“ Add your company slogan ”
BAB 8
BERSABAR MENGHADAPI
DUGAAN KEHIDUPAN
Objektif pelajaran ini:
▪ Menyatakan maksud ayat dengan ringkas
▪ menyatakan terjemahan ayat
▪ Menyenaraikan contoh musibah
▪ Menjelaskan cara menghadapi musibah
▪ Menerangkan hikmah di sebalik musibah
▪ Menerangkan pengajaran ayat.
AYAT KEFAHAMAN , SURAH AL-BAQARAH : 155-156
TERJEMAHAN :
▪ Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-
orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali."
Ujian-ujian Allah berdasarkan ayat
▪ Perasaan takut dan gerun menghadapi musuh
▪ Kematian atau kehilangan orang yang disayangi
▪ Kelaparan dan kebuluran
▪ Kekurangan hasil tanaman
▪ Kehilangan harta benda
CARA MENGHADAPI UJIAN ALLAH
▪ Yakin dengan sepenuh hati bahawa musibah
yang dihadapi ialah ketentuan dan takdir Allah
▪ Berbaik sangka dengan Allah bahawa seiap
ujian pasti ada hikmah disebaliknya.
▪ Sentiasa tabah dan sabar serta menhgarapkan
pahala daripada Allah.
▪ Muhasabah diri dan berusaha meningkatkan
ibadat seperti solat sunat membaca al-Quran
dan berzikir.
▪ Banyakkan berdoa sebagaimana yang diajar
oleh Rasulullah.
Hikmat ujian Allah terhadap manusia
▪ Menguji tahap keimanan manusia
▪ Mendapatkan petunjuk daripada Allah
▪ Membezakan di antara mukmin dengan kafir
▪ Meningkatkan ketaqwaan dan mengangkat darjat
manusia.
▪ Mendapat kesejahteraan dan rahmat Allah
▪ Menghapuskan dosa dan mendapat pahala
PENGAJARAN AYAT
▪ Umat Islam hendaklah yakin bahawa setiap ujian yang
berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
▪ Orang beriman perlulah menghadapi musibah dengan
sabar dan tabah serta bertawakal kepada Allah.
▪ Kita seharusnya tidak mudah berputus asa apabila
menerima sesuatu ujian.
▪ Orang beriman pasti melazimi amalan berdoa ketika
ditimpa musibah.
▪ Kita perlu mengingati balasan syurga dan pahala yang
dijanjikan Allah kepada hambaNya yang sabar
▪ LATIHAN PENGUKUHAN. SILA RUJUK BUKU
TEKS.
Sekian terima kasih