The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ina86_kluang, 2022-04-11 19:52:07

BUKU LAPORAN MAT KALI KE 17

Buku Laporan MAT kali ke 17 PDF

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT

LAPORAN TAHUNAN
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-17
TAHUN 2022

TARIKH : 16 APRIL 2022 (SABTU)
MASA : 9.00 PG
MEDIUM : GOOGLE MEET DI KEDIAMAN MASING MASING

ANJURAN BERSAMA PIBG &
WARGA SEKOLAH SMK BANDAR PUTRA

2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Atur cara majlis mesyuarat agung 4
2 Kata alu-aluan Tuan Pengetua 5
3 Kata alu-aluan Yang DiPertua PIBG 6
4 Senarai nama Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/23 7
5 Agenda Mesyuarat Agung PIBG 8
6 Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil. 16, 2021 9

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 16
7
19
Disember 2021 21
8 Laporan aktiviti PIBG 2021
9 Pembentangan Usul 23

Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Bandar
10

Putra kali ke-17 tahun 2022

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

ATUR CARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 BAGI TAHUN 2022

TENTATIF PROGRAM

9.00pagi :Ketibaan ibu bapa dan para jemputan (Pendaftaran melalui google form)
9.30pagi :Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 Tahun 2022

1. Ucapan oleh En Sharuddin bin Jaafar
Yang Dipertua PIBG, SMK Bandar Putra

2. Ucapan Alu-aluan oleh Pn Hjh Rosiah binti Salim
Pengetua SMK Bandar Putra

3. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-16

4. Pembentangan Akaun PIBG

5. Pembentangan aktiviti-aktiviti PIBG 2021

6. Pembentangan Usul

7. Hal-hal lain

8. Bersurai

4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SMK BANDAR PUTRA

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Saya bersyukur kerana dapat bersama – sama dalam menjayakan program Mesyuarat Agung PIBG
SMK Bandar Putra bagi kali ke-17. Terima kasih kepada pihak Jawatankuasa PIBG yang telah bersama –
sama menjayakan semua program bersama sekolah sepanjang sesi pengurusan 2021. Sumbangan dan
kerjasama yang dihulur oleh para ibu bapa merupakan satu pengiktirafan atas usaha dan komitmen pelajar
dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Kejayaan yang dicapai oleh pelajar bukan sahaja kejayaan individu. Di sebalik kejayaan mereka,
ada pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa, ahli keluarga, para guru dan sekolah serta sokongan padu
daripada PIBG. Oleh itu, saya melihat bahawa peranan PIBG dalam menjana kejayaan sahsiah, kokurikulum
dan akademik pelajar adalah sangat besar.

Terima kasih dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua ahli PIBG yang hadir untuk
bermesyuarat pada hari ini. Komitmen yang ditunjukkan adalah lambang kepada kejayaan dan masa depan
anak – anak kita.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat bermesyuarat dan menjalankan tanggungjawab selaku
ahli PIBG. Semoga kejayaan gemilang menjadi milik kita bersama.

Sekian, terima kasih.

...................................
( HJH ROSIAH BINTI SALIM )
Pengetua,
SMK Bandar Putra,
Segamat, Johor.

5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

KATA ALU - ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG SMK BANDAR PUTRA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah Taala kerana dengan taufiq dan innayah-Nya,

dapat kita berkumpul bersama – sama untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar Putra,

Segamat kali ke-17 ini.

Kita sedia maklum bahawa peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah dari segi kurikulum dan

kokurikulum adalah amat besar. PIBG juga merupakan wadah rasmi yang paling berkesan kepada ibu bapa

dan penjaga dalam menyampaikan segala maklumat dan pandangan. Era pendidikan yang

berkembang pesat harus seiring dengan arus permodenan teknologi siber dan globalisasi. Perkara ini

menjadikan proses mendidik anak – anak semakin mencabar. Dunia di hujung jari, tiada batas dan

sempadan. Pembangunan sahsiah pelajar turut dipengaruhi dengan arus permodenan ini. Maka PIBG

berperanan sebagai badan sokongan yang membantu ibu bapa dan penjaga dalam menunjukkan komitmen

kepada pihak sekolah dalam pembangunan program akademik dan kokurikulum serta kemenjadian pelajar

agar seiring dengan matlamat gelombang pembangunan pendidikan.

