The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tmnasar.tnzakaria, 2017-02-23 22:40:40

KBS Semakan 2017

KBS Semakan 2017

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

PANDUAN PELAKSANAAN
KEM BESTARI SOLAT (KBS) TAHAP SATU

1. PENDAHULUAN

Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Kem Bestari Solat dan cara
pelaksanaannya.

2. TAKRIF

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat
menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini
dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah
sekolah.

3. OBJEKTIF

3.1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
3.2. Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
3.3. Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
3.4. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan

sempurna.

4. KUMPULAN SASARAN

Semua murid beragama Islam tahap satu.

5. STRATEGI PELAKSANAAN

5.1. Panitia Pendidikan Islam bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut :
5.1.1. Membentuk jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
5.1.2. Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat.
5.1.3. Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat.
5.1.4. Melantik guru yang akan berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator.
5.1.5. Membahagikan kumpulan murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat.

5.2. Memberi taklimat kepada guru pembimbing atau fasilitator berdasarkan Garis
Panduan Pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kem Bestari Solat (KBS)
Tahap Satu yang telah ditetapkan.

5.3. Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sama ada di dalam atau di luar kawasan
sekolah.

1

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

5.4. Kem ini hendaklah dilaksanakan dua kali setahun.Setiap kem diperuntukkan

masa 5 jam seperti yang telah ditetapkan.

5.4.1. Kem Bestari Solat Pertama : Mac hingga Mei.

5.4.2. Kem Bestari Solat Kedua : Julai hingga Oktober

5.5. Melaksanakan pengisian aktiviti kem seperti cadanganjadual aktiviti Kem
BestarinSolat di lampiran 2(a) dan 2(b).

5.6. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti
dilaksanakan seperti di lampiran 3(a)dan 3(b).

5.7. Murid-murid yang dikenalpasti belum menguasai kemahiran hendaklah diambil
tindakan susulan.

5.8. Merekodkan pencapaian murid dan melaporkan kepada penyelaras kem, ibu
bapa, penjaga, Ketua Panitia, Guru Besar, PPD dan JPN.

5.9. Pengisian Borang Catatan Pelaksanaan Solat sepertidi lampiran 4(a).
5.9.1. Borang Catatan Pelaksanaan Solat diedarkan kepada murid untuk dicatat
amalan solat harianselama 30 hari selepas setiap kem dijalankan.
5.9.2. Ibu bapa atau penjaga mengesahkan catatan murid diruangan yang
disediakan.
5.9.3. Borang yang telah lengkap dikembalikan kepada pihak sekolah untuk
direkodkan dalam e-pelaporan bersepadu.

5.10.Pihak sekolah menyediakan laporan lengkap untuk setiap kem yang
dilaksanakan.

5.11.Kem Bestari Solat yang seterusnya akan mengambil kira kekuatan dan
kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang terdahulu.

5.12.Cadangan:

“Kempen Lima Minit KBSDalam P&P Pendidikan Islam”

Guru Pendidikan Islam memulakan P&P dengan bacaan-bacaan dalam
solat sebagai kempen untuk menerap dan mengukuhkan bacaan dalam
solat kepada murid-murid secara berterusan.

6. AGIHAN TUGAS

6.1. JPN dan PPD bertanggungjawab:
6.1.1. Memberi taklimat pelaksanaan Model Kem Bestari Solat kepada pihak
sekolah.
6.1.2. Memantau pelaksanaan Kem Bestari Solat di sekolah.

2

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

6.1.3. Menghantar laporan pemantauan dan pelaksanaan Kem Bestari Solat
kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.2. Guru Besar bertanggungjawab:
6.2.1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana Kem Bestari Solat di peringkat
sekolah.
6.2.2. Menetapkan tarikh pelaksanaan Kem Bestari Solat dalam takwim
sekolah.
6.2.3. Memastikan kem ini dilaksanakan dengan sempurna.
6.2.4. Meneliti dan mengemukakan analisa pencapaian murid dalam Kem
Bestari Solat kepada PPD danS ektor Pengurusan Pendidikan Islam, JPN
berdasarkan e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF KPM.

6.3. Peranan Guru Pendidikan Islam.
6.3.1. Bekerjasamamelaksanakan kem ini.
6.3.2. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan pelaksanaankem.
6.3.3. Menyediakan kertas kerja dan membuat laporan pelaksanaan kem.
6.3.4. Mengemukakan analisa pencapaian murid kepada Guru Besar untuk
disahkan berdasarkan e-Pelaporan.

7. JAWATANKUASA PELAKSANA

Senarai tugas jawatankuasa pelaksana seperti dalam Panduan Tugas

Jawatankuasa Pelaksana Kem Bestari Solat di lampiran 5.

7.1. Penasihat - Guru Besar

7.2. Pengerusi - GPK Kokurikulum

7.3. Naib Pengerusi - Semua GPK

7.4. Penyelaras - Penyelaras program j-QAF

7.5. Setiausaha - Penyelaras KBS

7.6. Bendahari - GPI

7.7. Ahli Jawatankuasa

7.7.1. Urusetia

7.7.2. Pendaftaran

7.7.3. Makanan dan Minuman

7.7.4. Fasilitator

7.7.5. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin

7.7.6. Dokumentasi/Penilaian

7.7.7. Kem Komandan

7.7.8. Siaraya dan Publisiti

7.7.9. Teknik dan Peralatan

7.7.10. Buku Program

7.7.11. Sijil dan Hadia

3

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

8. KEWANGAN

8.1. Sumber
8.1.1. KPM
8.1.2. Sumbangan Kegiatan Agama.
8.1.3. Sumbangan PIBG.
8.1.4. Sumbangan agensi swasta dan lain-lain.

8.2. Perbelanjaan
8.2.1. Penyediaan bahan (Kertas kerja, bahan edaran, fail dan lain-lain).
8.2.2. Perbelanjaan runcit/rencam.
8.2.3. Perbelanjaan makan dan minum.
8.2.4. Hadiah galakan.
8.2.5. Lain-lain

9. FASILITATOR

9.1. Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
9.1.1. Guru-guru yang beragama Islam.
9.1.2. Ibu bapa atau penjaga.
9.1.3. Guru KAFA.
9.1.4. Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihaksekolah.
9.1.5. Murid turus.

