The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazratul Ain Murgani, 2020-10-29 10:27:54

MUTIARA JUMAAT BIL 31 (30102020)

MUTIARA JUMAAT BIL 31 (30102020)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1442H/2020M.

12 Rabiulawal Tahun Gajah adalah kelahiran insan mulia pembawa rahmat seluruh alam Nabi Mu-
hammad SAW. Nabi akhir zaman.
‫إِ َّن ال َّلـ َه َو َم ََل ِئ َك َت ُه ُي َص ُّلو َن َع َلى ال َّن ِب ِّي ۚ َيا َأ ُّي َها ا َلّ ِذي َن آ َم ُنوا َص ُّلوا َع َل ْي ِه َو َس ّلِ ُموا َت ْسلِي ًما‬
(Surah al-Ahzab: 56)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Rasulullah SAW serta menghim-
punkan kita bersama Rasulullah SAW di dalam Syurga kelak. Amiin.

Keajaiban Selawat

Oleh: Syeikh Saleh al-Maghamsi

Suatu hari saya telah menjalani pembedahan jantung. Pada hari kedua pembedahan, saya
telah bangun atau sedar. Saya lihat badan saya siap dijahit dan segala-galanya telah selesai.
Sekumpulan pakar dari unit rawatan rapi datang untuk memeriksa saya tepat pada masa saya
sedar.24 jam selepas pembedahan, seorang doktor di sebelah saya perasan
terdapat masalah dengan darah saya. Doktor ini lalu memberitahu doktor yang kedua.
Kemudian doktor yang kedua memberitahu pula doktor yang ketiga. Ia seterusnya berlanjutan
sehingga kepada 14 orang doktor datang mengelilingi saya untuk memeriksa kes tersebut.

Kesemua mereka hairan, apa seterusnya yang patut dilakukan. Bagi saya, perkara ini langsung
saya tidak tahu. Namun, saya dapat lihat reaksi muka mereka berubah. Saya dapat mendengar
peralatan elektronik di belakang saya yang memberi isyarat yang tidak baik walau saya tidak
dapat lihat. Ekspresi muka pakar-pakar memberitahu saya sesuatu yang buruk telah berlaku.

Pakar-pakar tadi kemudiannya memanggil seorang pakar warga Sudan bernama Adam. Dia
seorang doktor yang cukup dihormati. Dari apa yang dia perhatikan, dia mengandaikan terdapat
darah beku selepas pembedahan dalam tubuh saya. Lalu, secara ringkas, dia berkata kepada
saya: “Oh Syeikh Saleh, kami mesti membawa semula kamu ke bilik pembedahan, terdapat
darah beku yang mesti dikeluarkan segera.”

Sudah tentu, berita mengejutkan saya ini bagaikan petir datang menyambar. Waktu itu, Allah
memberi petunjuk kepada saya supaya berharap agar operasi kedua berjaya dan selamat.
Untuk kali kedua, ketakutan mula menjalar dan saya mula membaca dua kalimah syahadah:

“Asshadualla ila ha illallah..Waasshadu anna muhammadar rasulullah”

(Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad
pesuruh Allah)

Kemudian saya menganggukkan kepala tanda bersedia untuk di operasi. Peranti elektronik
disambungkan ke badan saya dengan berhati-hati. Para doktor mula memakai topeng, dalam
masa yang sama seorang jururawat warga Lubnan di sebelah saya memanggil saya: “Saleh”.
Dia tidak tahupun saya seorang Syeikh.

Dia (jururawat) tadi berkata: “Saleh, dengar sini, ucaplah selawat ke atas junjungan Nabi, nanti
semuanya akan mudah”. Jadi, cepat-cepat saya menyebut seperti orang ramai menyebutnya:

“Allahumma solli `ala muhammadin wa`ala aali muhammad”

(Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya)

Demi Allah, sebaik sahaja saya berselawat, darah beku mulai hilang. Isyarat peranti turut
berubah! Doktor mulai cemas, apa yang telah berlaku! Sesuatu telah berlaku. Justeru, doktor
Adam dipanggil semula. Apabila dia datang, dia melihat skrin dan memeriksa darah. Selepas
itu, beliau berkata: “Oh Syeikh Saleh, apa yang akan kami lakukan untuk menyelamatkan kamu,
Allah swt lebih dahulu melakukannya.”

Sudah tentu, kita sekarang bukan memperkatakan isu tentang Saleh, tetapi isu wanita
(jururawat Lubnan) tadi, bahawa Allah swt telah memberkati beliau untuk mengingatkan saya.

Allah swt berfirman di dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab, ayat 56:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi
(Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta
ucapkanlah salam penghormatan dengan sepenuhnya.” [Al-Ahzab : 56]



SEORANG lelaki bertanya kepada Rasulullah :Bilakah akan berlaku hari kiamat?
Rasulullah menjawab: Apakah yang telah engkau sediakan untuk hari kiamat?
Lelaki itu menjawab: Aku tidak menyediakan apa-apa melainkan aku mencintai
Allah dan RasulNya. Lalu Rasulullah bersabda: (di akhirat kelak) “Engkau akan
bersama dengan orang yang engkau cintai.”

2. Mendengarkan hadis ini, Saidina Anas berkata: “Aku tidak pernah berasa san-
gat gembira seperti gembiranya aku hari ini.” Aku sangat mencintai Rasulullah ,‫ﷺ‬
Abu Bakr dan Umar dan aku berharap akan dapat bersama mereka di akhirat ke-
lak sekalipun aku tidak mempunyai amalan seperti mereka.”

3. Tanda cinta Rasulullah adalah mengamalkan apa yang Baginda perintahkan
dan meninggalkan setiap perkara yang Rasulullah larang.


Click to View FlipBook Version