Tugasan 2 : Penghasilan produk BMMB1084 Tugasan 2 : Penghasilan produk BMMB1084 Tajuk : Sistem Ejaan dan Kegramatisan Aspek-Aspek Tatabahasa Tajuk : Sistem Ejaan dan Kegramatisan Aspek-Aspek Tatabahasa KELAS : BAHASA MELAYU 2 PENSYARAH : ENCIK AHMAD NIZAMUDDIN SHAH BIN MOHAMAD
NAMA : NUR AFINA BINTI MOHAMAD SAYUTI NOMBOR K/P : 051022020564 ANGKA GILIRAN : 2023082310047 AHLI KUMPULAN NAMA : WAN NUR FARRA NIEZA BINTI WAN MOHD ZAWAWI NOMBOR K/P : 040813030650 ANGKA GILIRAN : 2023082310051 NAMA : NOOR HUSNA ATHIRAH BINTI MAT ZAIN NOMBOR K/P : 050525030874 ANGKA GILIRAN : 2023082310046
Penulisan huruf bahasa Melayu Penulisan kata bahasa Melayu Penulisan ejaan kata pinjaman Kesalahan ejaan Kesalahan kata Kesalahan ayat 1.0) Sistem ejaan 2.0) Kegramatisan aspek-aspek tatabahasa 3.0) Rumusan ISI KANDUNGAN
SSiisstteemm Ejaan 1.0
PENULISAN HURUF BAHASA MELAYU Sistem ejaan bahasa Melayu mengandungi 26 abjad rumi yang terdiri daripada huruf A hingga huruf Z. Oleh itu, pembahagian huruf dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu huruf vokal, huruf konsonan, huruf digraf dan huruf diftong.
PENULISAN HURUF BAHASA MELAYU Huruf a, e, i, o dan u merupakan lima vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu. Huruf vokal ini bersifat bebas kerana mampu berada di depan, tengah dan belakang kata. Terdapat huruf vokal yang mempunyai dua bentuk sebutan iaitu “pepet” dan “taling”. Misalnya, huruf “e” dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu “e” pepet dan “e” taling. Menurut Zalikhan (2019), “e” pepet dikenali sebagai vokal tengah yang dibunyikan, manakal “e” taling merupakan bunyi vokal separuh sempit dan disebut seakan-akan bunyi huruf A. 1) Huruf Vokal
HURUF VOKAL FONEM DEPAN KATA TENGAH KATA AKHIR KATA a /a/ Atok, Angin Kari, Pagi Cinta, Luka e (pepet) /e/ Emas, Emak Mewah, Lewat Austisme, Mekanisme e (taling) /e/ Enak, Elok Lemak, Sejak Tauge, Sate i /i/ Ikan, Indah Lipas, Bilas Nyanyi, Cari o /o/ Orang, Otak Bocor, Bola Pidato u /u/ Usah, Ubah Kulit, Pulang Baru, Pau Rajah 1 menunjukkan huruf vokal berserta contohnya
PENULISAN HURUF BAHASA MELAYU 2) Huruf Konsonan Semua huruf selain huruf vokal merupakan huruf konsonan. Dalam Sistem Ejaan Bahasa Melayu, huruf konsonan terdiri daripada 21 huruf iaitu b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z. Huruf konsonan ini boleh berada pada mana-mana bahagian perkataan sama ada di awal, tengah dan akhir perkataan. Berdasarkan Fitri (2014), konsonan terbahagi kepada dua bentuk iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Terdapat 18 konsonan asli manakala 8 konsonan pinjaman yang diperoleh melalui pinjaman bahasa Inggeris dan Arab.
HURUF KONSONAN AWAL KATA TENGAH KATA AKHIR KATA b Bukit, Baca Lembap, Sahabat Adab, Wajib m Monyet, Malas Kami, Sambal Malam, Geram r Rokok, Rawat Deria, Akhirat Lapar, Gambar s Sewa, Silap Rasa, Besar Bilas, Lipas t Tukar, Taip Kata, Cantik Lalat, Comot Rajah 2 menunjukkan beberapa huruf konsonan berserta contohnya
PENULISAN HURUF BAHASA MELAYU 3) Huruf Digraf Menurut Chong (2013), digraf merujuk kepada dua huruf konsonan yang hadir secara sekaligus dan mewakili satu bunyi dalam perkataan. Selain itu, digraf juga dikenali sebagai penggabungan konsonan, dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. Terdapat lima huruf digraf dalam penulisan huruf bahasa Melayu iaitu gh, kh, ng, ny dan sy.
