Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :1 drpd 18
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION,
PROGRAM / TROUBLESHOOTING & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE & NAME
TAHAP / LEVEL 2 SEMESTER 2
NO DAN TAJUK UNIT CU:4 EQUIPMENT TROUBLESHOOTING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.AND
TITLE
KOD DAN NAMA DED/SED 2223 : EQUIPMENT TROUBLESHOOTING
SUBJEK/SUBJECT CODE AND
NAME
NO. DAN PENYATAAN 1. Identify industrial electronic equipment installation
AKTIVITI KERJA / WORK requirements
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. Prepare troubleshooting requirements
KOD WIM 3. Perform troubleshooting on equipment
4. Set up the Instrument and Test equipment for
dummy product
EE-021-2:2012(C04)/KP(4/7)
TAJUK:TEKNIK MENGESAN KEROSAKAN
TUJUAN : Pelatih-pelatih mesti boleh:
1. MENERANGKAN PERALATAN ELEKTRONIK
2. TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN
3. TEKNIK MEGESAN KEROSAKAN CARA FIZIKAL
4. MENGANALISIS KEROSAKAN SISTEM BERDIGIT
Cawangan Kurikulum& Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :2 drpd 18
1. PENGENALAN
Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya diketahui
dahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia mempunyai hierarki
yang tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam sistem komputer. Ia amatlah perlu terutama
kepada juruteknik atau pembantu jurutera dalam mengesan dan membaikpulih
sesebuah sistem komputer. Begitu juga dengan mengesan kerosakan pada alat-alat
elektronik.
Beberapa soalan yang harus dijawab, sebelum kita memulakan kerja-kerja
membaikpulih:-
i. Apakah jenis alat yang akan dibaikpulih?
ii. Apakah kerosakan (simptom) pada alat tersebut?
iii. Adakah alat tersebut mempunyai litar skematik?
iv. Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan?
Dalam soalan pertama, kita harus mengenal alat serta fungsi (cara kerja). Contohnya
penjana isyarat yang mana fungsinya menghasilkan isyarat berbentuk sinus atau
segiempat. Radio berfungsi sebagai menerima isyarat, proses kemudian menghasilkan
audio. Televisyen berfungsi sebagai menerima isyarat proses kemudian menghasilkan
gambar dan audio. Dari sini, barulah boleh kita tentukan kerosakan alat.
Rajah : Jenis peralatan iaitu Monitor, TV dan Radio
Manakala yang kedua melibatkan dari hasil yang dikeluarkan oleh alat itu. Misalnya
tiada ayunan di keluaran penjana isyarat, tiada suara dari speaker radio, tiada gambar
dari layar TV. Inilah yang kita panggil simptom.
Dari sini, barulah kita tentukan bahagian mana dalam litar itu yang dijangka tidak
berfungsi. Kita tidak akan membuang masa jika jangkaan kita tepat. Kita hanya boleh
membayangkan litar dan fungsinya jika kita tahu bahagian yang rosak, tetapi litar yang
sebenar belum pasti. Oleh itu kita memerlukan litar skematik. Dari litar skematik kita
boleh menumpukan perhatian kepada komponen yang dijangka rosak.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :3 drpd 18
2. TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN
Cara mengesan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat tersebut.
Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas sesuatu alat yang akan
dirawat. Dari sini, kita akan dapat menganalisa apakah kerosakan atau simptom. Setiap
teknik yang dilakukan ada hubungan antara satu sama lain atau sebagai pilihan lain
agar tidak membuang masa.
Teknik-teknik mengesan bolehlah kita susunkan seperti berikut:-
i. Mengesan simptom
ii. Teknik surihan dan suntikan isyarat
iii. Mengukur voltan
iv. Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litar
v. Mengesan dengan cara fizikal
2.1Simptom
Setiap alat yang rosak tentunya ada simptom yang boleh memberikan panduan kepada
kita menentukan kerosakan bahagian, penyambungan atau komponen. Di sini seorang
perawat harus mempunyai pengetahuan tentang operasi dan fungsi sesuatu alat.
Contohnya bagi seorang pengguna, kerosakan alat terima radio hanya dapat dikesan
jika bunyi tidak normal, atau tiada bunyi langsung. Bagi seorang mekanik apabila alat
itu tiada bunyi, dia boleh mengagak di bahagian mana yang rosak. Di bawah adalah
satu contoh rajah menunjukkan simptom yang diperolehi dan fungsi sesebuah alat.
