The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirthedada, 2021-08-26 13:31:11

PERDANA MENTERI KE

PERDANA MENTERI KE

Disediakan oleh:

PERDANA MENTERI KE-9

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (lahir 18 Januari 1960) ialah seorang ahli politik
Malaysia yang menjadi ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional dan kini
menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini, beliau
memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bermula pada 10 Mac 2020. Pada 7
Julai 2021, Muhyiddin Yassin telah melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia yang baharu. Beliau juga seorang bekas Menteri Kabinet dari Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden
UMNO.

SENARAI KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Tugas-tugas Perdana Menteri

2.1 Ketua cabinet
2.2 Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
2.3 Pengiring Yang di-Pertuan Agong
2.4 Pengerusi Mesyuarat Kabinet
3. Kesimpulan
4. Perdana Menteri Malaysia

1. PENGENALAN

Perdana Menteri Malaysia ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Seorang
Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan Eksekutif,
Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku
Ketua Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen
terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik dan perlu mendapat
sokongan majoriti daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia.

Perdana Menteri (Bahasa Inggeris: Prime minister) ialah menteri yang paling kanan
dalam kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen. Walaupun
perdana menteri biasanya merupakan ahli politik, ini tidak semestinya.

Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli
kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam
kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan pengerusi kabinet, tetapi dalam
sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden,
perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam
dan melaksanakan arahan-arahan Presiden

Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, perdana
menteri ialah ketua kerajaan, manakala ketua negara (Raja, Ratu, Presiden, atau
Gabenor Jeneral yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan
peranan istiadat. Perdana Menteri biasanya, tetapi bukan selalu, merupakan ahli
parlimen dan dikehendaki memastikan pelulusan rang undang-undang oleh badan
perundangan. Dalam sebilangan pemerintahan beraja, perdana menteri juga
mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai Prerogatif Diraja) yang terletak pada

takhta kerajaan oleh perlembagaan dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri
tanpa kebenaran parlimen.

Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana menteri mungkin mempunyai
peranan atau gelaran yang lain — umpamanya, Perdana Menteri United Kingdom juga
merupakan Lord Perbendaharaan Pertama. Para perdana menteri juga boleh
memegang jawatan menteri yang lain — umpamanya, semasa Perang Dunia Kedua,
Winston Churchill juga merupakan Menteri Pertahanan (walaupun tidak adanya
Kementerian Pertahanan ketika itu). Banyak Perdana Menteri Malaysia juga
memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang
penting seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

2. TUGAS-TUGAS PERDANA MENTERI
2.1 Ketua Kabinet

Gambar 1: Kabinet Perdana Menteri ke-8
Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan ketua kabinet Negara
pada pemerintahannya. Perdana menteri juga menjalankan pentadbiran Negara
bersama-sama dengan menteri dalam menguruskan pentadbiran negara.

2.2 Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong

Gambar 2: Perlantikan Perdana Menteri ke-9
Setiap Perdana Menteri yang telah dilantik bertanggungjawab dalam menguruskan
pentadbiran negara bersama-sama dengan jemaah menteri. Disamping itu, Perdana
Menteri juga merupakan penasihat Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal yang
melibatkan pentadbiran dalam negara.

2.3 Pengiring Yang di-Pertuan Agong

Gambar 3: Jemaah Menteri mengiringi Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri bersama dengan Jemaah menteri berperanan mengiringi Yang di-
Pertuan Agong. Terutamanya dalam perjumpaan mesyuarat Majlis Raja-raja. Selain
itu, Perdana Menteri juga berperanan dalam mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam
dalam Majlis selain daripada Majlis Raja-raja.

2.4 Pengerusi Mesyuarat Kabinet

Gambar 4: Mesyuarat Kabinet
Perdana Menteri bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat yang diadakan
bagi membincangkan mengenai dasar-dasar negara yang perlu dibuat dan akan
dibuat pada masa yang akan datang. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Jemaah
menteri.

3. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Perdana Menteri merupakan orang yang bertanggungjawab
dalam menguruskan pentadbiran negara Malaysia. Selain itu, Jemaah menteri juga
berperanan membantu Perdana Menteri dalam menguruskan negara yang mana
terdiri daripada timbalan perdana menteri dan seterusnya. Perdana Menteri juga
perlulah mempunyai integriti yang baik, adil serta bijak dalam menguruskan hal-hal
yang berkaitan dengan negara.

4. Perdana Menteri Malaysia


Click to View FlipBook Version