PAMERAN BERTEMA 2021
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina merupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena
nama haiwan.
Haiwan zodiac dalam calendar lunar
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Perayaan yang melambangkan
permulaan musim bunga di China juga
permulaan bulan yang baru dan zodiak
yang baru. Secara umum, terdapat 12
ekor binatang-binatang tertentu yang
dijadikan sebagai lambang tahunan
kepada masyarakat Cina.
Binatang-binatang tersebut telah
disusun mengikut turutan iaitu Tikus,
Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular,
Kuda, Kambing, Monyet, Ayam, Anjing,
Khinzir.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Tahun Baru Cina melambangkan
permulaan, titik permulaan dalam nasib
dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan dicuci
dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang
baru. Mercun dibakar pada tengah malam
bagi menandakan bermulanya tahun baru
dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan
buah limau sebagai simbol murah rezeki,
bunga dan pokok limau.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Buah limau sebagai penghias tahun baru
Tahun Baru Cina diraikan dengan
jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan
masakan tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan
melawat golongan tua dan menerima
wang angpau dalam sampul merah bagi
melambangkan nasib baik, yang diberikan
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
oleh orang yang berkeluarga kepada
mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang
diiringi bunyi gendang. Lima belas hari
selepas perayaan Tahun Baru Cina,
perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan
dengan perayaan Cap Goh Mei.
\
Angpau
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Tarian singa dan naga bagi menghalau puaka
Sejarah / mitos
Menurut legenda, pada zaman
dahulu, Nián ialah seekor raksasa
pemakan manusia dari pergunungan yang
muncul setiap 11 tahun, sekitar musim
sejuk, untuk memburu manusia. Orang
ramai kemudiannya percaya bahawa
raksasa Nian sukar menahan bunyi bising
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
dan warna merah, maka mereka
mengusirnya dengan letupan, bunga
api dan penggunaan warna merah secara
meluas. Adat-adat inilah yang membawa
kepada perayaan Tahun Baru yang
sulung.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina disambut
dengan menziarahi ahli keluarga,
saudara-mara dan sahabat serta
penggunaan warna merah yang
berlebihan. Ang pau diberikan kepada
orang muda dan kanak-kanak oleh orang
tua dan yang telah kahwin.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Sebelum tahun baru
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru
Cina, keluarga-keluarga Cina
membersihkan rumah mereka secara
menyeluruh, kerana mereka percaya
bahawa pembersihan ini menghalau nasib
malang dan musibah yang menimpa pada
tahun yang berlalu serta menyediakan
rumah mereka untuk menjemput nasib
baik. Penyapu dan pengumpul habuk
disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu
tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang
mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi
potongan kertas (kuplet merah) yang
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
ditulis pepatah mengucap kebahagiaan
dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
Orang cina menghias rumah mereka dengan kuplet
merah yang tertulis peribahasa cina
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Acara terbesar pada malam Tahun
Baru Cina ialah makan besar. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas
meja makan untuk tujuan paparan
sempena jamuan ini. Di China utara,
adalah juga menjadi adat untuk memakan
ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan kerana
bentuknya berupa jongkong emas
Cina. Angpau bagi ahli terdekat dalam
keluarga kadang-kadang diberi sewaktu
jamuan pertemuan semula. Sampul
merah ini sering mengandungi duit dalam
bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Acara makan besar pada malam tahun baru.
Upacara menggaul yee sang ketika makan besar
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Antara hidangan malam tahun baru
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Hidangan Tahun Baru
Jamuan Pertemuan Semula
Jamuan pertemuan semula diadakan
pada malam sebelum Tahun Baru, ketika
semua ahli keluarga, sama ada tinggal di
rumah atau jauh dari kampung halaman,
bertemu untuk perayaan. Jamuan ini
biasanya diadakan di rumah yang didiami
anggota keluarga paling tua. Jamuan ini
amat kaya dengan makanan yang
lazimnya merangkumi
daging ayam dan ikan.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Amalan Tahun baru
Angpau
Secara tradisi, angpau atau sampul
merah diedarkan sepanjang sambutan
Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi
yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi
sampul merah ini kepada kanak-kanak.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Angpau diberi kepada orang yang belum berkahwin
dalam angka genap
Sampul merah ini sentiasa
mengandungi wang, sama ada dua
ataupun seratus ringgit. Jumlah wang
dalam angpau sepatutnya bermula (bukan
berakhir) dengan angka genap, kerana
angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai
yang ditukarkan dalam upacara
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
pengebumian. Oleh sebab angka
4 dianggap membawa sial, kerana
perkataan untuk empat sama bunyinya
dengan mati, maka wang dalam angpau
tidak boleh berjumlah 4 Ringgit.
Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah
(kerana sama bunyinya dengan "kaya"),
maka 8 Ringgit selalu didapati dalam
angpau. Kadang-kala syiling coklat
dimasukkan dalam angpau.
Angpau
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang
berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah
digunakan di China untuk mengusir
puaka. Pada zaman moden pula, kaedah
ini berubah menjadi
penggunaan mercun pada musim
perayaan. Mercun biasanya diikat pada
tali panjang berlakur yang digantung.
Setiap batang mercun digulungkan dalam
kertas merah kerana warna merah itu
bertuah, dan berisi serbuk merian dalam
terasnya. Apabila dibakar, mercun
melepaskan bunyi meletup-letup yang
kuat. Oleh sebab mercun biasanya
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
berangkai dalam bilangan ratusan,
mercun menghasilkan letupan
memekakkan yang dipercayai boleh
mengusir roh-roh jahat. Penyalaan
mercun juga melambangkan peristiwa
yang ria dan menjadi satu aspek penting
dalam sambutan Tahun Baru Cina.
bunga api
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
mercun
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna
merah sering dipakai sepanjang Tahun
Baru Cina kerana dipercayai warna merah
akan menakutkan roh jahat dan nasib
malang. Tambahan, orang yang memakai
baju baru dari kepala hingga kaki pula
melambangkan permulaan baru pada
tahun baru.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
pakaian tradisi
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga
menyaksikan penghijrahan manusia
bermusim yang terbesar, apabila warga
luar bandar yang bekerja di kawasan
bandar China, serta juga orang Cina
seberang laut di seluruh dunia pulang ke
kampung halaman untuk berjamuan
bersama sanak saudara pada malam
tahun Baru. Tempoh ini dipanggil
"Chunyun" dan boleh disamakan dengan
fenomena "balik kampung" sewaktu
masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri.
Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali
daripada balik kampung, maka timbulnya
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
keperluan mengetatkan kawalan
keselamatan jalan raya khususnya untuk
perayaan ini seperti mana yang dijalankan
ketika Aidilfitri.
Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di
Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh
golongan pembesar negeri untuk
menjemput rakyat berbilang kaum dan
agama, dan juga pelancong asing, beraya
bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak
terkecuali, dan rumah terbuka perayaan
ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan
ucapan yang diucap dengan kuat, yang
dikenali sebagai "ungkapan pembawa
tuah.
"Selamat Tahun Baru" ialah ucapan
kontemporari yang mencerminkan
pengaruh barat ini diterjemah secara
literal dari ucapan Happy new year yang
kerap didengar di negara Barat.
"Gong xi fa cai" (Kung hei fat choi),
yang diterjemah sebagai "Tahniah dan
semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini
yang sering tersalah angggap sebagai
bersinonim dengan "Selamat tahun baru"
mula digunakan berabad-abad lalu.
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
Ikon dan hiasan
Ikon Makna Ilustrasi
Ikan Ikan koi sering kelihatan dalam
lukisan. Sajian berhias yang
memaparkan ikan juga dapat
dilihat. Ikan
melambangkan lebihan atau simpa
nan tambahan supaya ada lebih
untuk hidup pada baki tahun.
Yuanbao emas melambangkan
Jongkong wang dan/atau kemewahan.
Jongkong berbentuk Yuanbao ini
Yuanbao merupakan perantara pertukaran
piawaian di China zaman silam.
Tanglung Tanglung kertas Cina tradisional ini
biasanya berbeza daripada
tanglung yang digunakan
ketika Perayaan Kuih Bulan.
Tanglung ini berwarna merah dan
selalunya berbentuk bujur.
Tanglung-tanglung yang digunakan
pada hari ke-15 Tahun Baru Cina
untuk Pesta Tanglung, dinyala
terang-terang, berwarna-warni, dan
berbagai-bagai saiz dan
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG
PAMERAN BERTEMA 2021
bentuknya.
Hiasan secara amnya
menyampaikan ucapan Tahun
Baru. Poster kaligrafi
Perhiasan Cina memaparkan peribahasa
Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk
gambar Tahun Baru, simpul Cina,
keratan kertas dan gurindam.
Tarian Tarian singa sering diadakan pada
singa Tahun Baru Cina. Adalah
dipercayai bahawa pukulan
gendang yang kuat dan bunyi
simbal yang memekakkan serta
wajah singa yang menari dengan
agresif sekali boleh mengusir
puaka jahat. Tarian singa juga
dipamerkan pada upacara
pembukaan perniagaan orang
Cina.
RUJUKAN:
Wikipedia ensiklopedia bebas
PUSAT SUMBER SK BATU MELINTANG