Adalah diharap agar semua ibu bapa dan penjaga pelajar dapat memberikan sepenuh kerjasama

dan melaksanakan tanggungjawab masing – masing dalam PIBG sekolah ini. Kita bekerja bersama – sama

demi menjana kejayaan anak – anak kita. Jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021/23

kerana sudi bekerjasama dalam menggalas tugas dan amanah sebagai seorang ahli jawatan kuasa PIBG

yang dilantik untuk kecemerlangan sekolah. Selamat bermesyuarat.

Terima kasih.

..........................................
( SHARUDDIN BIN JAAFAR)
Yang DiPertua PIBG,
SMK Bandar Putra,

6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

Segamat, Johor. JAWATANKUASA PIBG

SMK BANDAR PUTRA SESI 2021 / 2023

PEGAWAI EX – OFFICIO : Pn. Hjh Rosiah binti Salim ( Pengetua SMK Bandar Putra )
YANG DIPERTUA : En. Sharuddin Bin Jaafar
NAIB YANG DIPERTUA : Tn Hj Supian bin Hashim
SETIAUSAHA AGUNG : Pn. Haryati Binti Abdullah
PENOLONG SETIAUSAHA : Pn. Hasfarina Binti Aziz
BENDAHARI KEHORMAT : Pn. Norhaslina Binti Ramli
PENOLONG BENDAHARI : Pn. Siti Aisya Binti Mohd. Noor

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA
1. Pn. Zawani Binti Hj Yasin
2. Pn. Jeyanthi a/p Chandran
3. Pn Noraini Binti Md Yasin
4. En Rizal Bin Yadon
5. En Mohd Nazri bin Ahmad

AHLI JAWATANKUASA GURU
1. Tn Syed Ibrahim bin Syed Mohammad
2. Cik Vimona a/p Rengganathan
3. Pn. Hjh. Rusnida Binti Ramli
4. Pn Anadia Binti Othman
5. En Haryanto bin Surianto
6. Pn Julia Binti Mohamad

PEMERIKSA KIRA – KIRA
1. Cik Low Tsae Yun
2. Pn. Norihan Binti Muda

7

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17, TAHUN 2022

1. Ucapan Yang DiPertua PIBG
2. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil : 16, 2021
3. Perkara – perkara Berbangkit
4. Membentangkan dan mengesahkan Akaun Penerimaan & Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31

Disember 2021
5. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
6. Pembentangan Dan Perbahasan Usul
7. Hal-hal lain (Perlantikan 2 ajk ibubapa yang baru)
8. Ucapan Penangguhan

8

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
BIL : 16 , 2021

Tarikh : 22 Mei 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing dalam talian Youtube Live
Kehadiran : 249 orang

Agenda Mesyuarat :

1.0 Ucapan alu-aluan YDP PIBG (Encik Sharuddin Bin Jaafar)
1.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru yang hadir bagi
Mesyuarat Agung PIBG bilangan ke-16 bagi tahun 2021 dalam norma baharu ini melalui talian
Youtube secara langsung.
1.2 Beliau menyatakan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah rasmi
yang paling berkesan dalam menyampaikan segala maklumat kepada ibu bapa dan penjaga
demi menjana kejayaan anak-anak murid SMK Bandar Putra dari segi akademik, kokurikulum
dan kemenjadian murid.
1.3 Beliau berharap ibu bapa memberikan kerjasama yang padu untuk sekolah ini demi menjana
kejayaan anak-anak.

2.0 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua ( Cikgu Rosli Bin Che Man )
2.1 Tuan Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa serta guru yang hadir
ke mesyuarat pada hari ini dan memaklumkan bahawa sekolah kita diberikan kebenaran untuk
mengadakan mesyuarat untuk tahun 2021 kerana mesyuarat tidak dapat dijalankan ketika PKP
yang lepas. Beliau menyatakan bahawa takwim sekolah juga berubah pada musim pandemik
ini.

9

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

2.2 Beliau menjelaskan perjalanan sekolah pada tahun 2021, iaitu SMK Bandar Putra mendapat
kebenaran untuk 1 sesi sahaja mulai tahun ini. Beliau menyatakan bahawa terdapat seramai 63
orang guru sehingga 31/5/2021 dan kekurangan 6 orang guru kerana Cg. Mohd Rubai @
Rubaee bin Mokhtar bersara pilihan dan Cg Azizah bte Roshah akan berpindah ke SMK Paduka
Tuan pada 18/5/2021 sebagai Penyelia Petang.

