141 I MISTERI KG RAKIT "Maafkan aku Ramli.Aku betul-betul insaf.Dulu aku jahil dan tamak tapi sekarang tak lagi",tambah Pak Bidin lagi.Aku nampak muka Pak Bidin tiba-tiba berkerut.Peluh mulai nampak jelas di dahinya. Pak Ramli memegang erat tangan Pak Bidin seperti ada pertarungan dalaman antara mereka berdua.Tidak lama kemudian giliran muka Pak Ramli pula berkerut seribu. Suhu dalam bilik tiba-tiba menjadi hangat.Ada sesuatu yang menumpang pertarungan dalaman ini.
142 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 16 Aku kena hentikan permusuhan ini sebelum menjadi lebih teruk.Pak Bidin berniat baik bila setuju datang ke sini tetapi pada masa yang sama,Pak Ramli juga berhak untuk rasa marah. "A u'zubillahiminassyatonirrojim. Allahummagfirli zambi was hab ghai zho qalbi wa ajirni minassyaito nirojim", laku aku memegang tangan mereka untuk menyejukkan hati mereka berdua. "Istighfar..kita berjumpa ni nak perbetulkan apa yang salah,ikhtiar sembuhkan yang sakit.Terus bergaduh tak akan selesaikan masalah.Tak ada orang yang sempurna.Saya faham, selepas sakit terbaring sekian lama, Pak Ramli masih dan berhak untuk terus rasa marah dan sakit hati tapi dendam tu tak boleh buat Pak Ramli sembuh",pujuk aku.Aku bukan sebelahi Pak Bidin tetapi kesudian dia datang menziarahi Pak Ramli menunjukkan dirinya sudah insaf.Akhirnya Pak Ramli melepaskan tangan Pak Bidin.Aku masih memegang tangan Pak Ramli. "Jangan bawak dia datang ke sini lagi, sampai mati aku tak akan maafkan dia",aku terdengar suara Pak Ramli tapi aku tahu hanya aku yang boleh mendengarnya. "Maafkanlah dia.Tak ada orang yang sempurna.Lepaskanlah amarah tu, mana tahu asbab memaafkan dia, sakit Pak Ramli boleh sembuh",aku berbicara secara batin dengannya. Lama juga dia tidak menjawab kata-kata aku.Aku yakin kata-kata aku memberi kesan kepadanya. "Pak Bidin sanggup tak tolong sembuhkan penyakit Pak Ramli ni?", sengaja aku utarakan pertanyaan itu kerana aku tahu Pak Ramli akan mendengarnya.
143 I MISTERI KG RAKIT "Demi Allah,aku sanggup setakat mana yang aku termampu walau nyawa aku sebagai galang gantinya",jawabnya dengan tulus ikhlas.Aku nampak tangan Pak Ramli memegang lembut tangan Pak Bidin.Ini petanda yang baik. "Inshallah tak lama lagi kami akan usahakan untuk mengubati Pak Ramli.Mungkin kita akan buat di sini. Doa yang baik-baik",aku terus cuba menyejukkan keadaan. "Sekali lagi aku mintak maaf Ramli. Dulu aku memang jahat tapi sekarang aku dah bertaubat",kata Pak Bidin. "Alhamdulillah,kita semua orang yang berdosa.Tak ada orang maksum kecuali nabi.Semoga pengakhiran hidup kita semua nanti dalam keredhaan dan rahmat Allah",aku tersenyum bila aku bercakap bak seorang Ustaz.Aku biarkan seketika mereka berdua berbual cara halus. Apa yang paling penting,Pak Ramli sedia menerima pertolongan Pak Bidin dalam proses menyembuhkannya.Aku tahu Pak Bidin sudah tidak punya apa-apa kemahiran lagi tetapi dari segi saikologi,Pak Ramli akan lebih bersemangat jika orang yang yang telah menzalimi dirinya,datang sendiri untuk mengubati. "Kami balik dulu.Inshaallah bila sampai masa yang sesuai,kami akan datang semula.Itu janji kami",kata aku.Kami keluar dari bilik Pak Ramli dan menghabiskan minuman kami tadi. "Berapa Makcik?",tanya aku kepada Makcik Ani. "Tak payahlah,hari ini aku sedekah.Aku dah dengar percakapan kamu tadi.Aku harap sangat-sangat dia sembuh semula",balasnya. "Inshallah..",jawab aku sambil tersenyum.Bahagian mana yang Makcik Ani terdengar,aku tidak peduli. Selepas mengucapkan terima kasih, aku dan Pak Bidin bergerak ke tapak perbinaan.
144 I MISTERI KG RAKIT Aku belum tahu perkembangan tentang barangan kerja yang Anjang pesan.Sepanjang perjalanan yang perlahan,aku tidak henti-henti menasihati Pak Bidin tentang ujian dan kesabaran.Setiap manusia yang ingin bertaubat,akan datang bersama dengan ujian untuk menguatkan lagi hati.Lega aku rasa bila sampai di tapak pembinaan,aku nampak pekerja Anjang sedang bekerja tetapi aku tidak nampak Anjang.Aku juga tidak nampak barangan kerja yang Anjang pesan hari itu.Selepas meletakkan motosikal di tempat biasa,aku menuju ke arah mereka sementara Pak Bidin menuju ke pondok. "Assalamualaikum wbt..Ajor,Anjang mana?",tanya aku kepada Ajor yang sedang memotong besi.Dia berhenti seketika. "Dia pergi telefon bapak saudara awak. Barang-barang tak sampai lagi ni", jawab Ajor. "Sepatutnya semalam kan sampai barang-barang tu?",aku minta kepastian. "Sepatutnyalah memang sampai semalam tapi tak ada pun.Tu yang Anjang risau,takut tak ada sampai hari ni",jawabnya lagi. "Inshallah ada sampai tengah hari nanti kot",ayat penyedap hati.Aku kembali ke pondok.Pak Bidin berada di kolam belakang pondok.Aku duduk berlunjur di lantai pondok. "Kenapa Pak Tam tak datang-datang lagi ni?.Banyak projek pun,datanglah sekejap kat sini",aku membebel dalam hati.Aku sendiri rasa macam hendak balik sekejap ke rumah emak aku. Dapat berehat tiga atau empat hari pun sudah berbaloi. "Tapi macam mana dengan Pak Bidin?",tanya aku sendiri.Aku rasa macam tidak sampai hati pula meninggalkan beliau dalam keadaan bekas 'benda' suruhannya masih tidak diketahui 'status' kewujudannya
145 I MISTERI KG RAKIT selepas kejadian malam tadi.Tiada beban,batu digalas tetapi sekarang aku merasa bertanggungjawab.Tidak Allah takdirkan aku datang ke sini hanya sia-sia.Banyak perkara yang perlu diselesaikan selama aku berada di Kampung Rakit ini.Tengah asyik mengelamun,aku nampak kereta Anjang sampai.Anjang berjalan menuju ke arah aku. "Lewat kamu pagi ni?",tanyanya. "Saya sarapan kat warung Makcik Ani tadi sambil ziarah Pak Ramli",jawab aku. "Macam mana keadaan dia?",tanya dia lagi. "Macam tu jugaklah,terbaring je",jawab aku lagi. "Dapat telefon Pak Tam saya?',tanya aku pula. "Dapat,dia bagi nombor telefon 'hardware' tu.Aku dah telefon tadi, katanya dalam tengah hari sampai", jawab Anjang.Lega aku rasa. "Pak Tam saya tak bagi tahu bila dia nak datang ke sini?",tanya aku lagi. "Aku ada tanya tadi tapi dia tak pasti bila boleh datang",jawabnya.Aku hanya diam. "Aku pun dah bagi tahu Rudy,nak mintak tolong dia bawak turun barang bila sampai nanti.Nasib baik dia tak kerja hari ni,kalau tak,susah nak turunkan 'mixer' tu nanti",jelas Anjang. "Lama tak jumpa Rudy",kata aku. "Kamu tu yang tak berjalan ke kampung yang dekat-dekat kampung ni.Kampung ni je kurang orang,tak ada orang muda.Kampung lain ramai je orangnya",kata Anjang lagi.
146 I MISTERI KG RAKIT "Nanti-nantilah saya gi jalan-jalan. Banyak urusan sekarang ni",jawab aku sambil ketawa. "Mana Bidin?",tanya Anjang. "Kat kolam tu,memancing agaknya", jawab aku sambil meneka. "Ada benda tak kacau kamu bila dengan dia?",tanya Anjang.Aku pandang Anjang. "Mana Anjang tau?",tanya aku. "Aku agak je.Orang-orang kampung bukan tak tahu pasal dia tapi orang tak berani nak tanya.Kamu saja yang berani rapat dengan dia",terang Anjang. Baru aku faham kenapa ramai yang terkejut aku ke hulu ke hilir dengan Pak Bidin. "Dia dah taubat,Anjang..saya cuma membantu setakat mana yang saya mampu.Tak kan saya nak menghukum pulak orang yang dah bertaubat",balas aku. "Aku tahu dan faham.Aku tanya tu kalau-kalau ada benda yang menyusahkan kamu.Aku tak pandai bidang ni,jadi aku harap kamu selalu hati-hati.Tak salah berhati-hati dengan seseorang.Bukan buruk sangka tapi waspada",nasihat Anjang. "Maksud Anjang?",tanya aku. "Kamu akan faham maksud aku nanti", jawab Anjang.Kata-kata Anjang tadi mengganggu fikiran aku. "Aku nak ke sana dulu.Jangan fikir sangat cakap aku tu,jawapannya nanti akan datang pada kamu",kata Anjang lagi lalu meninggalkan aku.Dalam dan menimbulkan tanda tanya kata-kata Anjang.Begitulah
147 I MISTERI KG RAKIT bila orang berilmu berbicara.Tidak lama selepas Anjang pergi,Pak Bidin kembali ke pondok. "Dapat ikan?",tanya aku.Dia hanya menggelengkan kepalanya lalu duduk di sebelah aku. "Pak Bidin,bila agaknya kita nak mula tolong Pak Ramli?",tanya aku. "Aku ikut kamu je tapi aku dah pernah bagi tahu kamu,aku dah tak ada ilmu apa-apa.Aku masih tahu caranya tapi isinya dah tak ada",katanya.Aku faham maksudnya.Aku cuma berharap apabila dia menunjukkan cara mengubati,aku dapat belajar satu ilmu baru yang boleh digunakan kemudian nanti. "Saya rasa lagi dua hari kita pergi ubatkan dia",cadang aku. "Aku setuju.Sempat aku ingatkan semula apa yang patut aku buat.Aku bukan saja tak jamin akan berjaya,silap silap kita jadi mangsa",balas Pak Bidin.Ayat terakhir ini sedikit membimbangkan aku tetapi aku tiada pilihan lain. Selepas solat dan makan tengah hari di surau,kami berdua kembali ke tapak pembinaan untuk menunggu lori menghantar barang.Anjang dan pekerjanya masih belum kembali dari makan tengah hari.Aku nampak kerja tapak banglo sudah banyak kemajuan walaupun masih baru.Pada pendapat aku banglo ini akan cepat dapat disiapkan jika barang-barang kerja sampai tepat pada masanya.Tidak lama kemudian kedengaran bunyi jentera dari jauh.Hutan di kanan dan kiri jalan menjadi pemantul bunyi yang agak baik.Akhirnya kelihatan 'backhole' masuk ke simpang dikuti dengan kereta Anjang di belakang. "Itu dia orang dah sampai tapi lori tak sampai-sampai lagi",kata aku.Anjang meletakkan keretanya di tempat biasa sementara Rudy meletakkan 'backhole' di tepi tapak banglo dan berjalan ke arah aku.
