The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haslina Hassan, 2024-02-06 03:31:05

Modul Pedagogi Terbeza (1)

Modul Pedagogi Terbeza (1)

MODUL PEDAGOGI TERBEZA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Terbitan 2022 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA. MODUL PEDAGOGI TERBEZA ISBN 978-967-420-671-0 PENYELARAS: DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID Unit Projek Khas dan Inovasi Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum KHIDMAT GRAFIK: SITI ZULIKHA BINTI ZELKEPLI Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum NIK ANITA BINTI NIK AHMAD SMK Hamzah 2, Kelantan DICETAK OLEH: Unit Percetakan, Bahagian Pembangunan Kurikulum


PENGHARGAAN PENASIHAT HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum PENGERUSI ZURINA BINTI ZULKARNAIN Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah PANEL PENULIS TAJUL EFFANDY BIN HASSAN Sektor Prasekolah HAJAH MASH MANJAWANI BINTI MAT Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi HAJAH ROFIAH BINTI ABDUL TALIB Sektor Sains Sosial MOHAMAD RODZI BIN AYOB Sektor Pendidikan Khas KASAR ANAK JAMPI Sektor Bahasa dan Kesusasteraan NORDIANA BINTI AHMAD Sektor Sains dan Matematik MUJIMAH BINTI MUJIM Sektor Prasekolah SITI ZULIKHA BINTI ZELKPLI Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum PAKAR RUJUK DR HAMIMAH BINTI HASHIM Universiti Teknologi Mara TURUT MEMBANTU ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PPD Petaling Perdana, Selangor HAMIR BIN HABEED MOHD ABDUL SETTAR Sekolah Seri Puteri, Selangor RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya SAPTUYAH BINTI LATIP SMK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSUP SMK Desa Serdang, Selangor DR. MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN SK Cherana Puteh, Melaka NORMASAYU BINTI MAT RESID SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya NOOR AZLINDA BINTI SHUHAIMI SK RTB Bukit Changgang, Selangor CHUAH JOON MING SJKC Pei Eng, Kedah IRENE JEBAMALAR A/P THUMBARAYAN SJKT Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor


ISI KANDUNGAN RUKUN NEGARA .....................................................................................................vii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .............................................................. viii DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN ....................................................................ix KATA ALU-ALUAN.....................................................................................................xi PRAKATA ................................................................................................................ xiii PENGENALAN........................................................................................................... 1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF..................................................................................... 2 DEFINISI PEDAGOGI TERBEZA .............................................................................. 3 KENAPA PEDAGOGI TERBEZA? ............................................................................. 4 KERANGKA PELAKSANAAN PEDAGOGI TERBEZA .............................................. 6 LIMA PRINSIP UTAMA PEDAGOGI TERBEZA ........................................................ 8 EMPAT ELEMEN PEDAGOGI TERBEZA.................................................................. 8 MEMAHAMI KEPELBAGAIAN MURID .................................................................... 10 LANGKAH PELAKSANAAN PEDAGOGI TERBEZA ............................................... 12 PENTAKSIRAN........................................................................................................ 13 PERANAN................................................................................................................ 15 CONTOH AKTIVITI PEDAGOGI TERBEZA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN..................................................................................................... 17 BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 75


vii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


viii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


ix x x x x x DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN x x 3. Kurikulum Kebangsaan x (1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. x x Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.]


“ Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.”


KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Penerbitan Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 (BSBPK 2022) merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan dilaksanakan dengan lebih efektif. Pembangunan kurikulum bukan sahaja melibatkan aspek kandungan dan pentaksiran sesuatu bidang disiplin ilmu malah juga merangkumi aspek pedagogi iaitu cara kandungan kurikulum diterjemah dan dilaksanakan oleh guru. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih bermakna apabila dipacu dengan pengajaran dan pentaksiran yang berkesan serta disokong oleh kepimpinan yang berkaliber. Penerbitan Siri BSBPK 2022 adalah bertepatan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan kurikulum oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah seperti yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan. Setiap modul dalam siri ini mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut kesesuaian sekolah masing-masing. Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas penerbitan siri BSBPK 2022 ini. Terima kasih dan syabas juga kepada semua pihak yang telah menjayakan penerbitan siri ini. Semoga Siri BSBPK 2022 dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan warga KPM dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum kebangsaan di sekolah. Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid


“ Pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan murid dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.”


PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza; Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah. Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah: Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah dan Modul Pembelajaran Akses Kendiri. Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini. Haji Azman bin Haji Adnan Prakata


Siri BSBPK 2022 boleh digunakan untuk pelaksanaan kurikulum di dalam dan di luar bilik darjah sebagaimana yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan.


Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kokurikulum Apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses PdP di dalam bilik darjah (kurikulum). Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.


Begitu juga halnya dengan murid yang akan menyerlah potensi, sekiranya diberikan peluang dan persekitaran sekiranya diberikan peluang dan persekitaran yang bersesuaian dengan yang bersesuaian dengan keupayaan dan kecenderungan mereka. keupayaan dan kecenderungan mereka. Setiap pokok mempunyai keperluan tersendiri untuk membesar dengan subur.


1 PENGENALAN Pendidikan yang adil dan saksama harus diberikan penekanan kepada keperluan setiap murid di dalam bilik darjah. Semua guru perlu merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkualiti untuk mengembangkan potensi serta meningkatkan pencapaian setiap individu murid pada tahap maksimum. Oleh itu, guru harus peka dengan kepelbagaian gaya pembelajaran murid yang menuntut pendekatan pengajaran berbeza bukan lagi dengan gaya “one-size-fits-all”. Pedagogi terbeza merupakan salah satu pendekatan PdP bagi guru mengaplikasikan satu bentuk pengajaran yang dapat melengkapi keperluan murid yang pelbagai. Pendekatan pedagogi terbeza ini melibatkan perancangan, persediaan dan penyampaian pengajaran untuk disesuaikan dengan keupayaan murid yang pelbagai di dalam bilik darjah. Modul Pedagogi Terbeza


MATLAMAT DAN OBJEKTIF MODUL Matlamat Modul ini diterbitkan sebagai panduan untuk membantu dan membimbing guru melaksanakan Pedagogi Terbeza. Adalah diharapkan melalui penerangan mengenai pedagogi terbeza dan contoh PdP yang disediakan dapat dijadikan sebagai panduan untuk guru merancang pedagogi pengajaran terbeza. Di samping itu dapat menarik minat murid untuk terlibat secara aktif dan yakin dengan kebolehan serta kemampuan mereka. OBJEKTIF membantu guru melaksanakan PdP Pedagogi Terbeza bagi kumpulan murid yang pelbagai. membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap penguasaan dan cara pembelajaran murid. membantu guru menarik minat murid untuk terlibat secara aktif dan yakin dengan kebolehan serta kemampuan mereka. 2 Modul Pedagogi Terbeza


DEFINISI PEDAGOGI TERBEZA Pedagogi terbeza ialah pendekatan PdP yang melibatkan guru secara proaktif untuk mempelbagaikan strategi pengajaran sama ada membezakan elemen kandungan, proses, produk atau persekitaran bagi memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Menurut Vygotsky, murid memerlukan cabaran yang bersesuaian untuk belajar, tetapi cabaran yang diberikan terlalu jauh daripada pemahaman semasa. Maka, mereka tidak akan dapat membuat perkaitan dengan apa-apa yang sedang dipelajari. Vygotsky (1978) Guru melaksanakan PdP untuk memenuhi keperluan individu, sama ada membezakan aspek kandungan, proses, produk atau persekitaran pembelajaran. Selain itu, guru menggunakan kaedah pentaksiran berterusan dengan merancang tugasan fleksibel untuk menjadikan pendekatan pengajaran yang berjaya. Tomlinson (2000) 3 Modul Pedagogi Terbeza


