The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan bacaan kanak-kanak secara digital

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM7-0620 Umi Nadzirah Binti Md Takim, 2022-06-30 13:04:03

Koleksi Cerita Rakyat

Bahan bacaan kanak-kanak secara digital

Keywords: Cerita rakyat,Bahasa Melayu,Buku Cerita

123

Raja Bersiung Ikan Sembilang Mat Jenin

45 6

Awang yang Pak Kaduk Si Luncai
Lurus dengan
7 Labunya

Padi Berbuah 8
Emas
Batu Belah
Batu

Bertangkup

Tekan pada tajuk cerita yang ingin
dibaca

Negeri Kedah diperintah oleh Raja Bersiung. Baginda mempunyai
rupa yang garang dan sangat ditakuti rakyatnya. Setiap kemahuan
Raja Bersiung mesti dipenuhi. Tiada sesiapa pun yang berani
membantah kemahuan Raja Bersiung.

“Cepat masakkan beta makanan,” titah Raja Bersiung yang
kelaparan kepada tukang masak. Tukang masak pun memasak sayur
dengan cepat. Tiba-tiba dia terhiris jarinya. Darah tukang masak
menitis ke dalam sayur bayam.

“Beta tidak pernah makan sayur bayam seenak ini,” titah Raja
Bersiung. Baginda pun memanggil dan bertanya kepada tukang
masak, mengapa sayur itu sangat sedap.

Tukang masak sangat takut.Dia menceritakan kejadian yang
berlaku kepada Raja Bersiung. “Sayur bayam tuanku bercampur
dengan darah patik,” kata tukang masak.

Sejak hari itu, Raja Bersiung sanggup membunuh rakyatnya
untuk memenuhi seleranya. Gigi taring Raja Bersiung bertambah
panjang. Baginda menjadi semakin zalim.

Pada suatu hari, pembesar-pembesar istana bersidang.
Pembesar-pembesar tidak mahu rakyat hidup dalam ketakutan lagi.
Pembesar-pembesar mengarahkan rakyat menyerang istana.

“Rakyat beta sudah memberontak lebih baik beta melarikan diri
sebelum dibunuh,” kata Raja Bersiong.

Raja Bersiong tidak berani pulang ke istana. Sejak itu Negeri
Kedah aman damai. Rakyat hidup dengan gembira.

Terdapat sebuah tasik di pinggir kampong. Di dalam tasik itu ada
banyak ikan. Namun begitu tiada sesiapa pun yang berani
menangkap ikan di tasik itu

Dikatakan sesiapa sahaja yang cuba menangkap ikan di situ
akan ditimpa bencana.

Suri baru berpindah ke kampung itu. “Mustahil menangkap
ikan boleh membawa bencana kepada aku,” kata Suri.

Ketika bulan mengambang, Suri pergi ke tasik itu. Dia
membawa serawan jala dan beras sebagai umpan.

Suri menabur beras ke dalam tasik. Ikan di dalam tasik itu,
berebut-rebut untuk makan beras. Setelah berjaya menangkap
sembilan ekor ikan, Suri pun pulang. Dia pun menyiang ikan- ikan
itu. Kemudian dia memasak ke semua ikan- ikan itu sebelum
dimakan.

Keesokkan paginya, Suri berasa sakit perut. Dia menjerit
meminta tolong. Jiran-jirannya datang untuk membantu. Namun
tiada siapa dapat menolongnya.

Tiba-tiba terdengar suara dari mulut Suri. Kamu telah makan
sembilan ekor ikan. Sekarang, sebagai balasan kamu disumpah
menjadi ikan sembilang.

Inilah balasan kepada orang yang degil dan suka bertindak
sesuka hati.

Pada Zaman dahulu ,di sebuah kampung terdapat seorang pemuda
bernama Mat Jenin.Dia sangat dikenali diseluruh kampung kerana
suka berangan-angan dan dia seorang pemuda yang pemalas

Pada suatu hari,Ketua kampung yang bernama Pak Mat ingin
memetik kelapa namun pokok kelapanya terlalu tinggi. 0leh itu,dia
ingin meminta pertolongan Mat Jenin.

"Panjang umur kau Mat.Aku baru mahu ke rumah kau.",kata Pak
Mat dengan gembiranya apabila melihat Mat Jenin berjalan sambil
bercakap-cakap sendiri dihadapan rumahnya.Mat Jenin
menghentikan langkahnya.