148 I MISTERI KG RAKIT "Assalamualaikum..",kata Rudy sambil tersenyum. "Waalaikummusalam wbt..",jawab aku dan Pak Bidin.Muka Rudy berubah bila nampak Pak Bidin,seperti orang nampak hantu. "Kau buat apa kat sini,nak kacau hidup orang lagi?",tiba-tiba Rudy meninggikan suara ke arah Pak Bidin.Pak Bidin hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepalanya.Aku serba salah,tersepit di tengahtengah. "Sabar Abang..."kata aku. "Tak boleh buat baik orang macam ni, nanti dia makan balik kita",kata Rudy. "Sabar Abang..dia dah taubat",pujuk aku. "Hehhh..taubat konon..apa kau nak buat pada orang yang dah mati kau kerjakan?",tambah Rudy lagi.Pak Bidin masih tetap mendiamkan diri.Aku merasa simpati padanya,inilah harga dan ujian untuk taubatnya. "Kalau ikut hati aku,mati kau aku kerjakan sekarang ni",amarah Rudy masih menyala. "Sudahlah Rudy,maafkanlah dia",tiba tiba Anjang muncul dari belakang. "Abang saya mati kerana dia,Anjang", kata Rudy lagi.Baru aku faham kenapa marah sangat Rudy terhadap Pak Bidin. "Aku tahu tapi ajal maut di tangan Allah.Apa yang Bidin buat tu cuma asbab dengan izin Allah.Maafkanlah, dia pun dah bertaubat.Akhir hidup dia mungkin lebih baik dari kita nanti", pujuk Anjang.Aku baca satu ayat penyejuk hati dan hembus perlahan lahan ke arah
149 I MISTERI KG RAKIT Rudy.Anjang menepuk bahu Rudy.Aku tahu,Anjang juga sedang buat sesuatu untuk meredakan kemarahan Rudy. "Maafkan aku..tiba-tiba aku jadi nak marah sangat bila nampak muka dia", kata Rudy sambil menunjuk dengan bibirnya ke arah Pak Bidin. "Benda dah lepas tu,lepaskanlah..doa yang baik-baik pada yag dah tak ada", tinggi pekerti Anjang.Kata-katanya lembut,teratur tetapi tegas.Aku tidak pasti usaha aku atau Anjang yang berjaya menyejukkan hati Rudy. Lantaklah,janji Rudy sudah tenang.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 petang tetapi lori masih boleh sampai.Anjang kelihatan agak gelisah. "Sekejap lagi sampailah tu",kata aku sebagai penyejuk hati kami semua. Tidak lama kemudian aku mendengar bunyi enjin yang agak kuat dan akhirnya sebuah lori berkepala merah masuk ke simpang menuju ke arah kami. "Alhamdulillah..",kata Anjang.Lori 5 tan itu berhenti berhampiran tapak banglo.Kami semua menghampiri lori tersebut kecuali Pak Bidin.Seorang pemuda India dalam lingkungan 30an turun dari pintu pemandu dan pembantunya seorang lelaki melayu yang masih muda,mungkin tua sedikit dari aku. "Maaf...tadi tersalah jalan,tanya orang kedai kat sana,baru jumpa",kata lelaki India itu. "Kat sini kalau orang tak biasa, memang boleh salah jalan",sampuk Rudy. "Ok..ok..mari turunkan barang-barang. Dah lewat ni,nanti malam pulak kamu nak balik",kata Anjang.Rudy menuju ke arah "backhole'nya.Selepas menurunkan simen dan kapur, barulah 'mixer'
150 I MISTERI KG RAKIT diturunkan.Dekat sejam juga untuk menurunkan semua barangbarang. "Mari minum dulu",pelawa aku yang hanya menyediakan tea 'O' sahaja kepada mereka yang terlibat. "Sekejap,saya nak alih lori dulu",jawab lelaki India itu namun enjin lorinya tidak dapat dihidupkan.Beberapa kali juga dia mencuba tetapi tetap gagal. "Mari minum dulu,rehat sekejap",jerit Rudy.Kedua dua pemandu dan kelindannya menuju ke arah kami. "Kenapa dengan lori tu?",tanya Rudy. "Bateri rasanya.Memang dari pagi tadi dia buat hal",jawab lelaki India itu. "Saya Man",aku perkenalkan diri. "Saya Ravi,ini mamat",jawab lelaki India itu. "Boleh hidup ke lori tu?",tanya aku. "Boleh rasanya.Sekejap lagi cuba semula",jawab Ravi. "Dah petang ni.Lewat nanti kamu nak balik ke bandar",kata Rudy. "Memang pun Abang,dekat 2 jam nak sampai ke sini",sampuk Mamat. "Ada jalan potong tapi teruk sikit,jalan ladang sawit.Sejam je dah boleh sampai bandar",kata Rudy. "Nanti kita tengok macam mana",jawab Ravi. Selepas minum,kami semua menuju ke lori.Lama juga berusaha tetapi lori tetap gagal dihidupkan.Ravi dan Mamat mula nampak risau.
151 I MISTERI KG RAKIT "Tidur sini sajalah Ravi,Mamat..", pelawa aku. "Tak boleh Man,saya kena balik.Wife saya sakit,anak saya tak ada orang jaga kalau malam.Ini siang ada kakak saya tolong jaga wife saya tapi dia pun ada famili",terang Ravi.Dia mencuba lagi tetapi masih gagal. "Ambik tali,kita tarik dengan mesin ni bagi hidup",cadang Rudy.Dengan bantuan 'backhole",lori berjaya dihidupkan.Ravi berpatah balik dan memberhentikan lorinya berhampiran aku.Rudy pun turut menghampiri kami. "Dah lewat petang sangat ni,malam kamu sampai bandar nanti.Dahlah jauh,jalan gelap,banyak gangguan",kata Rudy.Muka Ravi dan Mamat mula cuak. "Jalan potong tu macam mana?",tanya Ravi. "Memang cepat boleh sampai bandar tapi jalan teruk sikit.Cuma aku risau kamu sesat",jawab Rudy.Lama juga Ravi kelihatan berfikir. "Saya ikut ladang ajelah.Ada tanda jalan kan?",tanya Ravi. "Adalah orang letak kayu sebagai penanda tapi aku tak pastilah jika masih ada",terang Rudy. "Saya kena sampai rumah sebelum pukul 7.Susah nanti wife saya",rayu Ravi. "Kalau sesat nanti lagi susah",Rudy bagi amaran. "Tak sesat rasanya.Cerah lagi ni",jawab Mamat pula.Aku hanya memasang telinga. "Sekarang dah pukul 5.30.Elok kamu bergerak sekarang",nasihat Rudy.Dari raut muka Ravi,aku tahu dia serba salah dan risau.
152 I MISTERI KG RAKIT "Tak apa,aku ikut awak berdua.Sampai bandar nanti,pandailah saya nak tidur mana pun",akhirnya aku menyerah diri, tidak sampai hati aku melihat muka mereka berdua.Walaupun aku sendiri tidak tahu jalan potong tersebut,demi kemanusiaan aku pasrah. "Terima kasih Man.Nanti boleh tidur rumah saya",pelawa Mamat. "Eloklah tu,sekurangnya ada seorang lagi teman",kata Rudy. Selepas berpesan kepada Bidin dan Anjang,kami mula bergerak masuk ke jalan ladang.Aku duduk di tepi tingkap manakala Mamat duduk di tengah. Pada awalnya,semuanya nampak mudah sehinggalah apabila kami memasuki satu simpang.Hati aku rasa tidak tenang.
153 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 17 Masuk sahaja ke simpang ini,jalan semakin teruk.Berlubang sana sini dan kadang-kadang berselut yang menyukarkan lori untuk bergerak.Aku terlupa tentang hujan yang agak kerap sewaktu aku ada di kampung ini,susah tentu jalan ladang akan menjadi buruk. "Hati-hati Ravi,jalan licin.Biar lambat sikit,jangan lambat banyak",pesan aku sambil bergurau.Ravi hanya tersengih. Semakin lama,keadaan jalan semakin teruk.Tidak lama kemudian,hujan renyai-renyai yang mulai turun telah menambahkan lagi seksaan jalan ini. "Silap pilihan saya tadi",kata Ravi. "Tak apa,teruskan sahaja",pujuk aku. Aku nampak Ravi bersusah payah mengawal 'stering' lori. "Brek pun tak boleh guna sangat,jalan semacam lori ni walaupun tekan brek", bebel Ravi.Kami bertiga dalam lori ini sudah macam duduk dalam kereta 'rally',melompat sana sini. Hujan yang semakin lebat telah menyukarkan lagi keadaan.Pandangan menjadi terhad. "Jangan tersalah jalan Ravi",pesan aku. "Entahlah Man,tak nampak sangat ni", jawab Ravi.Mamat hanya mendiamkan diri.Suasana sudah menjadi di luar jangkaan.Jika tidak hujan sekalipun jalan ladang sawit ini sudah gelap, apatah lagi jika hujan lebat.Betul cakap Ravi,ini pilihan yang salah.Lori terpaksa bergerak perlahan,sekali sekala tayar hanya berpusing tetapi tidak bergerak.
