WĂŐĞϰϵͮϭϲϳ Gambar 4: Ahli yang hadir serta turut mengikuti aktiviti yang disediakan Gambar 3: Ahli yang hadir serta turut mengikuti aktiviti yang disediakan Gambar 1: Bergambar kenangan di pintu masuk PBAKL 2023 Gambar 2: Bergambar kenangan bersama penulis buku
WĂŐĞϱϬͮϭϲϳ AKTIVITI 7 Program : LAWATAN KE TAPAK PASAR TANI Tarikh : 13 Jun 2023 Tempat : Tapak Pasar Tani KKR Jumlah Perbelanjaan : Tiada Objektif Menyokong aktiviti KKR disamping memberi sokongan kepada peniaga kecil serta menambah pendapatan PUSPANITA KKR. Ringkasan program PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya juga turut bekerjasama dengan kelab Sukan dan Kebajikan KKR bagi menyediakan 50 sewaan tapak jualan pasar tani. PUSPANITA KKR kini mempunyai sejumlah 16 tapak untuk disewakan pada setiap hari Selasa dan Khamis.
WĂŐĞϱϭͮϭϲϳ Gambar 4: Lawatan sekitar tapak pasar tani oleh Pengerusi PUSPANITA KKR Gambar 3: Lawatan sekitar tapak pasar tani oleh Pengerusi PUSPANITA KKR Gambar 1: Pengerusi PUSPANITA KKR turut membuat pembelian di samping memberi galakan kepada usahawan Gambar 2: Lawatan sekitar tapak pasar tani oleh Pengerusi PUSPANITA KKR
WĂŐĞϱϮͮϭϲϳ AKTIVITI 8 Program : PROGRAM JALINAN KASIH PUSPANITA KKR KE RUMAH KASIH TUN ABDUL AZIZ, MELAKA Tarikh : 10 Julai 2023 Tempat : RUMAH KASIH TUN ABDUL AZIZ, MELAKA Jumlah Perbelanjaan : RM 463.80 Objektif Rumah kasih Tun Abdul Aziz, Melaka adalah sebuah institusi perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Anak-anak ini sebahagiannya merupakan mangsa keadaan dan mendapat perintah perlindungan daripada mahkamah untuk dijaga di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ringkasan program Pada hari ini PUSPANITA KKR diketuai oleh YBhg Datin Seri Roslina bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR bersama barisan ahli Jawatankuasa telah mengadakan program CSR dan lawatan ke Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Melaka dengan Kerjasama JKR Negeri Melaka. Kehadiran PUSPANITA KKR di sambut meriah oleh Pn Fairuzatasya Bt Kamarudin, bersama anak -anak berumur 2 hingga 6 tahun seramai 28 org. Selain mengadakan lawatan dan beramah mesra dengan anak-anak, PUSPANITA KKR juga turut menyampaikan sumbangan kebajikan. Diharapkan dengan lawatan yang di adakan sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan buat anak-anak.
WĂŐĞϱϯͮϭϲϳ Gambar 4: Pengerusi PUSPANITA KKR menyampaikan sumbangan kebajikan Gambar 3: Pengerusi PUSPANITA KKR menurunkan tandatangan di buku pelawat Gambar 1: Rombongan PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama Pengetua Rumah Kasih Gambar 2: Rombongan PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama Pengetua Rumah Kasih dan anak-anak rumah kebajikan
WĂŐĞϱϰͮϭϲϳ AKTIVITI 9 Program : PROGRAM LAWATAN KE KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA SEMPENA PERSIDANGAN PEGAWAI KANAN (SOC) JKR TAHUN 2023 Tarikh : 11 Julai 2023 Tempat : KRAFTANGAN MELAKA Jumlah Perbelanjaan : Tiada Objektif Menyokong aktiviti kerajaan di samping menambahkan ilmu pengetahuan setiap ahli. Ringkasan program Pada hari ini PUSPANITA KKR diketuai oleh YBhg Datin Seri Roslina bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR telah mengadakan program lawatan ke kraf Melaka dengan Kerjasama JKR Negeri Melaka. Lawatan telah disambut oleh Encik Mohamed Hasnul Hazri bin Zakaria, Timbalan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka. Sepanjang lawatan ini PUSPANITA KKR diberikan penerangan mengenai produk kraf di Galeri Kraf Warisan. Turut diadakan demonstrasi kraf Mewarna Batik, Anyaman Rotan dan Copper Tooling. PUSPANITA KKR turut terlibat membuat interaktif kraf mewarna batik kit dan anyaman rotan serta membeli produk kraf di pusat jualan kraf Karyaneka.
