
180 - 269 Perak
270 - 359 Emas
360 ke atas Nilam

JADUAL 16 :
EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN PROGRAM NILAM

138

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

ELEMEN PERINGKAT NILAM EMAS PERAK GANGSA

PROGRAM Kebangsaan 10 9 8 7
NILAM Negeri 9 8 7 6
Daerah/ Zon/ 8 7 6 5
Bahagian
Sekolah 76 5 4

4. PROGRAM ANJURAN AGENSI LUAR

Pengiktirafan program diberikan kepada semua bahagian yang menganjurkan aktiviti kokurikulum di
bawah Sektor Operasi Pendidikan, KPM. Walau bagaimanapun, bagi memberi ruang dan peluang
yang lebih luas kepada semua, KPM juga memberi pengiktirafan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak lain. Untuk itu, kelulusan dan pengesahan program perlu diperoleh terlebih dahulu daripada
BKK, KPM. Senarai badan-badan yang terlibat dan contoh aktiviti adalah seperti berikut:

4.1. Badan Bukan Kerajaan (NGO):
Contoh: Jambori Antarabangsa Pengakap, anjuran Persekutuan
Pengakap Malaysia,

4.2. Kerajaan Negeri:
Contoh: Larian 10K Bandaraya Ipoh, anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak;

4.3. Badan Berkanun;
Contoh: Pertandingan ‘Drum Battle’ dan ‘Colour Guard’ Pasukan
Pancaragam, anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4.4. Badan Amanah;
Contoh: Programme Green Ranger Malaysia, anjuran Yayasan EMKAY

4.5. Syarikat Awam; dan
Contoh: Program Koperasi Sekolah, anjuran ANGKASA

4.6. Syarikat Swasta
Contoh: Kem Remaja TUTOR, anjuran Utusan Malaysia Sdn. Bhd.

139

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

5. CARA PENGIRAAN MARKAH

JADUAL 17:
CONTOH CARA PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM

Komponen Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Penyataan PBS
(Tingkatan 3)

Kelab/ Persatuan 58 64 86
Pasukan Badan 70 80
Beruniform 70 Bagi tujuan
55 60 pelaporan dua
Sukan/Permainan 5 10
Ekstra Kurikulum markah tertnggi

dipilih

59

5

MARKAH

Markah purata (58+70)/2 + (64+80)/2 = (86+70)/2 = Hanya CGPA tahun
128/2 144/2 156/2 semasa dan markah
Markah Purata + Ekstra 64 + 5 10% (Tingkatan 3)
Kurikulum 72 + 10 78 + 5
69 sahaja akan
Markah Tahun Semasa 82 83 direkodkan di atas
(GPA) 69 penyataan PBS-
(69 + 82)/2 = (75.2 + 83) =
Markah Kumulatif 75.2 79.2 PAJSK
Tahun Semasa (CGPA)

Markah 10% kepada 6.90 7.52 7.92
dua titik perpuluhan

6. CARA PENGIRAAN, GPA, CGPA DAN 10% MARKAH KOKURIKULUM

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (GPA)
dan Himpunan Prestasi Sepanjang Tempoh Persekolahan (CGPA). Contoh prestasi GPA dan
CGPA murid dalam bidang Kokurikulum dalam tempoh persekolahan.

140

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

TAHUN Tahun Jadual 18: GPA CGPA
4 PENGIRAAN PAJSK 69 69.0
2013 5 82 75.5
2014 6 Markah Kokurikulum 83 79.28
2015 69
82
83

7. GRED PENCAPAIAN

Jadual 19:
GRED PENCAPAIAN

GRED MARKAH
A Antara 80 hingga 100
B Antara 60 hingga 79.9
C Antara 40 hingga 59.9
D Antara 20 hingga 39.9
E
19.9 dan kurang

8. HURAIAN GRED

BIL. JULAT JULAT TAHAP PENYATAAN GRED
SKOR SKOR

RENDAH TINGGI

Syabas. Anda Seorang Yang Sangat
Aktif, Komited Dan Menunjukan

Potensi Diri Yang Tinggi Dalam
Aktiviti Yang Disertai. Anda

1 80 Hendaklah Mengekalkan A
100 Cemerlang Kecemerlangan Prestasi Dan

Mempertingkatkan Usaha Untuk
Berjaya Dalam Bidang Yang Diceburi
Dan Diminati. Semoga

Kecemerlangan Ini Boleh Diteladani
Oleh Yang Lain

141

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

Tahniah. Anda Merupakan Seorang

Yang Aktif, Komited Dan

Menunjukkan Minat Yang

Memuaskan Dalam Aktiviti Yang

2 60 79.9 Kepujian Disertai. Anda Boleh B
Mempertingkatkan Potensi Diri Dan

Prestasi Dalam Aktiviti Yang Diceburi

Sekiranya Memberi Lebih

Penumpuan Dalam Aktiviti Tersebut

Penglibatan Dan Penyertaan Anda

Dalam Aktiviti Yang Disertai Adalah

Memuaskan. Anda Perlu Dan

3 40 59.9 Baik Mampu Untuk Lebih Berusaha Bagi C
Meningkatkan Prestasi Ke Tahap

Pencapaian Yang Lebih Baik Dalam

Aktiviti Yang Disertai

Penglibatan Anda Kurang Dan Tidak

Menunjukkan Kesungguhan Dalam

Aktiviti Yang Disertai. Tingkatkan

4 20 39.9 Kurang Usaha Anda Dalam Aktiviti Yang D
Memuaskan Disertai Supaya Anda Dapat