10. PERATURAN PELAKSANAAN

10.1. Jumlah Masa (5 jam) : Secara umum kepada semuapeserta - 1 jam
10.1.1. Penerangan
10.1.2. LDK 1 : Anggota, niat dan cara berwuduk - 1 jam
10.1.3. Rehat
10.1.4. LDK 2 : Makan dan minum - 30 minit
10.1.5. Amali
10.1.6. Penutup : Bacaan dalam solat - 1 jam

: Pelakuan Wuduk dan Solat (Penilaian) - 1 jam

: Solat berjemaah - 30 minit

10.2. Semua murid Islam tahap satu yang terlibat dengan Program j-QAF diwajibkan
menghadiri semua kem yang dilaksanakan.

10.3. Jadual pelaksanaan kem adalah seperti lampiran 2 (a).

4

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

11. PENUTUP

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada Program j-QAFyang wajib

dilaksanakan. Walaupun ia satu bentuk aktivitikokurikulum, semua sekolah perlu

melaksanakannya seperti yangtelah ditetapkan. Pentadbir

sekolahbertanggungjawab untuk menggerakkan pelaksanaan kem ini.Aspek solat

ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaranPendidikan Islam.Diharapkan

pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada pembentukan sahsiahmurid-

murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhandan rasa tanggungjawab

melaksanakan Fardhu Ainyang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

5

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

Lampiran 2(a)
JADUAL AKTIVITI KEM BESTARI SOLAT TAHAP SATU

Masa / 8.30 pagi – 10.00 pagi – 11.00 pagi – 11.30 pagi – 12.30 pagi – 1.30 tgh
Hari 10.00 pagi 11.00 pagi 11.30 pagi 12.30 pagi 1.30 tgh.

SABTU PENERANGAN LDK 1 REHAT LDK 2 AMALI SOLAT ZOHOR
UMUM BERJEMAAHDAN
BERSURAI

LDK 1 : Anggota, niat dan cara berwuduk - 1 jam
LDK 2 : Bacaan dalam solat - 1 jam
AMALI : Pelakuan Wuduk dan Solat (Penilaian) - 1 jam

6

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

Lampiran 4(a)

REKOD CATATAN PELAKSANAAN SOLAT FARDHU

NAMA : ……………………………………………….

TAHUN :………………………………………………..

KEM :1/2

TARIKH SOLAT ASAR MAGH- ISYAK PENGESAHAN PENGESAHAN
SUBUH ZOHOR RIB IBU BAPA GURU

7

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

Lampiran 5

PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA KEM BESTARI SOLAT

1. PENGERUSI

1.1. Melantik ahli jawatankuasa pelaksana dengan melibatkan seluruh warga
sekolah.

1.2. Mempengerusi dan mengendali mesyuarat.

2. SETIAUSAHA

2.1. Menguruskan surat menyurat.
2.2. Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa pelaksana.
2.3. Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
2.4. Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa.
2.5. Menyelaras dan menyelia perlaksanaan program.
2.6. Mengurus mesyuarat post mortem program.

3. BENDAHARI

3.1. Menyediakan anggaran perbelanjaan
3.2. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.
3.3. Mengurus dan menyelia pendapatan serta perbelanjaan.
3.4. Menyediakan laporan kewangan.

4. URUSETIA

4.1. Membuat “backdrop”.
4.2. Menentukan pengerusi majlis.
4.3. Mengagihkan kumpulan peserta.
4.4. Menyedia bahan dan mengedar borang-borang.
4.5. Menganalisa rekod pencapaian keseluruhan.

5. AJK PENDAFTARAN

5.1. Menyediakan keperluan pendaftaran.
5.2. Membuat pendaftaran peserta.
5.3. Mengedar buku program.

6. AJK MAKANAN DAN MINUMAN.

6.1. Menentukan menu.
6.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
6.3. Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan.
6.4. Memastikan makanan dan minuman mencukupi.
6.5. Mengurus bil melalui bendahari.

8

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

7. FASILITATOR

7.1. Membimbing dan memudah cara peserta melaksanakan Latihan Dalam
Kumpulan (LDK).

7.2. Menyiapkan penilaian dan pelaporan

8. AJK KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN DISIPLIN.

8.1. Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula.
8.2. Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan.
8.3. Menyediakan senarai barangan keperluan peserta.
8.4. Memantau semasa pelaksanaan kem.

9. AJK PELAPORAN, DOKUMENTASI DAN PENILAIAN.

9.1. Menguruskan fotografi atau rakaman audio-video.
9.2. Menyedia dan menyiapkan laporan penuh aktiviti.

10. KEM KOMANDAN

10.1.Menyelaras dan mengelola peserta.
10.2.Memastikan peserta mengikut arahan dan menepati masa.

11. AJK SIARAYA DAN PUBLISITI

11.1.Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot.
11.2.Menyediakan banner dan publisiti.

12. AJK TEKNIK DAN PERALATAN

12.1. Menyediakan dan menyusun tempat aktiviti.
12.2. Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti.
12.3. Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

13. AJK BUKU PROGRAM

13.1. Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz. fasilitator dan
13.2. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Pelaksana,
penceramah.
13.3. Memastikan buku program disiapkan dengan sempurna.

14. AJK SIJIL DAN HADIAH

Menyediakan hadiah atau cenderahati dan sijil.

9

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

CONTOH KERTAS KERJA

1.0 PENDAHULUAN

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid
dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, pelakuan, ilmu
pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu
tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan
dalam bentuk latih tubi di luar waktu persekolahan sama ada di dalam atau di
luar kawasan sekolah.
2.0 TARIKH DICADANGKAN

Mengikut takwim sekolah.
3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan semua peserta sasaran program ini dapat
menguasai asas fardhu ain terutamanya dalam bab wuduk dan
solat.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
4.2 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat

dengan betul dan lancar.
4.3 Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara

bersendirian atau berjemaah.

5.0 SASARAN
Semua murid Islam tahap satu.

6.0 TEMPAT
Mengikut kesesuaian sekolah

7.0 PERLAKSANAAN
Bermula jam 8.30 pagi – 1.30 petang(5 jam)

8.0 AJK PELAKSANA
Sila rujuk Lampiran A

9.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk Lampiran B

10

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

10.0 KEWANGAN

Sumber :

i. Peruntukan kewangan kerajaan (sekiranya ada)
ii. Sumbangan PIBG.
iii. Sumbangan swasta dan lain-lain perbelanjaan
iv. Sumbangan untuk penyediaan bahan-bahan (kertas kerja, bahan edaran,

fail dan lain-lain)
v. Sumbangan untuk perbelanjaan makan dan minum.

*Anggaran perbelanjaan sila lihat Lampiran C

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya, program ini diharapkan dapat mendidik murid-murid yang
beragama Islam terus menerus berpegang teguh dengan perkara wajib yang
diperintah oleh Allah. Sehubungan itu, murid-murid yang telah diterapkan
amalan solat dengan baik, dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara
yang dimurkai oleh Allah SWT serta menjadi insan yang bertaqwa dan
cemerlang dalam bidang pelajaran.

