The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazratul Ain Murgani, 2021-01-28 09:37:25

MUTIARA JUMAAT BIL 5 ( 29012021 )

MUTIARA JUMAAT BIL 5 ( 29012021 )

16 Jamadil akhir 1442 H / 29.01.2021 ( Bil 5 )

Zamankah yang berubah atau kita yang tidak mahu
berganjak bergerak ke hadapan? Asyik-asyik menoleh
ke belakang dengan mengenang kesilapan semalam.
Andai itu yang dikesalkan, andai itu bayangan yang
diulang-ulang, mengapa tidak kita memohon keam-
punan Tuhan...

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya
diri sendiri. Oleh itu ampunkanlah aku. Sesungguhnya
Engkau jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani..."

Tazkirah dari Al-quran

Memanglah manusia sentiasa dan sering ada kesilapan dan
kelemahan. Memang itu sifat dan tabiat manusia. Namun jangan-
lah sampai kebaikan dan kerja baik mereka itu langsung tidak di-
hargai.

Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu
kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil-
haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan
tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan
dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa
dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.(Al Maaidah: 2)

Membiarkan sikap biasa menguasai jiwa hanya akan menyubur-
kan kebencian dan permusuhan.Kerendahan hati melahirkan
ketinggian budi...Dan janganlah kamu memalingkan mukamu
dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan
di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak me-
nyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Luqman: 18)

Allah kasih kepada mereka yang berbuat baik...

"Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang
berbuat kebaikan."(Ali-Imran: 148)

Bersyukurlah dengan setiap kebaikan yang kamu lakukan kerana
ia adalah nikmat yang Allah kurniakan, dan beristighfarlah kamu
andai kebaikan yang kecil pun tidak terdaya kamu lakukan, mes-
kipun hanya tersenyum kepada saudaramu.

Justeru, kembalikanlah hatimu kepadaNya dan hargailah kebaikan
manusia...

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA
MENJULANG KE LANGIT.

Sebuah kisah diceritakan bahawa seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu mal-
am yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul
dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia ter-
fikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali
Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya
lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.Beliau
ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.Untuk mengetahui
dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu
menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan
siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat,
bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya
tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam ke-
hidupan sehari-harinya.Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si
mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian
masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan
penuh kecintaan dan kasih sayang.

Dia akan duduk dan membelek al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, se-
dangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tan-
gannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.Tambah isteri
simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih,
mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu
membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku
tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi
mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan
Allah diakhirat nanti”.

Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengha-
rukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu
dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis
berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat
mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan se-
luruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, se-
tiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.Memuliakan al-
Quran sahaja sudah mendapat syafaat inikan pula kita belajar baca dgn betul dan mengamalkann-
ya. Subhanallah!

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-496: BOLEHKAH MEMBACA AL-QURAN DI DALAM TELEFON
BIMBIT TANPA BERWUDUK

Soalan

Assalamualaikum. Saya seorang pegawai perubatan yang menjaga kaunter dibahagian hada-
pan. Bagi mengelak terkena jangkitan covid-19, kami disuruh untuk yang memakai pakaian
PPE. Persoalan saya sewaktu menunggu di kaunter itu saya membaca al-Quran menggunakan
hendset saya dan bolehkah saya memmegang henset itu sekiranya tidak mempunyai wuduk.
Mohon penjelasan.

Jawapan

Membaca al-Quran merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Begitu juga, akan diberi
pelbagai ganjaran dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca al-Quran sepertimana hadis yang diri-
wayatkan oleh Muhammad bi Ka’ab al-Qurazi menyebut, aku mendengar daripada Abdullah bin
Mas’ud RA berkata, Sabda Nabi SAW:Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada
Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebaikan.Riwayat al-Tirmizi (2910)

Selain itu, di antara kelebihan membaca al-Quran ianya boleh memberi syafaat ketika pada hari
kiamat kelak

Membaca al-Quran Tanpa wuduk

Bebalik kepada persoalan yang diajukan di atas, dalam hal membaca al-Quran terdapat adab-adab
yang disarankan oleh para fuqaha’ di antaranya adalah membersihkan mulut dengan bersiwak atau
selainnya. Begitu juga disunatkan bagi seseorang yang hendak membaca al-Quran itu menyucikan
dirinya (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quawaitiyyah, 33/34-35)

Imam Nawawi menyebut, disunatkan membaca al-Quran ketika ia dalam keadaan suci dan sesiapa
yang membaca al-Quran dalam keadaan ianya berhadas maka diharuskan, dan ini merupakan ijma’
para ulama.

Hukum Menyentuh al-Quran Ketika Berhadas

Dalam membincangkan perihal menyentuh al-Quran tanpa bersuci, sebahagian para ulama bersepa-
kat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu
suci daripada hadas kecil atau besar. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyyah, 37/276)

Apakan yang dimaksudkan dengan mushaf

Bagi menentukan apakah menyentuh al-Quran yang terdapat di dalam aplikasi telefon bimbit di-
wajibkan untuk berwuduk atau tidak, maka sebaiknya diperhalusi adakah ia juga dikategorikan se-
bagai Mushaf atau tidak.

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut al-Mushaf adalah nama yang ditulis padanya kalam Al-
lah SWT di antara dua kulit. Dan mushaf adalah apa yang terkandung di dalamnya keseluruhan ayat
al-Quran atau apa yang disebut sebagai mushaf secara uruf atau ditulis padanya sedikit ayat al-
Quran seperti hizib. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 38/5)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan di atas dan penelitian perbahasan yang diberikan, dapat kami simpulkan
bahawa harus membaca al-Quran melalui telefon bimbit tanpa berwuduk, ini kerana aplikasi al-Quran
tidak boleh dihukum sebagai mushaf al-Quran kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin
dan kemudiannya hilang, bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama
dengan mushaf al-Quran yang hakiki.

Namun, sebaiknya disunatkan untuk berwuduk ketika membaca al-Quran serta menjaga adab-
adab ketika membaca al-Quran sepertimana yang digariskan oleh para ulama seperti menutup
aurat, mengadap kiblat dan membersihkat mulut.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hi-
dayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.


Click to View FlipBook Version