The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazratul Ain Murgani, 2022-09-15 10:58:23

MUTIARA JUMAAT BIL 31 (16092022)

MUTIARA JUMAAT BIL 31 (16092022)

MUTIARA JUMAAT
19 SAFAR 1444H/16.09.2022

BIL 31/2022

Habib Quraisy Baharun berkata :
"Tinggi dan banyaknya ilmu memang tidak menjamin seseorang menjadi soleh ,

tetapi keindahan akhlak , kejernihan akal dan kesucian hati jauh lebih mulia
dan lebih disenangi dihadapan Allah Ta’ala ."

Peringatan dari AlQuran …….

Manusia selalu rasa ingin lari dari apa yang Allah tetapkan dan kehendaki kerana merasakan ianya sempit, terkongkong, mundur dan tiada masa
depan.Akan tetapi ada hakikat yang perlu manusia fahami. Bahawa dengan kita sentiasa dekat dan hampir dengan Allah, disitu lah jalan keluar,
ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa cukup kepada apa sahaja yang manusia manusia cari jawapan kepada kekosongan hidup
mereka.
Yang sempit itu ialah sikap hati dalam dada...
Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu.
Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan
yang penuh dengan kemunafikan dan pendustaan.
Sempit dada kita bukan disebabkan beratnya kesusahan hidup yang kita alami tetapi lantaran kurangnya pergantungan kita kepada Allah...
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)(At-Talaq:
3)
Keluh kesah kita bukan disebabkan banyaknya masalah di fikiran kita tetapi lantaran kurangnya hati kita mengingati Allah...
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati
menjadi tenteram.(Ar Ra’du: 28)
Bukan bumi ini yang sempit tetapi hati kita kurang lapang .
Bukan rezeki yang sedikit tetapi diri kita kurang bersyukur.
Jadikanlah hati kamu sentiasa bergantung dengan Allah ketika sempit dan lapang, ingatlah ketika sedih dan gembira, ketika senang dan susah.
"Hendaklah engkau mengenal Allah di waktu lapang (senang), nescaya Allah akan mengenalmu di waktu sempit (susah)”.
(Hadith Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi)
Hebat macam mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita maka sekelip mata sahaja dunia ini akan
terasa sempit.
Justeru, ingatlah Allah selalu. Sesungguhnya Allah sangat dekat dan Maha memberi jawapan...

01 03

ABOUT THE DISEASE SUGGESTIONS

You can describe the You can describe the
topic of the section here topic of the section here

04 06

PATHOLOGY CONCLUSIONS

You can describe the You can describe the
topic of the section here topic of the section here

Cari Hati Di Tiga Tempat
=========
1. al-Imam Ibn al-Qayyim menukilkan kata-kata nasihat yang
sangat indah yang berbunyi: “Carilah hati kamu pada tiga tempat:
(1) ketika membaca al-Quran, (2) di dalam majlis zikir dan (3) ketika
bersendirian. Sekiranya engkau tidak mendapati hatimu dalam tiga
tempat ini, maka mohonlah kepada Allah supaya engkau
dikurniakan hati kerana engkau tidak memiliki hati.” (al-Fawaid)

2. Kata-kata yang dinukilkan oleh al-Imam ibn al-Qayyim ini
ternyata sangat benar. Para sahabat mudah tersentuh apabile
mendengar bacaan al-Quran. Ketika Rasulullah sedang sakit,
Baginda mengarahkan supaya Abu Bakar memimpin solat Jemaah.
Mendengar arahan ini Aisyah memberikan respon spontan. Kata
Aisyah: “Abu Bakar orangnya sangat halus (mempunyai hati yg
lembut). Apabila dia membaca (al-Quran), tangisan akan menguasai
dirinya.”

3. Siapa yang tidak kenal dengan Umar ibn al-Khattab, pemuda
yang tegas, hijrahnya tidak berani dicegah oleh musuh. Namun
ketika membaca ayat penghujung dari Surah Yusuf, Umar
direkodkan sebagai menangis teresak-esak sehingga terhenti bacaan
beliau. (Sunan Said ibn Mansur). Dalam ketegasan berhubungan
dengan manusia, Umar kelihatan mempunyai hati yg halus dalam
mengingati Allah.

Cari Hati Di Tiga Tempat
=========
4. Sa’d ibn al-Akhram pernah berjalan bersama Abdullah ibn Mas’ud. Ketika mana mereka lalu
pada kawasan tukang besi, Abdullah ibn Mas’ud tiba-tiba menangis. Apabila ditanya beliau
menjawab bahawa melihat kepada besi yang dibakar tadi telah mengingatkan beliau akan Allah
dan azab neraka kelak.

5. Begitu juga Saidina Uthman yang ketika lalu di kawasan kubur akan menangis kerana
teringatkan bahwa kawasan inilah yang akan menjadi titik permulaan ke syurga atau neraka.
Lihatlah berapa dunia ini hanya menjadi tempat mereka mengingatkn diri kepada Allah. Para
sahabat mempunyai hati yg sensitif apabila mendengar al-Quran dan mengingati Allah.

6. Begitu juga ketika berada di dalam keadaan bersendirian. Dengan sebab itu Rasulullah
mengingatkan kepada kita dalam satu hadith yang popular. Baginda menyebut, “dan mereka yang
mengalir air matanya ketika berada bersendirian.” Allah. Bagaimanalah keadaan kita ketika
bersendirian.

7. Sekiranya di dalam tiga keadaan di atas hati kita tidak memberikan reaksi yang positif, maka
benarlah kata nasihat itu tadi, mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan hati, kerananya
hatinya seakan tidak berfungsi. Dalam erti kata yang lain berdoalah dan memohon ampunlah agar
dikurniakan hati yang baik dan suci.

Semoga Allah membimbing kita.



ABOUT THE DISEASE

MARS JUPITER VENUS

Mars is a very cold Jupiter is the biggest Venus has a beautiful
place. It’s full of iron planet in the Solar name and is the
System and the
oxide dust, which fourth-brightest second planet from
gives the planet its the Sun. It’s a terribly
object in the night sky
reddish cast hot place


Click to View FlipBook Version