The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 2premraj5, 2022-12-12 20:20:57

Kepentingan ICT

MORAL EFOLIO

Keywords: ICT IT

Kepentingan penguasaan Kemahiran ICT

KOD KURSUS: MPU23142
SEKSYEN KURSUS:JTMK1B
SESI SEMASA:SESI I 22/23
TUGASAN: EFOLIO KEPENTINGAN ICT

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN NAMA AHLI KUMPULAN................................................................ (1)
DEFINISI ICT ........................................................................................................... (3)
KONSEP KEMAHIRAN ICT .....................................................................................(4)
KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ICT ............................................... (5)
CARA – CARA MENGGUNAKAN ICT SECARA BERHEMAH............................... (6)
ISU – ISU DALAM PENGUNAAN ICT .................................................................... (7)
PENUTUP ................................................................................................................ (8)
JADUAL PENAGIHAN TUGAS............................................................................... (9)
RUJUKAN .............................................................................................................. (10)
LAPORAN PLAGIARISME .................................................................................... (11)

KANDUNGAN NAMA AHLI KUMPULAN

BALLAJEE KARMUKILAN (01DDT22F1026)

TAMILARASAN MANIMARAN (01DDT22F1150)

PREMRAJ RAJA KUMAR (01DDT22F1004)

HARIEESH RAAJ NAVAMANI (01DDT22F1070)

MUKESH GOBI (01DDT22F1096)

NIMESH SIVAKUMAR (01DDT20F2064)

PAARATHI GOPAL (01DDT20F2059)

Definisi ICT

Dalam mendepani arus kemodenan kini, ICT
merupakan aspek yang amat signifikan kerana digunakan
oleh setiap orang di seluruh negara. ICT membawa
maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information Communication Technology). Teknologi ini
membantu dengan pemprosesan data terutamanya
dalam komputer. Hal ini sedemikian kerana komputer
membantu untuk mengubah data , menyimpan file-file
seperti (“word”), melindungi (keselamatan siber individu),
memproses data, memindah file kepada orang lain ,
melihat hasil kerja dalam talian, dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Akan tetapi,
individu perlu berwaspada apabila menggunakan
komputer kerana penggodam boleh menggodam individu
tersebut. Perkara ini berlaku apabila individu
menggunakan Internet. Terdapat pelbagai implikasi
dengan pengunaan ICT antaranya ialah individu dapat
berkomunikasi dengan orang secara talian, boleh dapat
peluang pekerjaan, memudahkan proses pembelian
makanan dengan adanya kaunter digital dan lain-lain
juga.Lebih-lebih lagi, istilah ICT juga digunakan untuk
merujuk kepada telefon dengan rangkaian komputer
melalui satu sistem kabel atau pautan tunggal
penumpuan rangkaian audio-visual. Selain itu, ICT juga
bermaksud sesuatu elemen untuk menyimpan data
sekecil 1 kb hingga 1 TB. Bukan itu sahaja, Definisi
teknologi maklumat dan komunikasi boleh disebutkan
sebagai satu proses Penyebaran , penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi dan
pengaliran. Walau bagaimanapun, maksud sebagai
kaedah, aplikasi dan konsep yang terlibat dalam
(Teknologi Maklumat dan Komunikasi) akan berubah
hampir setiap hari dalam kehidupan manusia dan secara
evolusi.

Konsep Kemahiran ICT

ICT ialah penggunaan teknologi digital, alat komunikasi atau
rangkaian untuk mengakses, mengurus, mengintegrasikan,
menilai, mencipta dan menyampaikan maklumat untuk berfungsi
dalam dunia. ICT merangkumi internet dan juga alat mudah alih
yang dikuasakan oleh rangkaian internet. Ia juga termasuk
teknologi lama seperti telefon talian tetap, siaran radio dan
televisyen. Semuanya masih digunakan secara meluas sehingga
hari ini dengan integrasi ICT yang canggih seperti kecerdasan
buatan dan robotik.
ICT kadangkala digunakan secara sinonim dengan IT (teknologi
maklumat). Walau bagaimanapun, ICT secara amnya digunakan
untuk mewakili senarai komponen yang lebih luas dan lebih
komprehensif yang berkaitan dengan teknologi komputer dan
digital daripada IT. Tambahan pula, komponen ICT sedang terus
berkembang. Buktinya, beberapa alat seperti komputer dan
telefon telah wujud selama beberapa dekad. Lain-lain, seperti
telefon pintar, TV digital dan robot, adalah teknologi yang lebih
terkini. Pada masa yang sama, ICT juga bermakna lebih
daripada senarai komponennya. Di sinilah potensi, kuasa dan
bahaya ICT boleh ditemui. Sebagai contoh, komponen-
komponen ICT yang penting ialah perisian, perkakasan, data
dan akses internet. Luar daripada ini ialah tujuan penggunaan
komponen ICT. Contohnya seperti cara pendidikan. Pelbagai
teknologi telah diintegrasi dalam sistem pendidikan berdasarkan
komponon-komponen ICT. Tanpa kawalan penggunaan
komponen ICT, ia boleh jadi sangat berbahaya seperti
mempersenjatakan ICT untuk tujuan tidak baik.
Secara kesuluruhannya, ICT bolehlah dikatakan satu medium
untuk mencipta sesuatu seperti satu sistem, alat atau apa-apa
teknologi baharu untuk pelbagai tujuan. Tambahan pula, ICT ini
ialah satu konsep yang sangat berkuasa dan berpotensi untuk
mencipta sesuatu atau menghapuskan sesuatu.