2.3 Beliau juga memberitahu, bilangan AKP adalah seramai 11 orang, bilangan murid seramai 804
orang, 33 buah kelas termasuk 1 kelas Peralihan dan 2 Pendidikan Khas yang baru diwujudkan
bermula tahun 2021.

2.4 Dari segi akademik, beliau menyatakan tiada banyak ujian yang dijalankan pada tahun 2020
kerana PKP dan aktiviti kokurikulum dijalankan dalam talian sahaja.

2.5 Beliau turut memaklumkan bahawa sekolah telah dipilih sebagai Sekolah KBAT pada tahun
2020 dan sebagai sekolah TS25 (Transformasi Sekolah 2025) pada tahun ini 2021. Kedua-
duanya perlu dijalankan serentak dan beliau mengharapkan kerjasama daripada pihak ibu bapa
untuk menjayakannya.

2.6 Beliau menerangkan bahawa Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Beliau menjelaskan bahawa program ini
merupakan satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan, pemimpin berkesan, guru berkualiti, sokongan PIBG dan
Komuniti.

2.7 Beliau turut menjelaskan norma baharu sekolah ketika pandemik Covid-19, iaitu PdPR telah
bermula sejak minggu lepas dan memohon kerjasama ibu bapa untuk memantau PdPR anak-
anak mengikut jadual sekolah dari 7.30pg-1.05ptg. Beliau menyatakan penyertaan murid kurang
memuaskan dan pihak sekolah memahami kemungkinan ada masalah peranti dan wifi.

2.8 Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG 2020 yang telah menjayakan
segala aktiviti sepanjang tahun dan juga kepada AJK PIBG 2021 yang akan meneruskan
tugasan selepas ini.

2.9 Beliau memohon kerjasama semua ibu bapa untuk mencapai aspirasi negara dan sekolah
supaya SEBARA terus cemerlang untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang.
Makluman

10

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

3.0 Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Bil. 14 sesi 2019
3.1 Cikgu Haryati Binti Abdullah membentangkan Minit Mesyuarat Agung bil. 14 Sesi 2019
memandangkan pada tahun 2020, Mesyuarat Agung tidak dapat dilaksanakan. Beliau meminta
semua ahli menyemak minit mesyuarat bil. 14 sesi 2019 yang telah dipaparkan pada skrin.
3.2 Beliau memaklumkan bahawa jika terdapat perkara berbangkit dalam minit mesyuarat tersebut
boleh diajukan pada ruangan komen.
3.3 Cikgu Norazila Binti Soib mencadangkan agar minit mesyuarat bil. 14, 2019 disahkan dan Pn.
Zuriana Binti Abdul Rahim menyokong.
Tindakan : Setiausaha PIBG

4.0 Perkara berbangkit
Tiada

5.0 Pembentangan dan Pengesahan Akaun Penerimaan dan Pembayaran PIBG bagi tahun berakhir
31 Disember 2019 dan tahun berakhir 31 Disember 2020

5.1 Cikgu Norhaslina Binti Hashim membentangkan akaun penerimaan dan pembayaran PIBG bagi dua
tahun berturut-turut iaitu tahun 2019 dan tahun 2020. Beliau meminta semua ahli menyemak Akaun
Penerimaan dan Pembayaran PIBG kedua-dua tahun tersebut dalam Buku Laporan Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG pada aplikasi telegram Sarana Ibu Bapa.

5.2 Baki Akaun Penerimaan dan Pembayaran PIBG yang dibawa pada tahun 2020 ialah RM 32, 252.18
manakala baki Akaun Penerimaan PIBG yang dibawa pada tahun 2021 ialah RM 15, 152.68. Walau
bagaimanapun, baki yang terkini, sehingga Mei 2021 ialah lebih kurang RM 10, 000.00 sahaja
kerana tiada sumbangan PIBG pada tahun 2020.