DIGRAF AWAL KATA TENGAH KATA AKHIR KATA gh Ghairah Maghrib Tabligh kh Khalifah Akhir Tarikh ng Nganga Kangkung Tenang ny Nyanyi Banyak - sy Syarikat Mesyuarat Quraisy Rajah 3 menunjukkan huruf digraf dan contohnya
PENULISAN HURUF BAHASA MELAYU 4) Huruf Diftong Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, diftong merujuk kepada dua bunyi vokal yang digabungkan dalam satu suku kata hasil daripada kedudukan lidah yang berubah-ubah. Oleh itu, secara umumnya, diftong merupakan pencantuman dua huruf vokal dalam satu suku kata yang mengandungi satu puncak kelantangan yang tidak mempunyai jeda atau hiqtus yang memisahkan kedua-dua huruf vokal tersebut. Dalam penulisan huruf bahasa Melayu, terdapat tiga huruf diftong iaitu “au” , “ai” dan “oi” .
DIFTONG AWAL KATA TENGAH KATA AKHIR KATA au Aurat, Audit Tauhid, Tauhu Bangau, Pisau ai Aidiladha, Aidilfitri Baiduri, Paip Bangkai, Kucai oi - Boikot Konvoi, Amboi Rajah 4 menunjukkan huruf diftong berserta contoh-contoh perkataan diftong
Manurut Kamus Dewan (2007), kata dapat diertikan sebagai bunyi bahasa yang diutarakan oleh seseorangatau ditulisdengan huruf-hurufbagi menyampaikan sesuatu makna. Antarapenulisan katayangterdapatdalam bahasa Melayu ialah : (B) PENU LISAN KATA BAHASA MELAY U Penulisan kata merupakan satu proses menulisatau menghasilkan sesuatu kata. Kata dasar Kata turunan Bentuk gandaan Gabungan kata Kata ganti ku, kau, mu & nya Kata depan ke, di & dari Kata "si" & "sang" Partikel Angka & lambang bilangan
Menurut Mohamad Rozi Kasim, 2021 dalam jurnalnya, kata dasar menjadi asas kepada perkataan baru Terdapat enam unsur yang boleh menjadi kata dasar iaitu : Kata akar juang pejuang kata tunggal guru perguruan kata terbitan perkenan memperkenankan kata ganda tinggi-tinggi setinggi-tinggi kata majmuk antarabangsa mengantarabangsakan frasa tidak percaya ketidakpercayaan
Kata turunan atau kata terbitan merujuk kepada kata yang mempunyai imbuhan Menurut Jendela Dewan Bahasa dan Pustaka (2021), terdapat 4 jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. awalan akhiran apitan sisipan Imbuhan berada di hadapan kata dasar Imbuhan berada di belakang kata dasar Immbuhan berada serentak di hadapan dan belakang kata dasar Imbuhan berada di tengah/selepas konsonan pertama kata dasar ber-, meN-, ter-, di-, peN-, -kan, -i, -an di-...-i, me-...-i, ter-...-i, di-...-kan, me-...-kan, ter-...- kan, ber-...-an, ber-...-kan, ke-...-an, pe-...-an, per-...-an -el-, -em-, -in-, -erpelari, dimakan, bersukan, memasak makanan, hadiahi, gunakan disukai, pertanyaan, membacakan, membaiki gemilang, telunjuk, sinambung, serabut
Menurut Abd Hamid Mahmood et al., dalam bukunya "Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), kata ganda ialah ulangan kata (mempunyai tanda -) Terdapat 4 bentuk kata ganda iaitu : penuh semu separa berentak Ulangan seluruh kata Walaupun tidak digandakan masih bermakna Tidak dapat berdiri sendiri jika tidak digandakan Ada imbuhan awalan/akhiran Berentak vokal (ulangan vokal sahaja) gotong-royong meja-meja, paku-paku, bukubuku kanak-kanak, rama-rama, pura-pura peparu, berlari-lari, tuduhmenuduh Berentak konsonan (ulangan konsonan sahaja) gunung-ganang Berentak bebas (selain daripada rentak vokal & rentak bebas lintang-pukang, ulang-alik
Gabungan kata yang mungkin boleh menyebabkan kesalahfahaman diberi tanda sempang bagi menunjukkan hubung kait antara unsur. Gabungan kata atau rangkai kata merujuk kepada kata yang terdiri daripada dua atau lebih, biasanya istilah khusus & ditulis secara terpisah. (tak mantap) Mempunyai makna baru (dalam satu unit) Terdapat gabungan kata yang dianggap sebagai satu perkataan kerana lazim ditulis dalam satu rangkai kata. (mantap) jangka sudut telefon pintar segi empat naib canselor alat pandang-dengar antarabangsa setiausaha jawatankuasa pesuruhjaya buku sejarah-baru mesin-hitung tangan
Kata ganti ku, kau, mu dan nya merupakan singkatan daripada perkataan aku, engkau, kamu dan dia. Kata ganti ini ditulis secara rapat dan serangkai dengan kata yang berada di depannya atau belakangnya. (a) -ku Contoh : Buku itu sudah kubaca. (b) -kau Contoh : Makanan itu sudah kaumakan. (c) -mu Contoh : Kotak pensel itu bukan kepunyaanmu. (d) -nya Contoh : Saya pinjam wang darinya.
