BAB 03
MEMPERKASA USAHA
PENCEGAHAN RASUAH
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta
kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya)”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 188)
PENILAIAN RISIKO RASUAH/ CORRUPTION
RISK ASSESSMENT (CRA)
Corruption Risk Assestment (CRA) merupakan satu alat pengurusan (Management tool)
yang boleh membantu mewujudkan sebuah sistem pengurusan yang bercirikan antirasuah
dan mendukung nilai integriti.
CRA adalah satu proses pengurusan yang membantu organisasi untuk mengenal pasti
risiko-risiko rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta menyediakan pelan
pengurusan risiko yang sistematik sehingga mewujudkan tadbir urus terbaik yang boleh
menutup ruang peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. CRA juga
dilaksanakan dengan mengambil kira rasuah sebagai risiko asas dalam sesebuah
pengurusan dengan pendekatan “Pendekatan dan Pengurusan Risiko”.
Tujuan analisis CRA adalah untuk menutup ruang dan peluang rasuah dalam pelaksanaan
aktiviti utama PTPK supaya objektif organisasi tercapai secara optimum. Pelaksanaan CRA
akan memudahkan pembentukan Pelan Strategik Integriti Organisasi kerana ia dapat
membantu mengenal pasti isu-isu rasuah dan kelemahan tadbir urus yang wujud dalam
organisasi. Selain itu, CRA juga dapat membantu organisasi untuk mengenal pasti
risiko-risiko rasuah yang telah, sedang atau mungkin akan berlaku dalam organisasi dan
seterusnya menghasilkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah.
PENILAIAN RISIKO RASUAH (CRA) DI PTPK
Pelaksanaan CRA di PTPK adalah berdasarkan kebarangkalian untuk berlakunya rasuah di
sesuatu Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen, bentuk rasuah, jenis rasuah
dan masa berlakunya rasuah. CRA juga akan mengambil kira kesan dan impak rasuah
yang berlaku terhadap PTPK.
Dalam proses untuk mengenal pasti risiko rasuah yang boleh berlaku dalam PTPK, tujuh (7)
langkah akan diguna pakai untuk mengesan peluang rasuah dan langkah-langkah kawalan
yang perlu diambil dalam organisasi. Tujuh (7) langkah adalah seperti di bawah:
40 ORGANISATIONAL
ANTI-CORRUPTION PLAN
(OACP)
1 Mengenal pasti aktiviti
Setiap Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen perlu menyenaraikan aktiviti yang
terlibat di dalam operasi dengan menggunakan format Daftar Risiko IIM. Ini bertujuan
untuk mengenal pasti aktiviti serta fungsi yang akan terlibat atau mempunyai peluang
dan risiko dalam operasi harian di Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen.
2 Mengenal pasti risiko
Setiap Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen perlu berbincang secara kumpulan
untuk mengenal pasti peluang dan risiko yang terlibat dan merekodkan dalam Daftar
Risiko. Peluang dan risiko yang terlibat perlu dikenal pasti mengikut aktiviti dan fungsi
yang telah disenaraikan. Peluang dan risiko boleh dikenal pasti di dalam konteks
organisasi dan keperluan daripada stakeholder.
3 Mengenal pasti punca dan impak risiko
Dari senarai peluang dan risiko yang terlibat, setiap Bahagian/ Cawangan/ Unit/
Seksyen akan berbincang untuk mengenal pasti punca dan impak risiko yang
mungkin berlaku sekiranya risiko tersebut benar-benar berlaku. Risiko yang
mempunyai impak ketara pada organisasi haruslah diteliti dan diberi fokus utama
dalam pelan kawalan risiko dan dipantau dari semasa ke semasa.
4 Menganalisa risiko
Analisa risiko haruslah dilakukan untuk mengenal pasti sama ada risiko tersebut telah
mempunyai kawalan sedia ada atau sebaliknya. Bagi risiko-risiko yang tiada kawalan
sedia ada, pelan tindakan haruslah diwujudkan. Ia adalah sebahagian daripada
rawatan risiko bagi memastikan risiko yang terjadi dapat dikawal.
5 Penilaian risiko
Setiap Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen akan menilai dan membezakan tahap
risiko berdasarkan Matrik Risiko IIM. Sebelum Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen
membuat penilaian tahap risiko daripada aktiviti atau fungsi yang terlibat, Bahagian/
Cawangan/ Unit/ Seksyen haruslah memahami kebarangkalian risiko terbabit, impak
risiko dan penarafan risiko.
6 Rawatan risiko dan pemantauan
Tindakan kawalan haruslah dilakukan oleh setiap Bahagian/ Cawangan/ Unit/
Seksyen bagi risiko yang lebih signifikan. Risiko yang tinggi perlu diutamakan
berbanding risiko yang lebih rendah. Tindakan kawalan yang dicadangkan perlu
mengambil kira tindakan untuk menghapuskan punca risiko.
