The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wmb7153, 2020-04-04 00:48:26

Electronic Engineering Drawing

KP1

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 1 drpd 21

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE
INSTALLATION & TROUBLESHOOTING
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 2 SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK UNIT CU:01 ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
KOMPETENSI / DED/SED 2112 ELECTRONIC ENGINEERING DRAWING
COMPETENCY UNIT NO. AND
TITLE

KOD DAN NAMA
SUBJEK/SUBJECT CODE AND
NAME

NO. DAN PENYATAAN 1. PRODUCE BLOCK DIAGRAM
AKTIVITI KERJA / WORK 2. PRODUCE SCHEMATIC DRAWING
ACTIVITIES NO. AND 3. PRODUCE ELECTRONIC SCHEMATIC DIAGRAM
STATEMENT 4. PRODUCE MECHANICAL DRAWING

KOD WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6)

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 2 drpd 21

TAJUK : ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

TUJUAN : KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN KAEDAH MENGHASILKAN

LUKISAN KEJURUTERAAN DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN MELUKIS

SUPAYA LUKISAN YANG DIHASILKAN MENGIKUT SPESIFIKASI PIAWAIAN

YANG TELAH DITETAPKAN.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 3 drpd 21

1.0 TAKRIF LUKISAN KEJURUTERAAN.

LUKISAN KEJURUTERAAN adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang
mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata
lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka
yang terlibat dengan dunia kejuruteraan

ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi
semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi
satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang
menunjukkan keseluruhan komponen.

Lukisan kejuruteraan adalah bahasa dalam bentuk lukisan yang membolehkan seseorang
pekerja membaca dan mengikuti arahan kerja dan mengikut cara kerja yang perlu dilakukan.
Lukisan kejuruteraan yang lengkap dapat memberi data-data serta keterangan - keterangan
berkenaan projek yang hendak disiap. Data-data yang diberi oleh sesuatu lukisan kejuruteraan
adalah seperti :-

➢ Rupa bentuk asal projek yang hendak dibuat.
➢ Saiz dan ukuran asal projek tersebut.
➢ Jenis logam benda kerja.
➢ Makumat sambungan pendawaian
➢ Maklumat komponen
➢ Penyudahan kerja projek tersebut.
➢ Cara pasang dan buka projek tersebut.

Selain dari data-data di atas lukisan kejuruteraan juga menerangkan nama projek, skala, had
terima dan siapa yang membuat pelan lukisan kejuruteraan tersebut supaya sekiranya terdapat
kemusykilan dapatlah pembuat projek tadi bertanya kepada pereka projek tersebut.

➢ Rupa bentuk asal projek yang hendak dibuat.
➢ Saiz dan ukuran asal projek tersebut.

Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer
berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 4 drpd 21

tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer.Secara
teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dibuat menggunakan dua kaedah iaitu:-

➢ Lukisan menggunakan peralatan lukisan (manual)
➢ Lukisan menggunakan perisian computer(computer aided design(CAD))

2.0 JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN.

Bidang kejuruteraan adalah satu bidang yang luas maka terdapat berbagai jenis lukisan
kejuruteraan mengikut cabang dan bidang kejuruteraan seperti :-

2.1 LUKISAN MEKANIKAL

➢ Lukisan mekanikal merangkumi semua reka bentuk mesin, binaan, komponen dan
pembuatan.

➢ Lukisan yang terdapat dalam lukisan mekanikal biasa dibuat berbentuk gambarajah yang
dipanggil Lukisan Pictorial.

2.1 LUKISAN ELEKTRIKAL

➢ Lukisan elektrikal merangkumi semua reka bentuk litar pemasangan, komponen dan
pendawaian

➢ Lukisan yang terdapat dalam lukisan elektrikal adalah seperti lukisan kawalan motor ,
lukisan pendawaian elektrik

2.1 LUKISAN ELEKTRONIK

➢ Lukisan elektronik merangkumi semua reka bentuk litar pemasangan, komponen dan
pendawaian

➢ Lukisan yang terdapat dalam lukisan elektronik adalah seperti lukisan skematik , blok
diagram , lukisan printed circuit board(PCB), lukisan pemasangan dan pendawaian.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 5 drpd 21

3.0 Piawaian Dalam Menghasilkan Lukisan Kejuruteraan

Dalam lukisan kejuruteraan, penekaan adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut
:-
Ketepatan
~ Ini temasuklah penggunaan kaedah yang betul, bentuk gambarajah dan dimensi yang
tepat .