WĂŐĞϱϱͮϭϲϳ Gambar 4: Tetamu VIP sedang mendengar penerangan daripada pihak kraf Melaka. Gambar 3: Bergambar kenangan di hadapan pusat kraf bersama-sama isteri gelegasi JKR dari seluruh Malaysia Gambar 1: Pengerusi PUSPANITA KKR sedang menurunkan tandatangan di buku pelawat Gambar 2: YBhg Datin Seri Roslina dengan hasil kerja cantingan beliau
WĂŐĞϱϲͮϭϲϳ AKTIVITI 10 Program : PROGRAM LAWATAN KE RERUAI PAMERAN SEMPENA PERSIDANGAN PEGAWAI KANAN (SOC) JKR TAHUN 2023 Tarikh : 12 Julai 2023 Tempat : KRAFTANGAN MELAKA Jumlah Perbelanjaan : Tiada Objektif Menyokong aktiviti Kementerian di samping menambahkan ilmu pengetahuan setiap ahli. Ringkasan program PUSPANITA KKR diketuai oleh YBhg Datin Seri Roslina bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR telah mengadakan lawatan ke reruai pameran bagi memberi sokongan kepada peserta dan tanda sokongan kepada program persidangan yang sedang berlangsung.
WĂŐĞϱϳͮϭϲϳ Gambar 3: YBhg. Datin Seri turut bergambar Gambar 4: Lawatan ke reruai pameran kenangan Gambar 1: Lawatan ke reruai pameran Gambar 2: Lawatan ke reruai pameran
WĂŐĞϱϴͮϭϲϳ AKTIVITI 11 Program : AKTIVITI SEMAKAN INVENTORI DAN GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN BILIK PUSPANITA KKR Tarikh : 08 OGOS 2023 Tempat : Bilik PUSPANITA, Aras 2, Blok B, KKR Jumlah Perbelanjaan : Tiada Objektif Mengadakan semakan semula inventori. Ringkasan program Barisan Ahli Jawatankuas telah mengambil kesempatan untuk mengadakan mengadakan semakan inventori yang terdapat di dalam Bilik PUSPANITA dan juga aktiviti gotong royong bagi keceriaan bilik PUSPANITA. YBhg. Datin Seri Roslina bt Mior Adlan turun padang bersama Ahli Jawatankuasa dalam membuat semakan dan memastikan bilik PUSPANITA sentiasa dalam keadaan ceria. Terima kasih juga kepada YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj Ahmad, Penasihat PUSPANITA Cawangan KKR turut hadir ke bilik PUSPANITA bagi melihat aktiviti yang dijalankan.
WĂŐĞϱϵͮϭϲϳ Gambar 3: Bergambar kenangan Bersama Penaung PUSPANITA KKR Gambar 1: Pengerusi turut membuat semakan inventori Gambar 2: Gotong royong sedang dilaksanakan
WĂŐĞϲϬͮϭϲϳ AKTIVITI 12 Program : PERTANDINGAN PAKAIAN PATRIOTIK KANAKKANAK DAN PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA Tarikh : 08 OGOS 2023 Tempat : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR Jumlah Perbelanjaan : Tiada Objektif Menyokong aktiviti Kementerian di samping menambahkan ilmu pengetahuan setiap ahli disamping menyemarakkan rasa cinta terhadap Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan Ringkasan program Pertandingan Pakaian Patriotik Kanak-Kanak Dan Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Kementerian Kerja Raya yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia. Pertandingan yang diadakan ini adalah anjuran bersama Kementerian Kerja Raya, PUSPANITA KKR dan Kelab Sukan KKR. YBhg. Datin Seri Roslina Binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR, YBhg. Datin Haspa Zalila Haphas,Timbalan Pengerusi PUSPANITA KKR, YBhg. Datin Zuriza bt Zainol, Pengerusi Biro Kebajikan PUSPANITA KKR, hadir menyaksikan pertandingan ini. Terima kasih kepada Juri jemputan, En Mohd. Fairul, Ketua Bidang, Sekolah Seni Malaysia, Kuala Lumpur dan Pn Suhana bt Mohd Nazri,Caw Kerja Bangunan Am 1,JKR serta semua yang terlibat.
WĂŐĞϲϭͮϭϲϳ Gambar 3: Bergambar Kenangan bersama juri puisi Gambar 4: Salah seorang peserta puisi Gambar 1: Bergambar Kenangan bersama Peserta Puisi Gambar 2: Bergambar Kenangan bersama Peserta pertandingan pakaian Kanak-kanak
WĂŐĞϲϮͮϭϲϳ AKTIVITI 13 Program : PERTANDINGAN MEWARNA ANAK-ANAK TASKA KKR Tarikh : 09 OGOS 2023 Tempat : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR Jumlah Perbelanjaan : Tiada Objektif Menyokong aktiviti Kementerian di samping menambahkan ilmu pengetahuan setiap ahli disamping menyemarakkan rasa cinta terhadap Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan Ringkasan program Pada hari ini telah diadakan pertandingan mewarna anak-anak Taska KKR bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR. YBhg. Datin Seri Roslina Bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR telah menghadiri program pertandingan ini. Disamping beramah mesra bersama anak-anak YBhg. Datin Seri juga telah berbesar hati menjadi juri pertandingan pada hari ini. Anak-anak pula dilihat begitu gembira dan bersemangat menyertai pertandingan pada hari ini. Adalah diharapkan anak-anak Taska KKR akan menjadi anak yang berjaya di masa akan datang.
