The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nfnurinfakhira, 2022-06-06 16:10:51

E-FOLIO KPS 3014

E-FOLIO KPS 3014

KPS 3014
PENGURUSAN PEMBELAJARAN

NAMA : NURIN FAKHIRA BINTI MD JAIS

NO MATRIKS : D20211100439

KUMPULAN KULIAH : M

NAMA PENSYARAH : ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan
❖ Sosiologi atau ilmu masyarakat adalah satu ilmu yang mengkaji mengenai manusia dalam interaksinya

dengan persekitaran yang melingkunginya atau kajian mengenai manusia dalam perhubungan kelompoknya
(Kamil Ab. Majid, t.t.)

❖ Menurut Anita E. Woolfolk (1995), pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan
perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.

❖ Saya menyimpulkan bahawa sosiologi dan pembelajaran perlu seiring menjadi “Sosiologi Pembelajaran”
yang bermaksud satu ilmu untuk mengkaji pengetahuan seseorang hasil daripada pengalaman dan ia terzahir
melalui perbuatan .

Isi-Isi Penting
❖ Terdapat tiga teori dalam bab sosiologi dan pembelajaran :

• Teori fungsionalisme yang diperkenalkan oleh Augeste Comte (1798-1857). Dalam konteks pendidikan, teori ini
amat sesuai dengan keperluan masyarakat seperti mempelajari seseuatu kemahiran yang sesuai dan dapat
berfungsi kepada masyarakat.

• Teori konflik yang diperkenalkan oleh Karl Max (1818-1883) ini merupakan satu teori yang
menyelidik konflik-konflik yang timbul dalam masyarakat.

• Teori interaksi simbolik ini dikuasai oleh Hertbert Mead (1863-1931). Dalam konteks pendidikan,
teori ini mengkaji tentang interaksi sosial yang berlaku di sekolah contohnya di dalam bilik
pembelajaran.

Rumusan
❖ Sosiologi dalam pembelajaran sangat penting dan berkait rapat antara satu sama lain dalam

dunia pendidikan. Setiap guru perlulah menguasai setiap teori yang terdapat dalam sosiologi dan
pembelajaran ini untuk meningkatkan kualiti guru.

Rujukan
❖ Ab. Majid, M. K. (n.d.). Sosiologi Islam : Suatu Pengenalan. Jurnal Usuluddin.

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan
❖ Interaksi berlaku secara dua hala melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak berkomunikasi.
❖ Interaksi adalah penyebaran idea, fikiran, emosi, pengetahuan atau proses yang melibatkan sekurang

-kurangnya dua orang, dimana seorang pelajar dan pensyarah berinteraksi di antara satu sama lain (Swan,
2001).
Isi-Isi Penting
❖ Menurut Moore (1989), terdapat tiga jenis interaksi yang terdapat dalam pembelajaran :

• Interaksi antara pelajar dengan pelajar. Interaksi ini berlaku apabila pelajar duduk secara berkumpulan dalam
bilik darjah dan mereka berbincang antara satu sama lain tentang aktiviti yang berbentuk penyelesaian
masalah. Maka, interaksi wujud antara mereka.

• Interaksi antara pelajar dengan pensyarah. Contohnya, pelajar bertanya kepada pensyarah tentang suatu
topik yang kurang difahami dan pensyarah menerangkan dengan lebih terperinci. Suasana ini mewujudkan
interaksi ilmiah antara mereka.

• Interaksi antara pelajar dengan isi kandungan. Interaksi ini berlaku antara pelajar dengan sesuatu isi
kandungan pembelajaran.

Rumusan
❖ Interaksi yang berlaku dalam pembelajaran amatlah penting kerana ia dapat mengelakkan pelajar bersikap

pasif dalam aktiviti pembelajaran. Komunikasi yang baik yang wujud dalam suasana pembelajaran
membantu minda pelajar berfungsi dengan lebih cergas dan pintar.

Rujukan
❖ Inah, E. N. (2015). Peran Komunikasi Dalam Interaksi Guru Dan Siswa. Jurnal Al Ta"dib.

https://ejournal.iainkendari.ac.id/index.php/al-tadib/article/view/416/401

❖ Baharudin, S. M. (2015). Interaksi Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah Secara Kolaboratif Menerusi
Talian Dan Kesannya Terhadap Pemikiran Kritis Pelajar.
http://eprints.utm.my/id/eprint/54801/1/SitiMasturaBaharudinPFP2015.pdf

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengenalan
❖ Pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian

pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat (Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah
Ismail, 2005)

❖ Menurut Hj. Musa Ahmad yang memetik pendapat Robert Kreitner mengatakan bahawa pengurusan
ialah proses bekerja dengan tekun melalui individu-individu untuk mencapai objektif organisasi
didalam pertukaran atau perubahan alam persekitaran.