Kecepatan
~ Menentukan penggunaan masa yang betul semasa meluki, meneliti perkara-perkara yang
penting dan menggangarkan had masa yang diperlukan untuk setiap lukisan .

Kebersihan
~ Lukisan hendaklah sentiasa kemas, bersih dan teratur untuk memudahkan para pembaca
memahami lukisan yang dihasilkan. Penggunaan alat yang betul, kedudukan lukisan yang
sesuai dan kerja-kerja yang teratur adalah faktor utama yang menentukan kebersihan dan
kekemasan sesuatu lukisan kejuruteraan .

Berdasarkan kepada aspek-aspek penekaan yang dikehendaki seperti yang tercatat di
atas, maka bukan sahaja seseorang pelajar itu harus memahami kaedah-kaedah melukis
tetapi ia mesti juga berkemampuan menghasilkan lukisan yang tepat, terang dan bersih .

4.0LUKISAN MENGGUNAKAN PERALATAN LUKISAN (MANUAL)

Untuk menghasilkan sesuatu lukisan yang bersih dan kemas, panduan berikut perlulah
diperhatikan .

➢ Pastikan meja lukisan serta alat-alat yang digunakan adalah bersih. Begitu juga dengan
tangan pelukis .

➢ Elakkan tangan atau siku daripada terkena pada garisan-garisan yang telah dilukis .

➢ Jangan gesekan alat-alat lukisan pada garisan-garisan yang telah dilukis .

➢ Pastikan bahawa pemadam yang digunakan adalah bersih . Versi 3.0 (2018)

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 6 drpd 21

➢ Jangan gunakan tangan untuk membersihkan partikel-partikel pemadam. Gunakan kain
berus yang bersih .

➢ Elakkan mengasah mata Pensil di atas kertas lukisan .

➢ Kertas pasir yang digunakan untuk menajamkan hujung mata PENSIL hendaklah
disimpan di tempat yang berasingan daripada alat-alat lukisan yang lain .

➢ Kertas lukisan hendaklah digulung atau ditutup dengan sesuatu sekirannya lukisan yang
dibuat telahpun disiapkan .

5.0 ALAT –ALAT LUKISAN KEJURUTERAAN

Ada beberapa jenis alat lukisan yang boleh digunakan untuk membuat ssuatu lukisan. Oleh
itu pemilihan alat-alat ini bergantung kepada jenis, saiz dan betapa pentingnya sesuatu
lukisan itu. Namun demikian, untuk para pelajar yang baru pertama kali mempelajari mata
pelajaran ini adalah dinasihatkan untuk membeli alat-alat yang asas seperti yang tercatat di
bawah ini,

➢ Kertas Luksan (saiz A1 / A2)
➢ Papan lukisan (biasanya disediakan dalam bilik lukisan)
➢ Pensil atau Pensil kejuruteraan (jenis 2B, HB, H dan 2H)
➢ Sesiku T
➢ Sesiku segitiga (30º -60º dan 45º-45º
➢ Pemadam dan kain atau berus pembersih
➢ Jangka lukis
➢ Pita Pelekat
➢ Janga Pembahagi
➢ Pembaris kejuruteraan
➢ Lengkok boleh lentur atau lengkok French
➢ Lengkok jejarian

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 7 drpd 21

Cara menggunakan dan menjaga alat-alat lukisan juga merupakan perkara yang perlu
dititikberatkan .

Gambar 1.0 : Peralatan lukisan kejuruteraan

5.1 Papan Lukisan

Perkara yang berikut adalah langkah-langkah penjagaan untuk memastikan
keadaan permukaan yang rata:-

➢ Sebelum dan selepas menggunakan papan,hendaklah dibersihkan dengan
menggunakan kain kering supaya tiada habuk yang melekat.

➢ Elakkan dari menebuk lubang, mengasah PENSIL atau memotong kertas dengan
menggunakan pisau di atas permukaan papan lukis.

➢ Elakan dari melukisn atau menconteng apa-apa juga bentuk di atas permukaan
papan lukisan.

➢ Pastikan bahagian bucu tepi papan lukis dalam keadaan rata dan lurus.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 8 drpd 21

Gambar 2.0 : Papan Lukisan

5.2 Sesiku T

➢ Dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian
bilah seperti yang ditunjukkan di rajah bawah.

➢ Kedua-dua bahagian ini mestilah diikat dengan kuat supaya tidak boleh
digerakkan dan mestilah bersudut tepat di antara satu dengan yang lain.