. Disediakan oleh: Disahkan oleh:

........................................... ……………………………
( Setiausaha KBS ) ( Guru Besar )

11

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

LAMPIRAN A

AJK INDUK KEM BESTARI SOLAT

1. Penasihat - Guru Besar

2. Pengerusi - GPK Kokurikulum

3. Naib Pengerusi - Semua GPK

4. Penyelaras - Penyelaras program j-QAF

5. Setiausaha - Penyelaras KBS

6. Bendahari - GPI.

7. Ahli Jawatankuasa :

7.1. Urusetia

7.2. Pendaftaran

7.3. Makanan dan minuman

7.4. Fasilitator

7.5. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin

7.6. Dokumentasi/Penilaian

7.7. Kem Komandan

7.8. Siaraya dan publisiti

7.9. Teknik dan peralatan

7.10. Buku Program

7.11. Sijil dan hadiah

12

AJK PELAKSANA PROGRAM Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu
BIL NAMA
1 . AJK PENDAFTARAN BIDANG TUGAS
2. AJK JAMUAN
i . Menyediakan keperluan pendaftaran.
3 . AJK SIARAYA DAN PUBLISITI i i . Mengendali pendaftaran peserta.
4. AJK DOKUMENTASI i i i . Mengedar buku program.

i. Menentukan menu.
ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
iii. Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan.
iv. Memastikan makanan dan minuman mencukupi.
v. Mengurus invois melalui bendahari.

i. Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua
slot.

ii. Menyediakan banner dan publisiti.

i. Menguruskan fotografi atau rakaman audio-video.
ii. Menyedia dan menyiapkan laporan penuh aktiviti

13

5. AJK FASILITATOR Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

6 . AJK TEKNIK DAN PERALATAN i. Membimbing dan memudah cara peserta melaksanakan
7 . AJK BUKU PROGRAM Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
8 . AJK SIJIL DAN HADIAH
ii. Menyiapkan Penilaian dan Pelaporan.
*fasilitator terdiri daripada semua GPI, Guru
Bahasa Arab dan guru tahun 1,2,dan 3 yang
beragama Islam.(Tidak lupa juga guru-guru
praktikum)

i. Menyediakan dan menyusun tempat aktiviti.
ii. Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti.
iii. Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada

gangguan.

i. Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz.
ii. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Pelaksana,

fasilitator dan penceramah.
iii. Memastikan buku program disiapkan dengan sempurna.

i . Menyediakan hadiah, cenderahati dan sijil.

14

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM

SABTU : Pendaftaran peserta
• 08.30 pagi : Ucapan Guru Besar (PerasmianPembukaan)
• 08.45 pagi
Taklimat dan riadah kepada peserta kem
• 09.30 pagi
: Penerangan umum
• 10.00 pagi i. Tahun 1 (Teori wuduk)
• 11.00 pagi
• 11.30 pagi ii. Tahun 2 & 3 (Bacaan dalam solat)
• 12.30 tgh
• 01.30 tgh : LDK 1 : Wuduk dan bacaannya
: Rehat
: LDK 2 : Bacaan dalam solat
: AMALI : Pelakuan wuduk dan solat
: Solat Zohor berjemaah
: Penyampaian hadiah
: Bersurai

15

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

LAMPIRAN C

SEKOLAH KEBANGSAAN .........................................
ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM)

Tahun ………… : Kem Bestari Solat Siri 1
PROGRAM
ANGGARAN PERUNTUKAN : RM1250.00.

BIL PERKARA ANGGARAN
PERBELANJAAN(RM)

1. Makan minum murid 500 murid x RM1.50 = RM750.00
2. Bahan cetakan 500 muridx RM 1.00 = RM 500.00

JUMLAH RM1250.00

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

…………………………………................. …………………………………………
(Penyelaras Program j-QAF ) ( Guru Besar )

16

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

CONTOH LAPORAN

LAPORAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT PROGRAM j-QAF
(Keperluan Minimum)

Nama Panitia : Panitia Pendidikan Islam
Tajuk Program : Kem Bestari Solat Tahap 1 (Siri 1)
Tarikh Pelaksanaan : 12 Ogos 2015
Aktiviti yang dijalankan : Penerangan Umum, LDK dan Amali

Hasil :
1. Kekuatan
2. Kelemahan
3. Cadangan penambahbaikan

Lampiran
1. Gambar aktiviti
2. Brosur
3. Lain-lain

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

......................................................... .........................................................
(Penyelaras Program) (Ketua Panitia)

17

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 ( SIRI 1 )

18

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

CONTOH BORANG PENILAIAN
REKOD PENCAPAIAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN ( )

PERLAKUAN WUDHUK

BIL NAMA MURID BACAAN
BASMALAH
BASUH TANGAN
BERKUMUR-KUMUR
MASUK AIR KE
HIDUNG
NIAT WUDUK
BASUH MUKA
BASUH 2 TANGAN
KE SIKU
SAPU AIR KE
KEPALA
SAPU AIR KE 2
TELINGA
BASUH 2 KAKI KE
BUKU LALI
TERTIB
DOA SELEPAS
WUDUK
CATATAN

1 Belum Menguasai
2
3
4
5
6
7
8
9

*Petunjuk : Menguasai

Jumlah Menguasai
Jumlah Belum Menguasai

19

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu

CONTOH BORANG PENILAIAN )
REKOD PENCAPAIAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN (

BACAAN DALAM SOLAT

LAFAZ NIAT BACAAN

BIL NAMA SUBUH
ZOHOR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
TAKBIRATUL IHRAM
DOA IFTITAH
SURAH AL FATIHAH
RUKUK
IKTIDAL
SUJUD
DUDUK ANTARA 2
SUJUD
TAHIYAT
SELAWAT
IBRAHIMIYAH
SALAM PERTAMA
SALAM KEDUA
DOA QUNUT
SUJUD SAHWI

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

*Petunjuk : Menguasai Belum Menguasai

Jumlah Menguasai

Jumlah Belum Menguasai

20

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

PENERANGAN I. Tentatif program I. Guru menerangkan tentang I. Nasyid Wuduk
UMUM II. Pengisian program pelaksanaan KBS
II. Nasyid Solat
• LDK 1 – wuduk II. Ice breaking (Pembahagian
dan bacaan kumpulan mengikut anggota wuduk) III. Simulasi wuduk tanpa air

• LDK 2 – solat dan • Murid-murid dibahagikan kumpulan IV. Kisah Israk dan Mikraj
bacaan mengikut anggota wuduk / bacaan (Hadiah dari Allah)
solat
• Amali wuduk dan V. Kuiz Spontan
solat • Murid akan mencari kumpulan (Boleh disediakan
masing-masing hadiah)
• Majlis penutup
III. Guru menerangkan mengenai (Lampiran)
pengisian KBS:
VI. Tayangan video yang
• Wuduk dan bacaannya bersesuaian
• Bacaan-bacaan dalam solat
• Amali wuduk dan solat