❖ Menurut Anita E. Woolfolk (1995), pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan
perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.

Isi-Isi Penting
❖ Konsep pengurusan dan pembelajaran pelajar :

• Mengawal :
- Guru mengawal peraturan bilik darjah daripada segi kedudukan tempat duduk pelajar, mengawal
aktiviti pelajar untuk mengelakkan suasana terlalu bising.

• Merancang :
- Guru merancang kaedah pembelajaran yang menarik dan berkesan.
- Guru merancang topik pembelajaran beserta objektif pembelajaran.
- Guru merancang aktiviti yang dapat merangsang minat pelajar untuk belajar.
- Guru merancang alat bantu belajar yang sesuai dan memudahkan pelajar.

• Pengalaman
- Guru mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar
- Guru mengulang dan menguji pelajar melalui ujian seperti kuiz berdasarkan topik yang mereka telah
pelajari.
- Guru menggalakkan pelajar berkongsi idea melalui pengetahuan dan pengalaman mereka.

• Mengarah
- Guru mengarah dan memberi panduan kepada pelajar untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan.

❖ Kaedah pengurusan dan pembelajaran yang berkesan :
• Keperluan fisiologi

- Guru pertu tahu keperluan fisiologi pelajar yang merangkumi tahap pembelajaran, latar belakang keluarga,
tingkah laku dan emosi seseorang pelajar.
• Pengurusan masa
- Guru menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya dalam proses pembelajaran.
• Iklim bilik darjah
- Guru memastikan pencahayaan yang baik dan udara yang lancer bagi membolehkan pelajar belajar dengan
selesa.

EKSPLISIT & IMPLISIT

EKSPLISIT IMPLISIT

Diwudkan daripada rangsangan luaran Diwujudkan semulajadi daripada
bertujuan menggerakkan orang untuk rangsangan dalaman.
melakukan aktiviti yang memberi
faedah kepadanya. Melibatkan tingkah laku yang ketara
seperti memahami, mengetahui dan
Melibatkan aktiviti yang boleh dilihat menghargai sesuatu yang telah
seperti menyenaraikan, menjelaskan, dipelajari.
memberi contoh, menunjukkan
cara yang betul berdasarkan
apa yang telah dipelajari.

Kaedah Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar

Kaedah pendekatan Menggunakan kaedah Kaedah demonstrasi
pengurusan dan set induksi yang bagi menambah
mampu menarik
pembelajaran yang minat pelajar. kefahaman pelajar.
berkait dengan

model, prinsip dan
teori pembelajaran.

❖ Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar :
• Rangsangan

- Rangsangan dalaman melibatkan motivasi, kesedaran dan minat pelajar untuk belajar.
- Rangsangan luaran melibatkan persekitaran, factor keluarga dan tempat belajar.
• Tumpuan perhatian
- Tidak fokus dalam pembelajaran kerana masalah peribadi.
• Rangsangan pengetahuan
- Pelajar tidak mempunyai kemahiran asas dan pengetahuan sedia ada yang banyak.
• Penyimpanan ingatan dan ingatan kembali.
- Gaya pembelajaran yang tidak berkesan menyukarkan pelajar mengingat sesuatu topik pembelajaran.

❖ Penyelesaian masalah :
• Mengadakan program motivasi untuk membangkitkan semangat belajar para pelajar
• Mengkaji masalah pelajar dan membantu menyelesaikan masalah tersebut.
• Mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai.
• Mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat membantu pelajar meningat dengan mudah seperti

membuat akronim.

❖ Strategi untuk menarik minat pelajar
• Menghias bilik darjah supaya lebih cantik
• Menayangkan video daripada youtube sebagai alat untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.
• Melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik yang memerlukan pergerakan supaya pelajar tidak

bosan.
• Mewujudkan interaksi dua hala antara pelajar dengan guru contohnya sesi soal jawab dan bertukar

pandangan.

