The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazratul Ain Murgani, 2020-11-12 08:28:41

MUTIARA JUMAAT BIL 33 ( 13112020 )-1

MUTIARA JUMAAT BIL 33 ( 13112020 )-1

Tazkirah Subuh: Peringatan dari Al Quran

Seringkali manusia menyangka bahawa seorang hamba Allah itu hanya akan melakukan maksiat ter-
hadap Allah sahaja. Memang benar, bila Allah menyuruh hambaNya dengan sesuatu perintah, seperti
solat, puasa, menutup aurat, bila tidak dipatuhi maka disebut sebagai fasiq.Dan bila dilarang dari
melakukan sesuatu seperti zina, judi, khamar, maka bila dibuat juga maka dipanggil ‘asi atau pelaku
maksiat. Maksiat mata, maksiat telinga, maksiat tangan, maksiat kaki dan berbagai lagi.

Namun, dosa fasiq dan ‘asi, Allah ta’ala boleh ampunkan hatta kepada dosa-dosa besar sekali pun dengan
syarat benar-benar bertaubat dengan rukun dan syaratnya. Begitu juga dengan dosa-dosa kecil, boleh terha-
pus dengan istighfar dan kifarah dosa dari saluran yang berbagai. Ini adalah kerana keluasan Rahmat Kasih
sayangNya.

Dari Abu Sa’id al-Khudri dan dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW bersabda,

“Tidaklah seorang muslim ditimpa sesuatu seperti kelelahan, penyakit (yang tetap), kekuatiran
(terhadap sesuatu yang kemungkinan akan menyakitinya), kesedihan, gangguan, dan duka-cita kare-
na suatu kejadian, sampai duri yang menusuknya, kecuali Allah akan menggugurkan dosa-dosanya
dengan sebab itu”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Namun, manusia sering terlupa, cuai dan lalai terhadap dosa yang bukan Allah SWT yang akan mengam-
punkannya tetapi dosa terhadap manusia. Ingat, maksiat bukan hanya terhadap Allah, ada juga maksiat
lidah terhadap manusia lain seperti mengumpat, membuat khabar dusta, memaki hamun, mencerca dan
mencela, memperendah orang lain, mengadu domba dan banyak lagi. Dosa-dosa yang hanya manusia
yang jadi mangsa akan mengampuninya. Sudah pasti lebih sukar dan rumit, tambah lagi dengan dunia glob-
al yang semakin kecil, segala maksiat lidah itu juga dilakukan dengan secara global.

"Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id dan 'Ali bin Hujr keduanya berkata; Telah mencer-
itakan kepada kami Isma'il iaitu Ibnu Ja'far dari Al A'laa dari Bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah
SAW pernah bertanya kepada para sahabat: Tahukah kalian, siapakah orang yang bangkrup itu? Para sa-
habat menjawab; 'Menurut kami, orang yang bangkrup diantara kami adalah orang yang tidak memiliki wang
dan harta kekayaan.' Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya umatku yang bangkrup muflis adalah orang
yang pada hari kiamat datang dengan solat, puasa, dan zakat, tetapi ia selalu mencaci-maki, menuduh, dan
makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain. Setelah itu, pahalanya diambil untuk
diberikan kepada setiap orang dari mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak
yang belum terpenuhi. Selanjutnya, sebagian dosa dari setiap orang dari mereka diambil untuk dibebankan
kepada orang tersebut, hingga akhirnya ia dilemparkan ke neraka."(Hadith Riwayat Muslim)

Alangkah ngerinya, sedihnya, menjelang saat kematian. Dosa-dosa terhadap Allah mungkin sudah terhapus,
namun dosa-dosa terhadap manusia masih menimbun lagi.Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah
SAW bersabda,

"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam”.(Hadith Ri-
wayat Al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, cukuplah dan berhentilah melakukan dosa maksiat lidah terhadap orang lain, tidak ter-
tanggung di akhirat nanti...

Penebang pokok dan kapak tumpul

AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu
menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong
pokok di hutannya. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat
lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik
mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan
kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan
menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa
yang ditentukan.Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada
petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.

“Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok
itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan
itu.Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada
keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya me-
numbangkan tujuh batang pokok.Hari ketiga pula, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tid-
ak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya.

“Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungja-
wab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus
asa.Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang
kurang memberangsangkan itu.

Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi.Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya
kamu mengasah kapak kamu?” “Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat
sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu.
“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam,
maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa.

“Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah,
kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa
untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang
maksimum. Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!” perintah majikan.Sambil
mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan
majikannya untuk mengasah kapaknya.

Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjal-
anan yang lebih jauh lagi dan mencabar. Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari
pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan.Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering
kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menam-
bah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi.

Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri,
dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca.Dengan ilmu sahajalah
kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu
bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri.

Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan
selepas ini ke mana kita akan pergi. Semoga tazkirah kali ini kita sentiasa tajam dengan ilmu dan kepri-
hatinan terhadap tanggungjawab seharian barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam,
dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.



Berdoa janganlah dipanjatkan tatkala terkena musibah dan bala sa-
haja

Lakukan juga baik dalam suka duka dan tangis tawa

Tidak mengapa apa yang kita minta lambat datangnya

Kerana kita belum memiliki hak untuk mendapatkannya

Atau waktu untuk mendapatkannya belum tiba

Mesti yakin dalam berdoa tanpa ada bersangka - sangka

Manusia itu merasa gembira bila doanya makbul segera

Tetapi mudah berputus asa bila tidak dapat kehendaknya
Allah memberi tidak cepat tidak lambat melainkan tepat masanya dan

terbaik buat hamba - hambaNya
Jangan tergesa - gesa kerana setiap doa Allah tetap perkenankannya,

meningkatkan darjatnya dan menyelamatkankannya dari musibah
setimpal yang akan menimpanya

Berdoalah dengan iringan airmata

Dalam kepedihan jiwa

Dengan tangan yang tertadah ke langit terbuka
Doa yang tulus dari lubuk hati yang percaya dapat menggoncang

bukit bukau dan gunung ganang semuanya.

Pintu doa sentiasa terbuka maka bersegeralah kita semua merebutnya.
Tiadalah daya upaya melainkan Allah membantu kita semua dengan

rahmat Nya.


Click to View FlipBook Version