PAMERAN BERTEMA
TAHUN 2021
1.0 TAHUN BARU CINA
SEJARAH DAN ASAL-USUL TAHUN BARU CINA
• Metadologinya, peristiwa tahun baru cina ini
asalnya dikatakan dahulunya di sebuah
perkampungan di negara China, ada seekor
raksasa yang bernama Nian.
• Raksasa tersebut suka datang menganggu
penduduk penduduk di situ dan ada kalanya ia
menjadikan penduduk kampung tersebut sebagai
makanan.
• Kedatangan raksasa tersebut dijangka semasa pertukaran musim
kepada musim bunga. Namun pada tahun berikutnya,telah lahir idea
daripada penduduk kampung untuk menghalau raksasa terbabit
dengan membakar mercun dan mewarnakan semua disekeliling
rumah berwarna merah serta berpakaian serba merah.
• Dipercayai raksasa tersebut takut kepada warna merah. Setelah
mereka berbuat demikian, raksasa tersebut tiada lagi datang dan
membuat kekacauan terhadap perkampungan itu.
• Dari situ, bermulanya tradisi masyarakat Cina mereka meraikan
Quan Yu Nian yang bermaksud, Nian telah pergi. Raksasa tersebut
telah pergi dan tidak datang kembali. Maksud lain quan yu nian
adalah tahun baru iaitu meraikan tahun baru.
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
• Sambutan Tahun Baru Cina adalah demi menyambut tahun
baru bagi masyarakat Cina mengikut kalendar mereka.
Mengikut kalendar Cina, setiap tahun akan diwakili dengan
satu zodiak haiwan.
• Bagi masyarakat Cina, setiap tahun mempunyai
kelebihannya yang tersediri berdasarkan zodiak haiwan
kalendar Cina.
• Sambutan Tahun Bari Cina akan berterusan selama 15 hari
dan pada hari yang ke lima belas merupakan perayaan
pesta tanglung.
• Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.
• Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi
kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular,
kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir.
• Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya yang
tersendiri.
• Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul.
• Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru.
• Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang.
• Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
8 MAKNA DI SEBALIK
PERAYAAN TAHUN BARU CINA
1) Merah & Kuning Warna Tuah
• Warna merah dan kuning akan dipakai sekiranya ia melibatkan
peristiwa menggembirakan iaitu termasuk juga pada perayaan Tahun
Baru Cina. Ini kerana mereka percaya bahawa warna-warna tersebut
memberikan tuah, kekayaan, kesihatan dan juga memberi makna
simbolik yang baik. Semasa di dalam majlis-majlis perayaan, adalah
dilarang sama sekali memakai baju berwarna hitam, biru dan kelabu
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian
dan kesedihan.
2) Makna Nombor 8 – Numerologi Cina
• Bagi masyarakat Cina, „Lucky Number‟ mereka adalah
nombor 8. Tahu tak yang nombor lapan dianggap nombor
paling beruntung dalam numerologi Cina kerana ia
membawa pengaruh yang sangat tinggi dan juga kejayaan
dalam kehidupan. Bunyinya juga dalam bahasa Cina
kedengaran hampir sama seperti „memakmurkan‟.
Bayangkan kalau nombor 8 itu berganda?
3) Pantang Larang Tahun Baru Cina
• Uniknya pada Sambutan Tahun Baru Cina, mereka tidak
boleh menyapu lantai, hingga membersihkan peralatan
dapur. Berdasarkan kepercayaan China kuno, melakukan
hal tersebut dapat membuat rezeki mereka tersapu dari
rumah. Mereka harus membersihkan rumah beberapa hari
sebelum perayaan menyambut pergantian tahun
baru. Mereka juga akan membuang segala barangan lama
yang bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi termasuk
dari segi fikiran juga.