WĂŐĞϲϯͮϭϲϳ Gambar 4: Anak-anak taska sedang menyiapkan lukisan masing-masing Gambar 3: Anak-anak taska sedang menyiapkan lukisan masing-masing Gambar 1: Pengerusi PUSPANITA KKR sedang melihat hasil lukisan anak-anak taska Gambar 2: Anak-anak taska sedang menyiapkan lukisan masing-masing
WĂŐĞϲϰͮϭϲϳ AKTIVITI 14 Program : PROGRAM SEMARAKKAN RASA CINTA MERDEKA Tarikh : 21 OGOS 2023 Tempat : Kementerian Kerja Raya Jumlah Perbelanjaan : Tiada Objektif Sebagai memupuk rasa cinta pada Kemerdekaan Negara dan menyokong aktiviti Kementerian Ringkasan program Pada hari ini PUSPANITA Cawangan KKR telah bersama – sama berkumpul dan melawat pertandingan hiasan kemerdekaan yang telah diadakan sekitar bangunan Kementerian Kerja Raya. Selain itu juga semua AJK telah mengenakan pakaian bertemakan warna bendera Malaysia. Gambar 1: AJK PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama hiasan kemerdekaan Gambar 2: AJK PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama hiasan kemerdekaan
WĂŐĞϲϱͮϭϲϳ AKTIVITI 15 Program : MAJLIS INTERAKSI BERSAMA WARGA KERJA RAYA BERSEMPENA PERSARAAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENGURUSAN Tarikh : 12 September 2023 Tempat : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Jumlah Perbelanjaan : RM 300.00 Objektif Majlis persaraan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, YBhg. Datuk Ahmad Nadzri Embong Ringkasan program Pada hari ini PUSPANITA KKR turut serta dalam Majlis Interaksi bersama warga Kerja Raya bersempena persaraan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, YBhg. Datuk Ahmad Nadzri Embong bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Turut hadir sebagai tetamu kehormat adalah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Abdul Rahman Bin Mohamad bersama-sama Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Manakala PUSPANITA KKR diketuai oleh YBhg. Datin Seri Roslina Bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR PUSPANITA KKR mengucapkan terima kasih dan selamat bersara serta turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada YBhg.. Datuk Ahmad Nadzri Embong dan YBhg. Datin Rashida bt Abdul Wahab selaku Pengerusi Biro Sosial dan Kebudayaan.
WĂŐĞϲϲͮϭϲϳ Gambar 4: AJK PUSPANITA KKR turut bergambar kenangan bersama yang dirai Gambar 3: Timbalan Menteri Kerja Raya, Penasihat dan Pengerusi PUSPANITA KKR turut bergambar kenangan bersama yang dirai Gambar 1: Penasihat dan Pengerusi PUSPANITA KKR turut bergambar kenangan bersama yang dirai Gambar 2: Barisan AJK yang hadir memeriahkan acara
WĂŐĞϲϳͮϭϲϳ AKTIVITI 16 Program : MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PERSATUAN WANITA ICU PERAK Tarikh : 06 Oktober 2023 Tempat : Pejabat Persatuan Wanita ICU Perak Jumlah Perbelanjaan : - Objektif Menjalinkan hubungan dan bertukar pandangan dalam mengendalikan persatuan serta membina hubungan antara kedua belah pihak Ringkasan program Pada hari ini PUSPANITA Kementerian Kerja Raya Malaysia telah berkunjung ke Pejabat Persatuan Wanita ICU Perak. Kunjungan delegasi seramai 30 orang ini telah diketuai oleh YBhg. Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, selaku Pengerusi Puspanita KKR Malaysia. Adalah diharapkan sesi beramah mesra serta bertukar pandangan ini juga dapat memantapkan lagi hubungan antara kedua persatuan ini.
WĂŐĞϲϴͮϭϲϳ Gambar 1: Tetamu VIP sedang menurunkan tandatangan di buku pelawat Gambar 2: YBhg. Datin Seri Roslina menyampaikan ucapan Gambar 3: Rombongan PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama Persatuan Wanita ICU Perak
WĂŐĞϲϵͮϭϲϳ AKTIVITI 17 Program : PROGRAM CSR DI PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN, MANJOI, PERAK Tarikh : 07 Oktober 2023 Tempat : PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN, MANJOI, PERAK Jumlah Perbelanjaan : RM 3,097.30 Objektif Memupuk keperibadian serta mengamalkan perilaku pekerti terutamanya bagi anakanak yatim. Ringkasan program Pada hari ini PUSPANITA Kementerian Kerja Raya Malaysia telah mengadakan program Corporate Social Responsibility (CSR) bertempat di Manjoi, Perak. Program ini telah diketuai oleh YBhg. Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, selaku Pengerusi Puspanita KKR bersama 30 orang peserta PUSPANITA KKR. PUSPANITA KKR telah disambut mesra oleh Pn Nazlyn Noorain Bt Mohd Said,YDP Pusat Jagaan anak-anak yatim dan miskin Nurul Iman,Manjoi, Perak. Turut hadir dalam program pada hari ini adalah YBrs. Ir Zulhairi Bin Abdul Wahab, Belati Wangsa (M) Sdn Bhd bersama 5 orang pegawai. Adalah diharapkan dengan adanya program dan usaha seperti ini akan dapat memupuk keperibadian serta mengamalkan perilaku pekerti terutamanya bagi anak-anak yatim.