➢ Bahagian tepi bilah mestilah dalam keadaan rata dan lurus.
➢ Sesiku T digunakan di atas papan lukis dengan meletakkannya dalam keadaan

mengufuk dan bahagian kepala disebelah kiri papan .
➢ Cara menggunakan sesiku dengan betul hendaklah menolak dengan rapat

bahagian kepala kepada bahagian tepi papan ini untuk memastikan bahagian
bilah dalam keadaan mengufuk.
➢ Pastikan tidak ada bahagian yang renggeng di antara kepala sesiku T dengan
bahagian tepi papan lukis untuk mengelakkan dari fungsi kegunaannya kurang
tepat. Selain daripada digunakan untuk membentuk garisan lurus mengufuk, ia
juga digunakan untuk tempat panduan meletakkan sesiku segitiga bagi
membentuk garisan condong dan juga garisan tegak.
➢ Jangan gunakan bahagian tepi bilah sebagai panduan memotong kertas dengan
menggunakan pisau, kerana cara ini akan menguris bahagian tepinya dan
menyebabkan ia tidak lurus.

Gambar 3.0 : Sesiku T

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 9 drpd 21

6.0 CARA MENGUJI BAHAGIAN TEPI BILAH

➢ Mula-mula bentuk satu garisan mengufuk di atas kertas lukisan dengan
menggunakan sesiku T, berpandukan kepada bahagian tepi bilah .

➢ Setelah garisan dibentuk, pusingkan kertas arah menyongsang sehingga garisan
yang dibentuk tadi bertemu semula dengab bahagian tepi sesiku T.

➢ Bentuk satu garisan mengufuk yang kedua. Jika garisan yang kedua ini tidak di
atas garisan yang pertama tasi, ini bermakna bagahian tepi bilah tidak lurus .

➢ Jika bahagian begini tidak disedari maka hasil lukisan teknik yang dibuatnya akan
kerap melakukan kesilapan dan tidak ada ketepatan dalam pembentukan garisan .

➢ Jika berlaku lengkung pada bahagian tepi bilah, ini bermakna sesiku T tidak boleh
digunakan untuk kerja-kerja melukis. Selain daripada kesan-kesan bahagian tepi
bilah yang tidak rata terdapat kesan bahagian tepi bilah yang bergerigi, Kesan
lekuk pada bahagian bilah boleh memberikan kesan garisan yang tidak lurus.

Gambar 4.0 : Penggunaan Sesiku T

6.1 Sesiku Segitiga

➢ Terdapat 2 sesiku iaitu bersudut 45⁰ dan 30⁰
➢ Sesiku ini berbentuk segitiga yang digunakan bersama kombinasi sesiku T bagi

membentuk garisan-garisan condong, ia juga diguna untuk membentuk garisan
tegak. Alat sesiku sigitiga ini dibuat dengan sudut 45⁰ dan 30⁰ kerana mengikut
sudut-sudut yang lazim didapati dalam lukisan teknik .
➢ Pada bahagian tepi sesiku segitiga lazimnya terdapat ukuran yang ditanda dengan
ukuran metri, yang mana ia boleh digunakan juga sebagai pembaris.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 10 drpd 21

Gambar 5.0 : Set Sesiku Segitiga

Rajah di bawah menunjukkan cara bagaimana untuk membina sudut yang biasa
digunakan dalam lukisan teknik dengan alat sesiku segitiga .

➢ Menggunakan sesiku untuk membentuk sudut 45dalam dua kedudukan yang
bertentangan di antara satu dengan lain .

➢ Membina sudut 90 yang membuka di bahagian tengah. Dalam kedua-dua rajah
tersebut adalah penggunaan sesiku 45

➢ Membina sudut 30dan 60 dalam dua kedudukan yang bertentangan dengan
menggunakan sesiku 30

➢ Membina sudut 30dari garisan datar dan 60dari garisan tegak dengan
menggunakan sesiku 30

➢ Membina sudut 15 dari satu garisan tegak dan sudut 75dari garisan-garisan
datar dengan menggunakan sesiku segitiga bersudut 30 dengan 45

➢ Membentuk sudut 75 dari satu garisan tegak dan sudut 15 dari satu garis datar
dengan menggunakan sesiku 45 dan 30.

Gambarajah 1.0 : Membina Sudut Menggunakan Sesiku Segitiga

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 11 drpd 21

6.2 PENSIL

Dalam lukisan teknik jenis PENSIL diambil kira untuk menentukan mutu lukisan. Oleh itu
gunakan PENSIL dari jenis yang baik mengikut kelembutan matanya.Terdapat pelbagai jenis
kelembutan mata PENSIL dibuat untuk membentuk garisan-garisan tertentu.

