SEKOLAH AGAMA MENENGAH HULU LANGAT (BFT 4001)
BT 10 JALAN CHERAS, 43200 CHERAS, SELANGOR
TEL : 03-90751343 FAX : 03-90754537
E-MAIL : [email protected]
KAJIAN
TINDAKAN 2020
NAMA PENYELIDIK SARINA BINTI SETH @ IBRAHIM
NO. KAD PENGENALAN 780226-14-6134
NO TELEFON 012-6559374
TAJUK SKSI MEMBANTU SPSK? CER CERITA..
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1.0 PENGHARGAAN 3
2.0 ABSTRAK 4
3.0 REFLEKSI / PENYATAAN MASALAH 5
4.0 ISU KEPRIHATINAN 5
5.0 OBJEKTIF KAJIAN 6
6.0 KUMPULAN SASARAN 6
7.0 PELAKSANAAN KAJIAN 7
8.0 CADANGAN 18
9.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 18
10.0 LAMPIRAN 18
2 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, dengan berkat dan keinzinan dari Allah s.w.t, saya dapat
menyiapkan kajian tindakan ini akhirnya. Kajian tindakan ini memberi banyak
manfaat kepada saya sebagai guru mata pelajaran dalam menguruskan
penghantaran latihan / tugasan murid di sekolah.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua iaitu Tn
Hj Mohd Zainul Arifien Bin Mohd Jaid, Pn Norlin Binti Yusof, Penolong Kanan
Pentadbiran dan Pn Nor Mazenah Binti Rahmat, Penyelaras Kajian Tindakan
yang memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian tindakan ini di
sekolah.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya
yang setia mendoakan saya dan memberikan kata-kata perangsang dalam
saya menyiapkan kajian tindakan ini. Al-Fatihah (bacaan) buat arwah ibu saya
yang baharu sahaja meninggal dunia.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan kajian
tindakan ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas jasa dan budi
kalian. Sekian.
3 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
2.0 ABSTRAK
Pada umumnya, setiap guru ada membuat penyemakan terhadap tugasan /
latihan yang diberikan kepada murid masing-masing. Walau bagaimanapun
semakan buku latihan tersebut tidak didokumentasikan secara konsisten untuk
rujukan dan semakan pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu pihak
Jabatan Pelajaran Selangor telah memperkenalkan satu Sistem Pengurusan
Kualiti Sekolah yang dikenali sebagai SPSK yang bertujuan untuk
meningkatkan dan memantapkan tatacara sistem pengurusan di sekolah
dengan baik. Borang SPSK PK 06/1 iaitu Rekod Penyemakan Buku Latihan /
Kerja Murid telah disediakan untuk membantu guru mendokumentasikan
penyemakan buku latihan murid dengan tersusun dan terancang.
Walaupun begitu, perekodan penyemakan buku latihan murid ini memerlukan
sikap ketelitian dan ketekunan untuk melakukannya. Pengkaji berusaha untuk
merekodkan penyemakan buku latihan murid dari semasa ke semasa tetapi
saban tahun menghadapi kegagalan menghasilkan satu rekod penyemakan
buku latihan yang konsisten dan sempurna. Sehubungan dengan itu, pengkaji
berhasrat untuk melaksanakan satu sistem kod untuk membantu pengkaji
menghasilkan satu rekod penyemakan latihan yang konsisten dan sempurna
pada tahun semasa. Pengkaji akan menggunakan Borang SPSK PK06/1 yang
telah diubahsuai oleh pengkaji bagi tujuan tersebut.
4 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
3.0 REFLEKSI / PENYATAAN MASALAH
Pengkaji sering menghadapi masalah dalam merekodkan penghantaran
tugasan yang dihantar oleh murid-murid dengan baik. Masalah yang dihadapi
seperti borang yang diisi sukar ditemui ketika penghantaran buku dilakukan,
latihan yang dihantar tidak secara pukal menyukarkan perekodan di borang,
sifat terlupa merekod selepas proses penandaan dibuat. Oleh itu pengkaji
merasakan kajian ini penting untuk dilaksanakan. Diharap kajian tindakan ini
mampu untuk membantu pengkaji mendokumentasikan penyemakan buku
latihan murid dengan mudah.