WĂŐĞϳϬͮϭϲϳ Gambar 5: Bergambar kenangan bersama anak -anak yatim. Gambar 1: YBhg. Datin Seri Roslina menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak yatim Gambar 2: Majlis serba ringkas bersama anak-anak yatim Gambar 4: Bergambar kenangan bersama anak - anak yatim. Gambar 3: YBhg. Datin Seri Roslina menyampaikan goodies kepada anak- anak yatim
WĂŐĞϳϭͮϭϲϳ AKTIVITI 18 Program : PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GALERI RUMAH LAT, BATU GAJAH, PERAK Tarikh : 07 Oktober 2023 Tempat : GALERI RUMAH LAT, BATU GAJAH, PERAK Bil peserta : 30 orang Jumlah Perbelanjaan : - Objektif Menambahkan ilmu pengetahuan ahli PUSPANITA KKR Ringkasan program Pada hari ini PUSPANITA Kementerian Kerja Raya Malaysia telah berkunjung ke Galeri Rumah LAT, Batu Gajah, Perak. Program ini telah diketuai oleh YBhg. Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, selaku Pengerusi Puspanita KKR bersama 30 orang peserta PUSPANITA KKR. PUSPANITA KKR telah disambut mesra dan dibawa melawat dan melihat hasil kerja Penulis yang dikenali dengan Dato' LAT. Turut serta dalam lawatan pada hari ini adalah Persatuan Wanita ICU Perak diketuai oleh Puan Rohaida bt Poad, Timbalan Pengerusi, Persatuan Wanita ICU Perak bersama ahli jawatankuasa.
WĂŐĞϳϮͮϭϲϳ Gambar 4: Ahli PUSPANITA KKR Bergambar kenangan di sekitar galeri LAT Gambar 3: Ahli PUSPANITA KKR Bergambar kenangan di sekitar galeri LAT Gambar 1: Pengerusi PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama Dato’ LAT Gambar 2: Bergambar kenangan di rumah kartunis Dato’ LAT
WĂŐĞϳϯͮϭϲϳ AKTIVITI 19 Program : MAJLIS LADIES HI TEA PUSPANITA CAWANGAN KKR Tarikh : 24 November 2023 Tempat : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR Jumlah penyertaan : 350 orang Jumlah Perbelanjaan : RM 17,769.20 Objektif Memberi medium kepada ahli untuk dihargai dalam satu program yang dilaksanakan julung kali. Ringkasan program Buat julung kalinya majlis 'Ladies Hitea" diadakan khas bagi meraikan ahli PUSPANITA KKR. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Datin Sri Angelina Celestine Ujang, Penaung PUSPANITA KKR dan telah disambut mesra oleh YBhg. Datin Seri Roslina Bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya : - Persembahan Artis Azian Mazwan Bt Sapuwan - Persembahan tarian oleh Ahli PUSPANITA KKR - Penyampaian sumbangan prihatin - Hadiah 'Best Dress' - lebih 60 hadiah cabutan bertuah - Goodies istimewa buat yang hadir Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua barisan AJK yang telah bertungkus lumus bagi memastikan majlis berjalan dengan jayanya.
WĂŐĞϳϰͮϭϲϳ Gambar 3: Bergambar kenangan bersama YBhg. Gambar 4: Tetamu VIP yang hadir Dati Sri Angelina Celestine Ujang, Gambar 1: Tetamu VIP sedang diiringi masuk oleh penari Gambar 2: Persembahan tarian pembukaan
WĂŐĞϳϱͮϭϲϳ AKTIVITI 20 Program : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH JASAMU DIKENANG SEMPENA LADIES HITEA PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA Tarikh : 24 November 2023 Tempat : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR Jumlah penerima : 5 orang Objektif Memberi medium kepada ahli untuk dihargai dalam satu program yang dilaksanakan julung kali. Ringkasan program Pada hari ini PUSPANITA Cawangan KKR turut menyampaian hadiah persaraan kepada Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA KKR yang telah pun bersara dan bakal bersara tidak lama lagi. Tiada ucapan yang indah selain penghargaan dan terima kasih kepada : - YBhg. Datin Wira Dr Sarina bt Shuib - YBhg. Datin Rosnah bt Md Saad - YBhg. Datin Zuriza bt Zainol - YBhg. Datin Rashida bt Abdul Wahab - YBhg. Datin Haspa Zalila Bt Haphas Jasamu tetap kami kenang. Semoga sentiasa sihat dan dalam perlindungan Allah s.w.t.