Kata depan ke, di dan dari ditulis secara jarak daripada kata selepasnya. Kata ini bergungsi sebagai kata depan bagi perkataan yang tergolong sebagai kata nama/ frasa nama. (a) Kata depan “ke” (b) Kata depan “di” (c) Kata depan “dari” ke kantin, ke sekolah, ke pasar ke abad dua puluh, dari semasa ke semasa Bagi menunjukkan arah tumpuan / tempat Bagi menunjukkan arah waktu di pesisir pantai, di Johor, di selatan Bagi menunjukkan tempat dan arah dari kiri, dari simpang, dari hulu sungai dari pukul tiga, dari zaman purba, dari hari Ahad Bagi menunjukkan arah permulaan tempat Bagi menunjukkan arah permulaan masa
Kata “si” dan “sang” ditulis dengan terpisah atau jarak dengan sebelum kata yang mengikutinya. Kata “si” merupakan perkataan yang digunakan sebelum kata nama khas yang tidak hormat. Kata “si” digunakan untuk menyatakan orang yang melakukan sesuatu Kata “si” juga digunakan sebagai gelaran, ejekan dan bagi menamakan pelbagai tumbuhan dan haiwan. 1. Contoh : Si pencuri itu telah berjaya ditangkap. Contoh : Kucing saya bernama Si Tompok. Kata “sang” digunakan di hadapan nama orang, haiwan atau benda yang dianggap hidup atau dimuliakan. 2. Kata “sang” juga mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan “si” . Contoh : Sang Belang merupakan haiwan yang sangat ganas.
Partikel merujuk kepada kata penegas (untuk menegaskan unsur tertentu). Partikel ditulis secara rapat dan serangkai dengan kata di hadapannya. Terdapat 2 jenis kata penegas iaitu : 1.Perkataan bercantum dengannnya. (a) -lah Contoh ayat : Tulislah surat itu dengan baik. (b) -kah Contoh ayat : Bilakah awak ke sana ? (c) -tah Contoh ayat : Apatah yang harus saya katakan lagi? 2. Subjek + Predikat (a) pun, juga, hanya, sahaja, lagi, pula dsb Contoh ayat : Saya pun tidak pasti dengan perkara tersebut. *Partikel ini ditulis secara terpisah
Fungsi angka Angka Arab : 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 0 Angka Romawi : I,II,III,IV,V,VI,VII,VIII,IX,X,L,C,D,M dan sebagainya. 1. Angka Arab dan angka Romawi merupakan simbol yang biasa digunakan untuk menyatakan nombor. Angka digunakan bagi menyatakan nombor. Untuk menyatakan ukuran panjang (2 cm), berat (6 kg), luas (3 m persegi), isipadu (1 liter), satuan waktu (2 jam 15 minit), nilai wang (RM 5) dan kuantiti (10 biji) No. 7, Jalan Permata 3 Blok 3, aras 2, bilik 29, Asrama Putri Untuk melambangkan nombor jalan, rumah, tempat, kediaman, bilik, bangunan pada alamat. Bab II, Fasal 7, halaman 124 Surah Al-Baqarah, ayat 15 Untuk menombori karangan & ayat kitab suci/ bahagiannya.