154 I MISTERI KG RAKIT "Man,aku rasa kita dah sesat ni.Dah tak nampak jalan lagi ni",kata Ravi. "Aah lah,dari tadi aku tengok kita pusing-pusing kat sini jugak",sampuk Mamat. "Kalau tak yakin,berhenti je dulu kat tempat yang okey.Hujan berhenti nanti, kita gerak semula",aku bagi cadangan. Aku nampak air muka Ravi dalam keadaan risau,mungkin memikirkan tentang isterinya. "Jangan risau Ravi,kakak awak pasti tak tinggalkan isteri awak jika awak tak sampai lagi.Pandailah dia uruskan nanti",aku pujuk Ravi. "Memang saya risau ni Man.Saya tak suka susahkan kakak saya,dia dah banyak tolong saya",jawab Ravi. "Awak bukan sengaja kan?Dia akan faham",aku terus cuba hilangkan kegusaran hatinya.Akhirnya Ravi memberhentikan lori di satu kawasan yang agak lapang dan kurang berselut. "Kita tunggu kat sini je lah dulu,teruk sangat jalan ni kalau kita gerak pun", kata Ravi. "Betul..",jawab aku ringkas.Aku tengok jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang.Tidak lama lagi sudah maghrib. "Orang cakap dalam ladang kelapa sawit macam ni banyak hantu bila malam",tiba-tiba Mamat bersuara. "Kau ni Mamat,suka cakap bukan-bukan",marah Ravi. "Aku cakap betullah,bapak saudara aku pernah kena",tambah Mamat lagi. "Kat mana-mana pun sama.Sebab tu 10 minit sebelum maghrib,kena masuk dalam rumah dan semua pintu dan tingkap ditutup.
155 I MISTERI KG RAKIT Ada sebabnya kenapa kitab-kitab mintak kita buat begitu", aku menyampuk. "Salah satu sebabnya?",tanya Mamat. "Syaitan iblis suka merayau waktu macam ni.Waktu pertukaran siang ke malam adalah antara waktu yang paling disukai mereka",terang aku. "Aduhhhh..kamu berdua ni buat cerita hantu pulak masa ni.Aku ni bukannya berani sangat",sampuk Ravi. "Kita kan dalam lori yang bertutup,jadi janganlah keluar dari lori",balas aku sambil gelak.Mamat pandang ke arah aku,macam orang tidak percaya. "Serius sangatlah awak ni Mamat",kata aku sambil menepuk bahu Mamat. Sebenarnya aku sedang meghilangkan ketakutan yang ada dalam dirinya.Dia gosok kedua dua lengannya untuk menghilangkan rasa seram sejuk.Hujan masih lebat dan keadaan jalan ladang masih tidak mengizinkan. Ladang sawit ini yang dibuat pada tanah-tanah yang tidak rata memberi masalah besar kepada lori yang kami naiki. "Macam mana ni Man?",tanya Ravi. "Saya ikut sahaja.Kalau awak rasa yakin nak gerak,gerak je lah.Jangan tanya saya",jawab aku. "Kita undi",cadang Mamat.Aku hampir tergelak dengan cadangan itu pada awalnya. "Okey,saya setuju",jawab aku,bagus untuk menghilangkan ketegangan. "Siapa setuju kita bergerak sekarang?", tanya Mamat.
156 I MISTERI KG RAKIT "Saya setuju",Mamat yang mula-mula mengatakan persetujuan. "Saya setuju..macam-macamlah kau ni Mat",jawab Ravi sambil ketawa. "Saya tak setuju tapi dah kamu berdua setuju,tak ada maknanya.Jadi,kita gerak sekarang",jawab aku yang turut tersenyum.Lori mula bergerak dengan perlahan. "Tengok sikit Mat mana-mana simpang,terlepas nanti bermalam kita kat sini",kata Ravi.Buat masa ini kami bertiga masih mampu tersenyum dan ketawa.Beberapa kali juga lori seperti menggelongsor tetapi Ravi berjaya mengawal keadaan. "Tu..tu..tu..simpang ke kanan tu,ada tanda belok kanan",kata Mamat.Ravi memandu lori masuk ke simpang tersebut.Cuaca sudah gelap,mungkin sudah hampir maghrib tetapi hujan masih belum berhenti. "Memang tak sempat kita sampai bandar dalam pukul 7 ni.Kasihan bini saya",keluh Ravi. "Jangan risau,tahulah kakak awak uruskan bini awak tu",aku cuba tenangkan hati Ravi. "Saya pun harap macam tu jugak.Saya ada pesan kat dia,kalau saya lambat, jangan biar bini saya sorang-sorang", jawab Ravi.Selepas itu,semuanya hanya mendiamkan diri.Dalam 10 minit pula,hujan mula berhenti. "Eh..tengok tu,ada perempuan jalan sorang-sorang..cantik..",jerit Mamat sambil menunjuk ke arah seorang perempuan yang sedang berjalan sendirian.
157 I MISTERI KG RAKIT "Kau ni Mat,orang tua dah pesan, jangan tegur benda pelik dalam hutan", marah Ravi.Aku tahu bila dalam hutan dan sudah melewati maghrib,ini bukan petanda yang baik. "Jangan berhenti,jalan terus",nasihat aku kepada Ravi. "Baik Man..",jawab Ravi. "Tapi kasihanlah perempuan tu sorang sorang",sampuk Mamat. "Kau ni tak faham ke Mat,itu bukan orang",jerkah Ravi. "Betul..dalam hutan,jangan tegur benda benda pelik yang kita nampak,lebih lebih lagi jika dah maghrib.Itu bukan manusia",kata aku.Mamat diam dan menundukkan kepalanya. "Ravi,aku sakit perutlah...berhenti sat.. cepat..",kata Mamat. "Macam-macamlah kau ni Mat",bebel Ravi lalu memberhentikan lori.Aku kena keluar dahulu sebab aku di sebelah tepi sekali. "Cepat sikit..jangan jauh sangat",jerit Ravi lagi. "Aku tahulah",jawab Mamat sambil bergegas keluar dan menuju ke arah pokok di sebelah kiri lori. "Saya rasa kita ni dah ikut jalan yang betul.Tak kisahlah pukul berapa pun sampai,janji tak sesat",kata Ravi kepada aku sementara menunggu Mamat. "Saya pun memang rasa kita tak sesat, cuma kena hati-hati.Dalam hutan macam ni,malam pulak tu,banyak pandangan yang menipu",nasihat aku.
158 I MISTERI KG RAKIT "Betul tu Man.Saya pernah dengarlah cerita-cerita orang pasal ni tapi ini kali pertama saya alami sendiri,lalu jalan hutan malam hari",balas Ravi. "Mana Mat ni,berak batu ke?",bebel Ravi.Aku pun mula rasa lain macam. Hati rasa berdebar debar.Ravi keluar dari lori dan pergi ke sebelah tempat aku berdiri. "Mamat...cepatlah sikit.",jerit Ravi. "Mana Mat ni,kita ni dahlah lambat,dia pulak buat lagi lagi lambat",Ravi tidak berhenti-henti membebel. "Mamat...Mamat..cepatlah",Ravi jerit lagi tetapi tetap tiada jawapan. "Awak tunggu kat sini,jangan pergi mana-mana.Saya pergi cari dia",kata aku. "Baik Man,hati-hati",jawab Ravi.Aku pakai lampu suluh kesayangan aku di kepala dan parang pendek bersarung aku selitkan di pingggang. "Ingat..apa pun terjadi,tunggu dalam lori.Kalau aku tak balik ke sini,tunggu hari siang baru bergerak",pesan aku lagi. "Baik...baik Man",jawab Ravi dengan suara gementar.Aku menuju ke arah tempat Mamat masuk tadi.Aku tidak pasti apa yang telah berlaku kepada Mamat tetapi naluri aku mengatakan ada kaitan dengan perempuan yang dia nampak tadi.Ada kesan tapak kasut pada selut tetapi bila aku selusuri kesan itu,ia hilang di hujung dekat air bertakung.Telinga aku menangkap bunyi seperti suara perempuan berbisik di telinga. "Abang cari saya ke?",kata suara itu. Aku perhati sekeliling tetapi tiada sesiapa."fakasafna anka ghito a'ka fabasarukal yauma hadid",aku berdoa untuk membuka penglihatan batin.Aku bergerak lagi ke depan.
159 I MISTERI KG RAKIT "Saya kat sini,Abang..depan sikit je lagi",suara itu kedengaran lagi.Aku yakin suara inilah punca kehilangan Mamat.Di dalam hutan,suarasuara seperti inilah yang membuatkan seseorang itu hilang dari pandangan. "Bismillahi rahkmatal ghoiba wassamawati wal ard,Allahhumma juz alaikal bashar",aku baca lagi doa untuk pandangan halus.Semuanya dengan izin Allah. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",aku terus berjalan sambil menyuluh dan memerhati sekeliling untuk mencari Mamat.Tidak jauh dari tempat aku berdiri,aku terjumpa sepasang kasut yang penuh dengan selut tetapi terletak elok di atas pelepah sawit. "Tak jauh lagi Mamat ni",kata hati aku. Satu bayangan kelihatan bergerak laju antara satu pokok kelapa sawit ke satu pokok yang lain.Suasana yang hanya ditemani suara katak memanggil hujan. "Baik kau pulangkan manusia itu sebelum aku jumpa kau",aku berkata kepada yang mendengar suara aku. "Allahumma mattig' ni bisam ie wabashari waj alhumal warisa minni wan shurni ala aduwwi wa arini fihi sag'ri",dalam suasana begini,panca indera adalah anugerah yang paling penting. "Aku bagi amaran sekali lagi,pulangkan manusia itu sebelum aku jumpa kau. Jika aku jumpa,aku tak akan maafkan lagi",aku ulang katakata aku.Benda yang bergerak tadi mula bergerak semula seperti mula-mula tadi.Aku tahu,ia memang tidak mahu mengalah. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku memulakan langkah yang telah lama aku belajar.