WĂŐĞϳϲͮϭϲϳ Gambar 4: YBhg. Datin Rashida bt Abdul Wahab. Gambar 3: YBhg. Datin Zuriza bt Zainol Gambar 1: YBhg. Datin Wira Dr Sarina bt Shuib Gambar 2: YBhg. Datin Rosnah bt Md Saad Gambar 4: YBhg. Datin Haspa Zalila Bt Haphas
WĂŐĞϳϳͮϭϲϳ AKTIVITI ANJURAN PUSPANITA KEBANGSAAN SEPANJANG TAHUN 2023 AKTIVITI 1 Program : PROGRAM TADARUS AL-QURAN PUSPANITA DAN MAJLIS TAZKIRAH DAN KHATAM ALQURAN “KASIH RAMADAN PUSPANITA 1444H” SERTA PENCALONAN PENERIMA SUMBANGAN KEBAJIKAN RAHMAH PUSPANITA Tarikh : 11 April 2023 Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya Jumlah Peserta : 18 orang (Peserta Tadarus) 6 orang (peserta sumbangan Rahmah) Objektif: Menyokong aktiviti PUSPANITA Kebangsaan mengimarahkan bulan Ramadhan 1444H dengan amalan membaca Al Quran. Ringkasan program: Majlis Tazkirah dan Khatam al-Quran ”Kasih Ramadan PUSPANITA 1444H” diadakan sebagai penutup bagi Program Tadarus al-Quran PUSPANITA. Sempena Sambutan 40 Tahun PUSPANITA, majlis ini diadakan dengan pengisian program termasuk sesi tazkirah, solat tasbih dan hajat secara berjemaah, penyampaian sumbangan kebajikan serta pameran berkonsepkan bantuan Rahmah daripada agensi dan institusi agama. Program ini turut dihadiri oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri merangkap Penaung PUSPANITA. Penerima sumbangan Rahmah PUSPANITA Cawangan KKR : a. Hidayat Ulmunauwarah binti Ayob b. Wan Nurul Nuha binti Wan Mat c. Zulilah binti Salim d. Norrasidah binti Mohd Sharif e. Rahayu binti Mohammed f. Nik Shahrolniza binti Ahmad Shahimi
WĂŐĞϳϴͮϭϲϳ Gambar 3: Pengerusi PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama AJK dan peserta tadarus Gambar 1: Pengerusi PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama AJK , peserta tadarus dan penerima sumbangan Gambar 2: Peserta tadarus PUSPANITA KKR bergambar kenangan
WĂŐĞϳϵͮϭϲϳ AKTIVITI 2 Program : MAJLIS MAKAN MALAM PUSPANITA KEBANGSAAN BERTEMAKAN ‘THE MAGICAL ENCHANTED GARDEN’. Tarikh : 07 Jun 2023 Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya Jumlah Peserta : 20 orang Objektif: Menyokong aktiviti PUSPANITA Kebangsaan serta memberi penghargaan kepada Ahli Ringkasan program: Program ini dirasmikan oleh YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Bte Che Mohd Nor YANG Dipertua PUSPANITA Gambar 1: Peserta program PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama Pengerusi Gambar 2: Peserta program PUSPANITA KKR bergambar kenangan
WĂŐĞϴϬͮϭϲϳ AKTIVITI 3 Program : MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KEBANGSAAN (MAP) KALI KE 41 Tarikh : 08 Jun 2023 Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya Jumlah Peserta : 14 orang Objektif: Menghadiri mesyuarat Agung perwakilan dan mendengar amanat daripada PUSPANITA Kebangsaan Ringkasan program: i. Seminar Inspirasi Kepimpinan Wanita x 8.30 pagi – 9.30 pagi ii. Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali Ke-41 x 10.00 pagi – 12.00 tengah hari iii. Majlis Perasmian Penutupan MAP PUSPANITA Kali Ke-41 x 12.15 tengah hari Program ini dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri merangkap Penaung PUSPANITA. Gambar 1: YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri merangkap Penaung PUSPANITA. Gambar 2: Peserta program PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama Pengerusi
WĂŐĞϴϭͮϭϲϳ AKTIVITI 4 Program : MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI (MT) PUSPANITA BIL 1 SESI 2023-2025 Tarikh : 20 Julai 2023 Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya Jumlah Peserta : 1 orang (Pengerusi PUSPANITA KKR) Objektif: Menghadiri mesyuarat malis tertinggi (MT) dan mendengar amanat daripada PUSPANITA Kebangsaan Ringkasan program: YBhg Datin Seri Roslina Bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR, telah menghadiri Majlis mesyuarat ini dan membuat pembentangan aktiviti PUSPANITA KKR. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Bte Che Mohd Nor YANG Dipertua PUSPANITA Gambar 1: YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Bte Che Mohd Nor Yang Dipertua PUSPANITA bergambar kenangan bersama ahli MT Gambar 2: Pengerusi PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama Ahli MT