Kepentingan penguasaan kemahiran ICT

Pada era ini, kemahiran ICT telah mengubah cara hidup
semua orang di dunia ini kerana berlakunya perubahan pada
persekitaran dengan kemajuan teknologi. Misalnya, penggunaan
telefon pintar, computer riba dan sebagainya. Dengan adanya
kemahiran ICT sebahagian orang dalam dunia tidak menyedari

kepentingannya dengan penguasaan kemahiran ICT.
Antara kepentingan penguasaan kemahiran ICT ialah

kita boleh mendapatkan pekerjaan dengan mudah. Pada masa
kini, terdapat ramai yang graduan yang tidak dapat pekerjaan.
Melalui penguasaan kemahiran ICT mudahnya boleh mendapat
pekerjaannya. Hal ini dikatakan kerana, zaman sekarang banyak

pekerjaan berkaitan dengan teknologi. Sebagai contohnya,
dalam bidang Pendidikan pula banyak institusi Pendidikan
menggunakan teknologi seperti menggunakan aplikasi ‘Google
Docs’, ‘Power Point’ dan sebaginya. Apabila kita memahirkan diri
dalam penggunaan ICT ini, maka kita boleh mendapat pekerjaan

dengan mudah.
Seterusnya, ialah kita dapat meningkatkan pengetahuan
am khususnya dalam kalangan remaja. Generasi muda pada
masa kini tidak menujukkan minat untuk mengetahui isu-isu
semasa yang berlaku di persekitaran kita dan menunjukkan
minat yang lebih dalam hal-hal yang tidak penting seperti
bermain permainan video. Masalah ini akan memberi kesan
pada jangka masa yang Panjang iaitu Ketika remaja tersebut
membesar mungkin remaja tersebut tidak akan berpengatahuan
luas dan akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Dengan mempunyai kemahiran ICT remaja-remaja boleh
mengisi masa dengan meningkatkan pengetahuan am

menggunakan teknologinya.
Tuntasnya, setiap orang dalam dunia ini haruslah
meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT pada masa
kini. Oleh itu, pihak yang berkenaan haruslah berganding bahu
untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kehidupan seharian.

Cara-Cara Menggunakan ICT Secara Berhemah

Pertama Sekali jangan mendedahkan maklumat peribadi di
mana-mana laman sesawang.Sebagai contohnya kalau web-
web yang tidak sah atau panggilan dari “SCAM’’ kita haruslah
menolak memeberi maklumat peribadi kita.Seterusnya,kita
mestilah jaga perbuatan semasa melayari laman sesawang
kerana kita mungkin diperhatikan oleh penggodam (Hacker) dan
hal ini akan menyebabkan penggodam tersebut akan
menngodam maklumat semua kita,Selain itu, kita sepatutnya
mengawal dan menjaga laman web sosial seperti Tik Tok dan
Instagram kerana kita boleh disaman jika kita memuat naik
(upload) benda-benda yang berkhabar angin dan juga ia boleh
membangkitkan isu sensitif seperti isu perkauman.Di samping
itu, kita wajarlah memang tidak sepatutnya menggodam (hack)
rangkaian,laman sesawang dan komputer peribadi seseorang
untuk matlamat yang tidak baik dan etika seperti mendapat wang
yang lebih banyak dan untung tanpa bekerja bertungkus-lumus
dan terlibat dalam buli siber.Akhir sekali,kita juga patutlah
memuat naik atau muat turun laman sesawang yang sah
menjaga hak cipta pemilik.Kesimpulannya,semua orang
menggunakan ICT secara berhemah dan baik demi keselamatan
dan kesjahteraan masyarakat dan negara.



ISU – ISU DALAM PENGUNAAN ICT

ICT atau dalam bahasa Melayunya Teknologi Maklumat dan Komunikasi
merupakan agen utama pada zaman teknologi kini. ICT kini digunakan
dalam semua bidang seperti pendidikan, perubatan, perindustrian,
komunikasi dan sebagainya lagi. Walaupun terdapat banyak kebaikan
dalam penggunaan ICT, namun ada individu-individu tertentu yang
menggunakannya untuk perkara-perkara yang buruk.