160 I MISTERI KG RAKIT "Kulhuallah hu Ahad,Allahhu somad, Lam yalid walam yulad,walam yakullahu kufuan Ahad",aku menepuk sekali di atas selut.Tiada gegaran tetapi ada bunyi benda jatuh di dalam lopak air.Aku abaikan dahulu kerana bunyinya agak jauh dari tempat aku berada.Aku hanya bergerak perlahan lahan dan berhati hati menuju ke tempat bunyi yang jatuh tadi.Tiba-tiba ada sesuatu yang terbang ke arah aku dari celah-celah pokok kelapa sawit di hadapan aku.Aku menundukkan kepala dan berpusing mengikut pergerakkannya.Benda itu masih lagi terbang dari satu pokok ke satu pokok.Aku keluarkan sebiji guli dari dalam beg kecil aku yang tersandang di bahu lalu membaca satu ayat.Aku menunggu masa yang tepat untuk melontar ke arah benda yang terbang itu. "Allahhu Akbar... Allahhu Ahad..",aku melontarnya ke arah benda tersebut.Benda itu jatuh ke tanah lebih kurang 10 langkah dari aku.Aku bergegas ke arahnya.Aku dapati ada kelibat seperti seorang wanita berambut panjang dan berpakaian lusuh sedang terbaring dengan mukanya terlungkup ke tanah. "Waanna lamasnas syama~a'fawajad naha muli at' harasan syadidaw wa syu huba",aku tarik rambutnya dari belakang menggunakan tangan kiri aku. Dia meronta ronta untuk melepaskan diri tetapi gagal. "Wayuhiqqu Allahu Alhaqqa,bikalima tihi walaw karihal mujrimun",aku menumbuk pula bahagian belakangnya dengan tangan kanan aku.Tubuhnya terperosok lebih dalam dari paras tanah.Dia masih cuba melepaskan diri. Tiba-tiba sesuatu menghentam aku dari belakang dengan kuat hingga tubuh aku terguling di atas pelepah sawit.Aku cepat-cepat bangun walaupun terasa sakit.Inilah kesilapan yang selalu aku lakukan,terlalu
161 I MISTERI KG RAKIT fokus pada yang ada di depan aku sehingga mengabaikan musuh di belakang. "A u'zubiwaj hillah hil karim,wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir, wamin syarrima yan zilu minas sama',wa syarrima yakh ruju fiha,wa syarrima zara a' fil ard,wa syarrima takh ruju minha,wamin fitanil laili wan nahar,wamin tawariqil laili wan nahar,illa tariqan yatruqu bi khairin ya rahman",aku menumbuk ke tanah sekuat hati.Terasa tanah bergegar.Aku bergerak ke arah kelibat wanita itu tetapi kali ini mata aku memerhati sekeliling.Aku nampak satu lagi kelibat juga sedang terbaring berhampiran kelibat wanita itu.Aku menghampirinya sambil membaca sesuatu dan tanpa berlengah aku melepaskan satu tumbukan sehabis tenaga aku ke belakangnya.Tubuhnya tiba-tiba hilang dari pandangan.Aku yakin kali ini ia tidak akan menyerang aku lagi.Aku beralih kepada kelibat wanita itu.Aku tarik sekali lagi rambutnya dan kali ini aku terbalikkan tubuhnya mengadap ke arah aku.Kali ini ternampak jelas mukanya.Biji matanya terjuntai ke pipi, hidungnya terperosok ke dalam dan giginya tajam berterabur.Aku sudah biasa dengan wajah seperti ini dan sudah tidak menimbulkan ketakutan kepada aku. "Bismillahhi arqik,min kulli syai in yukzik,min syarri kulli nafsin au aini hasid,Allahhu yasfik,bismillahi arqik", aku baca dan hembus ke arahnya.Dia mula menjerit. "Laillahaillallah wahdahu lasarikalah, lahu mulku walahu hamduyuhyi mayumittu wahuwa ala kulli syain kodir,la haula wala kuwwata illa billah hilayil azim,ya hayyun ya qayyum,ya zal jala liwal iqram.Allahhu akbar",aku pegang rambutnya dengan kuat. "Di mana kau sorok manusia itu?",tanya aku dengan suara yang kuat,lebih kuat dari jeritannya.Dia menjerit lagi.
162 I MISTERI KG RAKIT "Kulhuallah hu Ahad,Allahhu somad, Lam yalid walam yulad,walam yakullahu kufuan Ahad",aku hembus lagi ke arah mukanya.Kelibat itu mula menangis. "Di mana manusia itu?",aku tanya lagi dengan garang.Perlahan lahan dia memandang aku. Dengan tangan kanannya,dia menunjuk ke arah sebatang pokok kelapa sawit di sebelah kiri aku. "Wallahu ghalibun ala amrih",aku tekan dahinya.Dia kaku tidak bergerak. "Jika manusia itu ada di sana,aku lepaskan kau pergi.Jika tak ada,aku musnahkan kau",kata aku.Aku berjalan ke arah pokok yang ditunjukkan oleh kelibat itu dan memang Mamat sedang terbaring terlungkup tidak sedarkan diri di atas pelepah kelapa sawit.Aku terlentangkan tubuhnya lalu membaca sesuatu dan menyapu ke mukanya.Aku baca satu lagi ayat dan kali ini aku letak dan tekan dengan kuat jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri ke ubunubunnya.Tiba-tiba Mamat membuka matanya.Dia terkejut melihat aku dan melihat dirinya di tengah himpunan pokok kelapa sawit.Aku baca satu lagi ayat dan kali ini menekan jari aku ke tanah.Aku berpusing melihat ke arah kelibat itu.Aku nampak ia bergerak pantas menuju ke dalam hutan.Aku membiarkan kerana aku berpegang pada janji. "Macam mana kita berdua ada kat sini?",tanya Mamat."Nanti aku cerita.Mari kita ke lori",kata aku.Kami bergerak menuju ke tempat Ravi. "Ravi mana?",tanya Mamat lagi.
163 I MISTERI KG RAKIT "Ada kat lorilah",jawab aku ringkas. Kami sampai dekat lori tetapi kelibat Ravi tiada di dalam lori seperti yang aku pesan tadi.Timbul masalah lain pula.Aku gelengkan kepala.
164 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 18 Lepas satu masalah,timbul pula masalah lain.Dalam keadaan Mamat masih 'bengong',Ravi pula hilang. "Kamu duduk dalam lori dulu,baca Al Fatihah dan ayat qursi.Boleh baca kan?",tanya aku,bukan untuk mengaibkan tetapi untuk kepastian.Dia mengangguk.Lega sikit aku rasa.Aku perlu tinggalkan pula Mamat sendirian untuk mencari Ravi.Apa-apa pun,aku perlu pastikan Mamat sudah hampir sedar sepenuhnya terlebih dulu. "Kamu duduk berlunjur,kaki kamu letak atas 'seat driver',belakang kamu di hujung kerusi ni",kata aku.Aku perlu 'bersihkan' Mamat. "Laqad ja~akum rasulum min an fusikum azizun alaihi ma anittum hari sum alaikum bil mukminin ra u'furrahim.Fain tawallau fakul hasbiyallahhu la~ilaha illa huwa,alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyil azim", aku letak dan tekan tapak tangan kanan aku pada belakangnya di antara dua belikat.Kepalanya terlentuk ke belakang bagai orang tidak berleher.Tangan kiri aku dengan cepat memegang belakang batang lehernya. "Walaqad zaragna lijahannama kasiram minal jinni wal inssi,lahum qulubulla yafqahu nabiha walahum ag yunulla yubsiru nabiha,walahum a'za nulla yas ma u'nabiha,ula ika kal an a'mi bal hum adallu,ulaa ikahumul gha filun",aku tepuk tiga kali pada batang lehernya.Lehernya sudah nampak kembali seperti biasa.Akhir sekali,aku tepuk tiga kali di belakangnya. "Allah...",terkeluar kalimah ini dari mulutnya.Itu petanda baik. "Okey..kamu dengar elok-elok apa yang saya nak cakap ni.Jangan keluar dari lori ni selagi saya tak datang.Kalau kamu nampak apaapa,jangan tegur dan jangan buka pintu.Baca ayat qursi tu.
165 I MISTERI KG RAKIT Pandai-pandailah kamu nak buat macam mana jika nak terkencing", pesan aku sambil tepuk bahu dia. "Ingat pesan aku?",tanya aku sekali lagi.Dia sekali lagi hanya mengangguk. Aku berdiri tegak di hadapan lori mengadap ke arah depan. "Allahumma inni as-alukal huda was sadad",aku mengikut ke mana gerak hati aku arahkan.Aku ambil keputusan untuk ke hutan sebelah kanan.Tanah berselut dan licin sangat menyusahkan pergerakan tetapi aku kena cepat kerana jika lambat menjumpai Ravi, akan bertambah sukarlah tugas aku. Aku pun tidak mahu tidur dalam ladang sawit ini.Aku bergerak pantas tetapi tetap hati-hati.Lega aku rasa bila nampak kesan tapak kaki yang masih baru.Aku ikut sahaja kesan tapak kaki itu sehingga ia hilang pada satu aliran air yang kecil.Aku mengikut ke kiri aliran air tersebut kerana itu lintasan pertama yang hadir dalam hati aku. Baju aku sudah dibasahi peluh walau suhu sejuk selepas hujan. "Tolong...tolong..",sayup-sayup aku terdengar suara meminta tolong.Aku berhenti bergerak seketika untuk lebih fokus pada suara tersebut.Sekali lagi aku mendengarnya.Kali ini aku bergerak pula ke arah kanan aliran air. Pergerakan aku agak sukar kerana seperti mendaki bukit yang licin.Jika hutan biasa,boleh juga aku berpaut pada pokok-pokok kecil untuk mendaki tetapi ini ladang sawit.Aku agak kepenatan tetapi mengenangkan nasib Ravi,aku gagahkan juga untuk mendaki.Akhirnya aku sampai di kawasan yang agak tinggi tetapi tetap berselut. Telinga aku masih mendengar suara minta tolong,cuma kali ini semakin perlahan.Aku baru sahaja kenal Ravi, jadi aku kurang cam suaranya.Aku bergerak mencari suara itu mengikut gerak hati.Keadaan yang luas,gelap dan berselut memang menjerihkan tetapi aku tidak akan mengalah.
