The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAFAQQUH FI DIN AZAB KUBUR
#Panitia Pend Islam SKSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur ulya, 2021-05-28 01:00:14

DALIL: AZAB KUBUR

TAFAQQUH FI DIN AZAB KUBUR
#Panitia Pend Islam SKSM

TAFAQQUH FI DIN

BAB 1: AKIDAH
TAJUK: DALIL AZAB KUBUR
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK ST.MARY, KUALA LUMPUR

Asilah Jaafar

SOALAN 5:
Ada yang berpendapat, azab
kubur tiada dalam nas Al-Quran.
Bolehkah didatangkan hujah
perihal maslah ini?

Asilah Jaafar

Jom kita kupas jawapannya bersama:
Sebenarnya secara nas memang tidak ada dalam Al-
quran. Tetapi dari segi dalil, ada ayat-ayat yang
menunjukkan adanya azab kubur. Ini dikuatkan lagi
dengan tafsiran para ulama dan ahli tafsir.

Asilah Jaafar

DALIL PERTAMA:

Surah Ghafir: 45-46

Asilah Jaafar

Penerangan bagi dalil pertama:

Azab sebelum hari kiamat, iaitu satu azab yang sangat dahsyat.

Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang.

Imam Al-Qutubbi, Mujahid, Ikrimah, Muqasil dan Muhammad bin Ka’ab
mengatakan ayat ini membuktikan wujudnya azab kubur di alam dunia.

Dalam Takmilah Adhwa’ Al_bayan oleh Syeikh Atiyyah Salim, beliau
mengatakan ayat ini adalah jelas daripada Al-quran yang menunjukkan
wujudnya azab kubur.

Asilah Jaafar

DALIL KEDUA:

Surah Ibrahim: 27

Asilah Jaafar

Penerangan bagi dalil kedua:

Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal iaitu, Rasulullah saw
menyatakan,

“Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada seksa kubur”

Abu al-Laith As-Samarqandi dalam Tanbih Al-Ghafilin menyatakan
“ Ketetapan itu terjadi dalam tiga masa” iaitu:-

1. Ketika melihat 2. Ketika menghadapi 3. Ketika menghadapi
malaikat maut pertanyaan Munkar & hisab pada hari
kiamat
Nakir

Asilah Jaafar

1. Ketika melihat malaikat maut

Terpelihara daripada kekafiran, mendapat
petunjuk dan istiqamah atas tauhid sehingga
keluar rohnya dalam keadaan Islam.
Diberi keselamatan oleh malaikat dengan
mendapat rahmat.

Melihat tempatnya di syurga.

Asilah Jaafar

2. Ketetapan dalam kubur

Diberi ilham oleh Allah swt bagi menjawab
dengan jawapan yang diredhai Allah.
Hilang rasa takut dan gementar.
Melihat tempatnya di syurga sehingga kuburnya
menjadi satu daripada taman syurga.

Asilah Jaafar

3. Ketetapan Ketika hisab

Allah swt memberinya ilham sehingga dapat
menjawab segala pertanyaan dengan benar.
Hisabnya dipermudahkan dan diringankan.
Diampunkan segala dosanya.

Asilah Jaafar

Ada juga yang menyatakan ketetapan itu dalam empat waktu, iaitu:

Ketika mati.
Ketika di dalam kubur sehingga dapat menjawab
pertanyaan tanpa gementar dan takut.
Ketika hisab.
Ketika berjalan di atas titian sirath sehingga
berjalan bagaikan sepantas kilat.

Asilah Jaafar

DALIL KETIGA:

Surah At Taubah:101

Asilah Jaafar

Penerangan bagi dalil ketiga:
Dinukilkan beberapa pendapat yang di sebut oleh Ibn Kathir:

Mujahid berkata, “Ia berupa pembunuhan &
penangkapan”.

Laporan lain pula mengatakan, “Ia berupa kelaparan
dan seksa kuburm kemudian baru mereka
dikembalikan ke azab yang besar”.

Ibn Juraij mengatakan, “ Ia adalah azab dunia & azab
kubur, kemudian mereka dikembalikan ke azab yang
besar”.

Abdurrahman Ibn Zaid “ Manakala azab di dunia itu
berupa harta kekayaan dan anak”.

Asilah Jaafar

DALIL KEEMPAT: Surah Al An’am:93

Asilah Jaafar

Penerangan bagi dalil keempat:

1. Adh-Dhahak & Abu Solih berpendapat, para 2. Ibn Kathir mentafsirkan sekiranya orang kafir
Malaikat menghulurkan tangan mereka mengalami nazak sakaratul maut, malaikat
bermaksud memukul.
membawa kepadanya berita gembira berupa azab,
belenggu, rantai, neraka Jahannam, air panas
yang bergolak dan kemurkaan Allah yang maha
pengasih lagi maha penyayang. Kerana itu
nyawanya bergolak dalam jasadnya dan enggan

keluar darinya. Kemudian, malaikat memukulnya
sehingga roh mereka keluar dari jasadnya.

