INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073
NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
UMI NADZIRAH BINTI MD TAKIM
NO. ANGKA GILIRAN: 2020192340214
NO. KAD PENGENALAN: 011204-10-0868
KUMPULAN: KUMPULAN PISMP F11
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3073 (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)
NAMA PENSYARAH: PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI
TAJUK TUGASAN PROJEK: PENULISAN AKADEMIK
18 APRIL 2022
TARIKH MULA: 12 MEI 2022
TARIKH HANTAR:
TARIKH MAKLUM BALAS
PENSYARAH:
ISI KANDUNGAN HALAMAN
PERKARA
ISI KANDUNGAN ……………………………………………………………. 2
PENGHARGAAN …………………………………………………………….. 3
1.0 PENGENALAN …………………………………………………………... 4
2.0 KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH ……………………………. 4
3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 5
3.1 Aspek Fizikal …………………………………………………….. 5
3.2 Aspek Emosi………………………………………………………. 6
3.3 Aspek Sosial ……………………………………………………… 7
3.4 Aspek Sosiolinguistik ……………………………………………. 8
8
KESIMPULAN …………...……………….…………..………………………
RUJUKAN …………………………………………………………………….. 9
LAMPIRAN …………………………………………………………………… 11
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberikan saya kesihatan
yang baik dan petunjuk untuk menyelesaikan kerja khusus ini dengan sempurna. Sehubungan
itu, saya dapat menyelesaikan kerja khusus ini tepat pada waktunya iaitu pada 12 Mei 2022.
Sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapat menambah pengetahuan sedia ada saya
dengan perkongsian ilmu yang diberikan oleh pensyarah sendiri dan melakukan kajian
daripada pelbagai sumber. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan teguran dan cadangan membina.
Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Puan Nor Rul Azlifah binti Zulkafali sebagai
pensyarah kursus Budaya dan Pembelajaran kerana telah memberikan sokongan dalam
menghasilkan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan
keluarga yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam segala hal khususnya dalam
mengejar cita-cita menjadi seorang guru ini. Mereka banyak memberikan nasihat supaya
kekal kuat dan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka juga banyak membantu
saya dengan memberikan bantuan kewangan dalam melaksanakan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang ringan tulang dalam membantu bagi
menyelesaikan tugasan ini demi merialisasikan impian kami semua. Tanpa mereka semua,
tidak mungkin saya dapat menyelesaikan pada waktu yang ditetapkan. Saya juga ingin
memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam
menghasilkan tugasan ini. Segala kekurangan daripada saya mohon dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya dari
khilaf saya sendiri.
3
1.0 PENGENALAN
Dasawarsa ini, perubahan demi perubahan dalam pendidikan dapat dilihat kemajuannya
sejajar dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat pada masa kini. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menatapkan akses sebagai salah
satu aspirasi sistem pendidikan negara (Goay Teck Chong, Wong Yew Hong dan Suraini
Basir, 2013). Berdasarkan pendapat tersebut, akses yang ditekankan di sini adalah dari
aspek kesamarataan pendidikan dalam kalangan murid sekolah dari segi sosiobudaya,
perpaduan kaum dan perbezaan latar belakang. Signifikannya, jurang ini cuba ditangani
oleh pihak sekolah bagi memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan harmoni tanpa wujudnya sifat pilih kasih atau unsur berat
sebelah. Guru merupakan tunjang utama untuk merealisasikan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan mewujudkan pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya. Perkara ini sejajar dengan hujah Sufean Hussin (2004), yang menyatakan
bahawa sekolah merupakan sebuah institusi yang dapat mewujudkan semangat
perpaduan dalam kalangan murid. Justeru, guru berperanan penting untuk menguruskan
bilik darjah yang mesra budaya.
2.0 KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Dalam Islam, Allah berfirman “menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”. Tidak
dapat dinafikan bahawa sesiapa sahaja berhak untuk menuntut ilmu pengetahuan tanpa
mengira perbezaan yang wujud dalam kalangan murid. Justeru, pengurusan bilik darjah
merupakan satu elemen penting yang perlu dititikberatkan bagi memastikan
keberkesanan hasil pembelajaran walaupun berlainan sosiobudaya. Umumnya,
pengurusan bilik darjah adalah melibatkan pembinaan suasana pembelajaran dalam bilik
darjah bagi meningkatkan motivasi murid dan dapat memupuk sifat positif dari pelbagai
aspek. Manakala, pengurusan bilik darjah mesra budaya bermaksud cara guru dan murid
bekerja antara satu sama lain, bagaimana mereka saling bekerjasama dan bagaimana
suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku (Bosch, 2006).
Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pengurusan bilik darjah yang mesra budaya
adalah amat relevan untuk diaplikasikan oleh guru dalam konteks pendidikan bagi
mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan murid. Misalnya, tiada pagar yang dapat
memisahkan hubungan antara murid kerana telah wujud integrasi nasional, di mana murid
Melayu boleh berinteraksi dengan baik antara murid Cina dan India serta sebaliknya.
Namun, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan bilik darjah
dalam suasana mesra budaya.
4
3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Cabaran besar yang perlu ditempuhi bagi seorang guru adalah mewujudkan sebuah bilik
darjah yang mesra budaya kerana setiap tanggapan murid adalah berbeza-beza terhadap
rakan yang berlainan bangsa atau budaya. Guru menjadi nadi untuk mengubah persepsi
yang negatif dan menjadi ejen perubahan supaya murid dapat mewujudkan sifat toleransi
antara pelajar dan mencorakkan generasi yang mengekalkan perpaduan. Berikut
merupakan langkah-langkah pengurusan bilik darjah yang boleh dilakukan oleh guru dari
pelbagai aspek.
3.1 Aspek Fizikal
Pengurusan aspek fizikal bukan hanya tertumpu dari aspek kemudahan prasarana
serta kemudahan fizikal semata, tetapi dari pengurusan persekitaran fizikal juga.
Hal ini dikatakan demikian bagi mewujudkan satu suasana serta iklim
pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari
pelbagai latar belakang budaya dan sosial (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010).
Antara langkah yang boleh diambil oleh guru untuk mewujudkan bilik darjah
yang mesra budaya ialah mengatur susunan kerusi dan meja murid dalam
keadaan yang selesa dan kondusif. Marland (1975) menyatakan persekitaran
fizikal bilik darjah yang kondusif sangat penting kerana akan menggalakkan
pembelajaran yang berkesan. Dalam pembelajaran abad ke-21, susunan meja
membolehkan pelajar berinteraksi dan melaksanakan kolaborasi bagi
meningkatkan kemahiran berfikir. Contohnya, susunan meja dilakukan secara
berkumpulan, di mata satu kumpulan terdapat empat meja. Beberepa kumpulan
meja disusun dengan rapi supaya dapat memudahkan guru dan murid bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh hal yang demikian, seseorang guru
harus menyusun atur tempat duduk dengan mempelbagaikan murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum bagi mewujudkan interaksi sosial antara mereka.
Selain itu, antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru ialah menceriakan
kelas seperti menghias bilik darjah, memastikan pencahayaan mencukupi,
mengemaskini papan kenyataan dan sebagainya. Menurut Haliza Hamzah dan
Joy Nesamalar Samuel (2016), beliau menyatakan aspek keceriaan kelas adalah
sangat penting kerana sesebuah kelas yang ceria mampu meningkatkan
semangat dan motivasi untuk belajar di samping mampu meningkatkan prestasi
murid. Murid diberikan peluang untuk mempamerkan apa-apa sahaja bahan
budaya atau etnik. Misalnya, hiasan bilik darjah yang boleh dipamerkan ialah
5
model makanan bagi setiap budaya, pemakaian mengikut kaum seperti baju
kurung, cheongsam, dan sari serta meletakkan portrait tokoh-tokoh atau pemimpin
Malaysia. Secara tidak langsung, hiasan ini dapat memberikan ilmu dan dapat
mengetahui adat resam setiap kaum di Malaysia. Oleh itu, susun atur dan hiasan
bilik darjah merupakan langkah yang boleh dilaksanakan bagi aspek fizikal.
3.2 Aspek Emosi
Menurut Noriati A. Rashid et al (2017), emosi ialah satu perasaan dan juga gerak
hati yang dialami oleh seseorang individu yang terpapar melalui tindak balas
fisiologi sekiranya berlaku rangsangan terhadap emosi. Emosi murid bergantung
kepada fakor layanan murid kepada mereka. Jika guru cenderung terhadap
layanan yang positif, maka tahap emosi murid dalam keadaan yang baik.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya bagi aspek emosi ialah guru perlu memberikan layanan
yang adil kepada semua murid tanpa membezakan sesama mereka. Menurut
Muhyiddin (2012), UNESCO telah mewujudkan pendekatan, iaitu “Pendidikan
untuk Semua”. Ini bermakna pendidikan ini bersifat universal dan tidak mengira
status seseorang untuk mengikutinya. Guru berhadapan dengan murid yang
datang dari pelbagai etnik, budaya dan latar belakang sosial yang berbeza.