Rumusan
Kesimpulannya, guru mestilah mendalami dunia pengurusan pembelajaran pelajar yang merangkumi teknik
pengajaran yang efektif, masalah yang dihadapi oleh pelajar berkaitan pembelajaran dan memikirkan
penyelesaian bagi masalah tersebut. Guru juga perlu mengkaji dengan mendalam tentang stratgei untuk
menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, kualiti pengajaran seorang guru akan bertambah
baik disamping dapat melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi intelek dan emosi.

Rujukan
❖ Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.
❖ https://core.ac.uk/download/pdf/11785735.pdf

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Pengenalan

❖ Kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan sesuatu kumupulan yang tersusun ke arah menentukan dan
memenuhi matlamatnya (Stodgill, 1958).

❖ Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung

❖ antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Perkataan organisasi
didefinisikan sebagai struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan (Jackson dan Musselmen, 2006).

❖ Dapatlah disimpulkan bahasa kepimpinan dan organisasi boleh didefinisikan sebagai proses kerjasama dalam
satu kesatuan atau persatuan yang diketuai oleh seorang ketua dan ahli-ahlinya.

Isi-Isi Penting

❖ Gaya kepimpinan autokratik yang mengutamakan kehendak kerja dan penyelesaian tugas. Pemipim bagi gaya
kepimpinan autokratik ini menggesa orang bawahan untuk menyelesaikan tugasan mengikut arahan yang
diberikan. Gaya kepimpinan ini hanya menerima dan melaksanakan pendapat yang diutarakan oleh
pemimpin atau ketua sahaja.

❖ Gaya kepimpinan demokratik lebih bersifat terbuka dan terdapat komunikasi yang baik dalam kepimpinan.
Pemimpin dan orang bawahan dibenarkan saling bertukar pendapat dan kritikan seterusnya memperbaiki
kelemahan yang ada. Gaya kepimpinan ini mementingkan hubungan dengan semua ahli dan merupakan
kepimpinan yang paling berkesan.

❖ Gaya kepimpinan kotegensi ialah gaya kepimpinan yang menjadikan hukum situasi sebagai pusat perhatian
yang bermaksud kepimpinan berdasarkan situasi. Setiap situasi yang berbeza akan ditangani oleh gaya
kepimpinan yang berbeza-beza mengikut situasi tersebut.

Rumusan
❖ Kesimpulannya, kepimpinan amat penting dalam sesebuah organisasi. Melalui kepimpinan yang

sistematik, sesebuah organisasi dapat menyelesaikan apa sahaja tugasan atau masalah yang timbul
secara bersama-sama. Kepimpinan dalam organisasi sekolah ataupun dalam bilik darjah dapat
mewujudkan hasil kerja yang teratur dan cemerlang kerana diketuai oleh seorang ketua yang akan
menggerakkan sesuatu organisasi.

Rujukan
❖ https://www.academia.edu/4673499/KEPIMPINAN

❖ Tajuk 4 : Kepimpinan dan Organisasi. (2018, November, 11). KPS3014 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN
http://pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-4-kepimpinan-dan-organisasi-di.html

❖ http://4squad96.blogspot.com/2016/10/maksud-organisasi-dan-ciri-ciri.html

BAB 5 : PENGURUSAN MURID

Pengenalan
❖ Pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian pengagihan

sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat (Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail, 2005)
❖ Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input

organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk
mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

Isi-Isi Penting
❖ Tiga elemen penting yang perlu dilakukan oleh guru dalam pengurusan murid :
• Mengurus rekod murid

- Guru mengkaji seterusnya merekod perkara-perkara penting tentang diri murid-murid seperti
mengemaskini rekod data murid-murid, salahlaku disipilin murid, analisis peperiksaan sekolah iaitu
keputusan peperiksaan murid-murid dan dan mengurus rekod pentaksiran berasaskan sekolah iaitu
rekod prestasi pelajar.

• Kesediaan murid belajar
- Kesediaan kognitif merupakan peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan
dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman yang
sedia ada pada seseorang.
- Kesediaan afektif merujuk kepada sikap dan minat murid terhadap sesuatu pelajaran. Ini
menjadikan mereka aktif dan mudah menerima pembelajaran seterusnya mendorong mereka
merasa seronok dalam pembelajaran.
- Kesediaan psikomotor merupakan kesediaan fizikal untuk menjalani latihan yang memerlukan
fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama.