IV. Guru menerangkan kepentingan atau
tujuan wuduk:

• Untuk memegang Al-Quran
• Solat
• Tawaf

V. Wuduk simbol “Kebersihan Diri”

VI. Guru menerangkan kepentingan solat

VII. Perbezaan Solat Wajib dan Solat
Sunat

LEMBARAN KERJA – WUDUK
Sila jawab semua soalan:

A. Sebelum kita menunaikan solat, kita hendaklah _____________________
B. Senaraikan rukun wuduk:

1. ____________ 2. ____________ 3. ____________

4. ____________ 5. ____________ 6. ____________

C. Senaraikan perkara-perkara sunat semasa berwuduk:

1. ____________ 2. ____________ 3. ____________

4. _____________ 5. ____________

D. Senaraikan 5 perkara yang membatalkan wuduk:

1. ____________ 2. ____________ 3. ____________

4. ____________ 5. ____________

E. Tuliskan 3 fungsi wuduk:

1. ____________ 2. ____________ 3. ____________

F. Tuliskan niat wuduk:

___________________________________________________________

20 M

LEMBARAN KERJA – SOLAT
Sila jawab semua soalan:

A. Senaraikan rukun solat:

1) __________________ 8) __________________
2) __________________ 9) __________________
3) __________________ 10) __________________
4) __________________ 11) __________________
5) __________________ 12) __________________
6) __________________ 13) __________________
7) __________________

B. Senaraikan solat 5 waktu dan bilangan rakaat mengikut susunan:

1) __________________ 4) __________________
2) __________________ 5) __________________
3) __________________

C. Tuliskan lafaz niat solat fardhu 5 waktu:

1) ____________________________________________________________
2) ____________________________________________________________
3) ____________________________________________________________
4) ____________________________________________________________
5) ____________________________________________________________

D. Senaraikan 2 contoh solat sunat yang kamu amalkan:

1) _______________________ 2) _______________________

25 M

LEMBARAN KERJA – SOLAT
Sila jawab semua soalan :

A. Senaraikan rukun solat :

1. __________________ 8. __________________
2. __________________ 9. __________________
3. __________________ 10. __________________
4. __________________ 11. __________________
5. __________________ 12. __________________
6. __________________ 13. __________________
7. __________________

B. Senaraikan solat 5 waktu dan bilangan rakaat mengikut susunan:

1. __________________ 4. __________________
2. __________________ 5. __________________
3. __________________

C. Tuliskan lafaz niat solat fardhu 5 waktu :

1.____________________________________________________________
2.____________________________________________________________
3.____________________________________________________________
4.____________________________________________________________
5.____________________________________________________________

D. Senaraikan 2 contoh solat sunat yang kamu amalkan

1._______________________ 2. _______________________

25 M

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

WUDUK I. Nyanyian Nyanyian

Murid menyanyikan lagu “mari I. Guru memperdengarkan nyanyian lagu mari
berwuduk.
• Anggota berwuduk” sambil Adaptasi dari lagu “ Marry had a little lamb”

wuduk dan menunjukkan gaya dengan II. Murid mengikut nyanyian guru sambil menunjukkan
anggota wuduk.
cara bimbingan guru.
Permainan kad gambar
berwuduk II. Guru menunjukkan cara
I. Guru mempamerkan pelbagai kad gambar anggota
berwuduk mengikut urutan yang badan.

betul. II. Murid dikehendaki memilih kad gambar anggota
wuduk yang betul.
III. Guru memberikan penerangan
III. Guru membuat penilaian dan memberikan ganjaran.
tentang had anggota wuduk
Carta gambar cara berwuduk
berdasarkan gambar yang
I. Guru mempamerkan carta gambar.
LDK 1 dipamerkan. II. Murid memerhatikan gambar sambil bersoal jawab

( 1 JAM) dengan guru.
III. Guru menerangkan sambil membuat tunjuk cara

mengikut carta yang diberi.
IV. Murid melakukan simulasi berwuduk.

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

• Niat wuduk I. Guru mempamerkan bacaan Latih tubi
niat wuduk.
I. Murid membaca dan menghafaz niat wuduk.
II. Guru meminta murid turus II. Murid membaca secara berkumpulan dan individu.
untuk membaca diikuti oleh III. Guru membuat penilaian.
murid yang lain.
Permainan Puzzle
III. Guru membimbing murid
menghafaz lafaz niat wuduk. I. Murid dikehendaki menyusun semula kad puzzle niat
wuduk dengan susunan yang betul.
IV. Latih tubi bacaan niat wuduk.
V. Murid mencantumkan potongan

puzzle yang mengandungi lafaz
niat wuduk.

• Doa I. Guru memperdengarkan nasyid Nyanyian
selepas bacaan doa selepas wuduk.
wuduk I. Guru memperdengarkan nasyid bacaan doa selepas
II. Guru membimbing murid
membaca doa selepas wuduk. wuduk. ( Adaptasi lagu nasyid erti al-Fatihah –

III. Murid membaca secara Voice of Ummi Feat Puteri)
berkumpulan dan individu.
II. Murid mengikut nyanyian guru sambil menghafal doa
IV. Murid menghafaz doa selepas
wuduk. selepas wuduk.

Carta doa selepas wuduk

I. Guru memaparkan carta.
II. Murid membaca dengan bimbingan guru.
III. Murid membaca secara berkumpulan dan individu.
IV. Guru membuat penilaian.

• Latih tubi

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

BACAAN DALAM SOLAT I. Guru memperdengarkan Permainan- YES OR NO/ NA’AM AU LA’.
• Lafaz niat solat fardu bacaan kepada murid.
lima waktu II. Murid membaca secara I. Setiap kumpulan dibekalkan kertas
• Takbiratul-ihram berkumpulan dan Individu. mengandungi YES OR NO/ NA’AM AU
• Doa iftitah III. Latih tubi menghafaz bacaan. LA’.
• Surah al-Fatihah IV. Guru membuat penilaian
• Rukuk bacaan dan hafazan murid. II. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk
• Iktidal V. Guru merekod pencapaian di uji bacaan di hadapan kelas.
• Sujud murid.
• Duduk antara dua VI. Pertandingan hafazan. III. Guru mengemukakan soalan. Murid
sujud VII. Pertandingan menyusun menjawab soalan dan ahli kumpulan lain
• Tahiyat potongan-potongan bacaan. bertindak sebagai hakim.
• Selawat Ibrahimiyah VIII. Pertandingan bacaan dalam
• Salam pertama solat. IV. Sekiranya jawapan betul diberikan bonus
LDK 2 • Salam kedua 10 markah ‘YES’ dan sekiranya salah di
( 1 JAM) • Doa qunut kenakan penalti 5 markah ‘NO’ beserta
• Sujud sahwi pengulangan bacaan yang betul dalam
kumpulan.