5.3 Cikgu Hjh. Rusnida Binti Ramli mencadangkan agar Akaun Penerimaan dan Pembayaran Berakhir
31 Disember 2019 dan Akaun Penerimaan dan Pembayaran Berakhir 31 Disember 2020 disahkan.
Encik Rostam Bin Roslan menyokong.
Makluman

6.0 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2019/2020
5.1 Cikgu Haryati Binti Abdullah membentangkan semua aktiviti sekolah bersama-sama PIBG dan
meminta semua ahli mesyuarat merujuk paparan skrin ini atau Buku Laporan Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG pada aplikasi telegram Sarana Ibu Bapa.

11

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

Makluman

7.0 Pembentangan dan Perbahasan Usul

Usul diterima dan dibahas
6.1 Usul pertama iaitu sumbangan PIBG sebanyak RM 70.00 bagi setiap keluarga untuk sesi
persekolahan 2021. Tiada sumbangan PIBG pada tahun 2020.
6.1.1 Usul ini dibawa oleh AJK PIBG
6.1.2 Usul ini dipersetujui oleh ahli mesyuarat dan diterima.
Makluman

6.2 Usul kedua iaitu cadangan pembayaran sumbangan Program Kecemerlangan Akademik (PKA)
diteruskan seperti sebelum ini iaitu bayaran RM 20.00 bagi setiap pelajar tingkatan 5.
6.2.1 Usul ini dibawa oleh AJK PIBG
6.2.2 Usul ini diterima dan diteruskan seperti mana sebelum ini.
Makluman

6.3 Usul ketiga iaitu permohonan agar pihak sekolah mempertingkat usaha penyelenggaraan kipas di
setiap bilik darjah secara berkala. Hal ini kerana terdapat kipas yang kurang laju menyebabkan anak-
anak yang jauh dari kedudukan kipas belajar dalam keadaan tidak selesa. Terutama kini, cuaca agak
panas.
6.4.1 Usul ini dibawa oleh Puan Noor Nellie, penjaga kepada Noor Arissa Binti Ahmad Razi dari
kelas 3 Putra 1.
6.4.2 Tuan Pengetua, Cikgu Rosli Bin Che Man memberikan respons terhadap usul ini iaitu
tindakan telah diambil oleh pihak sekolah berkaitan penyelenggaraan kipas yang gagal
berfungsi dengan baik. Hal ini disebabkan oleh pihak sekolah sentiasa mengutamakan
keselesaan murid.
6.1.3 Usul ini dipersetujui oleh ahli mesyuarat dan diterima sebulat suara.
Makluman

12

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

6.4 Usul keempat iaitu mengadakan pelbagai pertandingan Koakademik dan Badan Beruniform
peringkat sekolah secara dalam talian ( online )
7.4.1 Usul ini dibawa oleh Encik Supian Bin Hashim, penjaga kepada Muhammad Zarul Fahmi
Bin Supian dari kelas 3 Putra 1.
7.4.2 Cg. Hj. Mohd. Naim Bin Sidek, Guru Penolong Kanan Kokurikulum memberikan respons
iaitu pertandingan Koakademik ini telah dijalankan di peringkat daerah dan negeri. Walau
bagaimanapun, pertandingan-pertandingan atau program di bawah unit kokurikulum pada
peringkat sekolah masih dalam proses perbincangan dan akan diadakan juga secara dalam
talian.
7.4.3 Usul ini dipersetujui oleh ahli mesyuarat dan diterima sebulat suara.
Makluman

Usul diterima tanpa dibahas

6.5 Usul kelima iaitu cadangan pembelian dan penggunaan buku kerja atau lembaran kerja untuk setiap
murid diwajibkan pada awal tahun. Hal ini bertujuan untuk memberi latihan pengukuhan kepada
murid. Usul ini diterima tanpa dibahas.
Makluman

8.0 Pelantikan AJK

7.1. Cadangan nama AJK baharu untuk sesi 2021 / 2023 telah disenaraikan awal dan diundi dalam

borang atas talian. Sebanyak 182 responden telah mengundi dalam pemilihan tersebut dan daripada

jumlah tersebut sebanyak 98.4 % telah bersetuju dengan cadangan nama AJK yang diketengahkan.