Asilah Jaafar

Ya Allah, Asilah Jaafar
ampunkan dosa-

dosa kami..

DALIL KELIMA:

Surah Taha:124
Surah Taha:127

Asilah Jaafar

Penerangan dalil kelima:

Al-Mawardi (An-Nukat wa Al- Tafsiran kehidupan yang sempit
U’yun) menjelaskanmaksud dengan makna azab kubur di alam
ayat ini adalah azab kubur.
Kehidupan sempit yang barzakh adalah tafsiran yang
dinyatakan dalam ayat di paling tepat.
atas ditafsirkan sebagai azab
kubur.

Asilah Jaafar

DALIL KEENAM:

Surah Al-Kauthar:1-4

Asilah Jaafar

Penerangan dalil keenam:

Al-Qurtubi menyatakan: “Surah ini mengandungi hal berkenaan azab
kubur dan kami menyebut dalam kitab A-Tazkirah, beriman

dengannya (azab kubur) adalah wajib dan membenarkannya adalah
satu kemestian. Mengikut apa yang dikhabarkan dengannya oleh
yang benar, Allah swt menghidupkan hamba yang mukallaf dalam
kuburnya dengan mengembalikan kehidupan kepadanya dan
menjadikannya daripada akal, sama seperti sifat kehidupan yang

terdahulu untuk dia berakal, serta faham apa yang dipersoal dan apa
yang patut di jawab dengannya. Dia akan faham apa yang

didatangkan kepadanya daripada Tuhan dan apa yang disediakan
baginya dalam kuburnya, sama ada kemuliaan atau kehinaan. Ini

adalah Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah”.

Asilah Jaafar

DALIL KETUJUH:

Surah Nuh:25

Asilah Jaafar

Penerangan dalil ketujuh:

Sayyid Qutb mempunyai dua pendapat. Antaranya, azab neraka yang
dimaksudkan dalam ayat itu boleh jadi azab kubur dalam tempoh yang

pendek antara dunia dan akhirat.

Imam A-Qurtubi ada menukilkan pendapat Imam Al-Qusyairi yang
menyatakan, “ Ini menunjukkan adanya azab kubur”.

Asilah Jaafar

DALIL KELAPAN:

Surah At-Thur:47
Asilah Jaafar

Penerangan dalil kelapan:

Pendapat Ibn Zaid pula adalah segala musibah dunia seperti kelaparan
atau kebuluran, sakit, bencana, kehilangan harta dan anak-anak.

Mujahid pula mentafsirkan, maksudnya ialah kelaparan dan kesusahan
selama tujuh tahun.

Pendapat Ibn Abbas pula:

1. Beliau mengatakan maksudnya ialah pembunuhan mereka pada

waktu peperangan Badar.

2. Ia bermaksud azab kubur dan ini di sokong oleh Al-Barra’ bin Azib &

Ali bin Abi Talib r.a. Asilah Jaafar

DALIL KESEMBILAN:

Surah At-Thur:45

Asilah Jaafar

Penerangan dalil kesembilan:

Berdasarkan pada nas Al-quran dan Hadis, kita dapati bahawa azab
kubur adalah hal yang tidak mungkin dapat dinafikan. Bagi menguatkan

lagi hujah ini, berikut diterangkan hujah dari segi logikal pula.
Antaranya:-

1. Alam yang dilaui oleh manusia
adalah berlainan antara alam tidur

dan alam jaga. Begitu juga alam
mimpi dengan yang lain. Apatah lagi
alam hidup dengan alam mati yang
dikenali sebagai alam barzakh atau

alam kubur.

Asilah Jaafar

Penerangan dalil kesembilan:

2. Manusia dapat mengalami perasaan
berbeza walaupun berada pada tempat yang

sama, dengan sebab rohnya yang berbeza
dan suasana serta situasi dalaman

seseorang. Contohnya, sekerinya seseorang
tidur di satu tempat dan seseorang yang

lain tidur di tempat yang sma, tetapi kedua-
duanya mungkin bermimpi dua perkara
yang berlainan.

Asilah Jaafar

Penerangan dalil kesembilan:

3. Akal manusia dapat mengiyakan sesuatu
peristiwa yang berlaku sama ada baik
ataupun tidak, berdasarkan pada akal

ataupun rohani, bukan pada zahir sema-
mata. Hal ini jelas apabila kita dapati ada
dalam kalangan manusia yang keadannya
cukup gembira, manakal yang lain berada

dalam keadaan yang cukup derita.

Asilah Jaafar

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi
keinsafan pada diri kita semua. Dunia sudah
hampir ke penghujung, sebanyak manakah

amalan yang telah kita kumpulkan??
Percayalah kepada Allah, ketika segala sesuatu
tidak berjalan seperti yang kamu harapkan, Allah

memiliki rencana yang baik untuk dirimu.

Disediakan oleh:
Pn Asilah Jaafar
Kitab rujukan penulisan
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Panitia Pendidikan Islam 2021

28 Mei 2021


Click to View FlipBook Version