• Memotivasikan murid merujuk kepada proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan
untuk mencapai sesuatu matlamat. Motivasi bermaksud mempunyai kekuatan untuk mencapai
kejayaan dalam hidup. Terdapat dua jenis motivasi :
- Motivasi instrinsik merupakan dorongan dan minat yang terdapat pada diri seorang pelajar untuk
melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya.
- Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi yang dipengaruhi oleh faktor luaran seperti ganjaran dan
dendaan.

Rumusan
Setiap sekolah perlu menggembleng tenaga dalam mewujudkan system pengurusan murid yang sistematik di
sekolah supaya semua urusan yang berkait dengan murid mudah diuruskan dan teratur. Guru bukan hanya
perlu mempunyai kemahiran dalam mengurus murid, tetapi juga wajar mempinyai kemahiran dalam
menentukan kesediaan murid dan juga kemahiran dalam memotivasikan murid. Pengurusan murid yang cekap
dan efisien dapat merangsang murid untuk sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu.

Rujukan
❖ Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.
❖ Mohamad Hanapi, M. H., Komari, M., & Zakaria, N. (2021, June). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Dalam

Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP), 2(2), 9-17.
Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/9167/5150

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan
❖ Steers (1985) mendefinisikan pengurusan sebagai satu prosese merancang, menganjur, memimpin dan

mengawal aktiviti aktiviti pekerja selaras dengan sumber-sumber yang ada untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.
❖ Bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang (Mohd
Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh, 2009).
❖ Elemen pengurusan bilik darjah :
• Merancang – guru merancang sukatan pelajaran bagi menentukan objektif dan hasil pembelajaran dan
membentuk aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah.
• Mengelola – guru mengelola proses pembelajaran dalam bilik darjah dan memastikan kelancaran sesi
pembelajaran.
• Mengawal – guru memantau keadaan murid daripada segi keselesaan mereka dalam bilik darjah dan
memastikan pelajar sedang melibatkan diri dalam proses pembelajaran.

• Membuat refleksi – guru menganalisis dan menilai keberkesanan pendekatan, strategi, kaedah mengajar
dan bahan bantu belajar yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

• Menjalin hubungan dengan murid - hubungan antara guru dengan murid yang baik ialah apabila guru
mengamalkan demokrasi di dalam bilik darjahnya. Perkara ini dapat dicapai melalui interaksi dua hala
contohnya guru dan murid saling bertukar idea dan pandangan tentang sesuatu topik pembelajaran.

Rumusan
❖ Kesimpulannya, guru haruslah memahami dan menagplikasikan elemen yang terdapat dalam pengurusan

bilik darjah. Pengurusan ini penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran dalam bilik darjah yang positif,
harmoni dan kondusif hasil daripada strategi yang dilaksanakan oleh guru yang boleh menjadi salah satu
faktor yang mendorong pelajar sentiasa terus menyertai proses pembelajaran dalam bilik darjah.

Rujukan
❖ Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan Shuki

Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf
❖ http://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.html
❖ http://studentsrepo.um.edu.my/522/5/BAB_2.pdf

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER

Pengenalan

❖ Koontz dan O”Donnelll (1976) menyatakan bahawa pengurusan boleh dibahagikan kepada beberapa fungsi

yang utama termasuk perancangan, penganjuran, kepimpinan dan pengawalan.

❖ Menurut Yusof Ibrahim (1986), sumber merupakan sesuatu yang boleh menjadi punca kepada sesuatu

lahiran pemikiran atau penulisan, namun sumber berbeza dengan ilham kerana sumber bukanlah abstrak

mahupun spontan sebaliknya ia boleh dirujuk kembali apabila kita memerlukannya semula.

❖ Seorang guru perlu bijak mencari sumber yang pelbagai yang berkaitan dengan sesuatu topik pembelajaran.

Isi-Isi Penting
❖ Terdapat beberapa jenis sumber yang boleh disediakan oleh guru kepada pelajar. Antaranya ialah :
• Sumber asas seperti papan tulis, buku teks dan guru sendiri sebagai model apabila menunjukkan

demosntrasi.
• Sumber bukan elektronik seperti gambar rajah, lukisan, carta pai, graf dan poster infografik dan pusat

sumber

sekolah.
• Sumber elektronik seperti slide, radio, televisyen, video, projector dan sebagainya.
• Sumber pengalaman seperti pameran dan bahan alam sekitar.

