The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofea261114, 2021-06-03 05:10:34

PAMERAN SUDUT BERTEMA 2.0 HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN SUDUT BERTEMA HARI RAYA

PAMERAN SUDUT BERTEMA
2.0 HARI RAYA AIDILFITRI

MAKSUD HARI RAYA AIDILFITRI

• Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ‫‘عيد الفطر‬‎‎ ;Ayd al-Fiṭr;
“perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

• Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari
Raya Fitrah atau Hari Lebaran.

• Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh
umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab,
Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain
bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun.

APAKAH YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH UMAT
ISLAM BERMULA MALAM HARI RAYA AIDILFITRI?

• Apabila diumum sahaja oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
di televisyen, di situ orang Muslim sudah mula bertakbir
sebanyak mungkin. Selepas itu, solat Isyak berjemaah dan boleh
lakukan solat sunat Witir di rumah. Kemudian tidur dan bangun
awal sebelum Subuh untuk solat Tahajjud diikuti solat Subuh
berjemaah.

• Di sini, para ulama menggariskan antaranya adalah kita mandi
sunat, selepas itu, carilah pakaian yang terbaik, tidak
semestinya baru, untuk menunaikan solat Hari Raya.

• Jangan lupa, selepas sembahyang raya, ada khutbah, ada orang
tidak sabar terus balik, tetapi tunggulah. Selepas itu boleh
beramah mesra dengan jemaah dan rakan komuniti di samping
saling maaf bermaafan.

• Ziarah menziarahi sangat bagus dan di tempat kita sudah ada
rumah terbuka, kalau dulu di kampung-kampung tiada dan kita
boleh menziarahi bila-bila masa sahaja. Ketika menghadiri
rumah terbuka pun, perlu ada adab-adabnya kerana selalu
terjadi bersalaman dengan bukan mahram dan sebagainya, kita
kena jaga adab ini.

APAKAH ITU BARAAN?

• Baraan ialah istilah jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-
ramai dalam kumpulan pada hari raya. Baraan adalah tradisi orang Jawa
yang telah dipraktikkan sejak mereka mula mendarat di Malaysia dulu-
dulu.

• Selalunya kumpulan ini melibatkan pelbagai peringkat, sama ada lelaki
sahaja atau pompuan sahaja, kanak-kanak remaja dan dewasa. Ini
bergantung kepada sesuatu masyarakat di kampung atau taman
perumahan berkenaan.

• Mereka akan bergaya dengan pakaian raya yang lengkap. Dalam
melakukan ziarah atau kunjungan dari hujung ke hujung kampung atau
taman sama ada secara berbasikal atau bermotor, mereka bersalam-
salaman bermaaf-maafan antara satu sama lain.

TERUSKAN TRADISI BARAAN

• Ia sangat bangus kerana kita dapat pahala ziarah menziarahi
dan dapat menghidupkan sunnah Nabi SAW iaitu bertakbir dan
berdoa. Ia satu budaya di tempat kita, di negara Arab dan tidak
bersalahan dengan syarak.

• Cuma kita kena kawal sedikit kerana kadang-kadang sampai
larut malam, Subuh pula kita tertinggal, tidak berjemaah. Di
samping itu, tuan rumah pula jangan terbeban dengan adat ini
kerana tidak semestinya menyediakan juadah yang boleh
membebankan sebab mereka pergi banyak rumah.

ZIARAH KUBUR DI PAGI RAYA

• Asasnya, ziarah kubur tidak terikat dengan hari raya, sebaliknya
boleh dilakukan bila-bila masa. Sebenarnya hari raya ialah hari
bergembira, kita kembali kepada fitrah sehingga diharamkan
berpuasa. Ketika itu, kegembiraan jangan diganggu dengan
sesuatu yang boleh menyebabkan kesedihan kita.

• Maknanya, ziarah kubur kalau boleh, jangan pada satu hari raya.
Tetapi maklumlah, kadang-kadang itulah waktunya anak cucu
balik. Sebenarnya kita tidak rancang hendaklah ziarah kubur
seminggu sekali atau sebulan sekali, takkanlah jasa emak bapa
kita, kita hanya kenang pada 1 Syawal baru hendak pergi,
sepatutnya bukan begitu.

8 AMALAN SUNNAH PADA HARI RAYA

• Menzahirkan kegembiraan

1

• Memakai pakaian yang cantik
• “Saidina Hassan menyebutkan, “Rasulullah s.a.w. mengajak kami

2 memakai pakaian yang terbaik (tercantik) yang kami miliki” HR al-
Tabrani & al Hakim

• Makan sebelum menunaikan solat Hari Raya
• Anas r.a. menyebutkan, “Sesungguhnya Baginda s.a.w. tidak akan

3 keluar pada hari raya aidilfitri sehinggalah beliau makan terlebih
dahulu beberapa biji tamar” HR al-Tirmizi

• Bertakbir ketika keluar menunaikan solat
• “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. keluar untuk menunaikan

4 solat aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke
tempat solat” Musannaf abd al-Razzaq

• Solat Sunat Hari Raya

5 • Boleh dilakukan di masjid atau di rumah

• Berjalan kaki ke masjid
• Abdullah bin Umar r.a. “Sesungguhnya Baginda s.a.w. keluar

6 untuk menunaikan solat aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki
dan pulang juga dalam keadaan berjalan kaki” HR Ibnu Majah

• Pulang solat melalui jalan yang berbeza
• Jabir r.a. menyebut, “sesungguhnya nabi s.a.w. pergi dan

7 pulang dari menunaikan solat aidilfitri menggunakan
jalan yang berbeza” HR Bukhari

• Saling mendoakan kebaikan dan saling bermaafan
• Walaupun SOP tidak membenarkan kunjung mengunjung

namun masih dapat bersua muka melalui aplikasi maya.

8 Guna teknologi dan kemudahan yang ada seperti google
meet, video call dan lainnya dengan saling berdoa dan
bermaafan.

RAYA DULU VS RAYA SEKARANG

UCAPAN RAYA : BAJU RAYA : GANJARAN PUASA PENUH :
Kad Raya vs WhatApp Baju Raya Biasa vs Baju RM30 vs Gajet

Raya Hipster

ZIARAH RAYA : JUADAH RAYA :
Ziarah vs Tonton TV Kuih Tradisional vs

Kuih Tunjuk

DUIT RAYA :
Duit Syiling vs Duit

Raya RM5

MAKANAN TRADISIONAL HARI
RAYA

KUIH TRADISIONAL HARI RAYA

TEAM AJKT PUSAT SUMBER SMKBUD3 2021
PENASIHAT: CIKGU HYDAYAH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
HASIL SURVEY UNTUK MAKAN SIANG BERSAMA Kamis 3 Juni 2021
Next Book
Modul KSSM SPM Pendidikan Moral