Program “saya dengar, saya baca, saya
ingat..”

I. Guru menayangkan video bacaan dalam
solat.

II. Setiap kumpulan menghantar seorang
wakil ke hadapan kelas.

III. Guru menyoal dan murid menjawab
dengan pantas.

IV. Murid yang berjaya menjawab dengan
betul akan memperolehi markah bonus
untuk kumpulannya.

V. Sekiranya salah, peluang menjawab akan
diberikan kepada kumpulan lain.

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

Ustaz Ustazah Cilik.

I. Model seperti pembimbing rakan
sebaya.

II. Murid turus membantu bacaan rakan
yang lemah dalam kumpulan.

III. Markah bonus akan diberikan sekiranya
ramai ahli kumpulan dapat membaca
dengan bimbingannya.

Nasyid bacaan dalam solat

I. Soutus Sofwa - Tunaikan Solat
II. Nasyid Kanak-Kanak - Mari Bersolat
III. Iwan Syahman - Solat Dulu

Permainan stesen

• Stesen 1: Soalan bertulis
• Stesen 2: Gambar rajah perlakuan
• Stesen 3: Belon
• Stesen 4: Pancing ikan
• Stesen 5: Boling padang

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

Permainan kotak beracun

I. Guru menyediakan bahan audio visual.
II. Permainan bermula dengan iringan lagu

yang sesuai.
III. Soalan akan ditanya setelah lagu

dimatikan seketika.
IV. Markah bonus akan diberikan sekiranya

dapat menjawab soalan dengan betul

Program tiru macam saya

I. Guru memilih murid yang akan membaca
bacaan solat di hadapan kelas

II. Murid membaca dengan baik dan lancar
dengan gaya tersendiri.

III. Murid lain diberikan peluang membaca
dan meniru gaya bacaan rakan sebentar
tadi.

IV. Markah bonus diberikan jika dapat
melakukan dengan jayanya.

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

PERLAKUAN WUDUK I. Guru menunjuk cara wuduk I. Permainan
dengan betul tanpa II. menyusun kad
AMALI WUDUK • Bacaan Basmalah II. pembaziran III. anggota wuduk
• Basuh tangan Guru melihat dan mengikut tertib
• Berkumur-kumur III. membetulkan cara murid
• Memasukkan air ke IV. berwuduk secara individu Melukis atau
Guru menerangkan kesalahan- mewarna gambar
dalam lubang hidung kesalahan ketika berwuduk anggota wuduk
Guru membezakan perlakuan
• Niat wuduk rukun dan sunat. Berwuduk dengan
• Membasuh muka sebotol air
• Membasuh kedua RUKUN IV.
Lembaran kerja
tangan • Niat wuduk
• Basuh muka
• Menyapu air ke • Basuh kedua tangan
kepala • Sapu air ke kepala
• Basuh kedua kaki
• Menyapu air ke kedua • Tertib
telinga
SUNAT
• Membasuh kedua
kaki hingga buku lali • Bacaan basmalah
• Basuh tangan
• Tertib • Berkumur-kumur
• Doa selepas wuduk • Masuk air ke dalam hidung
• Sapu air ke telinga
• Doa selepas wuduk

V. Guru merekod pencapaian
murid

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

PERLAKUAN SOLAT

• Berdiri dengan betul I. Murid membuat amali solat di I. Video perlakuan
tempat yang sesuai : solat
• Kedudukan tangan • Masjid atau surau II.
ketika takbir • Tapak perhimpunan III. Carta solat (
• Dewan Lampiran )
• Kedudukan tangan • Bilik darjah ( LDK ) Latihan menyusun
saf
ketika berdiri • Menyusun

• Rukuk sejadah
• Menyamakan
• Iktidal II. Guru menunjukkan cara
• Sujud perlakuan solat kepada murid tumit kaki
Murid membuat perlakuan • Merapatkan bahu
• Duduk antara dua III. solat secara individu dan Latihan mengangkat
sujud kumpulan tangan semasa
Guru menerangkan perbezaan takbir
• Duduk semasa tahiyat solat lelaki dengan solat IV. Latihan kedudukan
awal perempuan V. atau pergerakan
Guru merekod pencapaian antara solat lelaki
• Duduk semasa tahiyat IV. murid dan solat
perempuan
akhir Bersalam- salaman
selepas solat
• Berpaling ketika V. Lembaran kerja
salam

• Perlakuan qunut

• Tamakninah

• Perlakuan sujud VI.
sahwi VII.

• Kedudukan imam dan

makmum

AKTIVITI TAJUK CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN AKTIVITI

HAFAZAN HAFAZAN SURAH TERPILIH :

• Dilaksanakan 5 Tahun 1 : I. Guru memperdengarkan I. Guru
bacaan surah-surah yang memperdengarkan
minit sebelum II. terpilih mengikut tahun. bacaan surah terpilih
Guru meminta murid mengikut secara audio
P&P • Surah al-Fatihah III. bacaan guru secara potongan
ayat. II. Guru mempamerkan
• Dilaksanakan • Surah an-Nas IV. Guru meminta murid untuk kad ayat dan
V. membaca ayat demi ayat potongan ayat
di dalam Kem • Surah al-Falaq VI. secara beramai-ramai.
VII. Latih tubi hafazan ayat demi III. Pertandingan
Bestari Solat • Surah al-Ikhlas ayat. hafazan surah
sebagai Latih tubi hafazan satu surah. secara spontan.
Tasmik.
pengukuhan Tahun 2 : Guru merekodkan pencapaian
murid
• Surah al-Kafirun
• Surah al-Kauthar • Guru menyediakan carta
• Surah al-Ma’un surah dan carta potongan
• Surah al-Quraisy ayat.

Tahun 3 :

• Surah al-Fil
• Surah al-Humazah
• Surah al-Asr
• Surah al-Takathur

Seorang makmum lelaki Dua orang makmum lelaki Imam lelaki dan seorang
atau lebih makmum perempuan

Makmum berada di sebelah kanan Semua makmum lelaki berada di Makmum perempuan berada di
imam dan kedudukannya belakang belakang imam. belakang sebelah kiri imam.

sedikit dari imam. Sekumpulan makmum Tiga orang perempuan atau
lelaki dan perempuan lebih
Dua orang perempuan

Makmum berada di sebelah kanan Makmum perempuan berada di Imam berada sejajar atau di hadapan
imam dan imam berada sedikit belakang makmum lelaki. sedikit dari makmum.
hadapan daripada makmum

Makmum lelaki, kanak-kanak lelaki, makmum perempuan dan kanak-kanak perempuan

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

PANDUAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS)
TAHAP 2

1. PENDAHULUAN

Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan KBS dan cara pelaksanaannya.