(C) PENULISAN EJAAN KATA PINJAMAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) kata pinjaman merupakan kata yang diambil daripada bahasa asing. Ia boleh dikatakan sebagai sistem imbuhan asing yang dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman. Jadi, dari semasa ke semasa adanya proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu iaitu unsurunsur yang dipinjam daripada bahasa asing.
Faktor Peminjaman Kata Perkembangan perniagaan dan perdagangan memerlukan istilah asing Istilah yang lama tidak sesuai digunakan pada masa kini Faktor psikologi Memantapkan struktur bahasa Menimbulkan kekeliruan bagi pengguna teknologi Sukar menggantikan perkataan untuk istilah moden FAKTOR PEMINJAMAN KATA
KONSEP KATA PINJAMAN Berlakunya peminjaman kata daripada bahasa lain dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. Kata-kata yang sudah lama dipinjam Kata pinjaman yang baru mestilah menurut pedoman ejaan dan mempunyai maksud yang baru Terdapat dua golongan kata pinjaman: 1. 2.
Pengaruh Bahasa Asing Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Bahasa Inggeris PENGARUH BAHASA ASING
Bahasa Sanskrit Menurut Ahmad Khairul Amin Mukhatar & Norfatin Nadia Rozali (2010) agama Hindu merupakan agama yang terawal datang ke Tanah Melayu dan menyebabkan berlakunya pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh sanskrit ini terbukti setelah penemuan 4 buah batu bersurat pada abad ke-7, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya. Banyak kosa kata, imbuhan & sistem bunyi yang dipinjam
i) Peminjaman imbuhan awalan Imbuhan Awalan Contoh Perkataan eka- ekawarna, ekabahasa dwi- dwibahasa, dwifungsi tri- tridimensi, triwindu maha- mahaguru, maharaja swa- swalayan, swasta tata- tatacara, tatasusila tuna- tunawisma, tunakarya
ii) Peminjaman imbuhan akhiran Imbuhan Akhiran Contoh Perkataan -man seniman, budiman -ita karyanita, puspanita -wati seniwati, sukarelawati -wan jutawan, hartawan ii) Peminjaman Kosa Kata cinta dewa jasa
Bahasa Arab Menurut Raminah Haji Sabran et al., (2015) pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan ke alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab. Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak mempengaruhi hal yang berkaitan hukumhakam Bunyi Contoh Perkataan f fajar, takrif gh ghaib, tabligh q quran, istiqamah a) Peminjaman Konsonan
ii) Peminjaman Imbuhan Imbuhan Akhiran Contoh Perkataan -ah qariah, ustazah -at muslimat, hadirat -i abadi, azali -wi duniawi, ukhrawi -iah islamiah, jahiliah -in mukminin, muslimin ii) Peminjaman Kosa Kata akhirat doa ikhlas niat
Bahasa Inggeris Pengaruh bahasa Inggeris meresap masuk pada abad ke-18 semasa Inggeris bertapak di Pulau Pinang. Imbuhan Awalan Contoh Perkataan mikro- mikroskop, mikrobiologi sub- subtajuk, subsistem anti- antipenjajah, anti-Amerika poli- poligami, poliklinik a) Peminjaman Imbuhan Pengaruh bahasa Inggeris terhadap imbuhan dalam bahasa Melayu melibatkan dua jenis imbuhan Imbuhan akhiran Contoh Perkataan -al klinikal -an defendan -er promoter -grafi geografi
b) Peminjaman Simpulan Bahasa Bahasa Inggeris Bahasa Melayu book warm ulat buku film star bintang filem honey moon bulan madu underground bawah tanah work load beban kerja skyscraper pencakar langit c) Peminjaman Kosa Kata aiskrim basikal fesyen universiti radio c) Peminjaman Vokal Rangkap & konsonan Rangkap Contoh vokal rangkap: ae(aedes), io(iodin), eu(leukimia), io(audio), uo(kuota) Contoh Konsonan Rangkap: nk(bank), ks(kompleks), str(struktur), ks(eksport), rt(standard)
KKeeggrraammaattiissaann aassppeekk--aassppeekk TTaattaabbaahhaassaa 2.0
