The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wmb7153, 2020-04-04 00:50:22

Electronic Engineering drawing

KP2

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 1 drpd 19

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE
PROGRAM / INSTALLATION & TROUBLESHOOTING
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 2 SEMESTER 1

NO DAN TAJUK UNIT CU:01 ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
KOMPETENSI / DED/SED 2112 ELECTRONIC ENGINEERING DRAWING
COMPETENCY UNIT NO. AND
TITLE

KOD DAN NAMA
SUBJEK/SUBJECT CODE AND
NAME

NO. DAN PENYATAAN 1. PRODUCE BLOCK DIAGRAM

AKTIVITI KERJA / WORK 2. PRODUCE SCHEMATIC DRAWING

ACTIVITIES NO. AND 3. PRODUCE ELECTRONIC SCHEMATIC DIAGRAM

STATEMENT 4. PRODUCE MECHANICAL DRAWING

KOD WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6)

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 2 drpd 19

TAJUK : PENGHURUFAN DAN LUKISAN GEOMETRI
TUJUAN
: KERTAS PENERANGAN INI MENERANGKAN LUKISAN KEJURUTERAAN
YANG MELIBATKAN ELEMEN GRAFIK ,JENIS GARISAN ,JENIS-JENIS
SUDUT , SEGI TIGA, SEGI EMPAT, POLIGON, BULATAN, ELIPS DAN
PARABOLA , JENIS-JENIS KETENGENAN SERTA CIRI-CIRINYA , SKALA
PENGECILAN, SAIZ PENUH DAN PEMBESARAN.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 3 drpd 19

PENGENALAN

Penghurufan dalam lukisan kejuruteraan diperlukan bagi mendokumentasikan sesuatu lukisan.
Latihan penghurufan yang berterusan akan menghasilkan tulisan yang baik dan seragam.
Terdapat dua bentuk penghurufan yang diamalkan dalam lukisan kejuruteraan, iaitu huruf
tegak piawai dan huruf condong piawai.

1. BENTUK-BENTUK HURUF

1.1 Huruf Tegak Piawai

Huruf tegak piawai ditulis pada sudut 90° pada garisan panduan. Abjad yang ditulis dalam grid
tegak piawai seperti ditunjukkan dalam rajah 1(a).

Rajah 1(a) : Huruf tegak piawai. Rajah 1(b) : Huruf tegak piawai.

1.2 Huruf Condong Piawai

Huruf condong piawai ditulis mengikut julat kecondongan antara 60° hingga 75° pada garisan
panduan. Setiap huruf ditulis dengan saiz, tinggi, lebar dan tebal garisan yang seragam. Huruf
condong piawai yang ditulis dalam grid condong piawai ditunjukkan dalam rajah 1(b).

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 4 drpd 19

1.3 Bentuk-Bentuk Tulisan

Tulisan boleh ditulis secara rapat, jarang, halus atau tebal seperti dalam rajah 2. Semua
ini bergantung pada penggunaannya, misalnya kertas lukisan yang besar tentulah tidak jelas
tulisannya jika dilukis dalam bentuk tulisan yang halus.

Rajah 2 : Bentuk-bentuk tulisan

1.4 Saiz-Saiz Tulisan

Huruf boleh dibahagikan kepada beberapa-beberapa kumpulan saiz seperti ditunjukkan dalam
rajah 3 dan rajah 4 di bawah.

Rajah 3: Kumpulan untuk huruf besar

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 5 drpd 19

Rajah 4: Kumpulan untuk huruf kecil

2. TEKNIK PENGHURUFAN

Teknik penghurufan yang dicadangkan dalam lukisan kejuruteraan ialah teknik penghurufan
lejang tunggal (satu arah pergerakan) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.

Anak panah menunjukkan gerakan pensel ketika menulis. Gunakan tekanan pensel yang sama
ketika menulis dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. Lakukan dengan teliti agar abjad
yang ditulis menyentuh garisan panduan.

Rajah 5 : Teknik penghurufan dengan lejang tunggal

2.1 Penggunaan Garis Panduan

Garisan panduan digunakan bagi menetapkan ketinggian abjad seperti ditunjukkan dalam
Rajah 6. Amalkan penggunaannya dalam menulis huruf sama ada di atas kertas, dinding;
tembok dan sebagainya. Gunakan gred pensel seperti 2H untuk melukis garisan panduan.
Garisan panduan tidak perlu dipadam apabila penghurufan siap ditulis.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 6 drpd 19

Rajah 6: Teknik penghurufan menggunakan garisan panduan.

