PENDIDIKAN ISLAM
BAB 20 :ISTINJAK
Pengertian istinjak dan hukum
❖Istinjak dari segi Bahasa : selamat
daripada penyakit.
❖Istinjak dari segi istilah : ialah perbuatan
menghilangkan najis yang keluar dari
qubul atau dubur
❖Hukumnya wajib
Hadis :
❖Riwayat Bukhari :
Anas bin malik berkata, jika nabi keluar utuk
qada’ hajat maka aku dan budak suruhanku
akan membawa bekas berisi air agar
baginda dapat beristinjak dengannya.
Alat-alat istinjak
❖Air mutlak
❖Batu atau Benda-benda kesat seperti tisu,
batu, kertas, kulit kayu, kain, daun kering.
Bahan-bahan yang haram digunakan untuk
beristinjak :
❖Kertas atau bahan yang tertulis ayat Quran atau
hadis, nama-nama Allah dan rasul.
❖Benda yang dihormati seperti makanan dan
tulang.
❖Benda yang berbahaya seperti kaca dan buluh.
❖Benda najis atau terkena najis seperti tahi
binatang yang kering.
❖Benda yang bernilai seperti emas, perak dan
sutera.
Kepentingan beristinjak:
❖Mendapat pahala
❖Ibadat sah dan dapat dilaksanakan dengan baik
dan sempurna.
❖Dikasihi Allah dan RasulNya.
❖Terhindar daripada jangkitan penyakit.
❖Badan menjadi sihat dan cergas.
❖Memberi keselesaan kepada diri dan orang lain.
Cara beristinjak
❖Terdapat 3 cara yang boleh dilakukan
untuk beristinjak.
Menggunakan air dan Menggunakan air Menggunakan batu
batu atau benda kesat
- Basuh tempat keluar
Paling afdal najis dengan air mutlak - Bersihkan tempat
sehingga diyakini keluar najis dengan 3
- Bersihkan tempat bersih. biji batu atau sebiji batu
keluar najis dengan 3 yang mempunyai 3
biji batu atau sebiji batu permukaan atau benda
yang mempunyai 3 kesat sehingga diyakini
permukaan, kemudian bersih.
basuh dengan ait
mutlak sehingga
diyakini bersih.
Adab Qada’ Hajat
1. Tidak membawa masuk ke tandas sesuatu yang
dimuliakan seperti ayat al-Quran atau nama-nama
Allah.
2. Membaca doa sebelum masuk ke tandas .
3. Memakai selipar dan menutup kepala.
4. melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri.
5. Menjaga aurat sehingga sampai ke tempat
membuang air, mencangkung dan berhati-hati
dengan percikan najis.
6. Tidak menghadap kiblat (bagi tempat tidak
berdinding.
7. Tidak melakukan perkara yang dilarang ketika
membuang air seperti:
Adab Qada’ Hajat
7. bercakap semasa membuang air.
memegang qubul dan dubur dengan tangan kanan.
8. Tidak membuang air di tempat yang dilarang seperti
:
- Tempat berteduh
- Laluan orang ramai.
- Dalam lubang tanah.
- Dalam air tenang seperti tasik atau kolam renang.
9. Beristinjak sekurang-kurangnya sekali dan sunat
ditambah 2 atau 3 kali.
Adab Qada’ Hajat
10. Membersihkan tandas agar dapat digunakan oleh
orang lain.
11. Melangkah keluar dengan kaki kanan dan membaca
doa keluar tandas.