2.2Teknik Surihan dan Suntikan Isyarat
Setiap simptom kerosakan yang diketahui oleh sesuatu alat, kita boleh membuat
perangkaian di bahagian mana yang rosak. Sebagai contohnya alat terima radio yang
tiada suara atau bunyi tidak kedengaran di speaker tetapi penunjuk bekalan ada. Kita
boleh mengagak bahagian mana yang rosak atau tempat di mana kita perlu periksa
dahulu. Disini kita boleh katakan bahawa speaker atau penguat kuasa atau kawalan
tone atau kawalan bahana (volume control).
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :4 drpd 18
Jika litar skematik tidak ada, pilihan lain adalah dengan menyurih litar di bahagian
tersebut. Litar skematik adalah sangat penting untuk menunjukkan nombor komponen
dan sambungannya. Ini akan mempercepatkan proses surihan litar atau mengesan
kerosakan pada komponen. Setelah kita tahu bahagian mana dan jenis kerosakan litar,
kita harus memikirkan apakah teknik yang harus kita lakukan. Mekanik
yangberpengalaman biasanya menggunakan teknik ringkas iaitu meneliti litar skematik
dan terus kepada simptom.
2.3 Surihan litar tercetak
Sebelum kita membincangkan tentang teknik mencari kerosakan, kita seharusnya boleh
membuat surihan papan litar tercetak. Ini adalah penting kerana walaupun kita
mempunyai litar skematik, kerja-kerja mencari komponen adalah berasaskan surihan
litar.
Beberapa peraturan harus ditentukan sebelum surihan litar dibuat:-
i. Tentukan punca masukan dan keluaran
ii. Tentukan punca bekalan dan bumi
iii. Tentukan nombor komponen
Surihan boleh dimulakan dari titik masukan. Jika sukar ditemui kerana lebih dari satu
masukan, kita boleh memulakan dari bahagian keluaran. Contohnya pada litar di bawah
Rajah : Litar pesungan pugak sebuah TV
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :5 drpd 18
Rajah : Litar pesongan pugak sebuah TV (sambungan)
Kita boleh mencari wayar yang disambung ke gelung pesongan di yoke TV sebagai
rujukan keluaran, kemudian sureh ke dalam sehingga bertemu dengan litar penguat.
Jika litar mudah seperti penguat audio, pra-penguat, litar tone dan sebagainya, surihan
keseluruhan perlu. Oleh itu surihan dari punca bekalan kuasa juga boleh dilakukan.
Contohnya litar penguat suapbalik pada rajah di bawah :
Rajah : Litar penguat suapbalik
Nombor komponen pada papan litar tercetak, juga boleh menunjukkan bahagian mana
tempat permulaan litar, contohnya C1 danR1 adalah komponen yang mula-mula dalam
litar. Jika nombor besar, angka yang mula menunjukkan bahagian yang sama.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :6 drpd 18
Contohnya C447 dan C440. Nombor yang mempunyai nombor siri 4 adalah dari
bahagian yang sama misalnya nombor siri 400 adalah bahagian pugak dalam litar TV.
2.4 Suntikan Isyarat
Rajah : Blok penguat audio dalam TV
Apabila kita pastikan bahagian penguat kuasa keluaran rosak , kita tidak perlu lagi
membuat semakan di kawasan penerima RF dan IF. Teruskan dengan menyemak
kawasan penguat audio.
Untuk lebih dekat kepada tempat (bahagian) yang rosak, teknik surihan / suntikan
isyarat adalah cara yang tepat. Setengah mekanik menggunakan jari atau pengalir
sebagai penjana gelombang dan disuntik di bahagian yang dijangka rosak. Cara ini
kurang baik kerana isyarat mempunyai hingar dan susah menentukan keluaran tanpa
erutan
Untuk melakukan teknik surihan dan suntikan kita harus menyediakan alatalat penguji
seperti osiloskop, penjana audio dan bekalan kuasa arus terus (a.t) boleh ubah.
Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan
1. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di bawah
2. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar. Perhatikan
arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau.
3. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400 Hz
Kemudian kita boleh mulakan dengan menyemak di bahagian keluaran iaitu bermula
dari speaker (jika ada) atau gunakan skop sebagai alat pengesan keluaran
Rajah : Rajah blok alat pengesan keluaran Versi 2.0 (2016)
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :7 drpd 18
1. Semak kefungsian speaker – boleh dibuta dengan menggunakan meter ohm atau
penjana isyarat
Rajah : Gambarajah menguji pembesar suara (speaker)
2. Jika speaker berfungsi baik, suntikan boleh dimulakan dengan memasukkan
penguat kuasa (keluaran pemacu)
Rajah : Litar Penguat Tolak Tarik
3. Jika litar ini normal. Suntikan isyarat ke masukan pra penguat boleh terus dilakukan.
Untuk mendapat keluaran tanpa erutan, level keluaran penjana harus diturunkan kerana
jika litar ini normal, isyarat keluaran jadi maksimum. Titik uji boleh dikenakan selepas
itu sebelum pemuat C5. Perhatian perlu diambil bila menyelaras kawalan bahan kerana
ia akan memberi kesan kepada isyarat suntikan. Kerja-kerja surihan isyarat
inisebenarnya cepat dan tidak perlu mengambil masa yang lama kerana jika kita telah
mengetahui atau kenalpasti kawasan-kawasan penguat yang perlu diuji dalam litar
cetak. Kita teruskan suntikan berulang kali adalah lebih baik dan kita boleh
membandingkan isyarat serta menganalisa.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :8 drpd 18
Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di rajah di bawah
Rajah : Rajah blok bagi carta mengesan kerosakan
2.5 Teknik Ukuran Voltan
Teknik mengukur voltan dibuat sesudah kita mengetahui bahagian kerosakan. Voltan
yang mula-mula sekali yang perlu diketahui ialah bekalan ke bahagian tersebut.
Contohnya seperti dalam litar rajah 10, bekalan +12V seharusnya ada di sambungan R1
dan R3. Jika rendah atau tiada , ini bermakna bekalan tidak normal
Jika voltan bekalan normal, langkah-langkah seterusnya bersekitar pada komponen
aktif iaitu transistor Q1.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :9 drpd 18
Rajah : contoh litar penguat
Untuk menganalisa voltan yang diukur, kita harus tahu voltan normal (tanpa kerosakan)
litar tersebut. Sebagai contoh, litar di atas , voltan normal di
Pemungut C (Vc) = 5.5V
Tapak B ( VB) = 2.5V
Pengeluar E (VE) = 1.7V
Di sini kita boleh menganalisa kerosakan sekitar komponen sekitar dan jenis kerosakan
.Sila lihat contoh di bawah:
Contoh 1 Jika voltan C = 0.1V, komponen mana dan apakah jenis kerosakannya?
Jawapan : R3 terbuka (tiada bekalan sampai ke pemungut)
Contoh 2 Jika voltan C = 11.8V, apakah kerosakan yang berlaku?
Jawapan : R1 terbuka atau
i. CE Q1 terbuka atau
ii. R4 terbuka
iii.
2.6 Mengukur Kerintangan dalam litar.
Cara ini dibuat untuk komponen yang boleh ditentukan kerintangannya seperti
rintangan, diod, transistor dan sebagainya. Beberapa ketentuan harus diperhatikan
apabila membuat pengukuran kerintangan dalam litar.
2.6.1 Rintangan
Apabila mengukur nilai rintangan dalam litar tentukan tiada rintangan rendah, aruhan
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :10 drpd 18
dan pengubah dalam sambungan yang berkaitan. Untuk menentukan rintangan terbuka,
pastikan nilainya yang tercatit bermakna rintangan itu terbuka atau berubah nilai tinggi.
Ukuran sekurang-kurangnya dibuat dua kali iaitu dengan menukar-nukar polarity.
2.6.2 Diod
Seperti juga rintangan ketentuan komponen berintangan rendah harus diperhatikan,
kemudian ukur pincang depan dan balikan. Sekiranya didapati bacaan seperti diod biasa
(di luar litar), maka diod itu boleh dianggap berkeadaan baik.