4.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Pengkaji akan mengguna pakai SKSI (Sistem Kod Sarina Ibrahim) terlebih
dahulu untuk mengukur tahap keberkesanan sistem kod tersebut dalam
perekodan penyemakan buku latihan murid.. Borang SPSK PK06/1 (Lampiran
1) yang telah diubahsuai (Lampiran 2) akan digunakan oleh pengkaji bagi
tujuan tersebut. Diharap penggunaan SKSI (Sistem Kod Sarina Ibrahim) ini
dapat membantu pengkaji dan guru-guru yang lain dalam menyediakan satu
dokumentasi perekodan penyemakan buku latihan murid yang mudah bagi
memantapkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran guru-guru di sekolah.
Dalam masa yang sama diharap SKSI (Sistem Kod Sarina Ibrahim) ini boleh
dijadikan sebagai panduan kepada ibubapa untuk memantau dan menyemak
penghantaran hasil kerja anak masing-masing dengan mudah.
5 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.1 OBJEKTIF UMUM
Secara amnya kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan
SKSI (Sistem Kod Sarina Ibrahim) mampu untuk membantu sekolah
menyediakan satu sistem dokumentasi Rekod Penyemakan Buku Latihan
Murid apabila diminta oleh pihak tertentu seperti JPN / PPD
5.2 OBJEKTIF KHUSUS
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk :
5.2.1 Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan SKSI (Sistem Kod
Sarina Ibrahim) dalam meningkatkan perekodan penyemakan buku
latihan murid oleh guru.
5.2.2 Mengenalpasti tahap keberkesanan SKSI (Sistem Kod Sarina
Ibrahim) dalam membantu pentadbir dalam memantau penyemakan
buku latihan murid-murid oleh para guru
5.2.3 Mengenalpasti tahap keberkesanan SKSI (Sistem Kod Sarina
Ibrahim) dalam membantu ibubapa dalam memantau penghantaran
buku latihan anak-anak dari semasa ke semasa.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan dilaksanakan bermula bulan Ogos di Sekolah Agama Menengah
Hulu Langat. Peringkat awal akan melibatkan pengkaji dan murid-muridnya
yang berada di Tingkatan 4 sebagai sampel kajian.
6 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
7.0 PELAKSANAAN KAJIAN
7.1 TINJAUAN MASALAH
7.1.1 SOAL SELIDIK 1(TERHADAP GKMP)
Pengkaji meminta Guru Kanan Mata Pelajaran untuk mengisi boring
soal selidik kajian. Soal selidik ini mempunyai tiga bahagian seperti
berikut :
Bahagian A - Latar Belakang Responden
Bahagian B - Rekod Penyemakan Buku Latihan Murid
– Tahap dan Cadangan
7.1.2 SOAL SELIDIK 2 (TERHADAP GURU)
Pengkaji dan enam orang guru SAM Hulu Langat telah diminta untuk
mengisi borang soal selidik kaiian tindakan. Soal selidik ini
mempunyai dua bahagian seperti berikut:
Bahagian A - Latar Belakang Responden
Bahagian B - Pengetahuan Asas dan Tahap Penggunaan
Rekod Penyemakan Buku Latihan Murid
7.1.3 MODEL PELAKSANAAN
Pengkaji akan melaksankan model pelaksanaan menggunakan
SKSI (Sistem Kod Sarina Ibrahim) bermula bulan Julai untuk Kelas
Tingkatan 4 Al-Khawaridzmi.
7 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
7.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
7.2.1 SOAL SELIDIK (TERHADAP GKMP)
Berikut merupakan dapatan daripada soal selidik yang dijalankan
(Lampiran 3)
Bahagian A Latar Belakang Responden
1. Nama Penuh
a. MUHAIRENE MOHAMMED
b. MASTURA ISMAIL
c. NOR MAZENAH BINTI RAHMAT
8 | Muka surat
BAHAGIAN B SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
REKOD PENYEMAKAN BUKU LATIHAN / KERJA
MURID
9 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
CADANGAN
a. Pembugaran semula perlu dilakukan
b. Cadangan: utk dptkan hasil kerja yg berterusan guna modul yg sesuai.