7.2. Senarai nama AJK PIBG bagi sesi 2021 / 2023 adalah seperti berikut :

7.1.1. Pegawai Ex-Officio : En. Rosli Bin Che Man ( Pengetua SMK Bandar Putra )

7.1.2. Yang Dipertua : En. Sharuddin Bin Jaafar

7.1.3. Naib Yang Dipertua : En. Supian Bin Hashim

7.1.4. Setiausaha Agung : Pn. Haryati Binti Abdullah

7.1.5. Penolong Setiausaha : Pn. Hasfarina Binti Aziz

7.1.6. Bendahari Kehormat : Pn. Norhaslina Binti Hashim

7.1.7. Penolong Bendahari : Pn. Siti Aisya Binti Mohd. Noor

13

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

7.1.8. Ahli Jwatankuasa Ibu Bapa : Pn. Zawani Binti Hj. Yassin
7.1.9. : Pn. Jeyanthi a/p Chandran
: Pn. Noraini Binti Md Yasin
: En. Rizal Bin Yadon
: En. Nazri Bin Ahmad

Ahli Jawatankuasa Guru : Tn. Syed Ibrahim Bin Syed Mohammad
: Cik Vimona a/p Rengganathan
: Pn. Anadia Binti Othman
: En. Haryanto Bin Surianto
: Pn. Julia Binti Mohamad
: Pn Hjh. Rusnida Binti Ramli

Makluman

9.0 Hal-hal lain
9.1. Encik Supian Bin Hashim bertanya tentang tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi
membantu murid SPM pada tahun ini sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan berterusan dan
proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp) secara bersemuka tidak dapat dijalankan.
9.1.1. Tuan Pengetua, Encik Rosli Bin Che Man memberikan respons iaitu guru-guru akan
mengambil beberapa langkah iaitu memberikan modul-modul mengikut mata pelajaran.
Guru-guru juga menggunakan aplikasi dalam talian untuk memberikan input pembelajaran
kepada calon SPM. Hal ini kerana, melalui wadah tersebut sahaja yang kini dilihat dapat
membantu murid untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi SPM pada
tahun ini. Oleh itu, kerjasama daripada ibu bapa untuk memantau penyertaan anak-anak
mengikuti pdpr dalam talian amat diharapkan.
Makluman

9.2. Encik Abdul Rahman Bin Jaafar pula bertanya tentang pemberian cenderahati daripada PIBG untuk
guru-guru yang bertukar sekolah atau bersara pada tahun ini.
9.2.1. Cikgu Haryati Binti Abdullah memberikan respons iaitu setelah AJK bermesyuarat,
pekeliling berkaitan pemberian hadiah untuk guru yang bertukar sekolah tidak perlu
diberikan cenderahati oleh PIBG kerana jumlah guru yang agak ramai bertukar sekolah

14

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

berbanding guru yang bersara. Oleh itu, kami sebulat suara untuk memberikan cenderahati
kepada guru yang bersara sahaja sebagai tanda penghargaan mereka berkhidmat di
sekolah.

Makluman
9.3. Puan Azie Aliff bertanya tentang adakah peperiksaan lain akan diadakan bagi menggantikan

Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3) yang telah dibatalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
9.3.1. Tuan Pengetua, Encik Rosli Bin Che Man memberikan respons iaitu sekolah akan terus

melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) di peringkat sekolah kerana pihak KPM tidak
ada menyatakan apa-apa makluman tentang gantian peperiksaan bagi PT3 yang hanya
ditangguhkan pada tahun 2021.

Makluman

10.0 Ucapan Penangguhan
10.1 YDP PIBG, Encik Sharuddin Bin Jaafar mengucapkan tahniah kepada barisan AJK Guru kerana
telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bilangan ke -16 tahun 2021 secara dalam talian ini
walaupun menghadapi banyak kekangan.
10.2 Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2023 yang baru
dilantik. Semoga semua ahli boleh memberikan kerjasama yang baik untuk kelangsungan
kecemerlangan akademik anak-anak di SMK Bandar Putra .
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.07 pagi

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

................................................... .............................................

( HARYATI BINTI ABDULLAH ) ( SHARUDDIN BIN JAAFAR )
Setiausaha Agung, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMK Bandar Putra, Segamat. SMK Bandar Putra, Segamat.