. Penggunaan Sumber Pembelajaran
Kriteria pemilihan sumber
Sumber pembelajaran sesuai
Menepati objektif dengan situasi pembelajaran.
pembelajaran
Guru merancang penggunaan sumber
Menyeronokkan pelajaran yang boleh membantu
murid
mencapai matlamat pembelajaran.
Menjimatkan
masa Guru membimbing pelajar
menggunakan sumber pembelajaran.
Sesuai digunakan
dalam bilik darjah

Rumusan
❖ Kesimpulannya, sumber pembelajaran sangat penting dalam hidup seseorang pelajar. Antara kebaikan

sumber pembelajaran ialah dapat merangsang minat pelajar untuk sentiasa berasa seronok dalam proses
pembelajaran tanpa berasa bosandengan teknik pembelajaran yang sama, menyediakan pengalaman secara
praktikal kepada pelajar berdasarkan teori yang telah mereka pelajari, melibatkan pelajar belajar secara aktif
dengan menggunakan fungsi tubuh badan mereka, memberi peluang pelajar belajar menggunakan bahan
bantu mengajar selain daripada buku teks serta waktu dan ruang belajar menjadi lebih fleksibel. Oleh itu,
guru perlu bijak meneliti dan menyediakan sumber yang diperlukan oleh pelajar dalam pembelajaran untuk
memberikan mereka pengalaman baru dengan kaedah pembelajaran yang pelbagai.

Rujukan
❖ http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

❖ https://www.coursehero.com/file/58629549/3-esei-maksud-sumberdocx/

❖ https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012113837_Topik%
207_Pengurusan%20Sumber.pdf

BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Pengenalan
❖ Strategi merupakan kaedah melaksanakan sesuatu tindakan. Konsep mengurus bilik pembelajaran

memerlukan guru untuk mengurus rutin bilik pembelajaran, mengurus fizikal bilik pembelajaran seperti
kedudukan tempat duduk pelajar dan bahan-bahan pembelajaran yang perlu ada dalam bilik
pembelajaran.

❖ Koontz dan O”Donnelll (1976) menyatakan bahawa pengurusan boleh dibahagikan kepada beberapa
fungsi yang utama termasuk perancangan, penganjuran, kepimpinan dan pengawalan.

❖ Pada asasnya, bilik pembelajaran adalah tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana
maklumat dan ilmu pengetahuan diberi & diterima.

❖ Dapat disimpulkan bahawa strategi mengurus bilik pembelajaran merupakan kaedah merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di satu tempat khusus yang didalsmnya terdapat
kedudukan yang selesa.

Isi-Isi Penting
❖ Strategi mengurus bilik pembelajaran adalah seperti berikut :

Menggunakan bilik Pengurusan Mengendalikan
darjah yang sesuai disiplin pelajar sesi pdp dengan
diuruskan melalui lancar dalam bilik
dengan subjek suasana bilik pembelajaran.
Contoh : subjek Sains pembelajaran
diadakan di makmal

sains sekolah

Mewujudkan Mewujudkan
interaksi yang suasana positif dan
berkesan dalam
bilik pembelajaran. kondusif dalam
bilik pembelajaran

melalui saling
bertukar pendapat.

Rumusan
❖ Strategi mengurus bilik pembelajaran merupakan aspek penting bagi memastikan kelancaran sesi

pengajaran dan pembelajaran. Guru wajarlah bijak dalam memasang strategi dan melaksankannya
mengikut kesesuaian subjek, bilik pembelajaran dan tingkah laju pelajar supaya dapat merealisasikan hasil
pembelajaran seperti yang ditetapkan dalam objektif pembelajaran.

Rujukan
❖ http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

❖ https://www.wix.com/lpviral/enviral?utm_campaign=vir_wixad_live&adsVersion=white&orig_msid=a5460c
fa-4f1f-4177-ad72-40a00025ad7a

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAHLAKU

Pengenalan
❖ Mengikut Kamus Dewan (1993), mengurus tingkah laku disiplin bermaksud latijan pemikiran dan

kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib: peraturan yang ditetapkan bagi
melatih seseorang supaya berkelakuan baik: kepatuhan pada peraturan yang ditetapkan: dan hukuman
atau denda kerana sudah melanggar peraturan yang sudah ditetapkan.