2. TAKRIF

KBS adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat
menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini
dilaksanakan secara intensif di satu tempat khusus mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah.

3. OBJEKTIF

3.1. TAHUN 4

3.1.1. Murid dapat mengetahui syarat wajib dan syarat sah solat.
3.1.2. Murid dapat melafazkan niat solat berjemaah.
3.1.3. Murid dapat melakukan cara solat berjemaah dengan sempurna.
3.1.4. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat

berjemaah.
3.1.5. Murid dapat membezakan antara makmum muafiq dan makmum

masbuk.
3.1.6. Murid dapat melakukan perlakuan makmum muafik dan makmum

masbuk.

3.2. TAHUN 5

3.2.1. Murid dapat mengetahui dan melakukan cara tayammum dengan
sempurna.

3.2.2. Murid dapat melaungkan azan dan melafazkan iqamat dengan betul.
3.2.3. Murid dapat menjawab azan dan iqamat dengan betul.
3.2.4. Murid dapat membaca dan menghafaz doa selepas azan dan iqamat

dengan betul.
3.2.5. Murid dapat mengetahui cara solat jumaat dengan sempurna.

3.3. TAHUN 6

3.3.1. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat jenazah dengan
sempurna.

3.3.2. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Fitri dengan
sempurna.

3.3.3. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Adha
dengan sempurna.

4. KUMPULAN SASARAN

Semua murid beragama Islam tahun 4 hingga tahun 6

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

5. PERATURAN PELAKSANAAN

5.1. TAHUN 4

5.1.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 4)

5.2. TAHUN 5

5.2.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 5)

5.3. TAHUN 6

5.3.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 6)

6. TAJUK-TAJUK PENGUKUHAN KBS DALAM WAKTU P&P PENDIDIKAN
ISLAM

6.1. Elemen Bestari Solat dimasukkan dalam P&P Pendidikan Islam untuk
mengukuhkan kefahaman dan amalan solat dalam kehidupan murid. Pihak
BPI menyediakan garis panduan untuk guru dalam melaksanakan
pengajaran solat dalam waktu Pendidikan Islam.

6.2. Cadangan: “Kempen 5 Minit KBS dalam P&P Pendidikan Islam”. Guru
Pendidikan Islam memulakan P&P dengan bacaan dalam solat untuk
menerap dan mengukuhkan bacaan dalam solat kepada murid-murid secara
berterusan.

6.3. Agihan tajuk seperti berikut :

6.3.1. TAHUN 4

BIL PERKARA
1 Wuduk
2 Lafaz Niat Solat (Berjemaah)
3 Surah al-Fatihah dan Dua Surah Pilihan
4 Bacaan Doa Iftitah, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk Di antara Dua Sujud
5 Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir
6 Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi
7 Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat
8 Kedudukan Imam
9 Makmum Muafik dan Makmum Masbuk

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

6.3.2. TAHUN 5

BIL PERKARA
1 Wuduk dan Tayammum
2 Lafaz Niat Solat Berjemaah dan Lafaz Niat Solat Jumaat
3 Surah al-Fatihah dan Dua Surah Pilihan
4 Bacaan Doa Iftitah, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk Di antara Dua Sujud
5 Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir
6 Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi
7 Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat
8 Kedudukan Imam
9 Makmum Muafik dan Makmum Masbuk
10 Azan dan Iqamat

6.3.3. TAHUN 6

BIL PERKARA
1 Wuduk dan Tayammum
2 Lafaz Niat Solat Berjemaah dan Lafaz Niat Solat Jumaat
3 Surah al-Fatihah dan Dua Surah Pilihan
4 Bacaan Doa Iftitah, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk Di antara Dua Sujud
5 Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir
6 Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi
7 Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat
8 Kedudukan Imam
9 Makmum Muafik dan Makmum Masbuk
10 Azan dan Iqamat
11 Solat Jenazah
12 Solat Sunat Aidil Fitri dan Solat Sunat Aidil Adha

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

7. PENUTUP

Kem Bestari Solat Program j-QAF untuk murid Islam Tahap 2 merupakan lanjutan
daripada pelaksanaan Kem Tahap 1. Kem ini perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah
bagi mencapai matlamat program j-QAF. Pelaksanaan elemen Bestari Solat dalam
waktu P&P Pendidikan Islam diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman dan
penguasaan murid untuk menunaikan solat dengan sempurna sebagai satu tuntutan
dalam syariat Islam.

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

KEM BESTARI SOLAT 1

LDK 1 - Tajuk : Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat

Syarat Wajib Solat

1) Beragama Islam
2) Baligh ( Tidak wajib ke atas kanak-kanak)
3) Berakal ( Tidak wajib ke atas orang gila )
4) Suci daripada haid dan nifas
5) Sampai seruan Agama Islam

Syarat Sah Solat

Syarat sah solat adalah syarat yang menentukan sahnya sesuatu solat.

1) Suci daripada hadas kecil dan besar
2) Suci tempat, pakaian dan tubuh daripada sebarang najis yang tidak

dimaafkan.
3) Yakin masuk waktu solat
4) Menutup aurat
5) Menghadap ke arah kiblat

LDK 2 – Tajuk : Solat Berjemaah

Pengertian :

Solat yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh
seorang imam dan disertai dengan niat berjemaah.

Dalil : ‫َﺻﻼَةُ ا ْﳉََﻤﺎ َﻋِﺔ ﺗَـْﻔ ُﻀ ُﻞ َﺻﻼََة اﻟَْﻔْﺮِد ﺑِ َﺴْﺒ ٍﻊ َو ِﻋ ْﺸِﺮﻳْ َﻦ َدَرَﺟًﺔ‬
( ‫) إﻣﺎم ﲞﺎري‬

Maksudnya: Kelebihan solat berjemaah melebihi solat secara bersendirian

sebanyak 27 darjat.

Hukum :

Fardhu Kifayah: bererti apabila seorang hamba Allah yang tinggal di suatu kariah
telah melaksanakan solat secara berjemaah, maka penduduk yang lain terlepas dari
tuntutan.

Kedudukan Imam dan Makmum: ( Rujuk gambar )

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

Cara melakukan solat berjemaah:

1. Imam berdiri di hadapan
2. Imam berniat menjadi imam dan makmum berniat menjadi makmum dalam

Takbiratul-ihram
3. Ketika imam membaca Surah al-Fatihah dengan suara lantang, makmum

hanya perlu mendengar.
4. Selesai imam membaca Surah al-Fatihah, barulah makmum membaca Surah

al-Fatihah dan tidak perlu ikut membaca surah.
5. Makmum hendaklah mengikut segala pergerakan imam.
6. Makmum tidak boleh mendahului imam.

