PELAJARAN 24 :
MEMULIAKAN IBU BAPA
BAHAGIAKAN KELUARGA
BIDANG AKHLAK ISLAMIAH
OBJEKTIF PELAJARAN
Menyatakan dalil nakli kewajipan
31 beradab dengan ibu bapa
Menjelaskan cara beradab kepada
2 ibu bapa
Menghuraikan kepentingan
3 beradab kepada ibu bapa
Mengjelaskan punca
4 penderhakaan
Menghuraikan akibat tidak beradab
35 kepada ibu bapa
DALIL NAKLI KEWAJIPAN
BERADAB KEPADA IBU BAPA
نۡ ِۡلَوِٱشَلُۡكو َمَجوْااا ِِبرَمِهلَ ِۦذَك َىۡشتۡيٱً۬ٔـلۡ ۖاَٱُقيۡۡ ََرموٰـِبَُٱنٰلۡبَُُوۡكَۗٲوِٱِالَۡلهۡيَنج ِانٱَِرّهالَٱللۡۡح ََُجَلُنسٰـ ًُُٔ۬نِِايب َُّوَِبوبٱلِذَمهصىان ٱِلۡح ُق ِۡر َب َڪ ٰاب َن٣ِبيتُِي٦ِبَُ❖مٱولۡٱَلۡوۡٱخَيَجَتۡتَعٰۢناـُبََمًُ۬ٔلِٰدبىفوَْا ََُوخوٱٱٱۡبَلۡوّهَِلمَرنلاَٱسَلٰـو(ََهِكلس
❖ Hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan Allah dengan sesuatu. Hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak yatim, orang
miskin,jiran tetangga yang dekat dan yang jauh rakan sejawat, orang
musafir yng terlantar dan hamba sahaya yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur
dan membanggakan diri
DALIL NAKLI KEWAJIPAN
BERADAB KEPADA IBU BAPA
❖Hadis riwayat Abdullah bin Amru
CARA BERADAB KEPADA IBU
BAPA DAN KELUARGA
ASPEK CARA BERADAB
HATI
- Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap
ibu bapa, contohnya sentiasa menjaga hati
dan perasaan serta tidak membenci mereka.
- Prihatin dan mengambil berat dengan selalu
bertanya khabar serta menghulurkan bantuan
yang diperlukan.
- Hormat-menghormati antara satu sama lain
dengan memupuk kasih saying dan membina
keluarga bahagia. Contohnya selalu ceria dan
menunjukkan muka manis di hadapan
mereka.
CARA BERADAB KEPADA IBU
BAPA DAN KELUARGA
ASPEK CARA BERADAB
PERCAKAPAN
- Bersopan santun bercakap dengan nada
suara dan intonasi yang lemah lembut.
Contohnya tidak meninggikan suara dan
marah.
- Tidak menyanggah percakapan ibu bapa,
mendengar dengan penuh perhatian, jika
tidak bersetuju dengan apa yang
diperkatakan diam sahaja.
- Menggunakan suara yang lembut bagi
menyenangkan hati dan menjaga perasaan
mereka.
CARA BERADAB KEPADA IBU
BAPA DAN KELUARGA
ASPEK CARA BERADAB
TINGKAH - Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga
LAKU jika tinggal berasingan dengan mengunjungi
mereka, dapat menghilangkan perasaan
rindu terhadap anak dan cucu.
- Menjaga hubungan baik dengan kawan ibu
bapa dapat mengeratkan silaturrahim dalam
masyarakat.
- Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit
dan tua. Contohnya membawa mereka ke
hospital untuk mendapat rawatan yang
sepatutnya.
- Memberikan nafkah atau perbelanjaan
kepada ibu bapa.
KEPENTINGAN BERADAB KEPADA
IBU BAPA DAN KELUARGA
Umat Islam dapat :
❖ Melaksanakan perintah Allah dan rasul yang
menghendaki setiap orang Islam beradab
dengan ibu bapa dan keluarga.
❖ Membina kewibawaan diri, keluarga yang
bahagia dan saling berkasih sayang dapat
membentuk individu yang berjaya di dunia
dan akhirat.
❖ Menjadi contoh teladan kerana setiap orang
yang beradab dengan ibu bapa akan diikuti
oleh orang lain.
❖ Membina keluarga yang bahagia kerana
saling membantu.
PUNCA PENDERHAKAAN KEPADA
IBU BAPA
1. Kurang penghayatan agama dalam
kehidupan. Anak tidak dapat menilai antara
baik dengan buruk dari sudut agama.
2. Kurang menghayati pengajaran Islam di
sekolah. Tidak mengamalkan apa-apa yang
dipelajari malah hanya belajar sekadar
untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.
3. Terpengaruh dengan perlakuan rakan yang
negatif. Rakan yang melakukan perkara
yang tidak baik mempengaruhi kita supaya
melakukan perkara yang buruk. Contohnya
tidak menghormati dan tidak mendengar
nasihat ibu bapa semata-mata hendak
menjaga hati rakan.
AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA
IBU BAPA DAN KELUARGA
ASPEK AKIBAT
INDIVIDU
- Mendapat kemurkaan Allah Allah
memerintahkan umat Islam supaya
berbuat baik kepada ibu bapa dan
anggota keluarga. Sesungguhnya mereka
yang derhaka kepada ibu bapa bererti
melanggar perintah Allah.
- Disisih dan dipinggirkan ibu bapa dan
keluarga. Anak tidak menghormati ibu
bapa dan anggota keluarga akan dibenci.
- Berdosa besar dan jika tidak bertaubat
boleh membawa ke neraka.
AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA
IBU BAPA DAN KELUARGA
ASPEK AKIBAT
MASYARAKAT - Tidak dihormati oleh masyarakat
- kerana dianggap tidak berakhlak.
Anggota keluarga berpecah dan
- susah untuk mendapatkan
pertolongan.
Susah untuk mendapat kawan
yang baik kerana orang yang baik
tidak akan berkawan dengan kita .
Mereka menjauhkan diri kerana
tidak mahu terpengaruh dengan
orang yang tidak berakhlak.
AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA
IBU BAPA DAN KELUARGA
ASPEK AKIBAT
NEGARA
- Tidak maju kerana institusi
kekeluargaan runtuh.
- Tidak aman dan makmur kerana
rakyat tidak bersatu padu.
- Berlaku pelbagai gejala social yang
menyebabkan kerajaan terpaksa
membelanjakan banyak wang,
tenaga dan masa untuk pemulihan
akhlak.