2.2 Saiz Huruf Dan Penggunaannya.

Apabila huruf kecil digunakan bersama dengan huruf besar, tinggi huruf kecil ini hendaklah
lebih kurang 0.6 tinggi huruf besar. Huruf besar biasanya digunakan untuk melabelkan
bahagi-bahagian utama objek manakala huruf kecil digunkan untuk menulis keterangan lanjut
mengenai bahagian objek tersebut. Jadual 1 di bawah menyenaraikan ketinggian huruf besar
yang sesuai bagi setiap saiz kertas.

Penggunaan Saiz Kertas Tinggi Huruf Lebar Huruf
Lukisan Maximum Minimum
(mm) (mm)

Tajuk Utama Dan A0 9 7
Nombor A1, A2, A3, 7 5
5 4
A4

Tajuk Kecil A0 7 5
(Sub-Title) A1, A2, A3, 5 4
3 3
A4

A0 3.5 3

Nota A1, A2, A3, dan 2.5 2
A4

A0 3.5 3

Dimensi A1, A2, A3 3 2.5

A4 3 2

Jadual 1 : Tinggi Huruf Besar Berbanding Saiz Kertas

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 7 drpd 19

2.3 Jarak Antara Huruf dan Jarak Antara Perkataan

Apabila menulis huruf-huruf untuk membentuk perkataan, jarak antara huruf-huruf hendaklah
lebih kurang sama. Rajah 5(a) dan (5b) menunjukkan cara yang baik dan cara yang
kurang baik ketika menentukan jarak huruf.

Rajah 5(a): Cara yang baik: Luas antara huruf adalah sama.

Rajah 5(b) Cara yang kurang baik: Jarak antara huruf adalah sama.

Bagi jarak antara perkataan pula andaikan saiz 1 huruf.

Rajah 6: Jarak antara perkataan.

2.3.1 Jarak Antara Baris
Jarak antara baris yang sesuai adalah sperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.

Rajah 7 : Jarak antara baris.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 8 drpd 19

3. Keseragaman Penghurufan

Keseragaman amat penting dalam penghurufan supaya tulisan itu nampak lebih kemas dan
menarik. Ketika penghurufan, anda perlu memastikan huruf yang ditulis adalah seragam sama
ada dari segi gaya, saiz, kecondongan, ketebalan dan jarak. Contoh penghurufan yang
seragam ditunjukkan dalam rajah 8.

Rajah 8 : Penghurufan yang seragam.

Kecuaian ketika penghurufan boleh menyebabkan beberapa kesilapan dilakukan. Antara
kesilapan yang sering dilakukan ketika penghurufan ditunjukkan dalam rajah 9. Lazimnya
kesilapan ini dilakukan kerana sikap tergesa-gesa dan kurang berhati-hati.

Rajah 9 : Beberapa kesilapan ketika penghurufan.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 9 drpd 19

4. ELEMEN GRAFIK
Dalam pembelajaran bidang geometri, elemen grafik memainkan peranan penting dalam
menghasilkan sesuatu lukisan. Elemen grafik terdiri daripada titik, garisan dan satah.

4.1 Titik
Titik dalam lukisan kejuruteraan ialah titik persilangan antara dua garisan atau lengkok. Contoh
titik tersebut terdapat dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Titik-Titik

4.2 Garisan
Garisan terbentuk apabila satu titik bergerak mengikut satu arah yang tertentu. Garisan ini boleh
berupa garisan lurus atau melengkung mengikut arah surihannya. Bentuk garisan ini boleh
didapati dalam Rajah 2(a) hingga (h)

(a) Garisan Mengufuk/ Mendatar (b) Garisan Menegak (c) Garisan Condong (d) Garisan Serenjang
Ciri: Mempunyai sudut θ°
Ciri: Sudut satu garisan Ciri: Garisan yang berdiri pada daripada garisan rujukan. Ciri: Menyilang antara satu
mengufuk ialah 0°. garisan mengufuk 90°. sama lain pada sudut 90°.

(e) Garisan Selar (f) Garisan Tidak Selari (g) Lengkok (h) Lengkung
Ciri: Mempunyai Jejari J. Ciri: Tidak Mempunyai Jejari
Ciri: Mempunyai jarak yang Ciri: Mempunyai jarak yang tidak
sama di sepanjang garisan. sama di sepanjang garisan.

