UNIT 6
MALAYSIA DI PERSADA
SUKAN ( PENGANJURAN
SUKAN ANTARABANGSA)
SEJARAH TAHUN 6
CIKGU SITTI HALIJAH
• 12.1.3 Menjelaskan peranan Malaysia dalam
penganjuran sukan antarabangsa
• K12.1.6 Menilai kepentingan sukan kepada
pembangunan negara
Kriteria Kejayaan
1. Murid dapat senaraikan sekurang-kurangnya 3
jenis sukan bertaraf dunia yang pernah Malaysia
anjurkan.
2. Murid mengetahui sekurang-kurangnya 3
kepentingan penganjuran sukan kepada
pembangunan negara.
PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA
Negara kita diberikan penghormatan oleh badan sukan dunia
untuk anjurkan sukan bertaraf antarabangsa.
Malaysia dipilih kerana menyediakan pelbagai kemudahan dan
Berjaya mengendalikan sukan tersebut.
Sejarah penganjuran sukan antarabangsa di negara kita
bermula sejak tahun 1965.
Penganjuran ini meletakkan Malaysia dalam kalendar sukan
antarabangsa
SUKAN SEA
Terdiri daripada 11 negara Asia Tenggara
Diadakan 2 tahun sekali
Negara kita menjadi penganjur kepada 6 temasya SUKAN SEA –
1965, 1971, 1977, 1989, 2001, 2017
Tupai emas ( SI TUMAS) – Maskot Sukan SEA 2001
RIMAU- Maskot Sukan SEA 2017
Penganjuran kejohanan sukan ini membantu merapatkan
hubungan Malaysia dengan negara serantau Asia Tenggara.
JOHAN
SUKAN KOMANWEL
Terdiri daripada negara-negara yang pernah dijajah British.
Diadakan 4 tahun sekali.
1998 – Malaysia menjadi negara Asia pertama yang
menganjurkan kejohanan ini.
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi stadium utama kejohanan.
Orang Utan ( Wira) telah dipilih sebagai maskot dan bunga
raya menjadi logo Sukan Komanwel.
Dapat tempat ke-4
Wira
LE TOUR DE LANGKAWI
Kejohanan lumba basikal antarabangsa yang menjadi sukan
tahunan sejak 1996.
Nama kejohanan diambil sempena tempat pelepasan
perlumbaan iaitu di Langkawi.
Laluan perlumbaan yang menjelajah seluruh negara telah
mempromosi tempat-tempat menarik di Malaysia. ( Aktiviti
setempat )
FORMULA 1 DAN FORMULA E
Negara kita menjadi penganjur Formula 1 sejak 2000.
Pembinaan Sepang International Circuit ( SIC ) telah
menyediakan kemudahan bertaraf dunia.
Formula E telah diadakan di Putrajaya tahun 2014.
Formula 1 bermaksud FIA Formula One World Championship
Formul E bermaksud FIA Formula E Championship
SUKAN PERMOTORAN
Negara kita menjadi penganjur sukan permotoran sejak tahun
1991.
Sukan permotoran yang dianjurkan ialah :
- MotoGP ( Grand Prix Motorcycle Racing )
- SBK ( Superbike World Championship )
PIALA MONSUN
Juga dikenali sebagai perlumbaan kapal layar.
Sukan ini dianjurkan di Pulau Duyong, Terengganu sebagai acara
tahunan sejak 2005.
Piala Monsun diilhamkan bekas Perdana Menteri Malaysia,
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Perlumbaan di negara kita merupakan acara penutup dalam
Kalendar kejohanan World Match Racing.
HOKI PIALA DUNIA
Negara kita menjadi tuan rumah kejohanan ini pada tahun
1975 dan 2002.
Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Merdeka tahun 1975
dan than 1975 dan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, 2002.
PIALA THOMAS
Malaysia menganjurkan kejohanan ini sebanyak 6
kali.
Penganjuran kejohanan pada tahun 1970, 1984,
1988, 1992 berlangsung di Stadium Negara, Kuala
Lumpur.
Kejohanan 2000 dan 2010 diadakan di Stadium Putra
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
KEPENTINGAN PENGANJURAN SUKAN
KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA
Dapat memberikan kesan perkembangan ekonomi kepada negara atlet dan
peminat sukan akan datang ( beli tiket, cenderamata, kraftangan
1. Meningkatkan pendapatan negara
2. Membantu sektor pelancongan
3. Membantu sektor perhotelan
4. Tukaran wang asing
5. Membantu mempromosikan negara kepada negara luar
6. Merapatkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara lain.
7. Meningkatkan mutu sukan negara ( prasarana /infrastruktur sukan
dipertingkatkan – boleh tahun teknik, kelengkapan sukan /cara pengurusan
negara-negara lain.
SOALAN
1. Senaraikan 3 jenis sukan bertaraf dunia yang
pernah Malaysia anjurkan.
Taipkan jawapan anda di dalam ruangan
chat
SOALAN 2
1. Senaraikan 3 jenis kepentingan penganjuran
sukan bertaraf dunia kepada pembangunan
negara.
Taipkan jawapan anda di dalam ruangan
chat
MARI MENYANYIKAN LAGU
31 OGOS
DAN
JALUR GEMILANG