WĂŐĞϴϮͮϭϲϳ AKTIVITI 5 Program : PROGRAM SELAWAT PERDANA PUSPANITA Tarikh : 21 Julai 2023 Tempat : Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya Jumlah Peserta : 1 orang (Pengerusi PUSPANITA KKR) 10 Orang peserta Objektif: Program yang dianjurkan bersempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Ringkasan program: Program ini dimulakan dengan alunan selawat dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustazah Nor Farhatul Fairuzah Panut, Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2019 dan diteruskan dengan ceramah bertajuk "Hijrah Dalam Konsep Malaysia Madani" yang disampaikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, pendakwah bebas dan penceramah motivasi. YBhg Datin Seri Roslina bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR dan 10 ahli PUSPANITA KKR telah menyertai Program Selawat Perdana Bersama PUSPANITA. YBhg. Puan Sri To' Puan Seri Norizam binti Che Mohd Nor, Yang DiPertua PUSPANITA turut menghadiri program Gambar 1: YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Bte Che Mohd Nor Yang Dipertua PUSPANITA bergamar kenangan bersama peserta Gambar 2: Pengerusi PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama peserta
WĂŐĞϴϯͮϭϲϳ AKTIVITI 5 Program : PROGRAM PEMBANGUNAN KAPASITI PUSPANITA KE INSTITUT KRAF NEGARA,RAWANG, SELANGOR. Tarikh : 10 Oktober 2023 Tempat : Institut Kraf Negara Jumlah Peserta : 1 orang (Pengerusi PUSPANITA KKR) Objektif: Mengasah kreativiti dan kemahiran berkaitan kraf anyaman dan tenunan Ringkasan program: Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam binti Che Mohd Nor, Yang DiPertua PUSPANITA bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA dan ahli PUSPANITA daripada pelbagai cawangan Kementerian. PUSPANITA KKR telah diwakili oleh YBhg Datin Seri Roslina bt Mior Adlan. Selain taklimat ringkas berkaitan Institut Kraf Negara, para peserta turut diberi peluang menghasilkan sendiri produk kraf anyaman rotan dan tapestry. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengasah kreativiti dan kemahiran berkaitan kraf anyaman dan tenunan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran. Gambar 1: YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Bte Che Mohd Nor Yang Dipertua PUSPANITA bergambar kenangan bersama peserta Gambar 2: Pengerusi PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama peserta
WĂŐĞϴϰͮϭϲϳ AKTIVITI 6 Program : PROGRAM DOA UNTUK PALESTIN Tarikh : 10 Nov 2023 Tempat : Dewan Tan Sri Dato' Setia Dr. Ibrahim Lembut,Kompleks Islam Putrajaya Jumlah Peserta : 1 orang (Pengerusi PUSPANITA KKR) Objektif: Menyalurkan sumbangan PUSPANITA Prihatin bagi rakyat Palestin ke Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP). Ringkasan program: PUSPANITA KKR telah menyertai program yang telah dianjurkan oleh PUSPANITA Kebangsaan dan turut menyalurkan sumbangan PUSPANITA Prihatin bagi rakyat Palestin ke Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP). Pada program ini penyerahan sumbangan oleh PUSPANITA Cawangan KKR telah disampaikan oleh YBhg Datin Seri Roslina bt Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR. Selain itu, PUSPANITA KKR juga turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM 800.00 ke tabung Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP). Gambar 1: YBhg. Datin Seri Roslina telah menyarahkan sumbangan kepada Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Bte Che Mohd Nor Yang Dipertua PUSPANITA Gambar 2: Pengerusi PUSPANITA KKR bergambar kenangan bersama semua penyumbang
WĂŐĞϴϱͮϭϲϳ B. BIRO KEBAJIKAN DAN KEAGAMAAN BIL NAMA JAWATAN KZ'E/^^/ 1 YBhg. Datin Nor Mazidah Binti Jusoh Pengerusi Biro CIDB Malaysia 2 Puan Marina Binti Puteh Timbalan Pengerusi Biro CIDB Malaysia 3 Puan Nor Azian Binti Hashim Setiausaha CIDB Malaysia 4 Puan Norshahuri Binti Abd Mutalib AJK Kecil CIDB Malaysia 5 Puan Junaidah Binti Mohd Yusof AJK Kecil Pesara 6 Puan Munirah Binti Jahari AJK Kecil JKR Malaysia 7 Puan Roszilawati Binti Md Thani AJK Kecil Kementerian Kerja Raya
WĂŐĞϴϲͮϭϲϳ AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG TAHUN 2023 AKTIVITI 1 Program : MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN Tarikh : 07 April 2023 (Jumaat) Tempat : Surau Blok G JKR. Pembimbing : Ustazah Natrah & Ustazah Sharifah Kashif Fadzillah Bil. Peserta : 175 orang Jumlah Perbelanjaan : RM 6,670.00 (sumbangan CIDB) Objektif i. Memberi kesempatan kepada ahli Puspanita untuk mengkhatam Al Quran secara beramaiii. ramai dalam bulan Ramadhan 1444H iii. Meningkatkan keyakinan diri dalam bacaan Al Quran dengan hukum tajwid yang betul iv. melalui semakan bacaan dari rakan-rakan yang lebih mahir; v. Ahli Puspanita KKR dapat menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran dengan aktiviti yang vi. bermanfaat. Ringkasan program Program ini merupakan program tahunan Biro Kebajikan & Keagamaan dimana seramai 175 orang ahli Puspanita KKR telah bersama-sama dalam membaca 30 juzuk Al-Quran secara berkumpulan. Sebelum tadarus bermula, sesi solat hajat telah