Rajah 2 : Bentuk-Bentuk Garisan

4.3 Satah
Satah merupakan sesuatu permukaan yang ditunjukkan sebagai permukaan rata dan mempunyai
bentuk tertentu seperti segi tiga, segi empat, bulatan dan sebagainya seperti dalam Rajah 3(a)
hingga (c).

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 10 drpd 19

(a) Satah Bentuk Segitiga (b) Satah Bentuk Segiempat (c) Satah Bentuk Bulatan

Rajah 3 : Bentuk-Bentuk Satah

5. GARISAN

5.1 Abjad Garisan
Mengikut piawaian ANSI Y14, terdapat beberapa jenis abjad garisan yang digunakan dalam
lukisan kejuruteraan. Diantaranya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.

Nama Garisan Bentuk Ciri-Ciri Gred Pensel
Kegunaan

/ Saiz Mata

Garisan Ringan 2H / 0.3 Membina sesuatu objek buat
Binaan Dan Halus mm sementara waktu sahaja.

Hitam Dan HB / 0.5 – Melukis garisan nyata sesuatu

Garisan Objek Tebal 0.7 mm objek. Saiz yang biasa bagi

garisan ini ialah 0.5 - 0.8 mm.

Garisan Hitam Dan HB / 0.3 – Menunjuklan bahagian-
Terlindung
Halus 0.5 mm bahagian yang tersembunyi.

Garisan Menunjukkan pembahagian
Tengah Hitam Dan

H / 0.3 mm tengah sesuatu objek dan
Halus

pusat bulatan.

Garisan Satah Hitam Dan HB / 0.5 – Menunjukkan bahagian
Potong
Tebal 0.7 mm sesuatu objek yang hendak

dipotong.

Garisan Hitam Dan H / 0.25 Garisan ini tidak putus kecuali
Dimensi untuk meletakkan angka atau
Halus mm huruf dimensi itu.

Garisan Pecah Menunjukkan bahagian
Pendek Hitam Dan

H / 0.3 mm sesuatu objek yang
Halus

dipecahkan.

Garisan Pecah Hitam Dan H / 0.3 mm Menunjukkan pecahan sesuatu
Panjang
Halus bahagian atau menunjukkan

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 11 drpd 19

Nama Garisan Bentuk Ciri-Ciri Gred Pensel
Kegunaan

/ Saiz Mata

sesuatu bahagian yang
tertentu.

Garisan Fantom Hitam Dan H / 0.3 mm Menunjukkan bayangan
/ Bayangan
Halus pergerakan sesuatu objek.

Garisan Unjuran / Hitam Dan H / 0.3 mm Garis panduan had dimensi
Tambahan
Halus yang dikehendaki.

Rajah 4 : Abjad garisan dalam lukisan kejuruteraan.

Ciri-ciri Abjad Garisan adalah berdasarkan kepada kehitaman/ketebalan, rupa bentuk dan
kegunaan garisan. Untuk membezakan kehitaman garisan, gred pensel dan juga saiz mata
pensel yang berbeza perlu digunakan.

Setiap garisan mempunyai ciri dan fungsi tertentu. Garisan Binaan ialah garisan yang digunakan
pada peringkat awal kerja melukis, manakala Garisan Objek adalah untuk menunjukkan bentuk
terakhir sesuatu lukisan.
Terdapat garisan yang dilukis mengikut keperluan, contohnya Garisan Terlindung dilukis bagi
menunjukkan bahagian yang tidak kelihatan. Garisan Muka Keratan pula untuk menunjukkan
sesuatu permukaan yang dipotong. Diantara fungsi abjad garisan yang digunakan dalam lukisan
kejuruteraan adalah seperti dalam rajah 5.

Rajah 5 : Beberapa abjad garisan dalam lukisan kejuruteraan

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 12 drpd 19

5.2 Kaedah Melukis Garisan-Garisan

(a) Kaedah Melukis Garisan Mengufuk (b) Kaedah Melukis Garisan Tegak

(c) Melukis Garisan Condong 15°. (d) Melukis Garisan Condong 30°.

(e) Melukis Garisan Condong 45°. (f) Melukis Garisan Condong 60°.

(g) Melukis Garisan Condong 75°. (h) Melukis garisan condong 75° Dengan
Garisan AB

Rajah 6 : Kaedah Melukis Garisan-Garisan

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 13 drpd 19

Kombinasi sesiku set boleh juga digunakan untuk menghasilkan pelbagai kedudukan sudut
seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.