"Kau tolong aku petik kelapa kat belakang rumah tu.Nanti aku
berikan daging kambing sebagai balasannya.",Kata Pak Mat sambil
menunjukkan pokok kelapa dibelakang rumahnya.Mat Jenin
tersenyum.Dia sudah lama tidak merasa daging kambing. Mat Jenin
pun bersetuju.

"Jangan berangan kat atas pokok kelapa tu pula. Bahaya.", pesan
Pak Mat sebelum bayangan Mat Jenin menghilang ke belakang
rumah.

Sebaik sahaja sampai dibelakang rumah,Mat Jenin terus
memanjat kelapa itu dengan penuh semangat. Dalam kekhusyukkan
memetik kelapa,dia terlihat anak gadis Pak Mat yang menjadi
idaman para jejaka dikampung itu menjemur baju Tanpa sedar dia
mula berangan-angan. Dia telah menjadi seorang yang kaya-raya.

"Aku kaya!!!!!.",jeritnya diatas pokok kelapa itu.

Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa yang dia sebenarnya
masih memetik kelapa dan begitu tinggi kedudukannya.0leh kerana
dia sudah melepaskan pautannya pada pokok kelapa itu,tubuhnya
hilang imbangan lalu terus jatuh melayang kebawah.Akhirnya Mat
Jenin mati kerana angan-angannya.

Awang yang tinggal bersama-sama ayahnya. Ayahnya alim. Awang anak yang
taat. Dia akan membuat apa sahaja yang disuruh.

Pada suatu hari, ayah Awang dipanggil membaca doa di rumah jiran. Sebelum
pergi dia berpesan kepada anaknya.

“Jika ada orang memanggil ayah, kamu hendaklah segera memanggilku,”
kata ayahnya.

Tidak lama kemudian ada orang datang memanggil ayah Awang. Dia pun
memanggil bapanya dari rumah hinggalah ke tempat ayahnya berada. Dia
termengah-mengah.

Apabila dia sampai, ayahnya marah kerana caaranya yang tidak sopan itu.
Ayahnya memberitahu pada waktu lain, Awang hendaklah berjalan dan
memberi salam. Kemudian naik ke rumah, berjabat tangan dan baharulah
berbisik ke telinganya.

Pada hari yang lain rumahnya terbakar. Awang teringat pesanan ayahnya. Dia
pun berjalan lambat-lambat ke rumah di mana ayahnya sedang membaca
doa. Dengan sopan dia memberi salam, naik ke rumah dan menjabat tangan
semua yang hadir. Kemudian dia pun berbisik ke telinga ayahnya.

“Apa, rumah kita terbakar?” tanya ayah Awang. Ayahnya memarahi dia.
Awang dihalau oleh ayahnya.

Akhirnya dia diterima bekerja sebagai pengawal istana. Sewaktu di istana dia
telah disuruh oleh sekumpulan pencuri membantu mencuri harta raja. Awang
yang patuh pun mengumpulkan semua peti harta.

Pencuri itu menyuruh Awang melepaskan peti harta di tembok. Apabila Awang
melihat pencuri itu menanti di bawah tembok, dia pun menjatuhkan peti harta
itu. Semua pencuri itu terhempap dan mati di situ juga. Raja amat gembira lalu
melantik Awang menjadi panglima.

Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh
raja yang bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung
ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang
yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabung ayam.

Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri
yang miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin
mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan
ayam sabung raja.

Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas.
Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan
bahagian-bahagian baju itu saja.

Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si
Kunani, ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu.
Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani yang
dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan
baginda.

Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga
menggadaikan kampung halamannya kepada raja dengan bernilai 50
rial sebagai wang pertaruhan.

Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat
ketangkasan Si Kunani. Si Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang
terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-lompat
kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah
terkoyak-rabak.

Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah,
Pak Kaduk dimarahi isterinya.

Si Luncai seorang miskin dari hujung kampung begitu ingin menatap
sendiri wajah rajanya. Namun, biarpun telah beberapa kali mencuba,
hasratnya gagal disebabkan wajahnya yang buruk serta tidak
mempunyai pakaian yang sesuai untuk menghadap raja.

Pada suatu hari, dia berjaya juga masuk ke istana dan
menghadap raja. Ketika menghadap raja, terluncur kata dari mulutnya
bahawa muka raja mirip wajah arwah bapanya.

Raja yang zalim itu terasa dipersendakan. Baginya, mukanya
tidak sekali-kali boleh disamakan dengan rakyat biasa.

Tanpa mempertimbangkan perkara ini, raja pun menjatuhkan
hukuman. Si Luncai dihukum bunuh secara dicampakkan ke tengah
laut.

Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam
perahu untuk dibawa ke tengah laut. Si Luncai telah dimasukkan ke
dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.

Apabila sampai, perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari
dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat
di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai
berkata; “kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk
berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk
menghilangkan penat kamu semua itu?”

Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu,
sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar
kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si
Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!”

Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik
dan beberapa orang pekayuh mula menyanyi:

“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
“Biarkan! Biarkan!”

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah
mereka semuanya.

Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan
dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia
mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dari perahu itu.

Perbuatan Si Luncai terjun dengan labu-labunya dilihat oleh
sekumpulan pendayung di bahagian belakang dan berteriak ‘Si Luncai
terjun dengan labu-labunya” untuk memberitahu bahawa Si Luncai
telah berjaya melepaskan diri.

Namun, teriakan itu pula disambut dengan ‘biarkan biarkan’ oleh
pendayung di hadapan kerana menyangka bahawa itu adalah
sebahagian lirik lagu yang mereka nyanyian.

Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air
yang dua biji itu.

Apabila sampai ke tengah laut, kumpulan pendayung di hadapan
baru menyedari bahawa Si Luncai telah berjaya melepaskan diri.
Maka kembali ke darat dan mencari Si Luncai.

Hasan tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai sawah padi
yang sangat luas. Hasan pergi ke sawah untuk menanam padi.
Padi tanamannya menguning cantik. Hasan sangat gembira.
Usahanya tidak sia-sia. Hasan berasa gembira kerana dia akan
menjadi orang yang paling kaya di kampungnya.

Malangnya, ada sekawan burung pipit yang selalu makan
padi tanaman Hasan. Hasan tidak suka dengan keadaan itu.
Hasan menggunakan lastik untuk menghalau burung-burung pipit
itu.

Tetapi, burung-burung itu hanya lari untuk seketika.
Burung-burung itu akan kembali semula untuk makan padi
kepunyaan Hasan. Akhirnya Hasan berasa letih kerana usahanya
tidak berhasil.

Suatu hari, datang seorang nenek tua berjumpa Hasan.
Nenek itu menasihati Hasan agar berkongsi rezeki yang
diperolehnya dengan orang lain. Hasan teringat kepada
burung-burung pipit yang selalu makan padi di sawahnya.

Sejak hari itu, Hasan membiarkan burung-burung pipit itu
makan padinya. Tiba-tiba padi kepunyaan Hasan berubah
menjadi emas. Hasan sangat bersyukur.

Sejak itu, hidupnya bertambah senang. Dia selalu menolong
orang kampung yang susah.

Terdapat sebuah keluarga yang tinggal di hujung kampung. Mereka
ialah Mak Tanjung serta anak-anaknya, Melur dan Pekan.

Mak Tanjung terinign makan telur ikan tembakul. Dia pergi menyauk
ikan tembakul di sungai.

Mak Tanjung dapat menangkap seekor ikan tembakul. “Telur ikan
tembakul amat sedap. Aku tidak sabar makan telurnya,” kata Mak
Tanjung.

Dia pun membawa ikan tembakul itu pulang ke rumah. Mak Tanjung
meminta Melur memasak gulai ikan manakala telurnya pula digoreng.

Kemudian Mak Tanjung ke hutan untuk mencari kayu api.

Bau gulai ikan tembakul menyebabkan Pekan berasa lapar. Pekan
berjumpa kakaknya. Dia mengadu yang dia berasa lapar.

Pekan menjerit-jerit mahu makan kerana lapar. Melur merasa kasihan
melihat Pekan yang kelaparan. Akhirnya dia mengalah.

Pekan makan semua telur ikan tembakul. Melur berasa sangat
terkejut.Melur tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara itu
kepada emaknya.

Tidak lama kemudian Mak Tanjung balik ke rumah. “Sampai hati kamu
berdua buat emak begini,” rungut Mak Tanjung. Air mata Mak Tanjung
mengalir tidak berhenti-henti.

Mak Tanjung berlari ke arah batu belah batu bertangkup. Batu itu
berpuaka. “Emak, jangan tinggalkan kami,” jerit Melur dan Pekan
sambil mengejar emak mereka.

“Wahai batu, telanlah aku. Aku tidak dapat makan telur ikan
tembakul,” kata Mak Tanjung. Batu itu pun menelan Mak Tanjung.

Melur dan Pekan menyesal kerana tidak mendengar pesan emak
mereka.


Click to View FlipBook Version