15

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI
TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

PENERIMAAN RM PEMBAYARAN RM
BAKI b/b 15,152.68 TERMOMETER STAND (2 UNIT) 260.00
SUMBANGAN PERIBADI KIPAS SUMBANGAN PIBG 300.00
SUMBANGAN PIBG 2019 1,480.00 BEKAS PIBG (CONTAINER) 23.50
SUMBANGAN PIBG 2021 70.00 78.00
(342 KELUARGA)
23,955.00 MAKAN AJK PIBG KALI 1 2021 900.00
SUMBANGAN PARLIMEN 55.00
3,000.00 SUMBANGAN PROGRAM TEKNIK
TETUAN YPJ (TA) MENJAWAB SOALAN SPM 2020 250.00
AKAUN MAJALAH 7,500.00 HADIAH PERSARAAN EN RUBAI 912.00
KONTRA ACC PKA 2,885.00 HAMPER MAT 2021 300.00
BAIKI ATAP BILIK MESYUARAT 125.40
480.00 BAIKI BUMBUNG SEKOLAH 454.50
PIALA PDPR 2021 (FASA 1) 119.60
BELIAN DRAWER PDPR PIBG
PIALA PDPR 2021 (FASA 2) 30.00
BEG KERTAS HADIAH IKON PDPR 1,220.00
SUMBANGAN PROGRAM VAKSIN
PIALA PDPR FASA 3 119.60
BEG KERTAS IKON PDPR FASA 3 15.00
MODUL MPSM
PROGRAM TS25 2606.17
PIALA PDPR IKON FASA 4 4000.00
BENGKEL MENJAWAB MATEMATIK,ADD
MATE,KIMIA 123.40
BENGKEL MENJAWAB BI SPM 300.00
BAIK DEWAN 158.00
CAJ BANK 800.00

JUMLAH PERBELANJAAN 30.50
BAKI H/B
TUNAI - RM200 13180.67
BANK – RM 41,142.01 41342.01

54,522.68 54,522.68
41,342.01
BAKI b/b

16

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

PIBG SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT JOHOR
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR

31 MAC 2022

PENERIMAAN RM PEMBAYARAN RM

BAKI b/b 41,342.01 HADIAH PINDAH EN ROSLI 45.90
18,750.00 BELIAN BEG KERTAS IKON PDPR 30.00
TABUNG KEBAJIKAN 7500.00
PELAJAR (TA) 1,260.00 BAYARAN TUISYEN YPJ (TA) 290.00
16,730.00 PROGRAM MOTIVASI SEJARAH 70.00
BANTUAN PIBG (BOC)
BAYARAN TERLEBIH 5P2
SUMBANGAN PELAJAR
(239 KELUARGA)

MAKANAN AJK PIBG 216.00

UJIAN LISAN BAHASA INGGERIS 1287.00

SARAPAN PAGI CALON SPM 2021 1956.00

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA 815.00
815.00
PROGRAM MAJLIS RESTU ILMU CALON 5000.00
SPM 2021
PROGRAM KECEMERLANGAN
BERIMPAK TINGGI

KELENGKAPAN BILIK MESYUARAT 1000.00

PERALATAN UNIT PEPERIKSAAN SPM 300.00

SUMBANGAN KPD PELAJAR 3P1 200.00

CENDERAHATI MAT KE-17 645.00

CAJ BANK 2.00

JUMLAH PERBELANJAAN 20171.90
BAKI H/B 57910.11
TUNAI - RM15.00
BANK - RM 57,895.11 78,082.01

BAKI b/b 78,082.01

57,910.11

17

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2022
AKAUN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (PKA)

Penerimaan PKA Pembayaran F PKA
P1 585.00
Baki B/B 1,221.25 Program Bengkel Matematik SPM
Sumbangan Pelajar
(47 Orang) 940.00 Bengkel Sentuhan Akhir BM SPM P2 250.00

Program Teknik Menjawab SPM 2021 P3 1,000.00

Jumlah Perbelanjaan 1,835.00
Baki Di Tangan
Baki Di Bank 326.25
Baki H/B 2,161.25
2,161.25
Baki B/B 326.25

DI SEDIAKAN OLEH; DI SAHKAN OLEH;
……………………………………………. …………………………………………….
(CIKGU NORHASLINA BINTI HASHIM) (EN SHARUDDIN BIN JAAFAR)

BENDAHARI KEHORMAT YANG DI PERTUA
PIBG SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT PIBG SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT

DI AUDIT OLEH;
…………………………………………….