Antara isu-isu dalam penggunaan ICT ialah isu copyright. Copyright
merupakan suatu hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang
kepada pencipta karya sastera,filem,seni serta muzik untuk tempoh masa
yang tertentu bagi mengawal dan melindungi karya mereka. Misalnya,
kegiatan seseorang menyebarkan filem di dalam laman web serta media
sosial yang menyebabkan kerugian kepada pencipta yang telah
menghasilkan filem tersebut dengan bertungkus lumus.

Selain itu, isu cyber bullying atau buli siber turut merupakan isu
dalam penggunaan ICT. Isu ini bukanlah suatu isu atau gejala yang baru.
Terdapat pelbagai platform atau media sesial digunakan oleh semua
individu. Misalnya, Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan
sebagainya lagi. Platform-platform tersebut sering digunakan untuk
perniagaan secara dalam talian dan berkongsi pelbagai maklumat terkini.
Namun, ada juga individu yang tidak bermoral mengambil peluang ini
untuk mengancam, memalukan dan menakutkan seseorang pengguna
media sosial.

Justeru, isu kecurian identiti juga merupakan salah satu isu dalam
penggunaan ICT. Isu ini merupakan jenayah siber yang serius. Kecurian
identiti berlaku apabila seseorang mencuri maklumat dan
menggunakannya tanpa kebenaran dan untuk sebarang tujuan. Jenayah
siber ini boleh melibatkan semua individu tanpa mengira jantina dan usia.
Isu kecurian identiti ini sering berlaku melibatkan identiti individu yang
telah meninggal dunia.

Sebagai kesimpulannya, setiap pengguna teknologi ICT haruslah
menjaga etika dan mematuhi peraturan-peraturan dan akta-akta yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sekiranya semua pengguna berbuat
demikian, maka isu-isu seperti tersebut dapat ditangani dengan mudah.
Tetapi sekiranya ada yang tidak ingin mematuhi peraturan pihak berkuasa
perlulah mengambil tindakan dan memberikan hukuman yang keras
seperti saman dan hukuman penjara. Dengan ini, setiap pengguna ICT
akan berasa takut dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan.



KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelbagai faedah yang akan diperoleh
sekiranya golongan remaja menguasai teknologi
maklumat. Kini ia terserah kepada para remaja sama ada
ingin memanfaat sebaik-baiknya atau tidak dalam
perkembangan teknologi hari ini. Usaha ini juga wajar
disokong oleh kerajaan dalam melaksanakan pendidikan
berteraskan teknologi seperti program internet untuk
sekolah bestari serta menggalakkan penceburan
teknologi maklumat dalam setiap industri ekonomi dalam
negara. Setiap pihak seharusnya bersedia untuk
melakukan anjakan paradigma dalam memanfaatkan
teknologi maklumat dalam setiap segi kehidupan
mahupun pekerjaan. Para remaja pula seharusnya
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai
teknologi maklumat kerana laut yang ditimba tidak akan
kering. Semoga generasi muda di negara ini menjadi
generasi yang berjaya dalam memacu negara ke arah
kemajuan dan progesif yang berkekalan di samping
mengutamakan perkembangan teknologi dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat. Kelak kemampuan
industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
digunakan masyarakat dan negara menjadikan Malaysia
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju dari negara luar.

Jadual Pengagihan tugas

DEFINISI ICT Premraj
KONSEP KEMAHIRAN ICT Harieesh
KEPENTINGAN PENGUASAAN Mukesh
KEMAHIRAN ICT
Ballajee
CARA – CARA MENGGUNAKAN ICT
SECARA BERHEMAH Tamil
Paarathi
ISU – ISU DALAM PENGUNAAN ICT Nimesh
PENUTUP
Edit

RUJUKAN

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat
 http://luckmanvirus002.blogspot.com/2014/07/maksud-
ict.html#:~:text=ICT%20merupakan%20akronim%20atau%20singkatan,memindah%2C

%20menyebar%20dan%20memapar%20maklumat.
 https://sinarharapan3.blogspot.com/2012/06/innitys-site-requirements-
for.html#:~:text=Kemajuan%20ICT%20telah%20menyumbang%20dalam,wang%20ker

ajaan%20serta%20rakyat%20sendiri.
 https://anyflip.com/cgtbk/pbjd/basic
 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/489777/guna-ict-secara-

berhemah
 http://panglimagarang.pjk.com.my/index.php/23-warga-
pi1m/infrastruktur/keselamatan/684-gunakan-internet-secara-berhemah

 https://anyflip.com/nihys/rmum/basic
 https://www.youtube.com/watch?v=5PDQKu2-bAc

LAPORAN PLAGIARISME


Click to View FlipBook Version