4 KENAPA PEDAGOGI TERBEZA? Pedagogi terbeza berkesan untuk pelbagai murid daripada berkebolehan tinggi hingga murid berkebolehan rendah dan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Pedagogi Terbeza merupakan suatu pedagogi yang bersifat mudah lentur dan diubah suai mengikut kepelbagaian murid dan secara tidak langsung dapat memberi keadilan kepada murid yang pelbagai di dalam bilik darjah. Pedagogi Terbeza dapat meningkatkan motivasi kendiri, meningkatkan tabiat belajar dengan memupuk sifat kerjasama dalam kumpulan serta dapat membina hubungan yang harmoni antara guru dan murid. Pelaksanaan Pedagogi Terbeza akan memberi rasa keterpunyaan, keberkesanan dan keupayaan diri murid. Murid akan mendapati diri mereka diraikan kerana Pedagogi Terbeza tidak meminggirkan atau mengecualikan mana-mana murid di dalam bilik darjah, seterusnya dapat mengelakkan keciciran murid dalam PdP. Meningkatkan hasil pembelajaran murid. Meningkatkan pelibatan murid dalam pembelajaran. Meningkatkan minat murid untuk belajar. Meningkatkan kesedaran dan potensi murid. Meningkatkan pembelajaran murid yang efisien dan pemahaman yang mendalam. Adaptasi: Yu (2014) 4 Modul Pedagogi Terbeza


5 PRINSIP UTAMA PEDAGOGI TERBEZA Kualiti Kurikulum Persekitaran Pentaksiran yang Konsisten Pengajaran Responsif Pengurusan Fleksibel Berdasarkan kepada: Kandungan Proses Produk Persekitaran Kesediaan murid Minat murid Profil murid 4 ELEMEN PEDAGOGI TERBEZA KERANGKA PELAKSANAAN PEDAGOGI TERBEZA Rajah 1: Kerangka Pelaksanaan Pedagogi Terbeza Rajah 1 menunjukkan kerangka pelaksanaan Pedagogi Terbeza. Guru perlu memahami lima prinsip utama Pedagogi Terbeza dan menyesuaikan empat elemen iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran pembelajaran berdasarkan kesediaan, minat serta profil murid. Adaptasi: Souza & Tomlinson, (2018) 6 Modul Pedagogi Terbeza


Prinsip Utama Pedagogi Terbeza Guru perlu memahami dengan jelas prinsip utama pendekatan pedagogi terbeza bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan. menyediakan persekitaran yang kondusif, bagi menyokong PdP. melaksanakan pentaksiran secara berterusan bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. melaksanakan PdP yang responsif yang bersesuaian dengan keupayaan murid agar mereka mampu mencapai kejayaan. menguruskan pelaksanaan PdP yang fleksibel dengan mengiktirafkan kesediaan, minat dan profil pembelajaran murid. memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai matlamat pembelajaran. Kualiti Kurikulum Pengurusan fleksibel Persekitaran yang menyokong pedagogi terbeza Pentaksiran yang berterusan dan konsisten Pengajaran yang responsif untuk memenuhi kepelbagaian murid 1 2 3 4 5 7 Modul Pedagogi Terbeza


Elemen Pedagogi Terbeza 1. Kandungan Apakah yang dipelajari? Guru mengubah suai kandungan pelajaran mengikut kesediaan murid, minat dan profil pembelajaran. Guru menyesuaikan kandungan pelajaran mengikut keperluan dan tahap kemampuan murid. 2. Proses Bagaimanakah isi kandungan dipelajari? Guru merancang proses pengajaran yang melibatkan aktiviti PdP. Guru mengubah suai mengikut minat dan gaya pembelajaran murid. Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran, sumber dan aktiviti pengajaran seperti secara individu, berpasangan, kumpulan atau dalam kumpulan. Guru mempelbagaikan soalan berdasarkan keupayaan murid. Guru memastikan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan berdasarkan peningkatan penguasaan murid. 8 Modul Pedagogi Terbeza


