The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazratul Ain Murgani, 2023-10-12 10:13:54

MUTIARA JUMAAT BIL 27 (13102023)

MUTIARA JUMAAT BIL 27 (13102023)

MUTIARA JUMAAT 28 RABIUL AWAL 1445H/13.10.2023 BIL 27/2023 Cara melawan orang yang telah menyakiti kita bukan dengan membuka semua aibnya. Hadapi dia dengan tidak mengotori diri dan tangan kita. Cukup bentangkan sejadah kita dan angkat tangan kita, tergadahkan setinggi-tingginya lalu meratapi kepada Allah, Maka langit dan bumi ada di pihak kita...


Kesungguhan Sahabat Mencintai Nabi ===== 1. Menurut al-Qadi Iyad, mencintai Rasulullah merupakan perkara yang wajib. Ia perlu diterapkan dalam jiwa setiap mukmin. Dan perintah mencintai Rasulullah ini merupakan arahan yang datang dari Allah sendiri. Firman Allah: “Nabi itu lebih utama dengan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka” 2. Beberapa orang sahabat menampilkan contoh yang amat luar biasa dalam mencintai Rasulullah sehinggakan mereka disangkakan hilang akal kerana terlalu mencintai Rasulullah. Kata Raja': Sesungguhnya Saidina Abdullah bin Umar itu sangat mengikuti perintah Rasulullah dalam setiap jejak dan keadaan Baginda. Sehinggakan seakan-akan hilang pertimbangan akalnya dek kerana terlalu menekankan untuk mengikuti Rasulullah." (HR al-Baihaqi) 3. Bukan itu sahaja, menurut Ibn Juraij, Saidina Abdullah bin Umar turut mengikuti tatacara pemakaian Rasulullah sehinggakan jubahnya diwarna dan sepatunya ditempah sepertimana yang dipakai oleh Baginda. 4. Mengikuti sunnah Rasulullah merupakan manifestasi yang terbesar dalam kita mengingati dan menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah.


Mari kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sabda Rasulullah: “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR alTirmizi - dinilai Hasan)


Jangan tinggal selawat ke atas Nabi Allah SWT muliakan kedudukan di akhirat jika perbanyak selawat 1. DALAM sebuah hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم akan disampaikan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda صلى الله عليه وسلم tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada,” (Sunan Abu Daud – dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar) 2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan pada pandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda صلى الله عليه وسلم tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir) 3. Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم . Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم 4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم”: Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku,” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan) 5. Dengan itu, perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Amalkanlah sunnah Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم sebagai tanda kasih kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Semoga Allah membimbing kita.


Click to View FlipBook Version