Mencapai Tahap Prestasi Yang Lebih

Baik

Penglibatan Dan Tahap Pencapaian

Anda Tidak Memuaskan Dalam

5 0 19.9 Tidak Aktiviti Yang Disertai. Anda Perlu E
Memuaskan Mempertingkatkan Motivasi Diri

Untuk Mencapai Tahap Prestasi Yang

Lebih Baik

142

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

9. SENARAI AKTIVITI KOKURIKULUM

9.1. KELAB/PERSATUAN

JADUAL 22:
SENARAI KELAB/PERSATUAN – SEKOLAH RENDAH

1. Aero Modeling 31. Kelab Kitar 56. Pertanian

2. Agama Budha Semula 57. Pelancongan

3. Agama Hindu 32. Kelab Pembinaan 58. Rekacipta/Inovasi

4. Agama Islam CIDB 59. Rekreasi/Kembara

5. Agama Kristian 33. Kelab Pencinta 60. Robotik

6. Astronomi/Falak Alam/Alam Sekitar 61. Sains

7. Bahasa Arab 34. Kelab Pengguna 62. Sains Teknologi

8. Bahasa Cina 35. Kelab Rotary 63. Sains

9. Bahasa Inggeris 36. Kelab Rukun Kemasyarakatan

10. Bahasa Jepun Negara 64. Sejarah

11. Bahasa Jerman 37. Kelab Interact 65. Seni Visual

12. Bahasa Kadazan 38. Kelab Setia 66. Sivik/Moral

13. Bahasa Melayu 39. Kelab Ulul Albab 67. Tarian

14. Bahasa Perancis 40. Kelab Usahawan 68. Teater/Drama

15. Bahasa Tamil Muda/Tunas Niaga 69. Kelab/Persatuan

16. Bahasa Iban 41. Kelab Kemahiran Al-Quran

19. Cyber Kid Club Kememahiran 70. Kelab Skim

20. Filateli (Kumpul Hidup Pinjaman Buku Teks

Setem) 42. Kelab Kebudayaan Catatan:
21. Kelab Media 43. Kelab Koperasi Bagi Kelab/Persatuan
yang tidak terdapat
(Fotografi) Sekolah dalam senarai, pihak
22. Geografi 44. Kompang sekolah boleh memilih
23. Keceriaan 45. Komputer kelab/persatuan yang
46. Lukisan mirip atau seumpama
/Landskap 47. Matematik dengannya.
24. Kelab Briged Sungai 48. Memancing
25. Kelab Juru Ukur

143

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

26. Katering 49. Numesmatik
27. Kelab Kerjaya (Mengumpul
28. Kelab Keselamatan Syiling)

Jalanraya 50. Muzik
29. Kelab Kesihatan 51. Orkestra
30. Kelab Kewangan 52. Pelaburan Bijak

PNB
53. Perdagangan
54. Perpaduan
55. Doktor Muda

9.2. PASUKAN BADAN BERUNIFORM

JADUAL 23:
SENARAI PASUKAN BADAN BERUNIFORM – SEKOLAH RENDAH

BIL. ANJURAN PASUKAN

1. KEMENTERIAN Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah

PENDIDIKAN MALAYSIA Pasukan Pancaragam Brass

Persekutuan Pengakap Malaysia

Pasukan Pandu Puteri Tunas

Pergerakan Tunas Puteri Islam Malaysia

2 BADAN BUKAN (PPIM)

KERAJAAN Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

ST. John Ambulans Malaysia

Silat

Taekwondo

Karate-do

Silambam

Kalaripayat

Wusyu

3 PASUKAN Taici
SENI BELA DIRI Aikido
Muaythai

Ninjitsu

Kendo

Kuntau

Tang Soo Do

Lain-lain yang diluluskan oleh Pesuruhjaya

Sukan

144

PERANCANGAN DASAR DAN PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM SKTK 2021

8.3. SUKAN/PERMAINAN

JADUAL 24:
SENARAI AKTIVITI SUKAN/PERMAINAN – SEKOLAH RENDAH

1. Akuatik/Renang/Terjun 21. Skuasy
2. Badminton 22. Sofbol
3. Bola Baling 23. Tenis
4. Bola Jaring 24. Tenpin Boling
5. Bola Keranjang 25. Kabbadi
6. Bola Sepak 26. Petanque
7. Bola Tampar 27. Sukan Ekstrem
8. Catur
9. Gimnastik Catatan:
10. Gimrama
11. Golf Bagi Kelab Sukan/Permainan
12. Frisbee yang tidak terdapat dalam
13. Hoki senarai, pihak sekolah boleh
14. Kriket Kancil memilih kelab yang mirip atau
15. Memanah seumpama dengannya.
16. Olahraga
17. Perahu Layar
18. Ping Pong
19. Ragbi Sentuh/Rimau
20. Sepak Takraw

145


Click to View FlipBook Version