WĂŐĞϴϳͮϭϲϳ berlangsung dengan dipimpin oleh Ustazah Natrah. Program juga telah diserikan dengan kehadiran ustazah selebriti iaitu Ustazah Sharifah Kashif Fadzillah yang memberikan tazkirah. Kesemua jemputan telah diberikan goodies sebagai tanda kenangan. Gambar 1: Peserta sangat teruja dengan kehadiran Ustazah Selebriti setelai selesai bertadarus. Gambar 2: Ustazah dengan ceramah yang sangat menarik
WĂŐĞϴϴͮϭϲϳ AKTIVITI 2 Program : LAWATAN SAMBIL BELAJAR AHLI PUSPANITA KE KAWASAN PUTRAJAYA & SRI KEMBANGAN Tarikh : 25hb Ogos 2023 (Jumaat) Tempat : Kompleks Nasyrul Quran,Putrajaya & Kilang Beryl’s,Seri Kembangan. Bil. Peserta : 40 orang Jumlah Perbelanjaan: RM782.60 Objektif i. Memberi pengetahuan baru dan lebih mendalam berkaitan proses percetakan Al-Quran dan proses pembuatan manuskrip/mushaf kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan KKR. ii. Memberi peluang melihat sendiri kilang coklat Beryl’s yang mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat Malaysia.Selain itu dapat memberi sokongan kepada produk tempatan. Ringkasan program Program lawatan sambal belajar ini Berjaya dilaksanakan dengan kehadiran 40 orang peserta termasuk tetamu kehormat iaitu AJK Tertinggi PUSPANITA KKR. Peserta telah mengenali Al-Quran secara lebih dekat. Peserta juga telah dibawa ke kilang coklat tempatan iaitu Beryl’s untuk mengetahui proses awal hingga akhir pembuatan coklat dan memberi sokongan kepada produk tempatan. Gambar 4: Bergambar bersama ustazah selepas tazkirah Gambar 3: Kumpulan tadarus yang dianggotai oleh 5 atau 6 orang bagi 30 kumpulan. Peserta dikehendaki membawa naskah Al Quran sendiri.
WĂŐĞϴϵͮϭϲϳ Gambar 1: Ahli-ahli Puspanita bergambar di hadapan Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya Gambar 2: Ahli-ahli Puspanita bersama Pengerusi semasa lawatan di Kompleks Nasyrul Quran Gambar 4: Sesi Penerangan daripada wakil Beryl’s berkaitan penghasilan coklat Beryl’s Gambar 3: Ahli Jawatankuasa Induk yang turut bersama dalam lawatan sambal belajar ke Kilang Coklat Beryl’s
WĂŐĞϵϬͮϭϲϳ AKTIVITI 3 Program : PERSIDANGAN TAHUNAN AGAMA PUSPANITA TAHUN 2023: MEMBUDAYAKAN HALAL DALAM KEHIDUPAN Tarikh : 06 Disember 2023 (Rabu) Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI Presint 10, Putrajaya. Bil. Peserta : 12 orang Anjuran : PUSPANITA Kebangsaan Jumlah Perbelanjaan : RM600.00 Objektif i. Membentuk ahli Puspanita yang berilmu di segi perkembangan dan cabaran halal di Malaysia ii. Memberi pendedahan kepada ahli Puspanita berkaitan penipuan sijil halal. iii. Membentuk ahli Puspanita yang bijak memilih menu viral samaada mengikut trend atau Halalan Toyyiban. Ringkasan program Persidangan Agama Tahunan oleh PUSPANITA Kebangsaan ini adalah merupakan acara tahunan yang amat ditunggu. Topik yang dibawa pada kali ini adalah berkaitan Halal dan telah dikupas oleh penceramah jemputan dengan begitu mendalam. Para peserta berjaya menambah pengetahuan baru berkaitan Halal.
WĂŐĞϵϭͮϭϲϳ Gambar 1: Dewan De’ Seri Endon sebagai lokasi bagi Persidangan Agama Tahun 2023 Gambar 2: Ahli PUSPANITA KKR bersedia di barisan hadapan sebagai tanda sokongan kepada program PUSPANITA KEBANGSAAN Gambar 4: Ahli PUSPANITA KKR yang menghadiri Persidangan bergambar bersama Pengerusi PUSPANITA KKR Gambar 3: Pengerusi PUSPANITA KKR bergambar bersama AJK PUSPANITA Kebangsaan
WĂŐĞϵϮͮϭϲϳ C. BIRO SOSIAL DAN KEBUDAYAAN BIL NAMA JAWATAN 1 YBhg. Datin Rashida Binti Abdul Wahab ( Bersara pada 13 September 2023) Pengerusi Biro 2 Tasha Nur Amira binti Shaiful Bahari Setiausaha Biro 3 Nur Aishah Binti Atan Hashim Penolong Setiausaha 4 Nurul Shuhada binti Suhaimi AJK Kecil 5 Zanariah Binti Khalid AJK Kecil 6 Nur Wahidah binti Zaini AJK Kecil
WĂŐĞϵϯͮϭϲϳ AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG TAHUN 2023 AKTIVITI 1 Program : BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS ANJURAN PEMUISI Tarikh : 08 Julai 2023 (Sabtu) Tempat : Multipurpose Hall, Menara UMW Jumlah Perbelanjaan : RM120.00 (Yuran Penyertaan) Objektif : x Memberi pengenalan kepada asas pengacaraan x Membina kerangka individu sebagai seorang juruacara atau pengacara x Memberi pendedahan berkenaan protokol dan tatatertib majlis x Mempelajari teknik kawalan audien x Perkongsian tips intonasi suara x Menggalakkan keberanian berkomunikasi di khalayak ramai Ringkasan Program : Program ini merupakan program anjuran Persatuan Pemuisi National Malaysia (PEMUISI) dengan Kerjasama Kelab Kreatif UMW. Program ini telah dihadiri oleh 22 orang peserta dari seluruh pelosok negeri. Bengkel dimulakan dengan perkongsian ilmu Pengacaraan Majlis oleh wakil Exco PEMUISI serta diteruskan dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan yang dibimbing oleh wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian Sijil Penyertaan serta sesi bergambar.
