KENALI BAHAN
BACAAN
UNTUK PROGRAM NILAM
PUSAT SUMBER
SMK BUD 3
BAHAN BUKU
BUKU FIKSYEN
Cerita rekaan atau singkatannya cereka atau
fiksyen
Buku fiksyen merupakan karya sastera yang
diterbitkan daripada rekaan atau khayalan
seseorang pengarang
Buku fiksyen dapat diklafikasikan mengikut bahasa.
BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS BAHASA CINA BAHASA TAMIL BAHASA ARAB
BAHAN BUKU
JENIS BUKU FIKSYEN
CERITA MISTERI CERITA SEJARAH CERITA LAGENDA
CERITA SUKAN CERITA SERAM CERITA
KHAYALAN
BAHAN BUKU
BUKU BUKAN FIKSYEN
Buku-buku berbentuk pengetahuan serta
mengandungi fakta.
Terdapat dua kategori buku bukan fiksyen:
A) Buku ukan fiksyen untuk pinjaman
B) Buku bukan fiksyen untuk rujukan
Dikelaskan menggunakan sistem Dewey (DDC)
000 : KARYA AM 500 : SAINS TULEN
100 : FALSAFAH 600 : TEKNOLOGI
200 : AGAMA 700 : KESENIAN
300 : SAINS 800 : KESUSATERAAN
KEMASYARAKATAN
400 : BAHASA 900 : SEJARAH & GEOGRAFI
BAHAN BUKU
BUKU BUKAN FIKSYEN
BUKU RUJUKAN
Khas untuk mencari maklumat tentang
sesuatu perkara (fakta, peristiwa, berita,
dan lain-lain)
Terdiri daripada:
a) Rujukan Umum
b) Rujukan Am
c) Rujukan Khas
d) Rujukan Khusus
ALMANAK
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat
perangkaan. Ia juga merupakan kalendar tahunan yang
mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain
seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut,
peredaran bulan dan ramalan cuaca.
ATLAS
Atlas merupakan buku yang mengandungi peta-peta,
gambar rajah dan fakta-fakta dan data-data tentang
sesuatu tempat; sesebuah tempat dan pelbagai maklumat
lain berkenaan dengan sesebuah negeri atau Negara
tertentu yang terdapat di seluruh dunia. Atlas mengandungi
indeks yang memberikan baris-baris grid dan koordinasi
untuk mencari lokasi tempat atau menentukan tempat-
tempat berkenaan.
DIREKTORI UMUM
Direktori adalah buku yang memuatkan
maklumat tentang orang ramai, tempat,
organisasi, individu, keahlian, data organisasi,
alamat dan nombor telefon. Maklumat disusun
secara sistematik berdasarkan urutan abjad
atau perkara.
ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat
luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya
disusun mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk
tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan
tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali
hal-hal yang bersifat mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-
kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk
menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.
GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data
mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi
definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat
geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan
sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain
mengenai tempat-tempat. Gazetir disusun mengikut abjad.