166 I MISTERI KG RAKIT Akhirnya aku ternampak kesan tapak kasut yang masih baru.Aku ikut kesan tersebut hingga kesan itu hilang di tepi sebuah lubang yang agak dalam.Bila aku suluh ke dalam lubang,ternampak Ravi sedang terbaring seperti tidak sedarkan diri. "Ravi...Ravi..",aku panggil dia tetapi tiada tindak balas.Aku cari pelepah sawit dan pukul di tubuhnya. "Ravi..Ravi..aku ni,Man",jerit aku. Akhirnya dia membuka mata. "Bangun Ravi..Man ni..',aku masih cuba mengejutkannya. "Man..tolong aku",katanya.Lega rasa hati bila dengar suaranya. "Sekejap..aku cari benda bagi kamu panjat naik.Kamu tak ada patah apa-apakan?",tanya aku. "Tak ada tapi badan je rasa sakit sikit", jawabnya. "Tunggu sekejap yer",kata aku lalu berusaha mencari sesuatu yang boleh membantu Ravi untuk naik.Tadi Allah uji dengan kesusahan tetapi sekarang Allah kurniakan sesuatu yang memudahkan usaha aku.Dalam kegelapan malam dan kawasan ladang yang luas,aku terjumpa tangga yang tersandar pada sebatang pokok kelapa sawit.Keadaannya masih elok dan kukuh.Aku segera ke tempat Ravi tadi. "Syukur Ravi,saya jumpa tangga",kata aku lalu menghulurkan tangga ke dalam lubang.Ravi terus memanjat dan akhirnya berjaya naik dengan selamat. "Terima kasih Man...terima kasih susah payah cari saya.Awak memang orang hebat dan baik.Seluas luas ladang ni, hujan lagi,gelap lagi,awak masih dapat cari saya",katanya yang tidak henti-henti memuji aku. "Bukan saya yang hebat tapi tuhan sayangkan awak.Awak buat baik
167 I MISTERI KG RAKIT pada isteri,tuhan balas baik kepada awak", balas aku yang masih sempat berdakwah cara halus.Dia menepuk bahu aku berkali kali sambil menitiskan airmata.Kami bergerak perlahan lahan menuju ke arah lori sambil berbual. "Macam mana awak boleh sampai ke sini?",tanya aku. "Saya nampak awak tadi kat depan lori macam panggil saya.Saya pun keluar dari lori ikut awak tapi makin lama awak makin laju berjalan.Tak lama lepas tu terus awak hilang.Saya cuba cari semula lori tapi dah tak jumpa", cerita Ravi. "Dalam hutan macam ni,banyak benda akan menipu mata dan telinga kita. Lain kali,kalau awak dalam keadaan macam ni,tunggu orang itu datang dekat awak.Awak pura-pura bercakap lah dulu.Tanyalah soalan yang awak tahu pasal dia,tengok apa dia jawab", nasihat aku kepada Ravi. "Terima kasih Man.Awak ni bukan sebarangan orang.Muda tapi ada isi", balas Ravi. "Tak adalah,kebetulan je Allah mudahkan usaha saya cari awak", jawab aku.Akhirnya kami berjaya sampai di tempat lori berada.Mamat pun kelihatan sedang tidur di dalam lori. "Assalamualaikum wbt..",kata aku bila mengetuk pintu lori.Mamat terus terjaga. "Waalaikummusalam..",jawabnya.Lega bila salam aku berjawab.Itu tandanya ini memang Mamat. "Alhamdulillah..dapat pun cari Ravi.... awak ni bukan sebarangan oranglah Man.Tadi awak cari saya sampai jumpa,
168 I MISTERI KG RAKIT sekarang awak berjaya pulak cari Ravi.Luas ladang ni,gelap pulak tu", Mamat pulak yang memuji aku. "Saya nasib baik je,Allah permudahkan",seperti biasa aku menafikan kelebihan aku kerana semuanya adalah anugerah dan dengan izin Allah. "Awak boleh bawak tak lori ni?",tanya aku pada Ravi. "Boleh..boleh..jangan risau",,jawabnya. "Awak basuh dulu kotoran kat pakaian awak kat lopak air tu",aku bagi cadangan. "Okey..sekejap",jawab Ravi lalu pergi membersihkan pakaiannya.Kami mula bergerak semula.Hujan yang sudah berhenti memudahkan sedikit perjalanan kami.Papan tanda juga jelas kelihatan.Akhirnya kami berjaya keluar dari kawasan ladang lebih kurang pukul 9 malam,hampir 4 jam dari waktu kami mula bergerak petang tadi. "Alhamdulillah...",kata aku. "Alhamdulillah...",sampuk Mamat. "Alhamdulillah...",tiba-tiba Ravi menyampuk sama. "Weh..macha..dah pandai lah sekarang sebut Alhamdulillah...",gelak Mamat. "Malam ni aku belajar sesuatu dari Man",balas Ravi.Aku hanya tersenyum. "Ravi,awak turunkan saya kat mana-mana masjid yang awak jumpa, tinggalkan saya kat situ je",kata aku.
169 I MISTERI KG RAKIT "Tidur rumah sayalah Man,tak kan nak tidur kat masjid",bantah Mamat. "Ye lah,tak kan nak tidur kat masjid. Saya carikan hotel untuk awak",kata Ravi pula. "Jangan...tolonglah,tinggalkan saya kat masjid je",rayu aku.Akhirnya Ravi berhenti di hadapan masjid di bandar. "Sedih saya awak nak tidur kat sini je. Awak dah tolong kami berdua",kata Ravi. "Jangan macam tu,saya lebih selesa tidur di masjid.Maaf lah,saya tak dapat nak tidur rumah awak Mamat",balas aku.Aku turun dari lori diikuti oleh Mamat dan Ravi. "Terima kasih banyak-banyak Man. Pengalaman pahit tapi banyak benda saya belajar.Kalau datang ke sini,cari saya kat kedai 'hardware' ni",kata Ravi sambil menunjuk ke arah pintu lori yang tertulis nama kedai tempat dia bekerja. "Saya pun nak ucap terima kasih jugak kat Man.Walaupun saya sebenarnya tak tahu pun apa yang jadi kat saya tapi saya tahu Man dah tolong saya. Datanglah cari kami nanti kalau berkesempatan",kata Mamat pula. "Inshallah...tak ada apa-apalah,tu semua nasib baik je",aku merendah diri.Kami bersalaman dan kemudian Ravi dan Mamat bergerak untuk pulang kerana setahu aku,mereka perlu 30 minit lagi untuk sampai ke rumah masing-masing.Aku masuk ke kawasan masjid yang pintu pagarnya tidak berkunci lalu menuju ke tandas.Aku perlu membersihkan tubuh dan menggantikan pakaian.Perangai aku yang selalu bersedia untuk sebarang kemungkinan,memudahkan aku.
170 I MISTERI KG RAKIT Sebab itu aku membawa 2 pasang pakaian tambahan kerana dalam hidup kita ini sentiasa akan berlaku sesuatu yang tidak mengikut kehendak kita tetapi mengikut kehendak Allah.Selesai mandi dan berpakaian bersih,aku menunaikan apa yang aku terhutang. Selesai solat,aku berjalan kaki ke sekitar bandar sunyi ini untuk mengisi perut.Alhamdulillah,masih terdapat sebuah gerai yang masih dibuka tidak jauh dari masjid.Hanya tiga orang termasuk aku yang berada di gerai ini. Selepas makan.aku menuju semula ke masjid tadi.Aku memang hendak menumpang tidur di masjid ini pada malam ini.Aku duduk seketika di tangga masjid. Fikiran aku jauh melayang teringat peristiwa di ladang kelapa sawit tadi.Dari mula aku turun dari bas di bandar ini sehingga ke malam ini,sentiasa ada gangguan atau peristiwa yang tidak diduga. "Setiap anugerah akan datang bersama ujian dan tanggungjawab.Lebih mudah belajar ilmu daripada menerima tanggungjawab kerana semua ini adalah amanah yang berat.Kau boleh abaikan orang sekeliling tetapi kau akan ditanya bila sudah mati nanti.Aku sendiri paling takut memikul amanah daripada menuntut ilmu",antara nasihat yang selalu Aki Lela berikan bila dia mengajar aku. "Kau istimewa,sebab itu kau mudah dan cepat belajar apa sahaja yang baru kau pelajari tapi ujiannya jugak bukan mudah-mudah.Ada ujian ilmu,ada ujian nafsu.Sehingga sampai satu tahap seolah olah kau menyesal ada semua ini",kata-kata Aki Lela semakin menjadi kenyataan. "Allah...",aku lepaskan keluhan dan pergi ke satu sudut beranda di luar masjid untuk membaringkan badan beralaskan beg kecil aku.Aku masih gagal melelapkan mata.Otak aku masih memikirkan cara untuk membantu Pak Ramli,kemudian dua kali gangguan yang aku hadapi ketika berada di pondok serta benda suruhan Pak Bidin yang entah ke
171 I MISTERI KG RAKIT mana menghilang.Benar kata-kata Aki Lela, sampai satu tahap aku seperti menyesal ada semua ini.Aku tak rasa zaman budak-budak sebaya aku,aku tak merasai zaman muda belasan tahun yang menikmati usia muda mereka.Apa yang aku lalui dari umur 7 tahun sampai sekarang?Aku terkurung dalam kehidupan yang penuh dengan pergaduhan dan menentang ilmu hitam.Tiba-tiba jiwa aku malam ini memberontak. "Astargfirullahhalazim...",aku beristighfar.Aku melayan pemikiran iblis.Akhirnya aku terlelap.Aku tersedar bila mendengar bunyi motosikal menghampiri masjid.Aku cepat-cepat bangun untuk mandi.Tidak lama kemudian azan berkumandang tanda masuk waktu subuh.Hanya ada lebih kurang 15 orang yang menghadiri solat subuh di masjid ini dan yang sedihnya,masing-masing dengan diri masingmasing.Selepas berjemaah, aku tinggal sendirian dan aku mengambil keputusan untuk mula bergerak menuju stesen bas.Lebih kurang 20 minit berjalan kaki,aku sampai di stesen bas.Terdapat 3 buah gerai sarapan pagi yang sudah mula berniaga.Aku singgah di kedai yang paling tepi. "Minum?",tanya seorang lelaki mungkin sebaya aku. "Kopi tarik dan roti canai 2 keping,bagi banjir yer",kata aku.Tidak lama kemudian pesanan aku tiba. "Ermm..encik,kat sini di mana mudah untuk cari kereta sapu?",tanya aku pada pemuda yang menghantar pesanan aku. "Encik tunggu je kat situ,nanti mesti ada kereta sapu lalu",jawab pemuda itu sambil menunjukkan ke arah tempat duduk stesan bas.Di situlah aku duduk pada malam mula-mula aku tiba di sini. Selepas selesai sarapan,aku duduk di tempat duduk stesen bas.Tidak ramai orang pagi ini.Tidak lama kemudian sebuah kereta wagon
172 I MISTERI KG RAKIT berhenti di hadapan aku.Pemandunya seorang lelaki yang agak berusia,mungkin sama usia dengan ayah aku. "Nak ke mana ni adik?",tanya dia. "Kampung Rakit",jawab aku. "Jauh jugak tu,dekat sejam.Berapa orang?",tanyanya lagi. "Saya sorang je",jawab aku. "50 puluh boleh?kalau nak tunggu penuh kereta,memang lambatlah. Petang pun belum tentu ada orang ke sana",tambahnya lagi. "Tak boleh kurang sikit pakcik?",pujuk aku. "45 boleh.Tu dah kira murah sebab balik ke sini nanti pun tak ada orang. kampung tu memang susah nak ada penumpang",dia bagi alasan.Aku berfikir seketika. "Errmm..bolehlah..",jawab aku lalu masuk ke dalam kereta. Kami mula bergerak dengan kelajuan sederhana. "Apa nama anak ni?pakcik ni orang panggil Pak Kor,singkatan nama Shukor",Pak Kor perkenalkan dirinya. Lega dengan keramahannya. "Saya Man",jawab aku. "Ooo Man..buat apa nak ke kampung Rakit?",tanyanya. "Jaga orang buat bunglow,projek Pak Saudara saya",jawab aku. "Nasib baik Man datang siang,kalau malam janganlah ke sana",tambah dia."Kenapa?",tanya aku.Aku mula rasa teruja. "Dah selalu orang kena kacau dengan hantu Kassim serta hantu 2 orang Indonesia.Naik kereta Nissan sunny katanya",cerita dia lagi.
