The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haslina Hassan, 2020-06-09 20:23:15

PELAJARAN 16 TAYAMMUM DENGAN DEBU SUCI

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

Keywords: P.ISLAM

PELAJARAN 16

TAYAMMUM

DENGAN DEBU

SUCI

OBJEKTIF PELAJARAN

1 Menyatakan maksud tayammum
2 Menyatakan dalil nakli tayammum

Menjelaskan sebab diharuskan
3 tayammum

Menjelaskan syarat dan rukun
4 tayammum

OBJEKTIF PELAJARAN

5 Menerangkan sunat tayammum
6 Menerangkan cara tayammum

Menjelaskan perkara yang
7 Membatalkan tayammum

Menghuraikan hikmat disyariatkan
8 tayammum

MAKSUD TAYAMMUM

BAHASA Melakukan sesuatu
ISTILAH dengan tujuan

TAYAMMUM Menyapu debu tanah
yang suci ke muka
dan dua tangan
dengan cara tertentu
berserta niat bagi
menggantikan
wudhuk atau mandi
wajib

DALIL NAKLI TAYAMMUM

‫دىيۡن َُُّۚهم ِّم ُمنو…اْ ُك…م‬ٞ ‫ ِّمىصى…ن ِّعٱي ۡ…لٗد ىِغاإآَوئىِّط ِّنيِّط ٗباأُىك ۡنوىف ُتٱ ىلٰۡمم ىم ىَّمسۡسۡر ُُتح ىَُموآْٰٱضبلِّأىُنوِّ ۡو ُىجسلاوٓىَىىءهِّ ٰع ىفلىىُسك ۡمىۡفم ٍرَى ىوِّتأىىأ ُيۡۡود ِّدواْي ىجاىٓماىءُٓكٗءأىم ىىفح ىتِّم‬.

……dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau
dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh
perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk
berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu:
sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu
dengan tanah - debu itu.

SEBAB DIHARUSKAN TAYAMMUM

1) Tiada air atau tidak cukup kerana
keperluan lain seperti untuk dimakan
dan diminum

Sebab 2) Sejuk yang boleh memudaratkan
Diharuskan kesihatan
tayammum
3) Tidak dapat menggunakan air
kerana penyakit atau sakit seperti
melecur dan lain-lain

4) Air berada di tempat yang terlalu
jauh

SYARAT TAYAMMUM

1. telah masuk
Waktu solat

5. Tentukan 2. Cari air selepas
Arah kiblat Masuk waktu
solat
Sebelum
bertayammum Syarat
tayammum

4. Menggunakan 3. Menghilangkan
Debu tanah yang Najis terlebih
Tidak bercampur dahulu

Dengan bahan
Lain seperti

Tepung atau kapur

RUKUN TAYAMMUM

4. TERTIB 1. NIAT

RUKUN 2.
TAYAMMUM MENYAPU

3. DEBU
MENYAPU TANAH
KE MUKA
DEBU
TANAH KE
TANGAN

SUNAT TAYAMMUM

❖Membaca basmalah
❖Merenggangkan jari tangan ketika

menepuk debu tanah.
❖Menipiskan debu dengan melaga-

lagakan kedua-dua tangan.
❖Mendahulukan sebelah atas muka.

……SUNAT TAYAMMUM

❖Melebihkan sedikit sapuan dari
sempadan muka.

❖Mendahulukan tangan sebelah
kanan.

❖Melebihkan sedikit sapuan hingga
pertengahan lengan.

❖Berturut-turut antara sapuan
muka dengan tangan.

❖berdoa

CARA TAYAMMUM

Membaca Basmalah

Niat dalam hati

‫نويت التيمم لاستباحة فرض الصلاة لله تعالى‬

Maksud : sahaja aku bertayammum untuk
mengharuskan solat fardu kerana Allah taala
Merenggangkan jari tangan ketika menepuk debu tanah

Menipiskan debu dengan melaga-lagakan kedua-dua
belah tangan

Menyapu debu tangan ke muka
- Mendahulukan sebelah atas muka
- melebihkan sedikit sapuan dari sempadan muka.

CARA TAYAMMUM

Merenggangkan jari tangan ketika
menepuk debu tanah

Menipiskan debu dengan melaga-
lagakan kedua-dua belah tangan

Menyapu debu tanah ke tangan
- Mendahulukan tangan sebelah kanan

- Melebihkan sedikit sapuan hingga
pertengahan lengan

CARA TAYAMMUM

Berturut-turut antara sapuan muka
dengan tangan

Menipiskan debu dengan melaga-lagakan
kedua-dua belah tangan

Berdoa dengan doa selepas wuduk/tayammum

tertib

PERKARA YANG MEMBATALKAN
TAYAMMUM

Semua perkara yang membatalkan BATAL
wuduk TAYAMMUM

Ada air sebelum solat dimualakan

Boleh menggunakan air semula
seperti sembuh daripada penyakit
yang menghalang penggunaan air

HIKMAH DISYARIATKAN TAYAMMUM

1

Umat Islam dapat menjaga
kesucian dan kemuliaan agama
kerana melaksanakan solat dalam
apa-apa jua keadaan.

HIKMAH DISYARIATKAN TAYAMMUM

2

Menunjukkan kasih saying Allah
kerana memberi keringanan untuk
melakukan ibadat dalam apa-apa jua
keadaan.

HIKMAH DISYARIATKAN TAYAMMUM

3

Menghindari sebarang bentuk
kemudaratan pada anggota badan
kerana menggunakan air ketika
cuaca yang terlalu sejuk

LATIHAN ULANGKAJI

1. Nyatkan maksud dan dalil tayammum.
2. Jelaskan dua sebab diharuskan

tayammum.
3. Jelaskan dua syarat tayammum.
4. Jelaskan empat rukun tayammum.


Click to View FlipBook Version