c. Borang online disediakan kepada guru. Dan borang perlu dipermudah
7.2.2 ANALISIS SOAL SELIDIK (TERHADAP GURU)
Berikut merupakan dapatan daripada soal selidik yang dijalankan
(Lampiran 3)
Bahagian A Latar Belakang Responden
10 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
Bahagian B Pengetahuan Asas dan Tahap Penggunaan
Rekod Penyemakan Buku Latihan Murid
11 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
12 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
6. Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi (sebelum, semasa,
selepas) apabila menggunakan Borang SPSK PK 06/01
a. Kurang jelas untuk mengisi borang
b. Borang tidak sentiasa ada
c. Terlupa untuk merekod ke dalam borang setelah buku disemak
d. Terlupa untuk mencatat
e. (Sebelum): sukar untuk mengenalpasti murid yang menghantar
latihan (Semasa) : sukar untuk melengkapkan borang untuk
kelas yang berbeza. (Selepas): mudah untuk mengambil
tindakan selanjutnya bagi murid yang tidak menghantar latihan
f. tidak dapat merekodkan secara berkala
7. Mengikut pengalaman / cadangan anda, apakah yang boleh ditulis
di ruangan Catatan Borang SPSK PK 06/01 ?
a. Bil murid, jenis latihan, bil latihan
13 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
b. Disemak...lengkapkan latihan /nota
c. Kualiti jawapan murid, bilangan yg tidak hadir atau tidak
menyiapkan latihan yg diberi.
d. Alasan murid tidak menghantar latihan
e. Penghantaran terawal dan yang terakhir.@ bilangan buku yg
telah dihantar.
f. komen tentang tulisan, catat tentang hasil kerja samada
lengkap atau tidak lengkap
7.2.3 MODEL PELAKSANAAN
Berikut merupakan proses pelaksanaan kajian yang menggunakan
SKSI (Sistem Kod Sarina Ibrahim).
2. Melabelkan 3. Menyediakan 4. Penghantaran
buku latihan buku catatan buku oleh murid
murid kelas dan borang direkodkan dalam
menggunakan SPSK yang telah borang dan buku
SKSI dimurnikan catatan kelas
1. Mendapatkan
senarai nama
murid
Proses pelaksanaan SKSI (Sistem Kod Sarina Ibrahim).
14 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
Langkah 1 Mendapatkan senarai nama murid
Langkah 2 Melabelkan buku latihan murid menggunakan SKSI Murid
perempuan
Murid lelaki digelapkan
digelapkan bahagian
bahagian atas
bawah
E – Kod subjek
1 - kod
bilangan buku
Latihan
35 – no murid
mengikut
senarai nama
15 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
Langkah 3 Menyediakan buku catatan kelas dan borang SPSK yang telah
dimurnikan
Langkah 4 Penghantaran buku oleh murid direkodkan dalam borang dan buku
catatan kelas
16 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
Setelah menggunakan SKSI (Sistem Kod Sarina Ibrahim) dari bulan Julai sehingga
Oktober, penyelidik mendapati beliau mampu merekodkan penyemakan buku
latihannya secara konsisten. Sebanyak 14 kali perekodan telah dilaksanakan dengan
mudah. Berikut merupakan kesan yang dikenal pasti oleh penulis semasa kajian
tersebut dilaksanakan.
i- dapat mengenal pasti murid yang tidak menghantar buku latihan dengan
cepat
ii- dapat mengesan murid yang kerap menghantar Latihan / tugasan dan yang
tidak menghantar latihan / tugasan
iii- dapat mengenal pasti murid yang bermasalah dan mendekatinya untuk
penambahbaikan.
iv- Sebagai eviden tugasan murid kepada ibu bapa dan pihak pentadbir
v- Mempercepatkan hafalan nama murid oleh guru
17 | Muka surat
SKSI Membantu SPSK? Cer Cerita..
8.0 CADANGAN
Satu kajian lanjutan perlu dilaksanakan untuk menambahbaik kajian indakan
ini pada masa hadapan. Fokus kajian perlu melibatkan pelbagai guru yang
mengajar pelbagai mata pelajaran dan kelas. Jika SKSI (Sistem Kod Sarina
Ibrahim) ini mampu memudahkan para guru untuk merekodkan penyemakan
buku Latihan / kerja murid, impaknya akan membantu sekolah secara amnya
dan murid tersebut khasnya. Murid-murid akan lebih termotivasi untuk
menyiapkan dan menghantar tugasan mereka apabila guru mengambil berat
akan perkara ini.
9.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
Dokumen Spsk Dari Portal Jabatan Pelajaran Selangor
http://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/
11.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 Borang SPSK PK06-1
Lampiran 2 Borang / Rekod Penyemakan Buku Latihan / Kerja Murid
18 | Muka surat