Salah Betul Zohor Zuhur Perabut Perabot Akedemik Akademik Mee Mi (A) K ESALAHAN EJAAN -Terdapat 5 jenis kesalahan ejaan iaitu kesalahan huruf, kesalahan tanda baca, kesalahan kata majmuk, perkataan yang mengikut imbuhan pinjaman dan kata nama am yang mengikuti imbuhan pinjaman. 1.Kesalahan huruf vokal Contoh huruf vokal: a,e,I,o,u
Salah Contoh huruf konsonan: selain daripada huruf vokal seperti b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z Betul Garpu Garfu Kecik Kecil Lojik Logik Kontigen Kontijen 2.KESALAHAN HURUF KONSONAN
33..KKEESSAALLAAHHAANNTTAANNDDAABBAACCAA A) Tanda Sempang (-) Digunakan untuk memisahkan kata-kata dalam kata ganda B) Tanda Soal (?) Digunakan di akhir kata tanya dan untuk menunjukkan pertanyaan kepada seseorang individu -semua kata ganda perlu mempunyai sempang Cth: Ibu membeli kuih-muih di pasar -untuk kata bilangan yang menggunakan nombor atau angka Cth: Hari ini merupakan ulang tahun yang ke-25 Farra - Kata nama khas yang mempunyai imbuhan pinjaman seperti pro dan anti perlu dijarakkan dengan tanda sempang - Cth: pro-Amerika Anti-Jepun - Sebarang kata nama khas yang mengikuti perkataan se perlu dijarakkan dgn tanda sempang Cth: se-Malaysia Apakah warna kegemaran kamu, Alif? Contoh ayat: Apakah warna kegemaran kamu? Alif
C) Tanda Seru (!) Digunakan pada akhir ayat seruan dan tanda seru digunakan untuk menunjukkan perasaan suka, marah, sedih dan sebagainya. Contoh ayat: Wah! Cantiknya kasut kamu. Wah, cantiknya kasut kamu! D) Tanda Noktah (.) Digunakan pada akhir ayat penyata Contoh ayat: Alia sangat periang orangnya. E) Tanda Koma (,) Digunakan untuk mengasingkan sesuatu yang sama jenis dalam ayat, sebelum tanda seru, sebelum pembuka kata atau penutup kata Ibu, ayah dan adik pergi ke pantai hari ini. Wah, cantiknya baju kamu! Abang berkata, “saya sudah kenyang”. 1. 2. 3. Contoh ayat:
F) Tanda pengikat kata ( “ ....... ” ) Digunakan pada awal dan akhir ayat cakap ajuk. Untuk penerangan Menulis masa Dialog Butir-butir tentang konsert adalah seperti berikut : Kami dijangka sampai di sana pada pukul 4:00 petang. Ali: Siapakah nama kamu? Siti : Nama saya ialah Siti. “ Saya suka makan nasi goreng ” kata Ahmad kepada Ali. “ Anis sungguh cantik” kata Sarah. Contoh ayat: 1. 2. H) Tanda noktah bertindih ( : ) Digunakan untuk penerangan lanjut tentang sesuatu, menulis masa & dalam dialog. I) Tanda kurung ( ) Digunakan untuk menunjukkan penjelasan tambahan. Contoh Ayat: Adib akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun ini. G) Tanda Garis condong ( / ) Digunakan untuk menggantikan dan atau dan per serta digunakan dalam nombor rujukan surat. Tuan / puan dikehendaki mengembalikan borang yang diisi dengan segera. Surat tuan yang bernombor rujukan Sek/01/01 telah saya terima. Contoh ayat: 1. 2.
Kata Majmuk Kata Majmuk Berjarak 4) KESALAHAN KATA MAJMUK Menurut Abdullah Hassan (2006), kata majmuk adalah bentuk binaan yang terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Kata Majmuk Bercantum Perkataan perlu dijarakkan jika dua perkataan tersebut boleh berdiri dengan sendiri dan mempunyai dua makna Contoh: Ibu bapa Alia bekerja sebagai seorang guru Perkataan tersebut tidak boleh berdiri dengan sendiri dan hanya mempunyai satu makna Contoh: Jawatankuasa perwakilan pelajar telah mengadakan mesyuarat pada minggu lepas.
Sebarang imbuhan yang mengikuti imbuhan pinjaman seperti maha, juru & tata perlu dieja secara bercantum Salah Betul Maha guru Mahaguru Maha siswa Mahasiswa Maha raja Maharaja Salah Betul Tata bahasa Tatabahasa Tata cara Tatacara Tata hias Tatahias 5.Perkataan Yang Mengikut Imbuhan Pinjaman Contoh imbuhan maha: Contoh imbuhan tata: Contoh imbuhan juru: Jurujual Juruhias Jururawat Juru jual Juru hias Juru rawat 1. 2. 3.