4. Persekitaran Suasana bilik dajah dan bagaimanakah ia berfungsi? Guru menyusun atur persekitaran bilik darjah yang kondusif bagi menarik minat murid belajar dan mewujudkan interaksi sosial yang baik. 3. Produk Bagaimanakan hasil pembelajaran murid dinilai? Guru membezakan produk dengan memberikan bahan yang berbeza mengikut kecenderungan pembelajaran (kesediaan belajar, minat dan profil pembelajaran murid). Guru mempelbagai kaedah penilaian. Murid boleh memilih pelbagai cara untuk menunjukkan hasil pemahaman mereka seperti penulisan, persembahan, projek dan lain-lain. 9 Modul Pedagogi Terbeza


Jika seseorang murid tidak berupaya belajar mengikut pendekatan PdP tertentu, guru boleh mengajar murid menggunakan pedagogi terbeza. Guru perlu memahami dan mengenali setiap murid yang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza berdasarkan kepelbagaian keperluan, latar belakang sosioekonomi, minat dan budaya untuk melaksanakan Pedagogi Terbeza. Keperluan Latar belakang Minat dan tumpuan Penguasaan bahasa Budaya Aspek Kecenderungan Murid Memahami Kepelbagaian Murid 10 Modul Pedagogi Terbeza


KEPELBAGAIAN CARA MURID BELAJAR BERSENDIRIAN Lebih suka bekerja atau belajar sendiri. SOSIAL Lebih suka untuk belajar dalam kumpulan atau bersama-sama orang lain. LOGIK Lebih suka menggunakan logik, penaakulan dan sistematik. VISUAL Lebih suka menggunakan gambar, warna dan imej. AUDITORI Lebih suka menggunakan bunyi dan muzik. LISAN Lebih suka menggunakan perkataan dalam perbualan dan penulisan. FIZIKAL Lebih suka menggunakan badan, tangan dan deria sentuhan. 11 Modul Pedagogi Terbeza Adaptasi: Parrula (2021)


LANGKAH PELAKSANAAN PEDAGOGI TERBEZA SEBELUM Memahami kehendak kurikulum dan objektif pembelajaran yang sepadan dengan keperluan pembelajaran murid dan melaksanakan praujian untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Penyesuaian kandungan, proses, produk, persekitaran pembelajaran berdasarkan maklumat kesediaan murid atau profil murid yang relevan untuk menangani keperluan pembelajaran murid dengan lebih baik. Penyesuaian mungkin dilaksanakan dengan pengelompokan kumpulan yang sama atau individu dengan matlamat untuk menyelaras PdP dengan lebih baik mengikut keperluan murid. SEMASA BERKECENDERUNGAN YANG SAMA BERKECENDERUNGAN PELBAGAI Matlamat pembelajaran yang sama untuk seluruh kelas atau untuk sub kumpulan Guru membuat keputusan berdasarkan kesesuaian aktiviti melalui beberapa bentuk penilaian Aktiviti pembeajaran yang berbeza disedakan untuk kumpulan murid yang homogen (Contoh: mengikut keupayaan atau minat) Matlamat pembelajaran yang sama untuk seluruh kelas atau untuk sub kumpulan Guru membuat keputusan berdasarkan kesesuaian aktiviti melalui beberapa bentuk penilaian Pembezaan mengikut pembahagian tugas atau pelbagai tahap sokongan untuk setiap individu dalam kumpulan. INDIVIDU Matlamat pembelajaran yang sama untuk seluruh kelas atau untuk sub kumpulan Guru membuat keputusan berdasarkan kesesuaian aktiviti melalui beberapa bentuk penilaian Pelajar mengikut laluan pembelajaran individu untuk mencapai matlamat pembelajaran SELEPAS Menilai sama ada semua murid telah mencapai objektif yang ditetapkan dan menentukan murid yang memerlukan pemulihan atau intervensi. PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGELOMPOKAN MURID 12 PENTAKSIRAN BERTERUSANPENTAKSIRAN BERTERUSAN Modul Pedagogi Terbeza