2.6.3 Teknik mengesan cara fizikal
Mengesan cara fizikal melibatkan beberapa jenis deria yang kita gunakan, di antaranya
ialah deria pandang/lihat , dengar, hidu, dan rasa/sentuh.
a. Pandang
Apabila kawasan atau bahagian yang disyaki telah rosak diketahui,
sebelum membuat ujian-ujian lain, kita kesan dengan memerhatikan komponen
atau papan litar tercetak sekitar bahagian sama ada baik atau terbakar, longgar,
patah dan sebagainya. Contohnya : fius yang terputus boleh dilihat secara fizikal
semasa sesuatu alat dihidupkan, kita juga boleh memerhatikan jika ada kesan
berasap, ‘sparkling’ atau terbakar.
b. Dengar dan Hidu
Kadang-kadang komponen yang terbakar atau ‘sparkling’ tidak
dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ia kedengaran atau terbau. Contohnya
pengubah voltantinggi sering ada sparkling jika penebatnya retak tetapi tidak boleh
kelihatan hanya terdengar bunyi ‘hiss’ atau pengubah yang terlampau panas hanya
mengeluarkan bau hangit.
c. Rasa
Ini bukan bermakna kita harus kita harus merasakan gegaran atau operasi
komponen, kita boleh mengesan dengan rasa komponen yang lampau panas tetapi
pengesanan dibuat harus mengambil kira keselamatan. Misalnya komponen yang
hampir kepada voltan tinggi, voltan bekalan a.u, pemuat nilai besar bercas dan
sebagainya. Selain dari pandang, kita juga boleh menggunakan deria rasa untuk
mengetahui sama ada komponen yang terpatah, longgar pateri, tercabut, terputus
dan sebagainya.
1. PENDEKATAN SISTEM BERDIGIT Versi 2.0 (2016)
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :11 drpd 18
Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya
diketahuidahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia mempunyai
hierarki
yang tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam sistem komputer. Ia amatlah perlu
terutamakepada juruteknik atau pembantu jurutera dalam mengesan dan membaikpulih
sesebuah sistem komputer.Dalam sistem komputer, ia boleh dibahagikan kepada 4
paras utama sepertigambarajah di bawah :
i. Paras Sistem
Paras ini merupakan paras tertinggi di mana paras-paras lain berkerjasama
supaya sistem komputer dalam menjalankan fungsinya dengan sempurna.
ii. Paras Subsistem.
Bahagian-bahagian yang terdapat pada paras ini merupakan bahagian-bahagian
asas bagi sistem komputer. Sebagai contoh papan pemprosesutama, unit paparan dan
pemacu cakera berada paras ini.
iii. Paras Sub-Subsistem
Bahagian-bahagian pada paras ini merupakan bahagian yang tersapat pada
sub-sistem. Sebagai contoh bahagian-bahagian yang terdapat pada paras
ini. Mungkin merupakan bahagian-bahagian untuk satu unit paparan
seperti penguat video, pengayun ufuk, pengayun pugak dan bekalan kuasa
voltan tinggi.
iv. Paras Komponen
Bahagian-bahagian pada ini merupakan komponen-komponen untuk satusatu
sub sistem. Sebagai contoh untuk bahagian penguat video pada unit
paparan, paras ini mengandungi transistor, penapis dan lain-lain.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :12 drpd 18
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :13 drpd 18
1.1 Langkah pengesanan kerosakan
Setelah mengetahui sistem hierarki tersebut maka langkah-langkah pengesanan
bolehlah dibuat seperti berikut :-
i. Menganalisa gejala-gejala kerosakan.Untuk melakukan analisa ini,
kefahaman yang menyeluruh mengenaikendalian bahagian-bahagian satu sistem
komputer adalah diperlukan.
ii. Menempat Kerosakan secara pemeriksaanSebagai contoh, mungkin
terdapat kesan terbakar pada kapasitor atauperintang. Pemeriksaan pada kabel-
kabel juga selalu dilakukan. Denganini penempatan kerosakan dapat ditentukan.
iii. Membuat pengujian dengan teknik-teknik pengujian
Sebagai contoh untuk satu unit paparan setelah ujian dibuat, bahagian
pemesongan ufuk yang telah rosak
Iv Menempatkan Kerosakan pada peringkat yang rosak Dalam contoh bahagian
pemesongan ufuk tadi, peringkat yang rosak mungkin pada peringkat
penghasilan voltan tinggi.
iv. Menempat Kerosakan pada litar atau komponenUntuk melakukan ini,
litar skema amat diperlukan. Fungsi-fungsikomponen-komponen di dalam litar
perlu difahami sebelum penggantiandilakukan. Ini dapat menjimatkan masa.
v. Penggantian atau pemulihan Pada peringkat ini penggantian atau
pemulihan untuk komponen yang rosak dilakukan. Kendalian untuk litar ini diuji
dan penyelarasan dibuatjika perlu.