Isi-Isi Penting
❖ Konsep Pengurusan Tingkah Laku

- Perancangan yang rapi
- Tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku
- Teknik intervensi yang berkesan
- Penilaian secara objektif

❖ Jenis-jenis tingkah laku :
• Tingkah laku positif

- memberi perhatian dalam sesi pembelajaran
- menghormati guru
- mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah
- menyelesaikan segala tugasan yang dibeerikan
• Tingkah laku negatif
- membuli
- ponteng sekolah
- merokok
❖ Cara mengatasi masalah disiplin pelajar :
- mengadakan program motivasi
- menasihati pelajar dengan berhemah mengikut tahap disiplin pelajar
- mendenda pelajar yang mempunyai masalah displin supaya mengambil pengajaran atas perkara yang
berlaku.

Rumusan
❖ Setiap pelajar mempunyai tingkahlaku yang berbeza-beza. Jika berhadapan dengan pelajar yang

mempunyai tingkahlaku yang negatif, guru perlu bijak mengendalikan situasi ini dan mengambil
tindakan sewajarnya mengikut salah laku pelajar tersebut. Bagi pelajar yang menunjukkan tingkahlaku
positif, penghargaan boleh dianugerahkan kepada pelajar tersebut supaya dapat menjadi inspirasi
kepada pelajar lain.

Rujukan
❖ https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=sXZW9UWpmJ4C&oi=fnd&pg=PR13&dq=mengurus

+tingkah+laku+pelajar&ots=ZNC1VB2LUo&sig=_hwfQJJ99V-Yb74-SBZNvauS-
7U#v=onepage&q=mengurus%20tingkah%20laku%20pelajar&f=false

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Pengenalan
❖ Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan

perasaan individu yang terlibat.
❖ Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru

dan berguna.
Isi-Isi Penting
❖ Komponen pengurusan penasihatan murid ;

Bimbingan

Pengurusan
Penasihatan

Murid

Mentoring Penasihatan

. BIMBINGAN

- Satu proses menolong PENASIHATAN
individu untuk
- Memberi nasihat ialah
memahami diri dan alam strategi menyelesaikan
sekelilingnya (Shertzer &
masalah tanpa
Stone 1971). memikirkan perasaan
individu yang terlibat
MENTORING
(Zuraidah 1994).
- Dalam konteks
pendidikan, mentoring
adalah gabungan melatih
(coaching), kauseling, dan
penilaian mentor untuk

membantu mantee
mendalami perkembangan

professional.

Rumusan
❖ Guru mestilah memainkan peranan penting dalam penasihatan murid. Hal ini kerana ia merupakan

rentetan daripada tingkahlaku pelajar tersebut. Tingkahlaku pelajar dapat dikawal dan diperbaiki
melalui bimbingan, mentoring dan penasihatan yang dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Rujukan
❖ https://hasyamocha.wordpress.com/2020/07/18/pengurusan-penasihatan-murid/

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pengenalan
❖ Dalam perspektif Islam, pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya ini mempunyai prinsip demokrasi,

kesetaraan, dan keadilan yang memang bersesuaian dengan ajaran Islam (Noraini Omar et al., 2014).
❖ Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian

dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya,
dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif
dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Isi-Isi Penting
❖ Pengurusan pedagogi responsif budaya.
• Pedagogi Responsif Budaya (PRB) didefnisikan sebagai satu pengajaran yang menggunakan ciri-ciri budaya,

pengalaman dan perspektif kepelbagaian etnik murid sebagai satu rangsangan untuk pengajaran yang
lebih berkesan (Gay 2000). Pengajaran ini berasaskan anggapan bahawa apabila guru mempunyai
pengetahuan dan kemahiran mengajar murid pelbagai budaya, murid akan belajar sesuatu dengan lebih
bermakna, mempunyai minat yang tinggi untuk belajar dan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu.
Ladson-Billings (1994) menjelaskan PRB ialah satu pedagogi yang mengiktiraf kepelbagaian budaya murid
dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP).

• Budaya seperti nilai budaya kumpulan etnik, tradisi, komunikasi, gaya pembelajaran dan pola hubungan antara
budaya dalam bilik darjah boleh mempengaruhi proses pembelajaran dan penyesuaian sosial murid (Tengku Nor
Rizan et al.2014). Guru perlu mengetahui perbezaan antara kumpulan etnik dalam bilik darjah yang memberi
kesan kepada masalah untuk bekerjasama, motivasi belajar, aspirasi, mutu kerja, interaksi dalam pengajaran
persekitaran pelbagai budaya. Dalam bilik darjah pelbagai budaya, guru perlu memupuk persefahaman budaya
dalam pelbagai cara untuk membolehkan murid lebih sensitif terhadap murid daripada budaya lain bagi
menjadikan mereka tinggal dalam komuniti yang lebih harmoni (Tengku Nor Rizan et al. 2014).