WĂŐĞϵϰͮϭϲϳ Gambar 2: Sesi pengenalan kepada Pengacaraan oleh Puan Aini Bunga Merah selaku Exco PEMUISI. Gambar 1: Gambar ucapan perasmian daripada Presiden PEMUISI, YBhg. Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim Gambar 4: Gambar sesi Latihan dalam Kumpulan dalam merangka persiapan sesuatu majlis bagi seseorang pengacara atau juruacara. Gambar 3: Sesi Latihan intonasi suara oleh Encik Azimin bin Daud selaku pembimbing kursus merangkap Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka
WĂŐĞϵϱͮϭϲϳ Gambar 6: Sesi penyampaian sijil – wakil peserta daripada PUSPANITA Cawangan KKR (Cik Tasha Nur Amira binti Shaiful Bahari) Gambar 7: Gambar kenangan bersama para peserta Bengkel Asas Pengacaraan Anjuran Pemuisi dari seluruh negeri. Gambar 5: Sesi penyampaian sijil – wakil peserta daripada PUSPANITA Cawangan KKR (Puan Zanariah Binti Khalid)
WĂŐĞϵϲͮϭϲϳ AKTIVITI 2 Program : PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN MERDEKA SEMPENA PROGRAM MERDEKA MADANI @PUSPANITA Tarikh : 17 Ogos 2023 (Peringkat Awal dan Suku Akhir) 22 Ogos 2023 (Peringkat Separuh Akhir dan Akhir) Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya Jumlah Perbelanjaan : RM490.00 (Sewaan Busana & tuntutan perbatuan) Objektif : x Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu secara meluas x Memupuk kreativiti dalam penggunaan Bahasa Melayu x Melahirkan ahli puspanita yang berketrampilan serta berkeyakinan dalam Bahasa Melayu x Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli puspanita x Menyerlahkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dalam diri individu. x Menyemarakkan seni pantun dan budaya tradisi masyarakat tempatan kepada semua peringkat umur x Memelihara dan mengekalkan seni budaya berbahasa di kalangan generasi muda Ringkasan program: Program ini merupakan program anjuran Puspanita Kebangsaan yang diadakan bagi meyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2023. Penyertaan adalah terhad kepada 16 cawangan Kementerian yang berdaftar sahaja. Kementerian Kerja Raya telah menghantar pasukan pemantun yang terdiri daripada 4 orang ahli PUSPANITA. Dengan berbekalkan semangat juang dan kecekalan diri, pasukan Pemantun KKR telah berjaya ke Peringkat Separuh Akhir pertandingan. Disamping itu YBhg Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan KKR turut hadir bersama memberi sokongan kepada para pemantun.
WĂŐĞϵϳͮϭϲϳ Gambar 5: Gambar kenangan wakil Pemantun PUSPANITA Cawangan KKR Bersama Pengerusi PUSPANITA Cawangan KKR, YBhg Datin Seri Roslina binti Mior Adlan dan AJK PUSPANITA KKR Gambar 4: Pemantun Simpanan (Puan Aina Syazuren binti Subri) Gambar 3: Pemantun Ketiga (Puan Faridah binti Mohd Salleh) Gambar 1: Pemantun Pertama (Puan Suhana binti Md Nazri) Gambar 2: Pemantun Kedua (Puan Nor Ismahani binti Mohd Ismail)
WĂŐĞϵϴͮϭϲϳ AKTIVITI 3 Program : PERSEMBAHAN TARIAN PEMBUKAAN LADIES HI-TEA PUSPANITA CAWANGAN KKR “Roses And Floral” Tarikh : 24 Disember 2023 (Jumaat) Tempat : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Jumlah Perbelanjaan : RM1000.00 (Token Penari) Objektif : Memberi pendedahan kepada seni budaya Tarian Melayu melalui Tarian Rampaian: a. Etnik Sarawak - Ngajat Iban - Bidayuh - Melanau - Orang Ulu b. Bungong - Menggambarkan keanggunan bunga atau bungong dalam bahasa Aceh - Lirik Bungong hai ceudah bungong adalah “Bunga, oh bunga yang indah” - Sebutan untuk bunga yang tumbuh di hamparan pasir putih - Bungong Jeumpa merupakan Bunga Cempaka melambangkan Keindahan serta Kemahsyuran c. Anak Tiong - Tarian Joget penghibur e. Pantun Seloka - Tarian Inang f. Ayam Didik Tarian rancak diiringi muzik asli yang memikat hati dan menunjukkan kemesraan Seakan tarian canggung (unsur berbalas pantun)