173 I MISTERI KG RAKIT "Saya dah kena',jawab aku,ringkas.Pak Kor pandang aku dengan muka yang terkejut. "Kamu biar betul!!!",Pak Kor macam tidak percaya. "Kereta buruk tu ada lagi kan kat kampung tu?saya kena waktu malam, hari pertama saya kat sini",terang aku. "Betul..betul..tak ada siapa yang berani alih kereta tu sampai sekarang padahal benda tu dah jadi lama",ceritanya lagi. "Kassim dengan sorang lelaki,sorang perempuan.Selagi tak alih kereta tu, selagi itu mereka akan kacau orang", jawab aku. "Tak ada yang berani!!",sampuknya. "Inshallah nanti saya akan usahakan untuk alih kereta tu",tegas aku. "Kamu biar betul Man..lain macam kamu ni",dia memang tidak percayakan aku.Kereta bergerak lebih laju.Aku memejamkan mata seketika.
174 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 19 "Kita dah nak masuk simpang ke Kampung Rakit dah ni tapi jauh lagi", tiba-tiba Pak Kor mengejutkan aku. "Masa saya sampai kat sini malam tu, hujan lebat.Langsung tak jumpa orang kampung",terang aku. "Kampung ni memang menakutkan, sebab tu tak ada orang muda nak tinggal kat sini.Kampung ni dari dulu sampai sekarang terkenal dengan santau dan hantu raya.Macam-macam lagilah",cerita Pak Kor lagi. "Pak Kor asal sini?",tanya aku sebab dia seperti tahu banyak cerita tentang kampung ini. "Pakcik kampung sebelah sana tapi tak jauh dari sini.Sekarang je pindah ke bandar ikut anak lepas isteri pakcik meninggal.Bawak kereta sapu sebab puas duk saja kat rumah",dia cerita lagi. "Jadi Pak Kor kenal Anjang,Pak Bidin?", aku petik hanya dua nama. "Bidin??",Pak Kor terkejut nama Pak Bidin disebut.Nama Pak Bidin memang menakutkan ramai orang. Aku merasa hairan kenapa ramai yang tahu siapa Pak Bidin tetapi tiada siapa yang berani menghalangnya. "Pak Bidin dah bertaubat",kata aku. "Taubat???",aku telah menambahkan lagi rasa terkejut Pak Kor. "Betul..dia selalu bersama saya di surau lama Kampung Rakit",terang aku lagi.
175 I MISTERI KG RAKIT "Kamu ni buat Pakcik takut.Mana ada orang berani rapat dengan dia.Kamu ni siapa sebenarnya?",Pak Kor pula takut pada aku.Aku ketawa kecil. "Saya ni oranglah Pak Kor,bukan hantu", aku gelak lagi. "Ye lah orang tapi kenapa kamu rapat dengan dia?bahaya tu..",pesannya. "Dia dah buang semua ilmu dia,saya percayakan dia",kata aku. "Ni kamu nak turun kat mana?",tanya Pak Kor. "Kat pondok sayalah.Nanti Pak Kor boleh jumpa Pak Bidin",aku sengaja takutkan Pak Kor. "Tak naklah aku",jawab dia. Banyak juga kami berbual sehinggalah kami sampai ke simpang masuk projek banglo. "Sampai sini sajalah Man!",kata Pak Kor. "Depan sikit je lagi Pak Kor.Tak ada apa-apalah.Ramai orang kerja tu",pujuk aku.Akhirnya dia mengalah dan terus masuk sampai ke pondok. "Terima kasih Pak Kor,ni duit lima puluh ringgit.Tak payah pulang baki.Pak Kor tak nak rehat-rehat dulu?.Kan dah lama Pak Kor tak datang ke sini",kata aku. "Bidin mana?",tanya dia. "Entah,tak tahu pulak dia tidur kat mana malam tadi.Saya dah pesan suruh tidur kat pondok ni je",jawab aku. "Pakcik balik dululah Man",katanya lagi.
176 I MISTERI KG RAKIT "Tak apalah kalau macam tu,hati-hati balik tu Pak Kor",kata aku lalu turun dari kereta.Pak Kor mengundurkan kereta dan kemudian berlalu pergi.Aku duduk di hujung lantai pondok. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.Kelihatan Anjang sedang menuju ke arah aku. "Awal sampai!.Pukul berapa sampai bandar semalam?",tanyanya sambil duduk di sebelah aku. "Pukul 9 malam",jawab aku. "Lambatnya...kenapa?",tanyalah lagi. "Hujan lebat,sesat,kena kacau pun ada",jawab aku lagi. "Aku dah cakap.Memanglah dekat tapi jalan tu banyak gangguan bila dah malam.Nasib baik kamu ada",balas dia. "Tak jugak,yang dua orang tu berani orangnya",aku sengaja alih perhatian. "Alhamdulillah...",kata Anjang. "Anjang,bila lagi agaknya Anjang nak order barang?',tanya aku. "Lebih kurang seminggu macam tu.... kenapa?',tanya dia pula. "Saya nak guna lori 'hardware' untuk buang kereta lama yang ada kat bawah curam tu",jawab aku. "Oooo kereta Arwah Kassim tu..tau..tau Elok jugak tu",Anjang setuju. "Anjang tau ke pasal Arwah Kassim tu?',tanya aku. "Orang kampung ni ramai yang tahu kisah tiga orang dalam kereta tu tapi dah lama tak dengar orang kena kacau",terang Anjang.
177 I MISTERI KG RAKIT "Nanti Rudy pun ada,boleh lah buang kereta tu",tambah aku. "Ini mesti kamu pun pernah kena kan?", teka Anjang.Aku hanya tersenyum. "Aku tahu sejak kau ada kat kampung ni,macam-macam benda kacau kamu kan?Benda-benda tu tahu kamu ada ilmu yang boleh kalahkan mereka, sebab tu mereka nak kamu keluar dari kampung ni.Sebelum ni,tak ada sesiapa yang berani lawan mereka semua.Sekarang mereka dah bertemu buku dengan ruas.Cuma,aku ni tak pandai nak tolong kamu",kata Anjang.Banyak yang Anjang tahu rupanya. "Anjang tolong doakan saya pun dah syukur sangat-sangat.Saya nak selesaikan masalah Pak Ramli dulu. Bab banglo ni,'last' sekali",kata aku. "Semoga dipermudahkan segalanya', doa Anjang. "Aku pergi sambung kerja dulu",kata Anjang lalu meninggalkan aku sendirian. "Anjang...mana Pak Bidin?",jerit aku dari jauh. "Ke surau katanya.Semalam dia tidur kat pondok tu",laung Anjang.Aku mengambil keputusan untuk membasuh pakaian kotor aku terlebih dahulu.Siap membasuh,aku terasa penat dan berehat seketika.Akhirnya aku terlelap.Aku tersedar bila dengar Anjang mengejutkan aku."Penat sangat gayanya kamu ni Man. Rehatlah.Aku tahu kamu sejak ada kat sini bukannya dapat rehat betul-betul", tegur Anjang. "Rasa penat pulak tadi.Ingat nak baring-baring je,tak sangka pulak boleh terlelap",jawab aku.
178 I MISTERI KG RAKIT 'Itu tandanya rohani kamu penat.Kita ni kan bukan ada jasad sahaja tapi ada roh atau rohani.Bukan jasad sahaja perlukan rehat.Kembalikan kesegaran minda dengan rehat dalaman",kata Anjang.Dalam kiasannya.Menjelang zohor,aku menuju ke surau. Perut terasa lapar.Untungnya jika Pak Bidin sudah sediakan makanan. Sekejap sahaja aku tiba di surau.Aku letakkan motosikal di tempat biasa dan berjalan ke arah belakang surau tetapi tiada kelibat Pak Bidin. "Mana orang tua ni?",bebel aku.Aku pusing seluruh surau tetapi Pak Bidin tetap tidak kelihatan. "Perut lapar sangat ni,dia pulak tak ada.Malas betul aku nak masak",aku masih membebel.Aku ambil keputusan untuk ke warung Makcik Ani sahaja untuk makan.Solat tetapi teringat makanan juga akan buat solat tidak kusyuk.Jarang-jarang perut aku selapar ini.Sepanjang perjalanan ke warung Makcik Ani,aku masih memikirkan ke mana Pak Bidin menghilangkan diri.Selesai makan di warung Makcik Ani, aku kembali ke surau untuk solat zohor tetapi Pak Bidin masih tiada.Aku mula risau.Walaupun dia tiada ikatan persaudaraan dengan aku tetapi aku sudah rasa satu amanah untuk menjaga dia.Selesai solat,aku bergegas ke pondok untuk mencari Pak Bidin.Sampai di sana,Anjang dan pekerjanya sudah ada.Malangnya mereka semua tidak nampak langsung Pak Bidin. "Petang semalam selepas kamu ikut lori,aku dah tanya dia nak tidur mana. Dia cakap nak tidur kat sini.Aku ajak dia tidur kat rumah aku tapi dia tak nak",terang Anjang. "Kat surau pun tak ada.Tak kan dia balik ke pondok kat kebun dia!",kata aku.Naluri aku kuat menyatakan dia berada di kebunnya.Apa yang merisaukan aku adalah bila teringat tentang 'benda' belaannya.
179 I MISTERI KG RAKIT "Tunggulah sekejap-sekejap lagi,mana tahu dia ada pergi ke tempat lain",kata Anjang pula. "Saya nak tunggu sampai asar',jawab aku. Selepas selesai solat asar,Pak Bidin masih belum muncul.Aku pergi ke tempat Anjang bekerja. "Anjang,saya nak pergi cari Pak Bidin di kebun dia",aku beritahu Anjang tentang niat aku. "Kamu nak aku ikut ke?",tanya Anjang. "Tak apa,saya pergi sorang je",jawab aku lalu menuju ke motosikal aku. Alatan kesayangan aku juga tetap aku bawa bersama-sama sebagai persediaan kerana tidak semua kehendak kita akan terlaksana mengikut kemahuan kita.Aku kena cepat sebelum maghrib.Kali ini motosikal aku bergerak lebih laju dari kebiasaan.Aku singgah terlebih dahulu di surau untuk melihat jika Pak Bidin sudah balik tetapi hampa.Nampaknya aku tetap kena masuk ke kebunnya. Seperti sebelum ini,kebunnya sekadar boleh dilalui dengan motosikal hanya tiga suku perjalanan sahaja.Selebihnya perlu berjalan kaki.Bila aku sampai di kebunnya,suasana kelihatan gelap sama seperti sebelum ini. "A u'zubikalimatillah hitammatimin syarrima khaloq",mata aku melilau mencari kelibat Pak Bidin.Waktu belum maghrib lagi tapi sudah gelap macam maghrib.Aku bergerak hati-hati sebab pernah terkena sebelum ini. Aku sebenarnya kurang selesa berada di kebun ini,terasa seolah olah segala apa yang aku belajar tidak begitu berkesan. Semuanya bagai telah menjadi 'tawar'. Aku bagai hilang keyakinan tapi aku tidak akan mudah mengalah.Aku baca pula ayatul Qursi dan surah Al ikhlas untuk kuatkan semangat.Aku bergerak lagi walaupun hati penuh debaran.
