TEKS JURUACARA MAJLIS MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR BAGI BULAN JULAI 2023 31 JULAI 2023 (ISNIN) JURUACARA AGENDA TEKS CATATAN PENGUMUMAN AWAL AI Mohon kerjasama kepada para tetamu jemputan untuk mengambil tempat terlebih dahulu sebelum majlis kita dimulakan sebentar sahaja lagi. Majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan ke majlis. Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untuk mengambil tempat dahulu di pentas jemputan/tempat duduk yang telah dikhaskan. Terima kasih. Terlebih dahulu, pihak majlis memohon kerjasama semua untuk berada dalam keadaan senyap dan memastikan telefon bimbit masing-masing berada dalam keadaan mode senyap, bagi memastikan perjalanan majlis kita berjalan dalam keadaan baik. Terima kasih.
PN JAMNAH Ketibaan Pengarah Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr. Jafri bin Abu Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Jemputan semua berdiri Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor Ikrar Lagu Negaraku & Lagu Negeri Selangor En. Roslan bin Zakaria akan naik ke pentas untuk pimpinan lafaz ikrar Jemputan terus menyayi lagu tanpa ‘que’ Pengacara Majlis Jemputan terus berdiri untuk bacaan ikrar PN JAMNAH Salutasi Terima kasih diucapkan kepada En. Roslan bin Zakaria, atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi. Menguntum manis senyuman si dara Datang teruna ingin bersua Selamat datang selamat sejahtera Salam hormat untuk semua Ke Pekan Kuala membeli bingka Sayang pesanan terlupa sudah Majlis bermula tirai dibuka Dengan alunan madah yang indah
Yang Berusaha, Dr. Jafri bin Abu, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Yang Berusaha, Puan Hanisah binti Mohd Ali Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Yang Berusaha, Puan Yasmin binti Kamarudin, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid Yang Berusaha, Encik Mohammad Nuri bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Yang Berusaha, Encik Fatzlee bin Hashim Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Selangor
AI Ketua-Ketua Penolong Pengarah Kanan Ketua-Ketua Penolong Pengarah Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Negeri Selangor Para Pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Dan para hadirin yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera Salam Anak yang Baik lagi Cerdik Dan Salam JPN Selangor Sentiasa Berkualiti dan Terus Unggul Untuk makluman hadirin, Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini dikelolakan bersama oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan serta Sektor Psikologi dan Kaunseling. Tema Perhimpunan bagi Bulan Julai ialah Demi Masa. Saya Pn. Hjh Jamnah binti Zolkefli selaku Pengacara Majlis bagi Perhimpunan Bulan Julai 2023 bersama… Saya Jef Hazmin Pengacara AI Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi bulan Julai 2023
PN JAMNAH Bacaan Doa Bunga kaca cantik tersemat, Disanggul gadis manis pekerti, Doa dibaca memohon rahmat, Semoga majlis sentiasa diberkati. Hadirin yang dikasihi sekalian, Bagi menambahkan keberkatan majis pada pagi ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput En. Sahrun Nizam bin Munjir, Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. BACAAN DOA ON Amin….amin….. ya rabbal alamin…. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Sahrun Nizam bin Munjir atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan dilimpahi rahmat hendaknya.
PN JAMNAH & AI Ucapan Pengarah Emas Tempawan buat mu puteri Busana indah buat rupawan Sudilah tuan tampilkan diri Bersama madah kata ucapan Hadirin yang dihormati sekalian, Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan dan amanat Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Bagi Bulan Julai Tahun 2023. Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Dr. Jafri bin Abu, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN PENGARAH ON Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Yang Berusaha, Dr. Jafri bin Abu, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sebentar tadi.
