KARYA AGUNG
PSS SMK BANDAR UTAMA
DAMANSARA 3
PSS SMK BUD 3
DEFINISI KARYA AGUNG
• KARYA AGUNG ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan
budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan
dalam ingatan bersama sesuatu bangsa.
• Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya
dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan
keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan
identitinya yang tersendiri.
PSS SMK BUD 3
• Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-
bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan
dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu
kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan
kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau
dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi
tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.
PSS SMK BUD 3
KARYA AGUNG MELAYU
• KARYA AGUNG MELAYU ialah karya yang melambangkan keunggulan
daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam
menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran
moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni
yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal
sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu
sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera
ini.
PSS SMK BUD 3
• Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan
atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa
Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia
Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau
orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau,
dan lain-lain yang menghasilkan karya itu.
PSS SMK BUD 3
CIRI-CIRI KARYA AGUNG
1. Lambang atau pesanan yang disampaikan oleh karya.
Karya ulung seperti Sejarah Melayu membentangkan alam yang cukup luas dalam
penulisannya. Hasil tulisan pengarang telah berjaya membawa khalayak pembaca
merentas kawasan setempat dan kawasan Nusantara sehingga mereka mampu
menerokai dunia-dunia lain, alam maya dan tidak ketinggalan juga dunia kayangan.
Selain itu, kita juga dapat menonton kisah peperangan, persengketaan istana,
kekejaman, peristiwa fitnah, hasad dengki dan akibatnya, malapetaka. Melalui
pengamatan dan pengalaman yang dilalui oleh pengarang semasa hayatnya,
panorama ceritera yang sangat besar dan luas itu menjadi landasan kepada
pengarang untuk diketengahkan ke dalam penulisan.
PSS SMK BUD 3
Selain asal usulnya yang luar biasa, tema keagungan kerajaan
Melayu-Islam ini dikembangkan lagi dengan memaparkan kepintaran
orang Melayu yang menandingi kepintaran rakyat China sehingga
raja China memilih raja Melaka sebagai menantunya.
Selain itu, turut dimuatkan kisah raja China yang gering dan tidak
dapat diubati oleh tabib China.
PSS SMK BUD 3
2. Nilai seni budaya dan falsafah atau pandangan hidup bangsa.
Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh
pengarangnya untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat
istana dan masyarakat Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana,
adat memakai pakaian kuning, adat menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai
lagi..
Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama
masyarakat dalam penulisannya. Sebagai contoh, sikap hormat menghormati.
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi pekertinya. Hal ini telah
berjaya digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat
istiadat Diraja turut dimuatkan dalam karangan beliau bagi memperlihatkan
kedaulatan Raja-raja Melayu.
PSS SMK BUD 3
3. Nilai ilmu.
Ilmu merupakan salah satu unsur kehidupan intelektual terpenting. Kadar
perkembangan dan penyebaran ilmu pada pandangan umum menunjukkan darjah
kemajuan kesedaran sosial dan perkembangan masyarakat. Apabila ilmu kuat dan
penting dalam masyarakat Melayu dan mempengaruhi kehidupan manusia, hal ini
pasti tercermin di dalam penulisan pengarang.
Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak maklumat tentang karya ilmiah dan
agama yang diajarkan dan dibaca dalam masyarakat Melayu. Buku-buku tersebut
berkaitan dengan ilmu agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya.
Berdasarkan kepada beberapa pecahan nilai ilmu yang telah dipaparkan dalam
Sejarah Melayu, hal ini dengan jelas menunjukkan ciri penting keagungan karya
agung Melayu terletak pada ketamadunan ilmu yang dipancarkan oleh karya itu.
PSS SMK BUD 3
4. Teknik kepengarangan dan seni bahasa.
Jika diteliti isi kandungan Sejarah Melayu, pengarangnya dilihat sebagai seorang
intelek Melayu yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di
Melaka waktu itu. Selain itu, pengarang amat berminat membaca berbagai-bagai
naskhah hikayat daripada kesusasteraan asing yang diterap daripada
kesusasteraan Hindu..
Pengaruh kesusasteraan Jawa seperti cerita panji dan Cerita Damar Wulan turut
dibawa masuk oleh pengarang.