(CIKGU LOW TSAE YUN)
JURUAUDIT GURU

PIBG SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT

18

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2021

1. Mesyuarat AJK PIBG
1.1. 12 April 2021
1.2 23 Jun 2021
1.3 22 Mei 2021 (Mesyuarat Agung Tahunan)

2. Aktiviti – aktiviti sekolah bersama PIBG :
2.1 Hari Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3, 4 dan 5
2.2 Program Perfect Score SPM
2.3 Program Penetapan Target calon SPM 2021
2.4 Program Ikon PDPR sesi 1
2.5 Program Ikon PDPR sesi 2
2.6 Program Ikon PDPR sesi 3
2.7 Program Ikon PDPR sesi 4
2.8 Program Ikon PDPR GURU KBAT
2.9 Program Teknik Menjawab Soalan SPM 2020/21
2.10 Majlis Solat Hajat Perdana SPM 2021/22
2.11 Majlis Restu Ilmu Guru & Pelajar SPM
2.12 Program Kelas tambahan tingkatan 5
2.13 Pembukaan sekolah (pembelian 2 unit termometer)
2.14 Persediaan peperiksaan SPM pembelian kipas dewan
2.15 PDPR penyediaan bekas container untuk penghantaran modul.
2.16 Majlis Persaraan Cikgu Mohd Rubai bin Mokhtar
2.17 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Bandar Putra, Segamat.
2.18 Membaiki atap dan bumbung sekolah (kelas-kelas dan bilik khas)
2.19 Program Vaksinasi Pelajar-pelajar sekolah menengah bahagian Bandar Segamat.

19

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

2.20 Pembelian Modul MPSM
2.21 Program TS25
2.22 Bengkel Menjawab kertas SPM bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Kimia
2.23 Bengkel Menjawab Bahasa Inggeris SPM
2.24 Baik Pulih lampu dewan untuk persediaan peperiksaan SPM
2.25 Majlis Perpindahan mantan Tn Pengetua SEBARA En Rosli bin Che Man
2.26 Program Tuisyen YPJ
2.27 Program Motivasi anjuran Panitia Sejarah
2.28 Ujian Lisan Bertutur SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris
2.29 Program Sarapan pagi calon SPM 2021
2.30 Program Kecemerlangan Akademik Berimpak Tinggi
2.31 Pembelian kelengkapan bilik Seminar
2.32 Pembelian peralatan Unit Peperiksaan
2.33 Sumbangan Kebajikan kepada pelajar yang sakit
2.34 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Bandar Putra KE-17 tahun 2022
2.25 Program Bengkel Matematik SPM
2.36 Bengkel Sentuhan Akhir BM SPM

Disediakan oleh,

...............................................
( HARYATI BINTI ABDULLAH )
Setiausaha Agung PIBG,
SMK Bandar Putra, Segamat

20

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

PEMBENTANGAN USUL

USUL DITERIMA DAN DIBAHAS :

Usul Pertama
Sumbangan PIBG sebanyak RM70.00 bagi setiap keluarga pelajar untuk sesi persekolahan 2022.

PEMBAWA USUL : AJK PIBG

Usul Kedua
Cadangan pembayaran sumbangan Program Kecemerlangan Akademik ( PKA ) diteruskan seperti berikut:
PKA: RM 50.00 bagi setiap pelajar tingkatan 5 sahaja.

PEMBAWA USUL : AJK PIBG

Usul Ketiga

Mohon memberi penjelasan kepada ibubapa kenapa perlu menjelaskan pemberian sumbangan PIBG
sedangkan hari belajar kelas bersemuka pada tahun 2021 adalah sedikit.
PEMBAWA USUL: PN SHEILA KUPPUSAMY ( SHARAND NAIR 1P5)

Usul Keempat

Cadangan supaya PIBG membantu pelajar miskin di SMK Bandar Putra.

PEMBAWA USUL: Pn. Puvaneswari (Yashini Devi 1P5)

21

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

USUL DITERIMA TANPA BAHAS :

Usul Kelima
Cadangan pembelian dan penggunaan buku kerja atau lembaran kerja untuk setiap pelajar diwajibkan pada
awal tahun. Ini bertujuan untuk memberi latihan pengukuhan untuk pelajar.
PEMBAWA USUL : AJK PIBG

22

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

JAWATANKUASA PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17, TAHUN 2022

Penaung : Pn Hjh Rosiah binti Salim.
Pengetua SMK Bandar Putra
Pengerusi :
En. Sharuddin bin Jaafar
Timbalan Pengerusi : YDP PIBG SMK Bandar Putra