1.1.2 Keperluan Untuk Pengesanan Kerosakan.
Keperluan untuk pengesanan kerosakan yang dimaksudkan di sini adalah
maklumat-maklumat yang diperlukan dan pengetahuan asas bagi membantu
menjalankan pengesanan kerosakan dilakukan. Ini adalah perkara-perkara
seperti berikut:
i. Buku Panduan Khidmat Komputer.
Buku ini amat penting, terutama bagi penggunaan dan pemasangankomputer
tersebut. Dalam buku panduan dinyatakan perkara-perkara yangperlu bagi satu-
satu sistem komputer tersebut dan spesifikasi yangdiperlukan untuk menambah
keupayaan komputer tersebut.
ii. Simbol / Litar Skematik
Litar skematik menunjukkan komponen-komponen yang terdapat padasatu-satu
sistem. Ia juga selalunya mempunyai titik-titik ujian di manaparas voltan atau
bentuk gelombang untuk keadaan normal diberi.Berpandukan litar skematik,
fungsi komponen-komponen dalam system adalah mudah difahami. Sekiranya
tidak ada litar skematik, sesuatukomponen perlu disurih mengikut sambungan
pada litar tercetak untuk memahami fungsinya. Ini selalunya akan mengambil
masa yang lama.Oleh itu dengan bantuan litar skematik pengesanan kerosakan
akan dapatdi uji. Lihat lampiran 1.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :14 drpd 18
iii. Panduan litar terkamil
Panduan ini selalunya dikeluarkan oleh pekilang litar panduan tersebut.Panduan ini
menunjukkan ciri-ciri fizikal, fungsi had kegunaan dan hadkeselamatan untuk litar
paduan tersebut.Tanpa panduan ini, fungsi untuk satu litar paduan tidak
diketahui,penentuan kaki litar paduan juga tidak dapat diketahui. Ini menyebabkannilai
voltan atau bentuk gelombang pada satu titik tidak digunakan denganbetul. Sebagai
contoh untuk satu get kaki-kaki masukkan dan keluaranhendaklah diketahui bagi
membuat pengujian.Lihat lampiran 2.Rajah 2menunjukkan paras voltan bagi IC TTL dan
CMOS. Bagi membezakan
sesuatu IC teresebut TTL atau CMOS adalah melalui nombor siri yangdipaparkan diatas
permukaan IC. Bagi IC jenis TTL nombor sirinyabermula dengan nombor 74XXX atau
54XXX, manakala CMOS pulaadalah 4XXXX. Rajah 2 menunjukkan paras voltan bagi IC
TTL danCMOS. TTL mempunyai beberapa jenis dalam keluarganya iaitu regularTTL (N) ,
HIGH POWER (H), LOW POWER (L), SCHOTTKY TTL (S)dan LOW POWER SCHOTTKY
(LS). Kesemuanya mempunyai fungsiyang berbeza.Biasanya Keluarga IC TTL telah
ditetapkan nilai bekalankuasa yang perlu iaitu +5 Vdc ( 0.025). Voltan yang melebihi
bolehmerosakkan IC dan kekurangan voltan menyebabkan IC tidak berfungsi.
IC TTL tidak mudah rosak oleh cas-cas static berbanding IC CMOS.
Memerlukan kuasa yang rendah dan arus keluaran yang tinggi. CMOSpula kritikel pada
bekalan kuasa. Ia mempunyai nilai bekalan yangberbeza bergantung kepada IC CMOS.
Nilai-nilai tersebut adalah antara 3hingga 18 Vdc. Ia sangat sensitif pada cas stastik
tetapi lebih cepattindakbalas daripada TTL.Rajah PemasaanOleh kerana sistem digital
adalah berjujukan dan berkaitan pemasaanantara peristiwa, tempoh peristiwa dan masa
peralihan di antara keadaansatu dan sifar adalah genting.Dengan membandingkan rajah
pemasaan yang didapati daripada ujiandengan yang diberikan oleh pekilang kerosakan
dapat dikesan.
2 Teknik-Teknik Pengesanan Kerosakan
Dalam membuat pengesanan kerosakan beberapa teknik dapat digunakan.Antara
teknik-teknik itu adalah seperti berikut:
i. Gantian Kumpulan
ii. Analisa Logik
iii. Surihan Isyarat
vi. Bentuk Gelombang
vii. Gantian Kumpulan.