Semoga amanat yang disampaikan menjadi pembakar semangat kepada kita agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik. AI Persembahan Montaj / Video Klip Hadirin yang dimuliakan Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan pula video selayang pandang bagi program yang telah dijalankan oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Sektor Psikologi dan Kaunseling. PN JAMNAH Info-info Semasa Hadirin yang dirahmati sekalian. Seterusnya, majlis ingin berkongsi mengenai perkembangan terkini di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Berikut dipaparkan maklumat pertukaran pegawai dan kakitangan, pegawai dan kakitangan yang bersara serta senarai pegawai dan kakitangan JPN Selangor yang menyambut ulangtahun kelahiran bagi bulan Julai. PAPARAN SENARAI ULANGTAHUN KELAHIRAN BULAN JULAI ON PN JAMNAH Khabar Duka Hadirin yang dikasihi sekalian,
Kita telah mendapat khabar duka tentang pemergian insan-insan tersayang kepada rakan sekerja di jabatan yang telah menemui penciptaNya. Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Abdul Aziz bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Pusat Ko kurikulum telah kehilangan ibu mertua Hjh Patimah binti Haji Jahari beliau pada 7 Julai 2023 En. Razif bin Suaid @Shuaib, Juruteknik Komputer telah kehilangan bapa tercinta En Shuaid @ Shuaib Bin Shafie pada 9 Julai 2023 dan Puan Suzana binti Abdullah, Kaunselor Pendidikan, Sektor Psikologi dan Kaunseling, telah kehilangan bonda tercinta Pn Hasnah Binti Said pada 20 Julai 2023. Al-fatihah.. Kami seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga. Pengacara AI Paparan klip pekerja terbaik Hadirin sekelian, Tibalah masanya yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Pekerja Terbaik bagi Bulan Julai. Penerima Anugerah adalah seperti yang berikut; Gambar biodata pekerja terbaik akan dipaparkan serta dengan suara latar AI
Pekerja terbaik yang pertama dalam kategori pegawai, beliau dilahirkan pada 12 Julai 1985 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan merupakan anak yang kedua daripada 4 orang adik beradik. Dalam bidang kerjaya beliau pernah menjadi Jurutera di MSC, Penganalisa Sistem di Tokio Marine. Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Selain itu, beliau pernah bertugas di Pejabat Pembangunan Pesekutuan Negeri Selangor dan kini beliau berkhidmat di Sektor Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Beliau yang dimaksudkan adalah Puan Wan Nadiah binti Wan Mansor, Penolong Pengarah, Memangku M48 K U P, Sektor Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Tahniah diucapkan Pekerja terbaik yang seterusnya dalam kategori Anggota kumpulan pelaksana. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, pada 23 September 1985 dan merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik.
Beliau mula bertugas di Sektor Pengurusan Akademik, kemudian berpindah ke Sektor Jaminan Kualiti, dan kini beliau berkhidmat di Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Beliau mempunyai kemahiran dalam Pengacaraan Majlis, pernah mengambil bahagian dalam pertandingan tarian dan mahir dalam memberi khidmat nasihat berkaitan surat menyurat dokumantasi dan laporan. Beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2013. Beliau seorang yang sangat komited dan berintergriti. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Syazlein binti Ridzuan, Pembantu Tadbir N22 K U P, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor PN JAMNAH Pengarah naik pentas Dengan ini, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Dr. Jafri bin Abu, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ke pentas diiringi oleh Pengerusi Pengelola Perhimpunan Bulan Julai 2023 iaitu En. Mohd Nuri bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan En Mohd Nuri & En Fatzlee mengiringi Dr. Jafri naik pentas
Teknologi Pendidikan dan Encik Fatzlee bin Hashim Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Selangor. PN JAMNAH Penyampaian hadiah pekerja terbaik Dengan segala hormatnya, majlis menjemput Penerima Anugerah Pekerja Terbaik bagi Bulan Julai iaitu 1. Pn. Wan Nadiah binti Wan Mansor 2. Pn. Noor Syazlein binti Ridzuan Tahniah diucapkan kepada Pekerja Terbaik Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bulan Julai 2023. Semoga anugerah ini menjadi pendorong dan motivasi kepada warga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Kedua 2 pekerja terbaik naik pentas untuk menerima cenderahati PN JAMNAH Ketua Auditor Untuk makluman hadirin sekalian, dua orang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengikuti kursus Ketua Juruaudit pada 20-24 Februari 2023. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah dan Syabas di atas pencapaian cemerlang sebagai Ketua Juruaudit (lead Auditor) MS ISO 9001 : 2015 siri 1 tahun 2023 Dengan segala hormatnya dijemput 2 orang penerima sijil pencapaian cemerlang yang dimaksudkan iaitu: 1. En. Kamarul Rizal Sahrin bin Abdul Karim – Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Dua Ketua Juruaudit naik pentas untuk menerima sijil pencapaian
2. dan En. Nahar bin Abdul Halim – Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Tahniah dan syabas diucapkan Terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Jafri bin Abu Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di atas kesudian menyampaikan cenderahati dan sijil. PN JAMNAH Cabutan Bertuah Sesi 1 (15 hadiah) Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah kepada warga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang mendaftar kehadiran pada Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Julai 2023. Untuk pengetahuan Yang Berusaha Dr. Jafri hadirin sekalian, pihak kami telah menyediakan 35 hadiah cabutan bertuah untuk warga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Cabutan bertuah ini akan dibuat secara langsung menggunakan “Wheel of Names” yang akan dipaparkan pada skrin LED di hadapan. Dengan ini majlis menjemput Encik Fatzlee bin Hashim Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Selangor mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah untuk penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah sesi pertama. En. Azuan naik pentas