7 Menyemak semula pelaporan
Setiap Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen haruslah memastikan semua maklumat
dalam daftar risiko adalah dengan mengambil kira sebarang kes baru berkaitan risiko,
perubahan di dalam struktur dan fungsi Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen dan
keberkesanan Pelan Tindakan yang dibuat.
ORGANISATIONAL 41
ANTI-CORRUPTION PLAN
(OACP)
MEKANISME PENYELARASAN, PEMANTAUAN
DAN PENILAIAN
PEMANTAUAN PENYELARASAN PENILAIAN
• Menjelaskan objektif program • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
• Memadankan inisiatif dengan objektif setiap inisiatif
strategik • Menilai sama ada inisiatif yang
• Menterjemah objektif ke dalam indikator menyokong strategi tersebut
berorientasikan matlamat yang hendak
prestasi dan sasaran dicapai
• Membandingkan keputusan sebenar
• Memastikan inisiatif dilaksanakan seperti
dengan sasaran (melalui pengumpulan dirancang
data yang kerap)
• Melaporkan kemajuan atau sebarang • Memberikan maklumbalas yang
permasalah kepada Jawatankuasa yang bersesuaian berdasarkan risiko apabila
berkaitan. diperlukan
• Menanda aras inisiatif terbaik
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN SECARA SISTEMATIK
Pembentangan Mengenal pasti Membuat
status pencapaian penyelesaian keputusan
dan pelaksanaan terbaik penting selari
inisiatif di bawah dengan
OACP setiap suku kepentingan
tahun organisasi dan
agensi
Mengemukakan pelaporan pelaksanaan
inisiatif secara suku tahun kepada Unit
Integriti KSM bagi tujuan pelaporan di dalam
Jawatankuasa Antirasuah (JAR) di peringkat
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
42 ORGANISATIONAL
ANTI-CORRUPTION PLAN
(OACP)
Pemantauan dan penilaian secara sistematik dilaksanakan dengan memastikan:
Mengemukakan Mengenal pasti
laporan pelaksanaan penyelesaian
inisiatif kepada terbaik bagi setiap
Pengurusan permasalahan yang
Tertinggi timbul
Penilaian secara
berkala bagi menilai
prestasi, kecekapan
dan keberkesanan
program
Hasil penilaian boleh dijadikan asas untuk memantapkan usaha-usaha kawalan risiko
antirasuah sedia ada di PTPK.
ORGANISATIONAL 43
ANTI-CORRUPTION PLAN
(OACP)
BAB 4
PENUTUP
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah dan perbaiki dalam
mencari harta dunia. Sesungguhya manusia tidak akan puas
sebelum rezekinya dipenuhi, walaupun rezeki itu terlambat
datangnya. Takutilah kepada Allah dan perbaiki cara mencari
rezeki. Ambillah rezeki yang halal menurut syariat dan tinggalkan
yang haram”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
KESIMPULAN
Kerajaan telah merangka satu pelan khusus iaitu Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023 dalam
usaha memantapkan governans, integriti dan antirasuah dalam Sistem Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan. Pelan ini telah disambut baik oleh pihak pengurusan tertinggi PTPK dan komited
menggandakan usaha bagi memastikan pelan nasional ini dapat memberikan hala tuju yang jelas
khususnya dalam usaha PTPK menangani gejala dan amalan rasuah demi meningkatkan imej Agensi.
Justeru, PTPK mengorak langkah dan menzahirkan komitmen tersebut dengan membangunkan Pelan
Antirasuah Organisasi (OACP) PTPK bagi tempoh 5 tahun iaitu 2022 sehingga 2026.
Dengan berpaksikan visi melahirkan warga PTPK yang berintegriti dan bebas jenayah rasuah, pelan ini
memberi fokus kepada enam (6) bidang keutamaan iaitu Tadbir urus, Perolehan, Operasi, Teknologi,
Kewangan dan Pengurusan Sumber manusia. Pelan Antirasuah PTPK 2022 – 2026 ini telah
menggariskan sebanyak 34 risiko dan 116 inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan isu tadbir
urus, integriti dan antirasuah dapat diuruskan dengan baik bagi tempoh lima (5) tahun akan datang.
Melalui enam (6) pendekatan strategi yang dirangka, Pelan Antirasuah PTPK 2022 – 2026 ini akan dapat
bertindak sebagai instrumen dalam memastikan segala langkah dan usaha membasmi jenayah rasuah
ini dapat direalisasikan. Bagi memastikan keberkesanan OACP ini, pelaksanaan semua inisiatif yang
telah dikenal pasti akan dipantau dan dikaji secara berkala mengikut perubahan semasa. PTPK akan
sentiasa peka dengan perubahan semasa dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai
pihak supaya inisiatif yang dirangka akan sentiasa relevan dan terus menjadi rujukan semua pihak.