180 I MISTERI KG RAKIT "Kenapa aku rasa takut je ni?", bisik hati aku.Aku bukan tidak pernah rasa takut tetapi keyakinan utuh kepada kekuasaan Allah mengatasi ketakutan aku.Cuma di sini keyakinan dan ilmu yang ada terasa sedikit goyah dan kosong.Aku masih belum berjaya menemui Pak Bidin.Namun gerak hati aku yakin dia berada di kawasan ini. "Allahumma mattiqni bi sam’i wa bashari waj’alhumal warisa minni wanshurni ‘ala ‘aduwwi wa arini fihi saq’ri",aku tetap berusaha menajamkan penglihatan aku di dalam suasana yang sunyi dan kelam ini.Sukar melihat bayang sesuatu benda dalam keadaan begini.Biasanya pergerakan bayanglah yang menjadi 'suis amaran' kepada setiap tindakan aku.Pokok-pokok besar dan berselerak langsung tidak dapat membantu,malah membahayakan aku.Jantung aku bergerak laju,seperti orang baru lepas berlari padahal aku hanya berjalan perlahan.Kebiasaannya tenaga aku tidak selemah ini.Aku berhenti bergerak seketika. "Robbi a u'zubikamin hamazatis syaya tin,wa a u"zubika robba ay yahdurun", aku berusaha menguatkan semangat aku.Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu bergerak dari atas pokok,melompat dari satu dahan ke satu dahan.Bunyi dahan yang bergoyang jelas kedengaran.Aku menjadi tidak tenang. "Ya ayyuhallazi na amanusbiru wasobiru warobbitu,watakullaha la allakum tuflihun",sesekali aku tidak akan mengalah dengan ilmu iblis ini. Kawasan ini seperti sudah menjadi kawasan jajahannya.Aku bergerak semula dengan tahap kewaspadaan yang tinggi. Terlalai maka aku akan menjadi mangsa.Aku nyalakan lampu suluh di kepala untuk penglihatan yang lebih jelas.Melangkah dan memerhati dengan cukup teliti,seperti seorang tentera yang berjalan di kawasan yang penuh dengan jerangkap samar.Aku berhenti selepas bergerak lebih kurang 10 langkah.Mata aku tertumpu pada satu benda yang sedang
181 I MISTERI KG RAKIT berdiri di hadapan aku.Suluhan lampu suluh aku tepat pada tubuh dan mukanya.Tubuhnya tinggi sedikit dari aku.Aku nampak tangannya panjang hingga melebihi lututnya.Mukanya bulat seperti bolasepak manakala kepalanya botak.Kepalanya tidak berhenti bergerak seperti orang sedang khayal. "Wayuhikullahhul hakka bikalimatihi, walau karihal mujrimun",aku baca dan hembus ke arahnya.Kepalanya semakin laju bergerak ke kanan dan ke kiri seperti orang sedang beratib.Aku melangkah lebih dekat. "Walaqad zaragna lijahannama kasiram minal jinni wal inssi,lahum qulubulla yafqahu nabiha walahum ag yunulla yubsiru nabiha,walahum a'za nulla yas ma u'nabiha,ula ika kal an a'mi bal hum adallu,ula ikahumul gha filum",aku baca dan hembus sekali lagi. Kali ini kepalanya berhenti bergerak.Dia memandang aku dengan pandangan yang amat tajam.Matanya semakin tertonjol ke hadapan.Tiba-tiba dia meluru laju ke arah aku yang hanya beberapa langkah darinya umpama seorang pemain ragbi merempuh lawannya.Aku jadi keliru untuk buat tindakan hinggalah ke saat akhir,aku berjaya mengelak terkamannya dengan menggulingkan badan ke kanan.Dia terlajak tetapi berjaya untuk berhenti dengan cepat lalu berpusing semula ke arah aku.Aku bersedia walau dengan hanya tenaga luaran kerana tenaga dalaman terasa lemah.Dia menerkam sekali lagi.Kali ini aku merendahkan tubuh aku sedikit sahaja ke kanan dan sekali gus menumbuk ke belakangnya.Tumbukan aku tepat sehingga dia tersembam ke tanah. Dia bangun semula dengan cepat dan sekali lagi berpusing mengadap ke arah aku.Aku jadi hilang akal bila tenaga dalaman tidak dapat digunakan. "Kul a u'zubirrobinnas,malikin nas,illa hinnas,min syarril waswasi khonnas, allazi yuwaswi sufi sudu rhinnas,minnal
182 I MISTERI KG RAKIT jinnatiwannas",dalam apa keadaan,ayat Quran tetap aku tidak akan lupa.Aku perkuatkan kuda-kuda.Kali ini aku bertekad tidak akan mengelak lagi. Penumbuk dan kaki aku akan jadi benteng kukuh. "Wa iza qilalahut taqillahha a'khazat hul izzatu bil ismi,fahasbuhu jahannam, walabi’sal mihad",Aku mengiringkan sedikit tubuh aku ke kiri dan penumbuk tangan kanan aku genggakan.Dia menerkam sekali lagi.Aku melompat tinggi sedikit sahaja dari kepalanya. "Man yaghtihi azabuyyukhzihi wayahillu alaihi azabum muqim",aku hentak siku aku ke kepalanya.Berkesan atau tidak ilmu yang aku buat,aku tidak peduli. Dia menjerit kuat dan terus lari ke arah hutan.Alhamdulillah kerana masih ada sisa kekuatan dalaman yang dapat aku gunakan.Aku terduduk di atas tanah melepaskan lelah.Aku bangun dan mula mencari Pak Bidin semula.Suasana semakin gelap menandakan sudah masuk waktu maghrib.Kali ini aku perlu cepat.Entah apa lagi yang akan datang menyerang pun aku tidak tahu.Kawasan ini beri kelebihan kepada 'belaan' Pak Bidin. "Mana Pak Bidin ni....??",bebel aku.Aku masih berpusing pusing berhampiran pondoknya.Akhirnya aku ternampak satu tubuh sedang terbaring di sebalik timbunan daun-daun kering. "Patutlah aku tak nampak",kata aku lalu bergegas menghampiri tubuh yang sedang terbaring itu. "Pak Bidin...bangun Pak Bidin.."aku cuba mengejutkan dia tetapi tiada tindak balas.Aku goyangkan lagi tubuhnya tetapi tetap tiada pergerakan.Aku tidak boleh lama di sini kerana akan lebih membahayakan.Aku mengambil keputusan untuk mendukung sahaja Pak Bidin ke motosikal aku.Aku ambil seutas tali yang tersangkut pada pondok dan mula mendukung Pak Bidin cara terlungkup di sebelah kanan kepala aku dalam keadaan kepalanya ke belakang dan tangan
183 I MISTERI KG RAKIT kanan aku memegang belakang pahanya.Aku berjaya sampai di motosikal aku. Nasib baik tubuhnya yang agak kecil telah memudahkan usaha aku.Aku letakkan dia di tempat duduk belakang, tarik kedua tangan ke depan perut aku dan mengikat tubuh kami berdua.Ini untuk mengelakkan tubuhnya dari jatuh.Kami mula bergerak dan kini semakin jauh dari kawasan kebun Pak Bidin.Tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati.Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku.Ada sesuatu yang tajam seperti menyucuk nyucuk di belakang leher aku dan Pak Bidin kini seoalah olah sedang menguatkan pelukannya pada tubuh aku.Aku tahu ini petanda yang tidak baik.
184 I MISTERI KG RAKIT Misteri Kampung Rakit - Episod 20 Rasa tajam di leher aku mula menyakitkan,seperti orang letakkan pisau rapat ke leher aku.Bila aku pandang ke arah tangan Pak Bidin yang sedang memeluk aku dari belakang, aku nampak tangan itu bukan lagi tangan Pak Bidin sewaktu aku menariknya ke hadapan tadi.Aku tahu aku telah tertipu dengan pandangan aku di kebun Pak Bidin tadi.Dengan keadaan tubuh aku dan 'benda' di belakang aku yang terikat sekali, memang menyukarkan aku melepaskan diri.Apatah lagi dengan tangan aku yang sedang mengendalikan motosikal.Aku yakin rasa tajam di leher aku mungkin kerana giginya yang rapat ke leher aku.Hari ini buat kali pertamanya aku ditipu hidup-hidup oleh sekutu syaitan.Lebih tragis lagi,aku sendiri yang mengikat tubuh aku bersamanya. "Laillahaillallah wahdahu lasyarikalah, Lahumulku walahu hamduyuhyi wayumit,wahuwa ala kullisyain kodir.La haw la wala kuwwata illa billa hillayil azim.Ya hayyun Ya Qayyum.Ya zal jalali wal iqram",aku belum mengalah.Alang alang dia terikat bersama aku,aku akan binasakannya dengan cara aku.Dengan tangan kiri,aku pegang sekuat hati tangan benda itu yang memeluk aku. "Walaqad zaragna lijahannama kasiram minal jinni wal inssi,lahum qulubulla yafqahu nabiha walahum ag yunulla yubsiru nabiha,walahum a'za nulla yas ma u'nabiha,ula ika kal an a'mi bal hum adallu,ula ikahumul gha filum",aku pusingkan sedikit muka aku ke arah muka 'benda' yang berada di belakang aku lalu hembus ke mukanya. Tangan aku semakin kuat memegang tangannya walaupun terasa tulang-tulang yang timbul.Satu rontaan kuat terasa di belakang aku tetapi aku masih bertahan.Motosikal aku mula bergoyang dengan kuat,lebih-lebih lagi dengan keadaan jalan rumput berlekuk serta dikendalikan dengan hanya sebelah tangan.
185 I MISTERI KG RAKIT "Innalazinakafaru bi ayatina saufa nuslihim naran kullama nadijat juluduhum baddal nahum juludan ghairoha liyazu kul aza bainnallaha kana a'zizan hakima",tangan kiri aku semakin kuat memicit tangan 'benda' itu.Satu jeritan kedengaran dan dengan satu rontaan yang kuat,tangan kanan aku yang mengendalikan motosikal telah terlepas menyebabkan motosikal terbalik ke kiri.Tangan aku yang memegang tangan benda itu juga gagal bertahan.Aku tercampak ke depan sementara benda itu yang merentap ke belakang telah menyebabkan tali yang mengikat kami berdua terputus.'Benda' itu hilang dalam kegelapan hutan,Aku pula terbaring di atas rumput.Aku bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan dan lampu suluh aku masih berfungsi.Aku bangun dan mengangkat motosikal aku.Alhamdulillah,motosikal aku masih boleh dihidupkan.Setelah memastikan semua barangan aku cukup,aku meninggalkan kawasan tersebut.Aku bernasib baik kerana mungkin sudah melepasi kawasan 'benda' tersebut. Aku sudah tidak ada lagi perasaan kurang keyakinan seperti mana apabila aku masuk ke kawasan 'benda' itu tadi. Sepanjang jalan aku memikirkan cara untuk menghapuskan 'benda' belaan Pak Bidin.Bertindak di dalam kawasannya bukan tindakan yang bijak.Jadi,aku harus mencari jalan bagaimana untuk menariknya keluar dari kawasannya seperti yang pernah terjadi di surau tempoh hari. Nampaknya Pak Bidin akan menjadi umpan tidak lama lagi.Akhirnya aku sampai di simpang masuk ke surau.Dari situ aku nampak balambalam seperti cahaya di dalam surau. "Siapa pulak pasang pelita dalam surau ni?",tanya aku dalam hati.Aku letakkan motosikal di tempat biasa lalu menuju ke dalam surau. "Man...Man..aku kat sinilah",aku terdengar suara seseorang memanggil nama aku.Aku berpaling ke arahnya."Eh Pak Bidin...",jawab aku lalu pergi ke arahnya yang kelihatan sedang memasak.