Gambar 6.0 : PENSIL Lukisan

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis kelembutan mata PENSIL mengikut angka dan
huruf .Bagi garisan ringan ,PENSIL yang digunakan adalah 4H, 5H, 6H, 7H, 8H dan 9H .
Manakala jenis sederhana kelembutannya dilabel 3H,2H,H,F,HB dan kegunaannya adalah
untuk membentuk garisan am,objek,lakaran atau menguruf .

Gred Pensil Jenis Mata Ciri- ciri Kegunaan
2H ke atas
H, HB dan B Pensil
2B ke atas
Keras Menghasilkan garisan halus Untuk membuat garisan

dan pudar binaan

Sederhana Menghasilkan garisan Untuk membuar garisan

sederhana tebal dan terang objek

lembut Menghasilkan garisan tebal Untuk membuat garisan

dan sangat terang(hitam) profil dan lorekan

Jadual 1.0 : Gred Pensil dan Kegunaan

Akhir sekali PENSIL jenis lembut yang digunakan untuk kerja seni melukis dan juga senibina
yang dilabel dengan B dan B2.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 12 drpd 21

6.3.CARA MENGGUNAKANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

➢ Sentiasa dalam keadaaan tajam bagi membolehkan garisan dilukis dengan tepat,
beza jelas dan kemas.

➢ Sekiranya PENSIL yang tumpul akan menghasilkan garisan melebar serta tidak
seimbang . Cara yang betul untuk mendapatkan mata PENSIL yang tajam
ditunjukkan dalam rajah di bawah .

➢ Bentuk kon bagi mata PENSIL boleh dilakukan dengan menyendengkan PENSIL dan
gosokkan matanya dengan kertas pasir.

6.3 GETAH PEMADAM

Getah pemadam hendaklah berkualiti tinggi yang dapat memedam garisan tanpa
memberi kesan pada kertas lukisan.

Gambrajah 7.0 : Contoh getah pemadam

6.4 PERISAI PEMADAM

Digunakan sebagai panduan memadam sesuatu garisan dalam luksian tanpa
menggangu atau terpadam garisan lain yang berhampiran .Cara menggunakan alat ini
ditunjukkan dalam rajah di bawah . Letakkan perisai di atas permukaan kertas lukisan
dengan garisan yang hendaj di padam dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai
pada perisai. Kemudian gosokkan getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini
dapat memedam garisan pada lubang tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang
lain .

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 13 drpd 21

6.5 SET LUKISAN
Dalam satu set alat lukisan biasanya mengandungi alat keperluan melukis seperti jangka
lukis, alat pembahagi, alat mendakwat dan lain-lain.

Papan Lukisan
Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yangdiperbuat papan jenis lembut. Kertas
lukisan diletakkandiatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan.

Rajah 1.1 Ukuran papan lukis

Kertas lukisan biasanya akan ditampal denganmenggunakan pita atau
dengan menggunakan klip. Rajah 1.1 menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.

Rajah 1.2 : Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 14 drpd 21

Kertas lukisan.
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensel.
Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertaslukisan
ialah seperti berikut:

A. 8.5” x 11” A. 9” x 12”
B. 11” x 17” B. 12” x 15”
C. 17” x 22” C. 18” x 24”
D. 22” x 34” D. 24” x 36”
E. 34” x 44” E. 36” x 48”

Sesiku T

Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utamaiaitu bahagian kepala dan bahagian
bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuatgarisan lurus
mendatar atau garisan menegak denganperantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan
sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T
boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan
condong .Rajah 1.3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.

Rajah 1.3 : Cara mengerakkan sesiku T

Jangka lukis

Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. Terdapat tiga jenis
jangka lukis yang biasa digunakan.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 15 drpd 21

i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum andBeam/trammel )

Rajah 1.4 : Jenis – jenis jangka lukis

Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisanbulatan atau lengkok. Jangka lukis
terdiri daripada duabatang yang satu hujungnya boleh bertemu dan bolehdilaraskan. Satu
hujung mengandungi jarum halus untukdiletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok
danhujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk melukis atau membentuk garisan.

Rajah 1.5 : Cara menggunakan jangka lukis

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 16 drpd 21

Pembahagi

Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi
mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:

i. Pembahagi jenis pegas
ii. Pembahagi jenis bendul dan tradisi

Rajah 1.6 : Jenis – jenis pembahagi

Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang
sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah 1.7
menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 17 drpd 21

Rajah 1.7 : Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan

Jangka sudut

Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untukmendapatkan titik sesuatu sudut yang
dikehendaki atauuntuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 1.8 adalah contohjangka sudut yang
digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Rajah 1.8 : Jangka sudut vernier

Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut digunakan sebagai
pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa darjah sudut
yang dikehendaki seperti dalam rajah 1.9.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 18 drpd 21

Rajah 1.9 : Sesiku sudut

6.6 Skala/Pengukur

Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk
membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang
digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan
semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel
digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh
diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis. Rajah 1.10
menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan.