Niat Solat Jemaah

1) Niat Solat Subuh :

Untuk Imam: ‫ ﺗَـَﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫اُ َﺻﻠِّﻲ ﻓَـۡﺮ َض اﻟ ﱡﺼۡﺒ ِﺢ َۡرﻛ َﻌﺘَـ ۡ ِﲔ أََداءً إَِﻣﺎًﻣﺎ‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Subuh 2 rakaat menjadi imam kerana

Allah Taala

Untuk Makmum: ‫ ﺗَـ َﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫ﺍُ َﺻﻠِّ ۡﻲ ﻓَـ ۡﺮ َض اﻟ ﱡﺼۡﺒ ِﺢ َۡرﻛ َﻌﺘَـ ۡ ِﲔ أََداءً َﻣ ۡﺄُﻣﻮًﻣﺎ‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Subuh 2 rakaat mengikut imam kerana
Allah Taala

2) Niat Solat Zohor :

Untuk Imam: ‫ ﺗَـَﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫أُ َﺻﻠِّﻲ ﻓَـ ۡﺮ َض اﻟﻈﱡ ۡﻬِﺮ أَۡرﺑََﻊ َرَﻛَﻌﺎ ٍت أََداءً إَِﻣﺎًﻣﺎ‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Zohor 4 rakaat menjadi imam kerana
Allah Taala

Untuk Makmum: ‫ ﺗَـ َﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫اُ َﺻﻠِّ ۡﻲ ﻓَـ ۡﺮ َض اﻟﻈﱡ ۡﻬِﺮ أَۡرﺑََﻊ َرَﻛَﻌﺎ ٍت أََداءً َﻣﺄُﻣﻮًﻣﺎ‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Zohor 4 rakaat mengikut imam kerana
Allah Taala

3) Niat Solat Asar :

Untuk Imam: ‫ ﺗَـَﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫اُ َﺻﻠِّﻲ ﻓَـ ۡﺮ َض اﻟَﻌ ۡﺼِﺮ أَۡرﺑَ َﻊ َرَﻛ َﻌﺎ ٍت أََداءً إَِﻣﺎًﻣﺎ‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Asar 4 rakaat menjadi imam kerana
Allah Taala

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

Untuk Makmum: ‫ ﺗَـ َﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫اُ َﺻﻠِّﻲ ﻓَـ ۡﺮ َض اﻟَﻌ ۡﺼِﺮ أَۡرﺑَ َﻊ َرَﻛَﻌﺎ ٍت أََداءً َﻣﺄُﻣًﻮا‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Asar 4 rakaat mengikut imam kerana
Allah Taala

4) Niat Solat Maghrib :
Untuk Imam:

‫ ﺗَـَﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫اُ َﺻﻠِّﻲ ﻓَـْﺮ َض اﳌ ْﻐِﺮ ِب ﺛَﻼَ َث َرَﻛَﻌﺎ ٍت أََداءً إَِﻣﺎًﻣﺎ‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Maghrib 3 rakaat menjadi imam kerana
Allah Taala

Untuk Makmum:

‫ ﺗَـَﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫اُ َﺻﻠِّ ْﻲ ﻓَـْﺮ َض اﳌ ْﻐِﺮ ِب ﺛَﻼَ َث َرَﻛَﻌﺎ ٍت أََداءً َﻣﺄُﻣْﻮًﻣﺎ‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Maghrib 3 rakaat mengikut imam kerana
Allah Taala

5) Niat Solat Isyak :

Untuk Imam: ‫ ﺗَـ َﻌﺎ َﱃ‬ƅ ‫اُ َﺻﻠِّﻲ ﻓَـْﺮ َض اﻟﻌِ َﺸﺎِء أَْرﺑَ َﻊ َرَﻛَﻌﺎ ٍت أََداءً إَِﻣﺎًﻣﺎ‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Isyak 4 rakaat menjadi imam kerana
Allah Taala

Untuk Makmum: ‫َرَﻛَﻌﺎ ٍت‬ ‫اﻟﻌِ َﺸﺎِء‬ ‫اُ َﺻﻠِّ ْﻲ‬

‫ﺗَـَﻌﺎ َﱃ‬ ƅ ‫َﻣﺄ ُﻣ ْﻮًﻣﺎ‬ ً‫أََداء‬ ‫أَْرﺑَ َﻊ‬ ‫ﻓَـْﺮ َض‬

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Isyak 4 rakaat mengikut imam kerana

Allah Taala

Kedudukan Solat Berjemaah:

LDK 3 – Amali Solat
Perlakuan,bacaan dalam solat dan bacaan surah pilihan.

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

KEM BESTARI SOLAT 2

LDK 1 – Tajuk: Solat Berjemaah

(Rujuk LDK 2 Kem Bestari Solat 1)

LDK 2 – Muafik dan Masbuk

MUAFIK

Pengertian:

Makmum yang sempat membaca surah al-Fatihah bersama imam sebelum rukuk
pada rakaat pertama.

Contoh:

1) Makmum sempat Takbiratul-ihram dengan imam.
2) Makmum sempat membaca surah al-Fatihah dengan imam.
3) Makmum sempat rukuk dengan imam.

MASBUK

Pengertian

Makmum yang tidak sempat membaca surah al-Fatihah bersama-sama imam.

Perhatian
1) Sekiranya makmum sempat Takbiratul-ihram dan tidak sempat menghabiskan
bacaan al-Fatihah, dia hendaklah rukuk mengikut imam dan dikira satu
rakaat.
2) Sekiranya imam sedang rukuk, makmum melakukan Takbiratul-ihram lalu
berdiri seketika dan terus rukuk dikira 1 rakaat. Bacaan surah Surah al-
Fatihah makmum tersebut ditanggung oleh imam.

Contoh: Makmum tidak sempat rukuk bersama imam.