4) Makan Besar Pada Malam Tahun Baru Cina
• Tidak lengkap Tahun Baru Cina tanpa jamuan makan besar
bersama ahli keluarganya. Ia juga dipanggil jamuan
pertemuan semula yang diadakan pada malam sebelum
Tahun Baru dan kebiasaanya akan dibuat di rumah
anggota keluarga yang paling tua. Pelbagai makanan akan
dihidangkan yang lazimnya merangkumi ayam dan ikan
yang dikatakan membawa tuah (berdasarkan perkataan
bahasa Cina). Ikan pula tidak akan dimakan sehingga
habis sebaliknya akan disimpan semalaman, bak pepatah
Cina “semoga ada lebihnya setiap tahun”.
5) Yee Sang Simbol Kesejahteraan
• Dalam bahasa Cina, perkataan „Yee‟ bermaksud ikan yang
turut membawa makna iaitu kekayaan berkekalan.
Manakala perkataan „Sang‟ pula merujuk kepada mentah
dan turut mempunyai maksud lain iaitu kebangkitan.
Pendek kata, Yee Sang ini melambangkan simbol
kemewahan dan panjang umur. Oh ya! Mereka juga
percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika
digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal
dinikmati sepanjang tahun.
6) Pemberian Angpau Merah
• Angpau atau sampul merah ialah hadiah berbentuk wang
yang ditukarkan ketika musim perayaan atau peristiwa
khas dalam masyarakat Cina. Angpau dikenali sebagai
yāsuì qián (duit menahan umur). Warna merah sampul ini
pula melambangkan tuah. Pada perayaan Tahun Baru
Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin
kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum
berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.
7) Tarian Singa Tradisi Tahun Baru
• Tarian singa sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.
Berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, tarian singa
bukan hanya sekadar untuk menghibur, sebaliknya
dipercayai mampu membawa tuah pada masa akan
datang. Ini kerana, sudah menjadi kepercayaan kepada
masyarakat kaum Cina bahawa dengan mengadakan
tarian singa ia dipercayai mampu membawa tuah dan
kekayaan (rezeki) kepada mereka selain ia merupakan
tarian tradisional masyarakat mereka.
8) 2021: Tahun Baru Lembu
• Tahun ini adalah tahun lembu yang akan bermula pada 12
Februari 2021. Rendah dan stabil menandakan watak
lembu. Mereka yang dilahirkan pada tahun lembu
mempercayai bahawa dirinya mempunyai perwatakan yang
sama dengan mereka seperti rajin, boleh dipercayai, kuat
dan bertekad dan juga seorang pemimpin yang setia.
Kadang kala, mereka akan bertindak keras kepala kerana
kekok dalam bercakap.
AKTIVITI SEPANJANG PERAYAAN TAHUN BARU CINA
AJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK BU3
PERTANDINGAN KAD TAHUN BARU CINA
PERTANDINGAN KALIGRAFI CINA
PERTANDINGAN HIAS RUMAH BERTEMA
TAHUN BARU CINA
KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEMPENA TAHUN
BARU CINA 2021 ANJURAN PSS SMKBU3
Pertandingan Kad Perayaan Tahun Baru Cina
1 - Pan Ying Shuen ( 5 Zeta )
2 - Kirthana Sree A/P Nadaraja ( 4 Theta )
3 - Eng Jyn Syuen ( 5 Omega )
Pertandingan Kaligrafi Cina
1 - Victoria Foo Yi Hui ( 5 Theta )
2 - Vanessa Foo Yi Ru ( 1 Sigma )
3 - Ng Yun Enn ( 5 Omega )
Pertandingan Hias Rumah bertema Tahun Baru Cina
1 - Maia Ong Xiao Han ( 3 Delta )
2 - Cheng Xin Lin ( 1 Delta )
3 - Sean Chin Yin ( 1 Gamma )
Pertandingan Video Ucapan Sambutan Tahun Baru Cina
1 - Maia Ong Xiao Han ( 3 Delta )
2 - Syakirah Isyraq Binti Safari ( 2 Zeta )