• Elemen-elemen dalam pengajaran responsif pelbagai budaya :

Membangunkan asas berkomunikasi mempamerkan sikap
pengetahuan dengan etnik ambil berat dan
mengenai pelbagai budaya membangunkan

kepelbagaian budaya komuniti pembelajaran

memasukkan elemen- memberi maklum
elemen kepelbagaian balas terhadap

etnik dan budaya kepelbagaian etnik
dalam kandungan dalam pengajaran.

kurikulum

Rumusan
❖ Guru haruslah mempunyai kemahiran yang cemerlang dalam mengurus murid pelbagai budaya daripada segi

aktiviti pembelajaran, suasana bilik darjah dan bilik pembelajaran, Menyusun kedudukan murid dalam kelas
mengikut keselesaan mereka dan mengawal tingkahlaku murid pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya yang
wujud dalam kalangan murid perlu diraikan bagi melahirkan keseronokan dalam pembelajaran serta
mewujudkan perpaduan, komukasi dan toleransi yang baik antara guru dengan murid dan murid dengan
murid.

Rujukan
❖ https://ojie.um.edu.my/article/download/5285/3079

❖ https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012114444_Topik%2
011_Pengurusan%20Pelbagai%20Budaya.pdf

❖ https://www.researchgate.net/publication/339842393_Nurhijrah_et_al2017_-
_Pedagogi_Responsif_Budaya/link/5e688d634585153fb3d5f5b2/download

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengenalan
❖ Pengurusan pelbagai upaya merupakan inisiatif untuk membantu murid-murid yang mempunyai

masalah dalam pembelajaran. Konsep ini mengurus murid yang berkeperluan khas dengan
menggunakan kaedah-kaedah khusus untuk perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu
tersebut.

Isi-Isi Penting
Jenis-jenis murid pelbagai upaya :
❖ Pemulihan – merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam

penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira yang kompleks
disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di
ruang yang khusus.

. ▪ Menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan mengikut
Ciri-Ciri Murid Pemulihan personaliti murid.
▪ Pasif
▪ Lemah pemahaman ▪ Membentuk personaliti baik dalam diri
▪ Cepat bosan setiap orang murid.
▪ Menganggu rakan
▪ Menempatkan pelajar dalam program
pemulihan.

▪ Visual
Belajar dengan melihat teks berbentuk
perkataan / ayat dalam buku, papan putih atau
komputer.

▪ Auditori
Belajar dengan mendengar perkataan / ayat
yang disebut dan juga arahan lisan.

▪ Kinestetik
Belajar melalui pengalaman menerusi
penglibatan aktif dalam aktiviti di kelas.

❖ Pengayaan – merupakan aktiviti melibatkan murid-murid berpencapaian melebihi sederhana dalam
penguasaan kemahiran asas. Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada
aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Pengayaan bercorak belajar sendiri dan
bimbingan guru pada tahap minima.

❖ Berkeperluan khas - kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada kanak-
kanak yang mengalami kesukaran belajar (Heward,2003)

❖ Pintar cerdas - Pelajar yang menunjukkan bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk
melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang
lain (Ross, 1993). Ciri-ciri murid cerdas pintar seperti mempunyai tahap focus yang tinggi,
aktif dalam sesi pembelajaran dan mempunyai keistimewaan dalam bidang tertentu.

Rumusan
❖ Guru mestilah mengenalpasti keupayaan setiap murid daripada akar umbi untuk memastikan

perkembangan murid tersebut baik dan lancar sesuai mengikut tahap umur mereka. Kecekapan guru
dalam mengendalikan murid pelbagai upaya mampu menjamin kecemerlangan mereka mengikut
kemampuan mereka. Kepelbagaian murid ini haruslah diteliti oleh guru demi memastikan murid-murid
mendapat pendidikan yang sepenuhnya mengikut keupayaan mereka bagi menjamin masa hadapan
yang cerah.