Rajah 7 : Kaedah melukis garisan menggunakan sesiku set.

2.3. Melukis Garisan Selari
Melukis garisan selari dengan garisan yang sedia ada boleh dilakukan melalui kombinasi sesiku
set seperti ditunjukkan dalam Rajah 8. Garisan selari adalah garisan-garisan yang mempunyai
jarak yang sama antara satu sama lain.

2.4. Melukis Garisan Serenjang
Kaedah melukis garisan serenjang adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 9. Garisan serenjang
adalah garisan yang bersudut tepat (90o) antara satu sama lain.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 14 drpd 19

2.5. Kaedah Menghasilkan Garisan Yang Baik
• Pensel hendaklah sentiasa tajam.
• Mata pensil hendaklah sentiasa rapat di atas kertas dan memberikan tekanan yang
sekata semasa melukis garisan.
• Untuk mendapatkan kehitaman yang seragam, putarkan sedikit (anggaran setengah
putaran) batang pensil ketika melukis garisan.

6. SUDUT
Dua garisan yang bersilang akan membentuk sudut. Satu bulatan mempunyai sudut 360°,
manakala satu garisan mempunyai sudut 180°. Nilai sudut dinyatakan dalam darjah dan
dilabelkan dengan tanda °. Jenis jenis sudut ditunjukkan dalam Rajah 8

(a) Sudut Tirus (b) Sudut Tepat (c) Sudut Cakah
(α < 90°) (β = 90°) (90° < θ < 180°)

(d) Sudut Penggenap (e) Sudut Reflek (f) Sudut Pelengkap
(° + ° = 180°)
(180° < ° < 360°) (° + ° + 90°)

Rajah 8 : Jenis-Jenis Sudut.

7. SEGI TIGA
Segi tiga merupakan rajah satah yang mempunyai tiga sisi lurus. Jumlah semua sudut dalam
satu segi tiga ialah 180°. Ciri-ciri segi tiga ditunjukkan dalam Rajah 9.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 15 drpd 19

(a) (b)
Rajah 9 : Ciri-Ciri Segi Tiga.

Terdapat empat jenis segi tiga, iaitu segi tiga sisi sama, segi tiga tepat, segi tiga kaki
sama dan segi tiga kaki tidak sama. Semua jenis segi tiga ini ditunjukkan dalam Rajah 10.

(a) Segi Tiga (b) Segi Tiga Tepat (c) Segi Tiga Kaki Sama (d) Segi Tiga Kaki Tak
Sama Rajah 10 : Jenis-Jenis Segi Tiga. Sama

5. SEGI EMPAT
Segi empat ialah rajah satah yang mempunyai empat sisi yang lurus. Segi empat juga boleh
terdiri daripada dua segi tiga yang bercantum pada satu sisi yang sama panjang. Jumlah sudut
dalam satu segi empat ialah 360°. Jenis dan ciri-ciri segi empat ditunjukkan dalam Rajah 11.

(a) Segi empat sama (b) Segi empat tepat (c) Segi empat selari
Ciri: Ciri: Ciri:

✓ Keempat-empat sisi sama ✓ Sisi bertentangan sama ✓ Sisi bertentangan adalah
panjang. panjang. sama panjang dan selari
antara satu sama lain.
✓ Keempat-empat sisi ✓ Keempat-empat sisi
bersudut tepat. bersudut tepat.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 16 drpd 19

(d) Lelayang (e) Trapezium (f) Rombus
Ciri: Ciri: Ciri:

✓ Dua sisinya sama panjang. ✓ Dua sisi bertentangan ✓ Pepenjuru bersilang
✓ Pepenjuru bersilang selari. bersudut tepat.

bersudut tepat. ✓ Keempat-empat sisi sama
panjang.

Rajah 11 : Jenis-Jenis Dan Ciri-Ciri Segi Empat.

6. POLIGON
Poligon ialah rajah satah yang mempunyai sisi lurus yang lebih daripada empat. Jika panjang
sisinya sama, poligon itu dipanggil poligon sekata. Jenis-jenis poligon ditunjukkan dalam Rajah
12. Bagi satu poligon sekata magnitud sudut peluarannya adalah (360º/n), n ialah bilangan sisi
poligon.