Pengarang juga amat mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi dan
Arab. Hal ini dapat dibuktikan melalui gaya penulisan pendahuluan teks yang
mempunyai gaya masnawi. Selain itu, pengarang turut memasukkan petikan syair
dan bidalan Arab, termasuklah juga ayat-ayat al-Quran. Penggunaan kalimah-
kalimah Arab juga amat ketara dalam Sejarah Melayu.
PSS SMK BUD 3
CONTOH KARYA-KARYA AGUNG
SULALATUS HIKAYAT HANG HIKAYAT
SALATIN TUAH MERONG
MAHAWANGSA
PSS SMK BUD 3
CONTOH KARYA-KARYA AGUNG
HIKAYAT TUHFAT AL- HIKAYAT
ABDULLAH NAFIS RAJA-RAJA
MUNSYI PASAI
PSS SMK BUD 3
SULALATUS SALATIN
PSS SMK BUD 3
• Naskah asal karya ini bernama Hikayat Melayu.
• Sulalatus Salatin bermaksud Salasilah Raja-Raja atau
Peraturan Segala Raja-Raja
• Karya ini menceritakan asal-usul keturunan raja Melaka,
adat-istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu
Melaka.
• Pada tahun 1612, karya ini telah disusun dan ditulis semula
oleh Tun Sri Lanang.
PSS SMK BUD 3
• Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah
mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman
Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang
pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mengatakan
bahawa setelah Portugis menjajah Melaka, salinan Sejarah Melayu
telah dibawa ke Goa.
• Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila pihak Portugis
datang menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke
Goa di tanah India sebelum dibawa balik ke Johor beberapa tahun
kemudian oleh orang Kaya Suguh.
PSS SMK BUD 3
• Sejarah Melayu ini ditulis di Melaka dan dibawa
bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur
dari Melaka pada tahun 1511.
• Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari
Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang
turun masa kini merupakan teks yang disalin
dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting
semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada
bertarikh 1808.
PSS SMK BUD 3
HIKAYAT HANG TUAH
PSS SMK BUD 3
Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar
cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman.
Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang
berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri,
keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat
penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing,
yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman
prapencerobohan Portugis di Melaka.
Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang
kekal dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”.
PSS SMK BUD 3
Laksamana Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada
masa pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Kesultanan Melayu
Melaka sebenarnya bermula pada tahun 1400 sehingga 1511.
Menurut rekod sejarah, Laksamana Hang Tuah dilahirkan di Kampung Sungai
Duyong, Melaka iaitu pada tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud
manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi
hulubalang istana yang handal suatu ketika duhulu manakala ibunya pula
merupakan keturunan dayang di istana.
Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan
merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
PSS SMK BUD 3
HIKAYAT
MERONG MAHAWANGSA
PSS SMK BUD 3
Hikayat Merong Mahawangsa mengambil judulnya daripada nama seorang raja
yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa.
Beliau menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi
nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin
Turan. Hikayat ini dibahagikan kepada lima bahagian.
Pada bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri
mengikut mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai
masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita
yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah diceritakan nenek
moyang raja-raja Kedah yakni Raja Merong Mahawangsa. Beliau dikatakan
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Rom serta menjadi pembesar
kepercayaannya.
PSS SMK BUD 3
Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an,
yang menyumbang keterangan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah
dari mitos & legenda. Penulisan ini menyatukan mitos & realiti sejarah,
antaranya: pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung, kisah Raja
Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses
pengislaman raja Kedah dan lain-lain.
Karya Hikayat Merong Mahawangsa ini ditulis bagi memenuhi suruhan
sultannya iaitu Sultan Muadzam Syah yang dipercayai sebagai sultan
Kedah kedua daripada jurai keturunannya yang beragama Islam. Arahan ini
bertujuan untuk memastikan agar anak cucu keturunan sultan Kedah
mengetahui tentang asal usul, peraturan segala raja-raja Melayu dan
istiadat raja-raja Melayu.
PSS SMK BUD 3
HIKAYAT
ABDULLAH MUNSYI
PSS SMK BUD 3
Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman
dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik & budaya yang luar biasa dari
Barat (Eropah).
Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba
membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran &
kepercayaan lama yang tidak progresif.
Beliau menjadi tokoh yg memperkenalkan genre autobiografi & genre jurnalistik
dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Buku ini mengisahkan pengalaman
hidupnya sepanjang berada di Melaka & Singapura, yang merupakan beberapa
catatan sejarah yang amat penting.
PSS SMK BUD 3
Hikayat ini merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan penulis
dan penduduk negeri Melaka serta peristiwa harian terutamanya yang berkaitan
dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang
Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam atau di luar kerajaan,
penduduk tempatan dan pemerintah.
Abdullah juga telah menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap bahasa
Melayu, sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan sistem
pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan,
bersistem serta teratur.
Hikayat ini juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi
semasa tinggal di Melaka.
PSS SMK BUD 3
TUHFAT AL-NAFIS
PSS SMK BUD 3
Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas
kejatuhan kerajaan Kesultananan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan
karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya
Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu
dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat al-
Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat,
Sulawesi Selatan dan Betawi.
Tuhfat al Nafis merupakan sebuah karya Raja Ali Haji yang menceritakan susur
galur sejarah orang Bugis di Melaka, Johor dan juga Riau. Raja Ali Haji
menekankan konsep historigrafi tentang perihal orang Bugis dalam penjajahan dan
penaklukan yang mengandungi bayak siri peperangan antara Raja Melayu dan
Raja Bugis.
PSS SMK BUD 3
Buku tersebut adalah hasil daripada catatan Raja Haji Ahmad, iaitu ayahanda
kepada Raja Ali Haji, setelah Raja Haji Ahmad wafat maka tugas penulisan
disambung oleh Raja Ali Haji.
Di dalam Tuhfat Al Nafis banyak menyelitkan unsur sejarah yang mencatatkan
peristiwa dan pentarikhan yang tepat. Gaya kepengarangan beliau yang lebih
objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis kepada beliau
sendiri berketurunan Bugis. Bahkan setiap bab, Raja Ali Haji memperincikan
secara mendalam tentang hubungan kerabat dan peristiwa yang mengangkat
orang Bugis sebagai pemerintah Johor yang meluaskan kuasa pemerintahan
melalui pengembaraan, pelayaran dan peperangan bersiri.
PSS SMK BUD 3
HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI
PSS SMK BUD 3
Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi
suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula
bertapak pada abad ke-13.
Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi
terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan
penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah
memeluk Islam).
Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang
dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.
PSS SMK BUD 3
Antara pemikiran yang terdapat dalam Hikayat Raja-raja Pasai ialah kedatangan
Islam ke negeri Pasai, jurai keturunan raja Pasai, sejarah pembentukan negeri
Pasai, Kezaliman pemerintahan raja, dan kesetian kepada pemerintah.
Hikayat Raja Pasai tergolong dalam genre sejarah yang banyak menceritakan
tentang kisah Raja Pasai yang telah memeluk agama Islam. Ia meliputi kisah
pembukaan negeri, corak pentadbiran, politik, sosial sejak dari kewujudan,
perkembangan, zaman keemasan, kekalahan hinggalah zaman keruntuhannya.
PSS SMK BUD 3
CERITA JENAKA MELAYU
PSS SMK BUD 3
Dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka
Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak
Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si
Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang
Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi Cerita Jenaka bukan
sahaja sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang
biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan diperturunkan dari
generasi ke generasi.
Begitulah salah satu cara orang Melayu dahulu kala menyampaikan
sesuatu ilmu atau pengajaran, iaitu melalui cerita.
PSS SMK BUD 3
Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang
ditinggalkan ialah “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Melalui cerita
ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa”
tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang
berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan
“hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan “aset”
yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan
kebijaksanaan rakyat, iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan
sosial dan struktur kuasa masyarakatnya.
PSS SMK BUD 3
PENUTUP
• Karya agung ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta
seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dalam
menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi,
kesedaran moral dan visi bangsa dan masyrakatnya melalui bentuk
sastera dan seni yang tinggi nilainya.
PSS SMK BUD 3