Rujukan
❖ https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012114627_To

pik%2012_Pengurusan%20Pelbagai%20Upaya.pdf

❖ https://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-kanak-kanak-berkeperluan-khas/

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Pengenalan
❖ Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminology sekolah tempat untuk belajar dan mengajar

Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuahtempat untuk mengajar dan belajar,tempat
untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba ilmu
khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
❖ Kamus Dewan Edisi Kedua mendefinisikan persekitaran adalah kawasan di sekeliling sesuatu tempat
atau kawasan sekitar.

Isi-Isi Penting
❖ Iklim sekolah
• Persekitaran sekolah perlulah mempunyai budaya dan iklim yang baik yang bersesuain dengan

persekitaran sekolah.

❖ Dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang baik dan kondusif, hubungan dalam beberapa aspek perlu
diberi perhatian :

• Perhubungan Interpersonal - Di sekolah yang berkesan, guru-guru dan pelajar mempunyai
hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan
terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa
memandang kehadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme
mereka. Pelajar- pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.

• Pengajaran dan Pembelajaran - Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan
juga pelajar disekolah yang berkesan. Guru-guru menggunakan kreativiti
semasa mengajar manakala pelajar mengikuti aktiviti pembelajaran mengikut
keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam
pengajaran dannamalan penilaian mereka.

• Kemudahan Fizikal - Pelajar dan guru disekolah yang berkesan merasa sangat selesa ketika berada di
perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal.

Rumusan
❖ Sekolah dan persekitaran sangat berkait rapat antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan.

Keberkesanan persekitaran penting sebagai wahana untuk membangkitkan semangat pelajar hadir ke
sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, pihak sekolah perlulah berusaha mewujudkan
persekitaran sekolah yang terbaik bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang daripada pelbagai aspek seperti akademik dan kokorikulum.

Rujukan
❖ https://www.scribd.com/embeds/202435494/content

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pengenalan
❖ Menurut Haji Samsudin Bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan

penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Pengurusan meliputi
beberapa perkara seperti mengurus rutin bilik darjah, mengurus pelajar supaya menjalankan tugas
mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih
kondusif dan sebagainya.

❖ Menurut Eng (2014), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat
merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkahlaku ke arah
positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pembelajaran merupakan satu proses yang merangkumi
aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan memberikan maklum balas.

Isi-Isi Penting
❖ Komponen-komponen penting dalam pengurusan alam pembelajaran :

• Kajian pedagogi - Kajian pedagogi ialah ilmu tentang kaedah pengajaran yang perlu diketahui dan dipelajari
oleh seseorang yang ingin menjadi pendidik. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.

• Alat bantu mengajar - Penggunaan alat bantu mengajar dilihat sebagai komponen penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Bahan bantu mengajar diperlukan untuk meningkatkan
pemahaman pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar lebih tertarik kepada kaedah yang
kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, powerpoint,
dan video. Hal ini kerana kebanyakkan pelajar lebih menggemari proses pembelajaran
secara visual.

• Kajian di sekolah - Kajian di sekolah merupakan satu penyelidikan yang dijalankan oleh guru terhadap beberapa
perkara penting seperti persekitaran sekolah dan murid di sesebuah sekolah tersebut. Antara
perkara yang perlu dikaji oleh guru ialah tentang persekitaran sekolah yang selesa dan
kondusif, kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai mengikut tahap keupayaan seseorang
murid supaya tiada seorang pun diantara mereka yang akan ketinggalan.

• Kurikulum - Kurikulum oleh Kementerian pendidikan Malaysia merupakan segala rancangan pendidikan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.
Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diturunkan kepada ahli-ahlinya.

Rumusan

❖ Konklusinya, pengurusan alam pembelajaran merupakan tugas hakiki seorang guru untuk mengkaji,
meneliti dan mendalaminya. Guru perlu berkomited dalam mengurus segala perkara yang
mempunyai kaitan dengan pengurusan alam pembelajaran kerana ia sangat membantu untuk
perkembangan pembelajaran pelajar. Pengurusan alam pembelajaran ini juga boleh meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran secara dua hala iaitu guru dengan murid.

Rujukan
❖ https://prezi.com/kkz43fdu3hvz/pegurusan-alam-pembelajaran/
❖ http://pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-14-pengurusan-alam-

pembelajaran.html
❖ https://sitizulaiikaa97.blogspot.com/

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version