"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian
prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain". (QS Al-
Hujuraat: 12).
Tazkirah Subuh: Peringatan dari Al Quran
Nafsumu sering mengajakmu melihat keburukan dan aib orang lain, sedangkan dirimu juga ada be-
gitu banyak aib dan keburukan..."Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya
daripada keburukan aib manusia."(Hadith Riwayat Ad Dailami)
Jalan-jalan tarbiyyah demi mencapai ketenangan dan ketenteram hidup di dua alam ke-
hidupan...Daripada Abu Hurairah berkata ia, Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Barangsiapa yang menolong mengatasi kesulitan mukmin di dunia, Allah akan menghilangkan
kesusahannya di akhirat."Barangsiapa yang membantu memudahkan orang yang kesulitan, Allah
akan memberikan kemudahan baginya di dunia dan di akhirat.Barangsiapa yang menutupi aib
seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah ta'ala sentiasa menolong
hamba-Nya, selama hamba itu menolong sesamanya.
Barangsiapa menempuh jalan mencari ilmu, Allah akan memberikan kemudahan baginya jalan ke
syurga.Tidaklah suatu kelompok berkumpul di salah satu rumah dari rumah Allah, lalu membaca
kitab Allah, dan mempelajarinya secara mendalam di antara mereka, kecuali Allah ta'ala akan
menurunkan bagi mereka ketenteraman dan rahmat yang melimpah. Mereka juga dikerumuni Ma-
laikat, yang mendo’akan.Allah juga menyebut-nyebut kebaikan mereka kepada yang ada di dek-
atNya. Barangsiapa yang lalai beramal, tidak mungkin dapat mencapai darjat kedudukan yang di-
miliki oleh yang tersebut tadi.
Oleh kerana itu...
(1) Bila inginkan keringanan bebanan hidup, maka hendaklah memberi keringanan pada orang
lain,
(2) Bila ingin terlepas dari berbagai kesusahan, maka jangan menyusahkan orang,
(3) Bila tidak mahu terbongkar aib diri sendiri, maka jangan membukakan aib orang lain,
(4) Jika ingin mendapat pertolongan Allah, maka seringlah menolong sesama manusia,
(5) Bila ingin mudah menempuh jalan ke syurga, maka habiskan umur demi menuntut ilmu,
(6) Bila inginkan ketenteraman hidup, maka manfaatkanlah usia untuk tilawah dan mempelajari Al
Quran,
(7) Bila ingin mendapat rahmat Allah dan penjagaan Malaikat, maka manfaatkan kehidupan dengan
ilmu dan ibadah.
Justeru, tahanlah lidahmu dari memuaskan kehendak nafsumu itu...
Teladan sepanjang zaman
Ketibaan Maulidur Rasul SAW saban tahun menjadi detik bermakna kepada seluruh umat Islam un-
tuk memperingati nikmat terbesar pengutusan Nabi Muhammad SAW iaitu penyebaran risalah Is-
lam. Bagi menzahirkan kesyukuran atas pengutusan Nabi Muhammad SAW, umat Islam ber-
tanggungjawab mempertahankan syiar agama, memelihara akidah dan iman, mempamerkan serta
mengamalkan akhlak terpuji seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda da-
lam kehidupan seharian.Di antara sifat itu ialah ketabahan baginda di dalam menempuh kehidupan
sebagai anak yatim, ketika menghadapi kebencian kaum Musyrikin Makkah, kesedihan yang men-
impa hidup kerana kehilangan bapa saudara, isteri, anak tercinta dan paling utama kesabaran bag-
inda menghadapi pesona kekuasaan dengan tawaran pangkat serta darjat agar meninggalkan misi
dakwah.Bagaimanapun, baginda dengan tegas menolaknya kerana misi memperkenalkan masyara-
kat kepada Allah SWT adalah lebih berharga berbanding tawaran yang diberikan.
Baginda Nabi Muhammad SAW juga bersifat dermawan, gemar menjamu tetamu, berinfak,
menderma kepada orang yang lapar, membantu jiran terdekat dan menjenguk orang sakit.
Nabi Muhammad SAW sentiasa berbuat baik kepada sesama manusia sama ada orang Islam atau-
pun yang bukan Islam. Berkaitan hal ini terdapat banyak kisah dalam kehidupan dan pesanan Nabi
Muhammad SAW kepada umat Islam. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis yang ber-
maksud: "Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi,
Darimi
Di dalam suatu kisah diceritakan baginda pergi menziarahi seorang Yahudi yang ditimpa kesakitan.
Dalam sebuah hadis daripada Anas RA, beliau berkata: "Ada seorang budak Yahudi yang bekerja
membantu Nabi SAW menderita sakit. Maka Nabi SAW menziarahinya dan baginda duduk di sisi
kepalanya lalu menyeru: "Masuklah Islam." Budak itu memandang kepada bapanya yang berada
berdekatannya, lalu bapanya berkata: "Taatilah Abu al-Qasim SAW." Lantas budak itu memeluk Is-
lam. Kemudian Nabi SAW keluar sambil bersabda: "Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan bu-
dak itu daripada neraka." Hadis Riwayat al-Bukhari
Baginda juga bersifat zuhud, sederhana dan mengambil dunia sekadar perlu. Baginda tinggal di ru-
mah yang sangat sederhana dan berpakaian sederhana. Baginda terkenal dengan sifat tawaduk,
menghormati orang tua, simpati kepada orang miskin, menolong orang yang lemah, ramah dengan
orang, melakukan sendiri kerja rumah seperti menjahit pakaiannya sendiri dan menyantuni pelbagai
golongan termasuk kanak-kanak. Dalam sebuah hadis daripada Jabin Samurah RA: "Aku solat
Zuhur bersama Rasulullah SAW kemudian baginda keluar ke tempat keluarganya dan aku pun ikut
keluar. Selanjutnya, beliau disambut oleh kanak-kanak, kemudian baginda mengusap pipi mereka
seorang demi seorang hingga sampailah pada giliranku. Baginda mengusap pipiku dan ternyata ku-
rasakan tangan baginda begitu sejuk dan harum baunya seakan-akan tangan baginda baru
dikeluarkan dari kantung yang berisi minyak wangi." Hadis Riwayat Muslim
Baginda bersifat bijaksana, halus pekerti dan lembut pergaulan, murah hati dan memaafkan, mene-
nangkan dengan akhlak dan toleransi, tersenyum kepada orang yang marah, membalas keburukan
dengan kemaafan dan damai. Ketika baginda ditawarkan untuk membalas perbuatan penduduk Taif
yang menolak dakwah dengan kekasaran, Nabi Muhammad SAW sebaliknya menjawab: "Tidak,
bahkan aku berharap agar Allah mengeluarkan daripada keturunan mereka orang yang menyembah
Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun juga." Riwayat MuslimBaginda bersifat belas
ihsan, mengasihi sesama insan dan bergurau senda dengan ahli keluarga dan sahabat. Aisyah RA
berkata: "Jika Rasulullah SAW berada di rumah, dialah orang yang paling murah senyum dan keta-
wa." Ali bin Abi Talib menceritakan bahawa Rasulullah SAW selalu kelihatan ceria, bersikap tenang
dan santai, banyak tersenyum di hadapan para sahabat, semangat dan kagum dengan pembic-
araan mereka, malah kadangkala tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya..Sempena Maulidur
Rasul SAW, marilah kita mengisinya dengan amalan selawat, menghidupkan sunah dan menghayati
sifat baginda agar dapat menyuburkan dan meningkatkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.