Naib Pengerusi 1 : Ustaz Hj Mohd Fauzi bin Muhammad
PK HEM SMK Bandar Putra
Naib Pengerusi II :
Tn Hj Amir bin Sufari
Setiausaha : PK Pentadbiran SMK Bandar Putra

Penolong Setiausaha : Tn Hj Mohd. Naim bin Sidek
PK Kokurikulum SMK Bandar Putra
Bendahari :
Cikgu Haryati binti Abdullah
Penolong Bendahari : Setiausaha PIBG

Floor Manager : Cikgu Hasfarina binti Aziz
Penolong Setiausaha PIBG

Cikgu Norhaslina binti Hashim
Bendahari PIBG

Cikgu Siti Aisya binti Mohd Noor
Penolong Bendahari PIBG

Tn Hj Supian bin Hashim

Bil AJK BIDANG TUGAS

1 J/kuasa Perancang Majlis  Membuat kertas kerja
1. Cikgu Haryati Abdullah Mesyuarat Agung Pibg kali ke-
2. Semua AJK PIBG 17

23

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

2 J/Kuasa Pendaftaran &  Menguruskan pendaftaran
Sarana ibubapa, AJK PIBG dan guru-
1. Low Tsae Yun guru.

3 J/Kuasa Hadiah  Membuat link kehadiran
1. Cikgu Hjh Rusnida binti ibubapa, guru dan staff
Ramli
2. Cikgu Julia binti Mohamad  Uruskan senarai kehadiran dan
3. Pn Noraini binti Md Yasin hantar kepada bahagian
cabutan bertuah.
4. J/Kuasa Hadiah Utama
1.Cikgu Norhaslina binti  Membeli dan menguruskan
Hashim hadiah cabutan bertuah

4 J/Kuasa Pengurusan  Menempah 10 Hamper untuk
Cabutan Bertuah cabutan bertuah.
1. Cikgu Anadia binti Othman
2. Pn. Siti Aisya Binti Mohd. Noor  Menyediakan hadiah cabutan
bertuah yang utama berupa
5 J/Kuasa Pencatat Minit wang tunai.
1. Cikgu Syalimatul Azirah
2. Cikgu Siti Mariam binti  Menguruskan slot cabutan
Senin bertuah diakhir MAT
3. Pn Norihan binti Muda menggunakan aplikasi yang
sesuai.
6 Jurugambar
1. En Nazri bin Ahmad  Mencatat minit mesyuarat
2. En. Rizal bin Yadon Agung PIBG kali ke17 SMK
Bandar Putra.
7 J/Kuasa Persiapan Tempat
1. Pn. Jeyanthi a/p Chandran  Menghantar hardcopy minit
mesyuarat tersebut seminggu
selepas dari tarikh MAT.

 Mengambil gambar-gambar
peristiwa dalam majlis.

 Memastikan tempat mesyuarat
dalam keadaan teratur.

24

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,
JALAN PUTRA, BANDAR PUTRA,
85000 SEGAMAT, JOHOR

8 J/Kuasa Bacaan Doa  Memulakan majlis dengan
1. Ust Tn Hj Mohd Fauzi bacaan doa untuk keberkatan
Muhammad majlis.
2. Tn. Syed Ibrahim Bin Syed
Mohammad  Menyediakan buku laporan
PIBG.
9 J/Kuasa Buku Laporan
1. Cikgu Hasfarina Abd Aziz
2. En. Nazri Bin Ahmad

10 J/Kuasa Banner  Menyediakan banner di pagar
1. Cikgu Nurul Ainshah binti sekolah untuk makluman
Awang Kechik. ibubapa. Di gantung 2 minggu
2. Pn. Zawani Binti Hj Yasin sebelum MAT terlebih dahulu.

11. J/Kuasa Sijil AJK PIBG  Menyediakan sijil penghargaan
1. Cik Vimona a/p Rengganathan untuk AJK AJK PIBG.
2. Pn. Siti Aisya Binti Mohd. Noor
 Mewawarkan tentang MAT
12. J/Kuasa Siaraya kepada ibubapa, guru, staff dan
1. En. Haryanto bin Surianto komuniti lain.
2. Pn. Norihan Binti Muda

25


Click to View FlipBook Version