Rajah 1.10 : Pembaris/ skala

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 19 drpd 21

6.7 Lengkung Perancis

Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka
lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti dalam rajah 1.11

Rajah 1.11 : Bentuk – bentuk lengkung Perancis

Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu
perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensel yang hitam ( HB ), tetapi garisan
itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti dalam
rajah 1.12 Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari dengan garisan
lakaran yang telah dilukis.

Rajah 1.12 Cara menggunakan lengkung Perancis

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 20 drpd 21

Menempatkan Kertas Lukisan Pada Papan Lukis

Kedudukan yang sesuai bagi membolehkan kerja-kerja melukis dilakukan dengan
mudah adalah letakkan kertas lukisan berhampiran kepada bahagian penjuru kiri sebelah
bawah papan lukis seperti yang di tunjukkan di rajah di bawah. Letakkan sesiku T hamper
bahagian bawah papan lukis dan pastikan bahagian kepala rapat ke bahagian tepi papan.
Kemudian letakkan kertas di atas sesiku T pada bahagian tepi bilah. Jarak di antara
bahagian tepi kiri papan dengan kertas lebih kurang 8cm . Ketika ini pastikan juga bahagian
bawah kertas rapat kebahagian tepi bilah sesiku T dan juga pastikan bahagian tepi kertas
dalam keadaan tegak seperti di rajah bawah.

Melukis Garisan Sempadan

Garisan sempadan dilukis dengan jarak 10mm dari bahagian tepi kertas dan ia
merupakan bingkai kepada lukisan . Garisan ini dilukis menggunakan PENSIL gred
kehitaman lembut melukis garsiam sempadan ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Dengan menggunakan pembaris dan PENSIL tanda di atas kertas jarak 10mm dari
bahagian tepi dengan tanda titik. Tempat-tempat yang perlu ditanda ditunjukkan dengan
angka 1,2,3 dan 4. Setelah kedudukan garsian sempadan ditanda, letakkan sesiku T
melintang di atas kertas dengan bahagian tepi bilah pada titik garisan sempadan bawah
seperti dalam rajah di atas.. Dengan kedudukan sesiku T seperti ini letakkan sesiku segitiga
disebelah kiri dengan bahagian tegak menyentuh titik sempadan kiri.Lakar garisan halus
untuk sempadan kiri. Kemudian alihkan sesiku segitiga ke bahagian kanan kertas dengan
bahagian tegak menyentuh titik sempadan kanan. Lukis garisan lakar sempadan sebelah
kanan.

Setelah garisan lakar sempadan kiri dan kanan dilukis, alihkan sesiku segitiga.
Dengan kedudukan sesiku T ke bahagian seperti asa, lukis garisan sempadan bawah.
Kemudian alihkan sesiku T ke bahagian atas dengan tepi bilah menyentuh titik sempadan
atas dan lukis garisan sempadan. Melukis garisan ini dimula dan dihentikan merujuk kepada
garisan lakar tegak seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas. Garisan sempadan
kiri dan kanan dilukis dengan sempadan tegak seperti rajah tadi .

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(1/6) Muka surat : 21 drpd 21

7.0 MELUKIS BLOK TAJUK

Setelah melukis garsian sempadan, berikutnya ditunjukkan pula bagaimana
melukis blok tajuk. Blok tajuk ini gunanya unutk merakamkan maklumat lukisan. Ia dirakam
secara tulisan lukisan teknik. Kedudukannya di atas kertas lukisan pada sebelah bawah
berhampiran denagn garsian sempadan . Perkara-perkara yang perlu ditulis adalah seperti
yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Unutk menghitamkan garisan sempadan blok tajuk
mengufuk dan tegak yang sama gred kehitamannya dengan garisan sempadan lain .
Gunakan PENSIL jenis lembut bagi mendapatkan kehitaman yang sama .

Rajah 1.13 : Melukis blok tajuk

Rajah 1.14 :Menempatkan kedudukan maklumat
RUJUKAN :

1. Lukisan Elektronik – Md Nasir Abd Manan
2. Teknologi Elektronik - Md Nasir Abd Manan

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)


Click to View FlipBook Version