Semua perkataan kata nama am yang mempunyai imbuhan pinjaman seperti anti, pro, pasca, pra, multi, swa & eko mestilah dieja dengan rapat. Contoh Salah Betul Anti Anti dadah Antidadah Pro Pro aktif Proaktif Pasca Pasca bayar Pascabayar Pra Pra sekolah Prasekolah Multi Multi media Multimedia Swa Swa foto Swafoto Eko Eko sistem Ekosistem 6.Kata Nama Am Yang Mengikuti Imbuhan Pinjaman
(B) K ESALAHAN KATA Definisi : Kesalahfahaman mengerti maksudbagi sesuatu perkataan. SEBAB? • Wujudnya pelbagai perkataan yang mempunyai makna yang berdekatan namun sukar untuk membuat pemilihan perkataan mengikut konteks. • Antara kesalahan penggunaan kata ialah :
KKAATTAAHHUUBBUUNNGG Penggunaan kata hubung yang sama dalam satu ayat tidak dibolehkan Perkataan "atau" digunakan dalam ayat yang menyatakan pilihan.
Menurut Hasnah Awang (2017), dalam jurnal penyelidikan IPG, perkataan "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri. A d a l a h KKAATTAAPPEEMMEERRII I a l a h • Diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama • Diletakkan di hadapan kata sendi nama atau kata adjektif • Tidak boleh hadir setelah kata kerja atau frasa kerja Contoh : (a) Antara cara untuk berjaya ialah dengan belajar bersungguh-sungguh. (b) Antara cara untuk berjaya adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Nama kucing saya adalah Si Comel. Pembetulan : Nama kucing saya ialah Si Comel.
T I D A K B U K A N Hadir sebelum kata/frasa nama dan frasa sendi nama KKAATTAANNAAFFII -Menurut Raminah Sabran (2021), dala buku Bahasa Melayu Topikal, kata nafi digunakan untuk menafikan sesuatu dan ianya hadir pada awal frasa. -Perkataan “tidak” dan “bukan” merupakan kata nafi. Hadir sebelum kata/frasa kerja dan kata/frasa adjektif Ini tidak buku saya Pembetulan : Ini bukan buku saya. Baju dia bukan cantik Pembetulan : Baju dia tidak cantik.
KKAATTAASSEENNDDIINNAAMMAA -Kata sendi nama berfungsi sebagai kata depan bagi sesuatu perkataan/kumpulan perkataan yang tergolong sebagai kata nama/frasa nama. -Antara kesalahan kata sendi nama yang sering dilakukan ialah dari, daripada, pada dan kepada. Saya baru pulang daripada kedai. Saya baru pulang dari kedai. (1) Perkataan “dari” digunakan bagi menunjukkan permulaan tempat dan arah waktu. (2) Perkataan “daripada” digunakan untuk menunjukkan punca/sumber, asal kejadian dan perbandingan. (a) Kertas diperbuat dari pokok. (b) Kertas diperbuat daripada pokok. (3) Perkataan “pada” digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu, mengikuti kata “ada” (haiwan & manusia), sesuatu yang abstrak dan tempat sesuatu perbuatan dilakukan. (a) Saya makan ketika pukul 10:00 pagi. (b) Saya makan pada pukul 10:00 pagi. (4) Perkataan “kepada” digunakan untuk menyatakan sasaran (manusia, haiwan, benda & institusi), pecahan dan perubahan keadaan. (a) Saya suka pada sekolah itu. (b) Saya suka kepada sekolah itu.
Kesalahan ayat berlaku apabila pengguna tidak mematuhi peraturan-peraturan dan hukum bahasa yang terdapat dalam bahasa itu. KESALAHAN AYAT Lazimnya, kesalahan ayat ini sering ditemukan pada aspekaspek berikut : Ayat Inti Kesalahan Semantik Ayat Pasif Ayat Tanya
SALAH BETUL Membaca buku Ahmad pada waktu petang Ahmad membaca buku pada waktu petang SALAH BETUL Membajak sawahnya setiap hari petani itu. Petani itu membajak sawahnya setiap hari. 1)AYAT INTI Ayat tersebut salah kerana predikat berada di hadapan manakala subjeknya berada di belakang ayat. Ayat tersebut mempunyai kesalahan pada struktur ayatnya.