Sama-sama kita tumpukan perhatian pada “Wheel of Names” di skrin LED untuk cabutan bertuah sesi pertama Dijemput nama yang bertuah pertama …….. naik ke pentas untuk menerima hadiah. Seterusnya, nama bertuah kedua …… dijemput naik ke pentas. Seterusnya….. Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi kerana sudi menyampaikan hadiah untuk cabutan bertuah sesi pertama. Nama yang bertuah akan naik pentas menerima hadiah PN JAMNAH Cabutan Bertuah Sesi 2 (15 hadiah) Seterusnya majlis menjemput Encik Mohammad Nuri bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan mengiringi Yang Berusaha Puan Hanisah binti Mohd Ali, Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran untuk penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah sesi kedua. Tumpukan perhatian anda semua pada “Wheel of Names” Nama siapakah yang bertuah untuk kali ini? sama-sama kita saksikan. Puan Hanisah naik pentas Nama yang bertuah akan
Dijemput nama yang bertuah seterusnya …….. naik ke pentas untuk menerima hadiah. Seterusnya…. Terima kasih kepada Yang Berusaha Yang Berusaha Puan Hanisah binti Mohd Ali kerana sudi menyampaikan hadiah untuk cabutan bertuah sesi kedua. naik pentas menerima hadiah PN JAMNAH Cabutan Bertuah Sesi Akhir (5 hadiah) Hadiah Ketiga Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, cabutan bertuah untuk Hadiah Utama, Kedua dan Ketiga. Dengan ini majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Dr Jafri bin Abu, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk tampil ke atas pentas diiringi oleh Pengerusi Pengelola Perhimpunan Bulan Julai 2023 iaitu En. Mohd Nuri bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Encik Fatzlee bin Hashim Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Selangor. bagi penyampaian hadiah cabutan bertuah. Debaran makin terasa, siapakah akan membawa balik hadiah Utama cabutan bertuah kali ini. Untuk makluman ada dua hadiah untuk cabutan bertuah Hadiah Ketiga ini yang berupa sebuah DRON Anda semua bersedia?
Dron (2 Hadiah) Hadiah Kedua Kita saksikan pada “Wheel of Names”. Urus setia sedia untuk putaran pertama. Tahniah kepada pemenang pertama untuk Hadiah Ketiga iaitu ……. dan dijemput naik ke pentas untuk menerima Hadiah. Jom kita lihat putaran seterusnya. Seterusnya, dijemput ….. pemenang kedua untuk Hadiah Ketiga juga yang akan menerima hadiah Sebuah Dron. Seterusnya “Wheel of Name” akan diputarkan lagi untuk Hadiah Kedua, sama-sama kita saksikan. Sebanyak dua hadiah untuk Hadiah Kedua ini. Penerima cabutan bertuah ini akan menerima Hadiah berupa Android Tablet. Tahniah kepada penerima pertama ……. dan dijemput naik ke pentas untuk menerima Hadiah Kedua. Jom kita lihat putaran seterusnya. Seterusnya, dijemput ….. pemenang untuk Hadiah Kedua juga yang akan menerima hadiah Sebuah “Android Tablet”.
Android Tablet (2 Hadiah) Hadiah Utama Drawing Tablet (1 Hadiah) Putaran “Wheel of Names” seterusnya adalah putaran yang terakhir untuk hadiah UTAMA bagi cabutan bertuah Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi Bulan Julai 2023. Untuk makluman Dr Jafri dan para hadirin, Hadiah Utama bagi cabutan bertuah adalah sebuah Drawing Tablet. Siapakah pemiliknya….. Mari kita tumpukan perhatian pada skrin LED. Mohon para hadirin semua diminta bertenang. Dan penerima bagi hadiah cabutan bertuah kali ini ialah….. Tahnah diucapkan kepada …… anda memang bertuah Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di Skrin LED. PN JAMNAH Penyerahan Folder Perhimpunan Hadirin yang dikasihi sekalian Untuk makluman semua, Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Bagi Bulan Ogos 2023 akan dikelolakan oleh Sektor Pengurusan Maklumat dan Sektor Integriti.
Dengan ini, mewakili barisan urus setia perhimpunan kali ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En. Mohamad Nuri bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan untuk menyerahkan folder urus setia perhimpunan kepada Puan Rozalina binti Mohd Jalil, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Maklumat selaku wakil urus setia majlis perhimpunan bulanan bagi bulan Ogos 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan. PENYERAHAN FOLDER PERHIMPUNAN ON Terima kasih kepada Dr Jafri bin Abu kerana sudi menyampaikan cenderahati dan Folder tersebut. Majlis menjemput Dr. Jafri mengambil tempat. PN JAMNAH & AI Penutup Hadirin yang dimuliakan, Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja, Sebarang kelemahan harap dimaafi, Segala kerjasama sangat dihargai, Terima kasih sekalung budi, Kenangan nan indah simpanlah dihati
Semoga kita berjumpa lagi. Dengan penyerahan folder perhimpunan bulanan sebentar tadi, maka sempurnalah sudah majlis kita pada hari ini. Kami, dari Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Sektor Psikologi dan kaunseling sebagai urus setia majlis perhimpunan bulanan pada kali ini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Sebelum mengakhiri majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan Lagu Pendidikan Bestari Gemilang sebagai penutup acara. Dijemput Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Ketua Penolong Pengarah Sektor serta Ketua Pegawai Pendidikan Daerah untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di bilik jamuan Karangkraf. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.