Selain itu, Pelan Antirasuah PTPK 2022 – 2026 ini akan menjadi panduan dan rujukan semua warga PTPK
dalam usaha memantapkan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam penyampaian
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Secara keseluruhannya, kejayaan dan keberkesanan
OACP ini bergantung pada komitmen dan kesepakatan seluruh warga PTPK, senario politik negara dan
tampuk kepimpinan Kerajaan. Kejayaan pelaksanaan semua inisiatif dalam tempoh 5 tahun akan datang
bakal menentukan hala tuju baharu PTPK dalam penambahbaikan governans, integriti dan antirasuah
untuk kelestarian pelan ini pada masa hadapan. Ironinya usaha menghapuskan gejala dan amalan
rasuah secara tidak langsung dapat meningkatkan imej PTPK sekali gus mengelakkan daripada
unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan imej negara.
Secara kesimpulannya, Pelan Antirasuah PTPK 2022 – 2026 ini akan menjadi instrumen bagi
membolehkan pengurusan tertinggi PTPK mengenal pasti pencapaian PTPK dalam usaha antirasuah
dan integriti. Pelan ini diharap akan meminimumkan salah laku yang melibatkan integriti dan rasuah
dalam kalangan warga PTPK, mewujudkan suasana kerja yang mementingkan semangat berpasukan,
harmoni, bermoral, beretika serta mempunyai minda kelas pertama. Pelan ini secara keseluruhan
diharap akan memberikan anjakan paradigma bagi membolehkan penambahbaikan berterusan
menjadi budaya kerja dan amalan dalam pentadbiran organisasi yang sekali
gus akan meningkatkan keyakinan awam berhubung penyampaian perkhidmatan PTPK demi
kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
46 ORGANISATIONAL
ANTI-CORRUPTION PLAN
(OACP)
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
Encik Mohd Fathullah Bin Mustafa
Ketua Eskekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Encik Harisham Bin Ibrahim
Encik Zubairy Abady Bin Sofian
Konsultan OACP
Institut Integriti Malaysia
Dan semua Ketua-ketua Bahagian/ Cawangan/ Unit/ Seksyen serta kakitangan PTPK yang
sama-sama memberikan input.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN DAN PENGGUBALAN
PELAN ANTI RASUAH PTPK 2022 – 2026
Pengerusi
Mek Eshah Binti Awang
Ketua Urus setia
Zulfalilla Binti Salim
Ahli Jawatankuasa 19. Lidyawati Binti Mohd Said
1. Ismarizal Bin Ismayatim 20. Abdul Latif Bin Mohd Rashid
2. Norizan Bin Kamarudin 21. Mazita Binti Mohd Hanafi
3. Ahmad Zamir Bin Ahmad Zawawi 22. Tuan Rosemaeda Binti Tuan Ween
4. Zulkifli Bin Hamsan 23. Mohd Ha eez Bin Mohd Anuar
5. Syafry Noor Bin Sabaruddin 24. Norashikin Binti Mohd Tajudin
6. Samila Binti Kadir 25. Fazrina Binti Md Salleh
7. Morine Johnson 26. Muhammad Muslim Bin Mohamad Khairi
8. Mohd Zairi Bin Basirun 27. Adilawati Nazsiroh Binti Saadin
9. Emiziliyana Binti Baharudin 28. Mohamad Faizal Bin Alias
10. Fatihanum Binti Md Salih 29. Norsuhaizah Binti Jumaat
11. Suhailin Binti Nor Asim 30. Siti Nor Syamira Binti Azman
12. Jamaluddin Bin Jalan
13. Syaidatul Nuraiza Binti Zahari
14. Nurein Fairisha Binti Mohd Jamil
15. Zahid Bin Ahmad
16. Azzlin Binti Adnan
17. Suriani Binti Abdullah
ORGANISATIONAL 47
ANTI-CORRUPTION PLAN
(OACP)
BENGKEL ANALISIS ANALISIS DATA UNTUK PEMBANGUNAN DAN
PENGGUBALAN PELAN ANTI RASUAH PTPK 2022 – 2026
Bengkel ini telah diadakan pada
17 – 19 Jun 2021. Bengkel OACP
ini telah diadakan secara atas
talian kerana Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
BENGKEL PERANCANGAN SENARIO UNTUK PEMBANGUNAN DAN
PENGGUBALAN PELAN ANTI RASUAH PTPK 2022 - 2026
Bengkel ini telah diadakan pada
5 - 6 Julai 2021. Bengkel OACP
ini telah diadakan secara atas
talian kerana Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
48 ORGANISATIONAL
ANTI-CORRUPTION PLAN
(OACP)
BENGKEL PEMURNIAAN PELAN ANTI RASUAH PTPK 2022 - 2026
Bengkel ini telah diadakan pada
13 – 14 September 2021. Bengkel
OACP ini telah diadakan secara
atas talian kerana Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
ORGANISATIONAL 49
ANTI-CORRUPTION PLAN
(OACP)