186 I MISTERI KG RAKIT "Pak Bidin pergi mana,seharian saya cari",tanya aku. "Malam tadi aku tidur di sini.Pagi tadi aku ke rumah Jamil ketua kampung, dia mintak tolong aku baiki pagar belakang rumah dia.Anak dia yang datang ambik aku pagi tadi",terang dia. "Kamu dari mana?biasanya kamu waktu solat dah ada kat surau!",tanya dia pula. "Saya ada kerja sikit tadi kat banglo sana,lambat pulak siap",jawab aku yang terpaksa berbohong untuk tidak memanjangkan cerita. "Ooo..kamu pergilah mandi,nanti lepas solat kita boleh makan.Tadi Jamil bagi aku lauk sikit.Tu yang aku masak ni", terang dia.Aku pun capai tuala dan menuju ke telaga. "Silap betul aku ke kebun dia tadi. Rupanya dia ke tempat lain.Bodoh betul aku ke sana. Nasib baik tak jadi apa-apa",cakap aku dalam hati sambil menjiruskan air ke tubuh.Ada sedikit rasa pedih tetapi semua ini perkara biasa.Siap mandi,aku solat maghrib sendirian kerana Pak Bidin sudah bersolat tadi sebelum aku.Selepas berwirid,Pak Bidin menghampiri aku. "Kita makan lepas isyak aje lah yer", katanya. "Elok jugak tu..ermm..bila kita nak cuba ubat Pak Ramli?",tanya aku. "Ikut kamulah,aku mengikut je.Aku dah cakap awal-awal hari tu,aku dah tak tahu apa-apa lagi.Aku dah buang semua.Biar aku dah tak kuat,janji aku tak sesat lagi",katanya lagi.Aku tersenyum kerana bagi aku,kata-kata dia itu penuh dengan keikhlasan. "Tak apa,janji Pak Bidin tunjukkan cara macam mana Pak Bidin nak ambik balik 'benda' yang Pak Bidin hantar", kata aku.
187 I MISTERI KG RAKIT "Aku cuba nanti tapi kamulah yang kena tolong.Kamu orang berilmu", tambahnya lagi. "Inshallah..kita sama-sama ikhtiar", jawab aku.Selepas solat,kami makan bersama-sama.Malam itu aku tidur amat lena kerana tiada gangguan apa-apa dan juga mungkin kerana keletihan malam semalam serta bercampur dengan keletihan petang tadi.Selepas solat subuh,kami bersarapan biskut dengan kopi 'O'. "Pagi ni boleh tolong hantar aku ke rumah Jamil?,ada sikit lagi kerja tak siap",kata Pak Bidin. "Boleh sangat,lepas minum ni saya hantar",jawab aku.Selepas sarapan, kami pun bergerak ke rumah Pak Jamil.Kebetulan bila sampai di sana,Pak Jamil sedang berehat di hadapan rumahnya. "Awal kamu hari ni Bidin!",kata Pak Jamil. "Ada orang tolong hantar",jawab Pak Bidin. "Macam mana surau tu?dah bersih?", tanya Pak Jamil lagi. "Sikit lagi.Dah habis nanti saya bagi tahu.Kalau dapat masuk letrik ke surau tu,syukur sangat-sangat.Inshaallah bila ada letrik,kemudian lantik imam yang bagus,maju surau tu nanti",kata aku. "Kamu bersihkan dulu.Pasal letrik tu nanti aku buat permohonan",jawab Pak Jamil.Gembira sangat hati aku.Selepas berbual seketika,aku bergerak ke tapak bunglow.Aku berhenti sebentar bila nampak Makcik Ani sedang menyapu di hadapan warungnya. "Assalamualaikum wbt..makcik',kata aku. "Waalaikummusalam...aar..kamu", jawabnya.
188 I MISTERI KG RAKIT "Inshallah malam ni selepas isyak,saya dengan Pak Bidin datang ke sini.Nak cuba ubatkan Pak Ramli"kata aku. "Boleh ke Bidin tu ubat laki aku tu? Bukan dia ke yang buat laki aku sakit?', keras sikit bunyi tuduhan Makcik Ani. "Inshallah boleh.Dia dah bertaubat,dia betulkan apa yang dia dah buat salah. Tak salah kita mencuba.Mana tau dengan izin Allah,Pak Ramli boleh sembuh",jawab aku untuk meredakan keadaan. "Aku ni percaya dekat cakap kamu je", tambah dia lagi. "Inshallah..malam ni kami datang",kata aku.Aku pun bergerak semula.Aku tiba di tapak bunglow tapi Anjang dan pekerjanya belum kelihatan lagi.Aku letakkan motosikal aku agak jauh sedikit dari pondok lalu berjalan menuju tapak banglo. "Cepat sungguh Anjang ni buat kerja", kata aku dalam hati.Hasil kerja mereka juga kelihatan sangat kemas.Aku berjalan di bahagian belakang tapak bunglow yang ada lorong kecil menuju ke hutan.Tiba di satu pangkal pokok yang agak besar,aku nampak banyak puntungpuntung rokok yang masih agak baru. "Siapa yang hisap rokok kat sini?", tanya aku dalam hati.Setahu aku, Anjang dan pekerjanya tak pernah sampai ke tempat ini.Lagi pun pekerja-pekerja Anjang semuanya menghisap rokok gudang garam dan puntung rokok ini pula dari jenama 'dunhill'.Aku pasti ada seseorang yang selalu berdiri di sini dan memerhatikan ke arah tapak bunglow.Dari sini,aku nampak Anjang baru tiba bersama pekerjapekerjanya.Aku terus berjalan balik ke pondok. "Kamu buat apa kat sana?",tanya Anjang bila aku sampai dekat dia. "Saja jalan-jalan.Lama tak masuk hutan sana",jawab aku.
189 I MISTERI KG RAKIT "Minat sangat kamu dengan hutan.Aku lupa nak cerita kat kamu pasal ladang sawit yang kamu lalu kelmarin.Orang tua cerita,ladang tu dulu adalah bekas sungai kecil tapi arusnya agak laju. Kalau nak seberang sungai tu,kena guna rakit yang diikat pada kedua dua belah sungai.Tu asal nama Kampung Rakit.Sungai tu jugak tempat orang dari hulu buang benda-benda tak elok sebab arusnya laju.Sebab tu kampung ni terkenal dengan khurafat.Hanya kamu seorang yang berani.Orang lain yang cuba-cuba nak jadi hero,semua akan lari keluar kampung.Kamu kena selalu hati-hati",cerita Anjang.Satu pengetahuan baru untuk aku.Jadi aku sudah tidak hairan lagi kenapa dari mula aku jejak di kampung ini sampailah ke hari ini,gangguan tidak pernah berhenti.Aku duduk berehat di pondok sambil perhati orang bekerja.Puas duduk,aku jerang air guna cerek yang dibawa Anjang dan kemudian buat air kopi 'O'. Bosan duduk sahaja,aku kembali ke surau untuk membersihkan semak samun yang masih ada.Bila buat kerja seperti ini,aku pasti teringat Arwah Aki Karim.Dia antara orang yang banyak berjasa kepada aku selain Aki Lela dan Ayah Abu.Sikap Aki Karim yang hampir setiap hari membersihkan surau di kampungnya tanpa pengetahuan orang lain amat aku puji dan aku jadikan tauladan.Dia selalu buat perkara yang tak ramai orang faham dan nampak. Kebaikannya tersembunyi.Tanahnya yang ada telah diwajafkan untuk pembinaan masjid atau surau yang baru selepas dia meninggal dunia. "Nak bersedekah tak perlu tunggu kaya,Nak buat baik tak perlu tunggu rasa diri kita baik,nak beramal tak perlu tunggu ada orang nampak",inilah antara kata-katanya yang aku simpan kemas dalam ingatan.Menjelang zohor,Pak Bidin balik ke surau dengan bantuan anak Pak Jamil. "Dah terang..kenapa tak tunggu aku?", tanya dia. "Bosan sangat tadi.Tu yang menebas ni",jawab aku.
190 I MISTERI KG RAKIT "Kamu dah makan?aku dah makan tadi dengan Jamil.Ni aku bungkus untuk kamu tapi Jamil yang bayarkan", katanya lagi. "Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak",jawab aku.Aku letak makanan itu lalu pergi membersihkan tangan. "Saya makan dulu",kata aku. "Kamu makanlah..aku pergi bersihkan semak yang kamu dah tebas tu.Cepat kita bersih ni,cepat masuk letrik", katanya lagi.Aku benarbenar nampak keikhlasan pada tindakannya.Bukan mudah orang yang bergelumang dosa syirik boleh kembali ke pangkal jalan. Urusannya di akhirat adalah antara dirinya dengan Allah.Urusan aku adalah menyokong taubatnya sedaya mungkin.Akhiratnya mungkin lebih baik dari aku.Selepas zohor,kami berdua berjalan sebentar di tapak bunglow.Bila menjelang asar,kami pulang ke surau. Selepas asar,kami duduk berbual di beranda surau sementara menunggu masa untuk memasak. "Kita masak awal sikit petang ni.Malam ni lepas solat maghrib,kita makan. Lepas isyak,kita pergi rumah Pak Ramli.Saya dah berjanji dengan Makcik Ani untuk datang malam ni ikhtiar ubatkan Pak Ramli",kata aku. "Kamu yakin ke aku boleh buat?",tanya Pak Bidin. "Inshaallah...",jawab aku ringkas. "Aku sanggup mati untuk buang benda buruk yang aku buat.Banyak dosa aku ni.Entah macam mana nanti aku mati. Aku dengar,dosa syirik Allah tak ampunkan",keluhan hatinya. "Allah tu Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Maha Pengampun.Jika Dia berkehendak,tiada siapa yang boleh halang.