Ia adalah satu cara yang paling senang tetapi memerlukan kos yang tinggi.Dengan cara
ini kerosakan yang berlaku pada sesuatu paras dipastikan terlebihdahulu. Setelah
dipastikan tukarkan bahagian yang rosak tersebut dengan yang baru. Contohnya
sekiranya dipastikan pemacu disket yang rosak, maka tukarkan dengan pemacu disket
yang baru.
ii. Analisa Logik
Untuk satu litar logik yang senang, satu persamaan Boolean dapat dihasilkan dengan
menggunakan teorem –teorem. Dari sini, jadual hakiki untuk litar ituboleh dibuat.
Berpandukan jadual hakiki ini dan menggunakan masukkanterkawal, kerosakan dapat
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :15 drpd 18
dikesan sekiranya keluaran untuk itu berlainandaripada jadual hakiki.Bagi litar logik
yang komplek, ujian analisa boleh dibuat denganmenggunakan penganalisa logik.
Dengan mengambil isyarat digital pada titik masukkan dan keluaran tertentu
bandingkan keputusan yang diperolehidengan keputusan sebenar
iii. Surihan Isyarat
Dalam teknik ini, isyarat terkawal disentuh ke dalam litar yang diuji danpengesanan
untuk isyarat ini dibuat pada beberapa titik ujian yang mempunyaihubungan dengan
titik sentuhan tadi. Satu contoh jelas menggunakan teknikini ialah penggunaan kuar
logik dan pendenyut logik.
iv. Bentuk Gelombang
Periksa bentuk gelombang pada titik tertentu dalam litar dan bandingkandengan
gelombang sebenar litar tersebut.
3 Langkah-langkah Keselamatan Membaikpulih
Objektif membaikpulih dilakukan adalah untuk memastikan sistem komputer
sentiasadalam keadaan yang baik. Ini membolehkan proses dapat dijalankan berterusan
dan
memberikan keluaran maksimum kepada pengguna , contohnya kilang-kilang yang
mementingkan keluaran. Disamping itu ia juga, merupakan langkah-langkah awal
penjagaan sebelum kerosakan sebenar berlaku.Sekiranya berlaku kerosakan sebenar,
maka ia memerlukan kos membaikpulih yangtinggi dimana terpaksa memanggil pakar
dari luar. Jadi, penyelenggaraan danmembaikpulih asas haruslah dilakukan sendiri oleh
firma atau syarikat bagimengurangkan kos membaikpulih sebenar.
Langkah-langkah membaikpulih komputer komputer adalah :
a. Sebelum membaikpulih,Pastikan perkara-perkara berikut dalm keadaan
baik dan sempurna:
i. Keadaan tempat membaikpulih
ii. Meja senggaraan
iii. Alat-alat senggaraan
iv. Semasa membaikpulih,
Pastikan perkara-perkara berikut dalm keadaan baik dan sempurna:
i. Tentukan tiada cas statik semasa membuka perkakasan dankomponen
komputer .
ii. Menggunakan alat–alat yang sesuai dan betul semasa
membukaperkakasan komputer.
b. Selepas membaikpulih:Pastikan perkara-perkara berikut dalm keadaan
baik dan sempurna:
i. Pastikan semua sambungan telah dibuat dengan betul.
ii. Pastikan tiada lebihan pateri tertinggal.
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :16 drpd 18
iii. Pastikan casing yang sesuai dibuat atau dipasang dengan betulsupaya
tidak berlaku litar pintas semasa pengujian dan berikanbekalan pada system.
Dalam sistem komputer terdapat dua masalah utama yang menyebabkan kerosakan
iaitu masalah perisian dan perkakasan. Jadi, dalam mengesan kerosakan pada system
komputer masalah perisian perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum membaikpulih
pada perkakasan dilakukan. Antara perkara yang perlu diambilkira dalam pengesanan
kerosakan komputer ialah:
a. Menganalisa gejala yang menyebabkan kerosakan.
b. Menempatkan kerosakan dengan cara pemeriksaan.
c. Lakukan pengujian pada kerosakan sebelum.
d. Menempatkan kerosakan pada tempat yang rosak.
e. Penggantian dan pemulihan
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :17 drpd 18
SOALAN
1. Nyatakan TIGA teknik untuk mengesan kerosakan dalam litar
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
2.Nyatakan DUA perbezaan di antara teknik ukuran voltan dengan teknik mengukur
kerintangan
___________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:04/KP(4/7) Muka surat :18 drpd 18
RUJUKAN:
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)