Walaupun terdapat perbezaan warna kulit, agama dan kepercayaan, namun
layanan yang diberikan perlulah sama rata dan tiada unsur resist. Contohnya, guru
hanya bergaul dan berkomunikasi dengan murid berbangsa Melayu sahaja dan
mengabaikan murid daripada kaum Cina dan India. Tindakan ini perlu dielakkan
kerana ia akan memberikan impak yang negatif terhadap persekitaran bilik darjah.
Sepatutnya, gurulah yang menjadi role model atau suri teladan kepada muridnya
dengan mengamalkan nilai berkasih sayang antara satu sama lain. Oleh itu,
jelaslah memberikan layanan yang adil kepada murid merupakan salah satu
langkah yang boleh diaplikasikan oleh guru bagi mewujudkan bilik darjah mesra
budaya.
Selain itu, guru juga perlu membentuk persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan dan ceria. Suasana kemesraan di dalam bilik darjah akan wujud
sekiranya guru bersifat periang, peramah, penyayang dan memasukkan elemen
kecindan dalam PdP. Penerapan aktiviti yang menyeronokkan juga dapat
memberikan keterujaan kepada murid untuk meneruskan sesi pengajaran dan
6
mempunyai semangat yang berbeza. Guru juga boleh menerapkan teknik didik
hibur seperti nyanyian, permainan dan sebagainya khusunya dalam penghasilan
bahan bantu mengajar (BBM). Abdul Rasid Jamian (2016) menyatakan amalan
pengajaran guru yang berkesan ialah mereka yang mempelbagaikan kaedah
pengajaran, penyediaan BBM dan memahami isi kandungan yang akan dipelajari.
Sebagai contoh, dalam PdP Bahasa Melayu, guru mencipta lagu Kata Nama yang
dapat memudahkan murid memahami Kata Nama dengan lebih mudah. Ia bersifat
serampang dua mata di mana murid dapat berseronok menyanyikan lagu dan
secara tidak langsung guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan melalui bait
lirik lagu. Jelaslah, guru perlu mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan
supaya murid termotivasi untuk belajar.
3.3 Aspek Sosial
Herawati Surganegara (2019) mendefinisikan konsep sosial sebagai segala
sesuatu yang bertalian dengan sistem hidup bersama atau hidup bermasyarakat
dari orang atau hidup bermasyarakat. Murid-murid mengalami perkembangan
sosial dan mereka cuba untuk menguasai kemahiran berinteraksi dengan orang
lain, pembentukan kendiri dan mengawal diri sendiri. Sebagai seorang guru
hendaklah menunjukkan contoh yang baik dengan mengeluarkan tutur kata yang
sopan kepada murid-muridnya. Hal ini kerana, mereka dapat bergaul dengan
rakan sekelas dengan cara yang sopan dan berhemah serta saling menghormati
antara satu sama lain. kesannya, pergaduhan antara rakan sekelas dapat
dielakkan. Contohnya, apabila guru memanggil nama pelajar, guru memanggil
dengan nama yang betul dan guru tidak mengherdik atau mencaci murid di
hadapan murid yang lain sehingga memalukan murid tersebut. Secara tidak
langsung, murid akan mencontohi guru dengan menuturkan kata-kata yang baik.
Selain itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti pembelajaran yang
mendedahkan murid untuk bekerjasama. Ragbir Kaur Joginer Singh (2013),
pembelajaran secara koperatif menggalakkan murid untuk menerima perbezaan
sesama mereka. Guru boleh melaksanakan aktiviti secara berkumpulan yang
melibatkan kegiatan aktif pelajar. Misalnya, dalam sebuah kumpulan, guru perlu
mencampurkan murid yang berbilang kaum atau mencampurkan dengan murid
yang introvert dan ekstrovert. Hal ini bagi memastikan semua murid dapat bergiat
aktif dan saling bertukar pendapat. Menurut perkongsian Cikgu Hafizzuddin, beliau
mencampurkan murid India dengan murid Melayu sewaktu melaksanakan aktiviti
7
berkumpulan. Beliau tidak mahu ada unsur pilih kasih dan resist antara murid
hanya kerana perbezaan warna kulit. Oleh itu, guru perlulah bijak merancang
aktiviti kumpulan yang dapat mengekalkan nilai mesra budaya.