LDK 3 – Amali solat

Perlakuan, bacaan dalam solat dan bacaan surah pilihan

CONTOH JADUAL AKTIVITI KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4

JADUAL KBS 1

MASA / HARI 7:30 – 8:00 8:00 – 9:00 9:00 – 10:00 10:00 – 10:30 – 11:30 11:30 – 12:30
10:30
Pendaftaran, CERAMAH LDK 1 LDK 2 LDK 3
REHAT Solat Berjemaah Amali Solat
AKTIVITI Taklimat & Syarat Wajib dan (Syarat Wajib dan

Agihan Kumpulan Syarat Sah Solat Syarat Sah Solat)

JADUAL KBS 2

MASA / HARI 7:30 – 8:00 8:00 – 9:00 9:00 – 10:00 10:00 – 10:30 – 11:30 11:30 – 12:30
10:30
Pendaftaran, CERAMAH LDK 1 LDK 2 LDK 3
Solat Berjemaah REHAT Muafik & Masbuk Amali Solat
AKTIVITI Taklimat & Solat berjemaah

Agihan Kumpulan Muafik & Masbuk

CERAMAH – TAJUK : SERONOKNYA SOLAT

1. Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat ( KBS 1 )
2. Solat Berjemaah ( KBS 1 & KBS 2 )
3. Muafik & Masbuk ( KBS 2 )

Penilaian murid :

KBS 1

LDK 1 - Syarat Wajib & Syarat Sah Solat
LDK 2 - Solat Berjemaah
LDK 3 - Amali Solat Berjemaah, Kedudukan Imam dan Makmum

KBS 2

LDK 1 - Solat Berjemaah
LDK 2 - Muafik & Masbuk
LDK 3 - Amali Solat Berjemaah, Bacaan dalam solat, Bacaan Surah

CADANGAN PERLAKSANAAN LDK KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4

KBS 1 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN BBB
LDK

1 Syarat Wajib & Murid dapat menguasai syarat 1. Guru memberi penerangan Animasi Syarat Wajib &
(1 JAM) tentang syarat wajib dan syarat Sah Solat
Syarat Sah wajib dan syarat sah solat sah solat.
Peta pokok
Solat dengan sempurna. 2. Guru membimbing murid
menghafaz syarat wajb dan syarat Borang penilaian
sah solat.

3. Guru merekod pencapaian murid.

2 Solat 1. Murid dapat menyebut 1. Guru memberi penerangan Gambarajah Kedudukan
(1 JAM) Berjemaah pengertian, dalil, dan hukum tentang pengertian , dalil dan Solat
solat berjemaah. hukum solat berjemaah.
Borang penilaian
2. Murid dapat menerangkan 2. Guru menunjukkan gambarajah
cara dan kedudukan. kedudukan imam dan makmum
melakukan solat berjemaah ketika solat berjemaah.

3. Murid dapat menyebut niat 3. Guru membimbing murid
solat berjemaah. membaca dan menghafaz niat
solat berjemaah.

1. Mengetahui kedudukan imam 1. Guru memberi penerangan

dan makmum dalam solat tentang kedudukan imam dan Sejadah
Telekung
3 Amali Solat berjemaah. makmum dalam solat berjemaah. Borang Penilaian.
(1 JAM) Berjemaah
2. Murid dapat mengimamkan 2. Guru membimbing murid

solat berjemaah. melaksanakan amali solat

3. Melaksanakan solat berjemaah.

berjemaah dengan sempurna. 3. Guru merekod pencapaian murid.

CADANGAN PERLAKSANAAN LDK KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4

KBS 2 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN PERLAKSANAAN CADANGAN BBB
LDK
Solat 1. Mengetahui kedudukan 1. Guru memberi penerangan 1. Gambarajah Kedudukan
1 Berjemaah imam dan makmum dalam tentang pengertian , dalil dan Solat
(1 JAM) solat berjemaah. hukum solat berjemaah.
2. Borang penilaian
2. Murid dapat 2. Guru menunjukkan gambarajah
mengimamkan solat kedudukan imam dan makmum
berjemaah ketika solat berjemaah

3. Melaksanakan solat 3. Guru membimbing murid
berjemaah dengan membaca dan menghafaz niat
sempurna solat berjemaah

2 Muafik & Murid dapat membezakan 1. Guru menerangkan maksud 1. Gambar kedudukan muafik
(1 JAM) Masbuk kedudukan makmum semasa muafik dan masbuk. dan masbuk.
keadaan muafik dan masbuk
2. Guru menunjuk cara kedudukan 2. Borang penilaian.
muafik dan masbuk.

3. Murid membuat perlakuan muafik
dan masbuk.

4. Guru merekod pencapaian murid

3 Amali Solat 1. Mengetahui kedudukan 1. Guru memberi penerangan 1. Gambar kedudukan imam
(1 JAM) Berjemaah imam dan makmum dalam tentang kedudukan Imam dan dan makmum dalam solat
solat berjemaah. Makmum dalam solat berjemaah. jemaah.

2. Murid dapat 2. Guru membimbing murid 2. Borang penilaian.
mengimamkan solat melaksanakan amali solat
berjemaah berjemaah.

3. Melaksanakan solat 3. Guru merekod pencapaian murid
berjemaah dengan
sempurna.



Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

KBS 1 Kelas: ………………………
Tajuk : Syarat Wajib Solat dan Syarat Sah Solat
Lembaran Kerja
Jawab Semua Soalan

Nama :…………………………………

Arahan: Tuliskan samaada “Sah” atau “Batal” pada kenyataan berikut.

1. Ahmad menunaikan solat Asar tetapi lupa berwuduk sebelum solat.( )
)
2. Rahimah solat Zohor tetapi bajunya terkena air kencing adiknya. ( )
)
3. Songkok Mustaqim terjatuh ketika dia sedang rukuk. ( )
)
4. Seluar Omar terkena tahi ayam ketika menunaikan solat Asar. (

5. Ayah solat Isyak berjemaah memakai sepasang baju Melayu. (

6. Hazim mendirikan solat subuh menghadap ke kiblat. (

Arahan : Kategorikan sama ada syarat sah solat atau syarat wajib solat.

Islam Yakin masuk waktu Baligh Berakal
Menghadap kiblat Menutup aurat Suci daripada najis
Suci daripada
hadas

Syarat sah solat Syarat wajib solat

KBS 1 & 2 Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua
LEMBARAN KERJA
Tajuk : Solat Berjemaah. Kelas / Darjah : ..............................
Nama Murid : ..........................................

Arahan : Baca dan fahamkan soalan di bawah kemudian berikan jawapan.
1. Apakah pengertian Solat Berjemaah?
___________________________________________________________________

2. Nyatakan hukum Solat Berjemaah dalam solat fardhu dan solat jumaat.
I. Solat Fardhu : ____________________ ( Fardhu Ain / Fardhu Kifayah )
II. Solat Jumaat : ____________________ ( Fardhu Ain / Fardhu Kifayah )

3. Di manakah kedudukan makmum bagi situasi berikut:

I. Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
II. Imam lelaki dengan makmum lelaki ramai
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

III. Imam perempuan dengan seorang makmum perempuan
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

IV. Imam perempuan dengan makmum perempuan ramai
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua

KBS 2

LEMBARAN KERJA

Tajuk : Masbuk dan Muafik

Nama Murid : .......................................... Kelas / Darjah : ............................

Arahan : Baca dan fahamkan soalan di bawah kemudian berikan jawapan.

1. Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan makmum muafik dan makmum
masbuk.

i.Makmum Muafik :
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
i. Makmum Masbuk :
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version