(a) Pentagon (b) Heksagon (c) Heptagon (d) Oktagon
(Segi Lima) (Segi Enam) (Segi Tujuh) (Segi Lapan)

(e) Nonagon (f) Dekagon
(Segi Sembilan)
(Segi Sepuluh) (g) Pentagon Tak Sekata

Rajah 12 : Jenis-Jenis Poligon.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 17 drpd 19

7. BULATAN
Bulatan ialah lokus titik yang bergerak dengan jarak yang sama daripada satu titik. Titik yang
bergerak menghasilkan lilitan bulatan, manakala titik tetap dipanggil sebagai pusat bulatan.
Jarak titik yang bergerak dengan titik tetap pula dipanggil sebagai jejari. Istilah dan ciri bulatan
ditunjukkan dalam Rajah 13.

Rajah 13 : Istilah Dan Ciri Bulatan.

8. ELIPS DAN PARABOLA
Elips ialah lokus satu titik yang bergerak supaya jumlah jarak titik dari dua titik tetap (fokus)
adalah sama. Elips mempunyai paksi major dan minor seperti dalam Rajah 14 (a). Rajah 14 (b)
pula menunjukkan kedudukan titik fokus (F), manakala Rajah 14 (c) menunjukkan hubung-kait
titik fokus dan paksi minor.

(a) Paksi Major Dan Paksi Minor (b) Titik Fokus, F (a) Hubung-kait Titik Fokus
Dan Paksi Minor

Rajah 14 : Ciri-Ciri Elips.

Parabola ialah lokus satu titik yang bergerak dengan jaraknya dari satu titik tetap sentiasa sama
dengan jaraknya dari satu garisan lurus tetap. Parabola mengandungi mercu dan paksi simetri.
Rajah 15 (a) menunjukkan mercu dan paksi simetri, manakala Rajah 15 (b) menunjukkan
direktriks dan titik fokus (F).

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 18 drpd 19

(b) Lokus satu titik bergerak supaya jaraknya

(a) Mercu, Titik Fokus Dan Paksi Simetri dari fokus dan direktriks sentiasa sama

Rajah 15 : Ciri- Ciri Parabola.

9. KETANGENAN
Garisan tangen ialah satu garis lurus yang bersentuhan dengan bulatan atau lengkok pada satu
titik. Titik ini dipanggil titik tangen. Garisan yang menyambungkan pusat bulatan dengan titik
tangen dipanggil garisan normal. Garisan normal berkeadaan serenjang dengan garisan tangen
seperti dalam Rajah 16(a).

Ketangenan juga boleh berlaku antara dua bulatan yang bersentuh secara dalam atau
luar. Dua bulatan berjejari J dan jejari j menyentuh di sebelah dalam pada titik T ditunjukkan
dalam Rajah 16 (b). Kedudukan titik ketangenan T, pusat bulatan P dan Q adalah sebaris.
Manakala Rajah 16 (c) pula menunjukkan dua bulatan berjejari J dan jejari j menyentuh di
sebelah luar. Kedudukan titik ketangenan T, pusat bulatan R dan S adalah sebaris.

(a) Bulatan Menyentuh (b) Bulatan Menyentuh Bulatan (c) Bulatan Menyentuh Bulatan Di
Garisan
Di Sebelah Dalam. Sebelah Luar.

Rajah 16 : Konsep Dan Ciri Tangen.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(2/6) Muka surat : 19 drpd 19

10. SKALA (PEMBESARAN DA PENGECILAN)
Skala sangat penting pada lukisan kejuruteraan. Adakala objek perlu dilukis pada saiz sebenar
atau dikecilkan atau diperbesarkan. Contoh nisbah skala yang biasa adalah seperti dalam rajah
17.

Nisbah Skala Keterangan
10 : 1 PEMBESARAN Saiz yang dilukis adalah lebih besar
5:1 SAIZ PENUH daripada saiz objek atau gambar yang
2:1 PENGECILAN sebenar.
Saiz yang dilukis adalah sama dengan
1:1 saiz objek atau gambar yang sebenar.
Saiz yang dilukis adalah lebih kecil
1:2 daripada saiz objek atau gambar yang
1 : 50 sebenar.
1 : 100

Contoh Pengecilan Dan Pembesaran Mengikut Nisbah Sisi
Rajah 17 : Nisbah Pengecilan Dan Pembesaran.

RUJUKAN:

1. MOHD NOH BIN SARIP & MD. NASIR BIN ABD. MANAN; LUKISAN KEJURUTERAAN
TINGKATAN 4; ISBN 983-62-7434-0; DBP 2005; PETALING JAYA; MS 50 - 109

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)


Click to View FlipBook Version