3.4 Aspek Sosiolinguistik
Sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji pengaruh budaya
terhadap sesuatu bahasa yang digunakan. Antara langkah yang boleh
dilaksanakan oleh guru bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah mesara budaya
adalah dengan menjalankan aktiviti berbahasa. Setiap sekolah mempunyai
perbezaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor
geografi, latar belakang sosial dan sebagainya. Misalnya, murid yang berlatar
belakang kumpulan elit dan tinggal di kawasan bandar, mereka lebih terdedah
dengan Bahasa Inggeris dan kurang mahir dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana,
kebanyakannya mereka bersekolah di sekolah swasta atau persendirian. Justeru,
sebagai guru Bahasa Melayu perlu menerapkan Bahasa Ibunda dan
menguasainya dengan baik bagi memupuk semangat jati diri dan cinta teerhadap
bahasa kebangsaan. Aktiviti berbahasa yang boleh dilaksanakan seperti pantun,
pidato, debat, sajak dan sebagainya. Oleh itu, murid akan lebih mahir dan fasih
bertutur dalam bahasa kebangsaan.
KESIMPULAN
Tuntasnya, sebagai seorang guru sudah menjadi tanggungjawab guru memastikan bilik
darjah sentiasa berada dalam iklim yang baik dan persekitaran bilik darjah mesra budaya.
Pemahaman guru terhadap perhubungan etnik amat penting dan guru berperanan sebagai
ejen perpaduan serta integrasi nasional. Hal ini demikian kerana, guru adalah pemudahcara,
pembimbing, perancang dan role model untuk memastikan anak didiknya mencapai
kecemerlangan yang holistik dalam pelbagai bidang yang diceburi. Justeru, pembinaan
persekitaran yang positif khusunya dalam membina bilik darjah yang mesra budaya
merupakan platform yang penting bagi memaksimumkan penglibatan murid dalam proses
PdP. Menurut Noriati A. Rashid et al (2017), pedagogi relevan budaya merupakan salah satu
pendekatan yang sangat relevan yang boleh diaplikaikan oleh guru dalam menjamin
keberkesanan PdP dalam mengajar murid pelbagai etnik dan budaya. Jelaslah, guru
berperanan penting dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Oleh
itu, diharapkan semua guru dapat bertindak secara proaktif bagi memastikan bilik darjah mera
budaya boleh dicapai serta mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama.
8
RUJUKAN
Bosch, P. (2006). References demonstration for demonstrative pronouns. In proceeding of the
conference on the intersential pronominal reference in child and adult language: 39-
51.
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong dan Suraini Basir. (2013). Pengajian Am penggal 1.
Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Hafizuddin Mohd Sabri. (2022, Mac 20). Temu bual.
Herawati Suryanegara. (2019). Konsep sosial dan budaya masyarakat. Academia.
https://www.academia.edu/27583870/Konsep_Sosial_dan_Budaya_Masyarakat
Muhyiddin Yassin. (2013). Malaysia to help Unesco member achieve EFA agenda. NST. 6
Nove 2013. http://www.nst.com.my.
Najeemah Md Yusof. (2006). Konsep pendidikan. Professional Publishing Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid (2017). Budaya dan Pembelajaran, OxfordFajar Sdn. Bhd
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Pedagogi.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 9-10.
Sufian Husin. (2004). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Syed Ismail dan Ahmad Subki. (2010). Budaya dan pembelajaran. Penerbitam
Multimedia.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohammad & Maridah Alias. (2013). Perkembangan kanak-
kanak. Oxford fajar.
9
Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. OxfordFajar Sdn. Bhd
10
LAMPIRAN
Berikut merupakan video rakaman temu bual bersama Cikgu Hafizzudin bin Mohd
Sabri dengan menggunakan platform Google Meet. Untuk melihat rakaman tersebut,
sila tekan pautan di bawah atau mengimbas QR Code yang disediakan.
https://drive.google.com/file/d/1aTb6oL1qAL39pl0tJexeTSVUlk6fv4WR/view?usp=dri
vesdk
11