Ujian topikal Tugasan pencapaian Produk/pameran Demonstrasi Semakan portfolio PENTAKSIRAN Penekanan Pentaksiran dalam Pedagogi Terbeza Keperluan Praujian dalam Pedagogi Terbeza MENGENAL PASTI TAHAP PENGUASAAN MURID Apakah yang murid tahu? Praujian Pentaksiran formatif Pentaksiran sumatif Kenapa? Bagaimana? MENGIKUTI KEMAJUAN MURID Bagaimanakah untuk memastikan murid telah menguasai? Apakah yang masih perlu dibuat? MENGESAHKAN PEMAHAMAN DAN KEUPAYAAN MURID Adakah murid mencapai tahap penguasaan/objektif yang ditetapkan? ▪ Inventori Senarai semak Pemerhatian Penilaian kendiri Soal jawab ▪ Persidangan Penilaian rakan Pemerhatian Perbualan Soal jawab Portfolio Kuiz Penilaian Kendiri PRAUJIAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN Membentuk kumpulan yang fleksibel. Mengenali murid berdasarkan minat, pengalaman dan kecenderungan. Mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan murid sebelum merancang PdP. Menentukan kesediaan murid untuk peringkat PdP seterusnya. Menyediakan maklumat bagi menentukan pembelajaran murid. 1 2 3 4 5 13 Modul Pedagogi Terbeza


“PENTAKSIRAN dalam pedagogi terbeza lebih tertumpu kepada membantu murid berkembang daripada melabelkan kelemahan mereka”. Carol Tomlinson (1999) PENTAKSIRAN menyediakan maklumat tentang kesediaan, kekuatan dan keperluan setiap murid bagi guru melaksanakan PEDAGOGI TERBEZA. Hasil pentaksiran juga membantu guru membuat keputusan untuk merancang PdP dalam memastikan murid dapat menguasai OBJEKTIF pembelajaran. 14 Modul Pedagogi Terbeza merancang PdP berkesan memberi tumpuan kepada cara murid belajar menjadi amalan bilik darjah membangunkan keupayaan untuk penilaian kendiri mengiktiraf semua pencapaian pembelajaran murid mengutamakan kemahiran profesional menggalakkan pemahaman tentang matlamat dan objektif pembelajaran membantu murid untuk meningkatkan tahap penguasaan membina dan memupuk motivasi Pentaksiran Berterusan


Mewujudkan ruang dan fleksibiliti kepada guru untuk melaksanakan pendekatan pedagogi terbeza. Melibatkan pelbagai peringkat kepimpinan di sekolah. Merancang pelaksanaan dan penambahbaikan pendekatan pedagogi terbeza di sekolah melalui Latihan Dalam Perkhidmatan/ Professional Learning Community (PLC). Contoh: pengajaran mikro. Merancang PdP berdasarkan dokumen kurikulum, minat, keupayaan serta profil murid. Menilai pengetahuan dan tahap penguasaan sedia ada murid. Memberikan pilihan dan peluang kepada murid untuk belajar dan mencapai objektif pembelajaran. Memberikan ruang kepada murid untuk menghasilkan tugasan mengikut tahap keupayaan serta kreativiti murid. Merancang aktiviti mengikut kesesuaian ruang dan suasana pembelajaran. Menggunakan bahan atau sumber pembelajaran yang sesuai dengan persekitaran. Memastikan persekitaran yang kondusif sepanjang PdP. Menyediakan aktiviti hands-on/learning by doing. Membuat pilihan pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan tahap penguasaan. Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab dalam pembelajaran. Menyelesaikan tugasan yang diberikan. Menjalin kerjasama dengan rakan sekelas. Memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran. PENTADBIR GURU MURID PERANAN 15 Modul Pedagogi Terbeza


19 Modul Pedagogi Terbeza


20 Modul Pedagogi Terbeza


21 Modul Pedagogi Terbeza


22 Modul Pedagogi Terbeza


23 Modul Pedagogi Terbeza


25 Modul Pedagogi Terbeza


26 Modul Pedagogi Terbeza


27 Modul Pedagogi Terbeza


28 Modul Pedagogi Terbeza


29 Modul Pedagogi Terbeza


31 Modul Pedagogi Terbeza


32 Modul Pedagogi Terbeza


Click to View FlipBook Version