SPSK PK 07/03 0 MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME GURU SK DENGKIL BIL.2/2023
SPSK PK 07/03 1 MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME GURU Bil.2/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN DENGKIL BILANGAN MESYUARAT : BIL.2/2023 TARIKH : 28.10.2023 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : BILIK AULA PERDANA SK DENGKIL ________________________________________________________________________ Hadir : Jawatan 1. Norazlina binti Mohd Ali Guru Besar 2. Azlimariah binti Arifin Penolong Kanan Pentadbiran 3. Mohd Zainurin bin Md Yasin Penolong Kanan HEM 4. Jumilah binti Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum 5. Idris bin Jamal Penolong Kanan Petang 6. Abdul Wafi bin Mohamed Guru 7. Afifah binti Shaiffudin Guru 8. Ahmad Nasaruddin bin Abdul Majid Guru 9. Ahmad Syarifuddin bin Abdul Aziz Guru 10. Aishah binti Shafii Guru 11. Amal Hidayah binti Isa Guru 12. Amirah Najihah binti Mohd Zamri Guru 13. Amran bin Ab. Halim Guru 14. Anis Nur Nazurah binti Mohd Zamzuri Guru 15. Asmaa’ Nabila binti Mohamad Kamal Guru 16. Auni Batrisyia binti Alias Guru 17. Azliah Maya binti Sukir Guru 18. Che Norizawati binti Cik Harun Guru 19. Farhana binti Ahmad Tarmizi Guru 20. Hasnashida binti Md Fauzi Guru 21. Intan Syakirah binti Salleh Guru 22. Khairiah binti Jaafar Guru 23. Khalidah binti Mohamed Guru 24. Liza Safura binti Jaafar Guru 25. Madaliah binti Abd Hamid Guru 26. Maizatul Umirah binti Mussiri Guru 27. Masidayu binti Abdullah Guru 28. Megat Azhar bin Megat Ahmad Zaher Guru 29. Mohd Nazee bin Ismail Guru 30. Muhammad Taib bin Jamaludin @ Fadzil Guru 31. Munaliza binti Mohd Amin Guru 32. Nadiatul Akhma binti Amer Hamzah Guru 33. Natasha binti Yusof Guru 34. Noor Hasimah binti Ismail Guru 35. Noor Suhaila binti Husin Guru 36. Nor Ain binti Md. Anuar Guru
SPSK PK 07/03 2 37. Nor Amnah binti Mohammad Guru 38. Nor Haiza binti Mokhtar Guru 39. Nor Hayati binti Kijan Guru 40. Nor Mazatulshima binti. Marzuki Guru 41. Nor Wahida binti Ramli Guru 42. Nornajihah binti Ngah @ Arifin Guru 43. Noraini binti Ahmat Guru 44. Norasiah binti Zainal Guru 45. Norhayati binti Abd Wahab Guru 46. Norsuhailiza binti Subli Guru 47. Norzalina binti Ibrahim Guru 48. Nur Asmadiyana binti Mat Ali Seman Guru 49. Nur Diana binti Baharuddin Guru 50. Nur Ferini Shahirah bintI Mohd Shapuan Guru 51. Nura binti Derahman Guru 52. Nursheila binti Bacho Guru 53. Nurul Nabila binti Azamam Guru 54. Nurul Rozaida binti Zainal Abidin Guru 55. Nurul Shafiqah binti Mohd Yusof Guru 56. Nurul Syahirah binti Mohd Raduan Guru 57. Puteri Zarith Sofia binti Awalludin Guru 58. Rabiatul Adawiyah binti Basree Guru 59. Rajini a/p Manickam Guru 60. Rosnizah binti Rahim Guru 61. Saiful Azrin bin Zakaria Guru 62. Salim bin Sebi Guru 63. Saliza binti Sahak Guru 64. Shamsudin bin Mohamad Guru 65. Shuhana binti Ngah Guru 66. Sinah binti Salwivf gkmjdz Guru 67. Siti Aishah binti Mat Tau Hit Guru 68. Siti Anisah binti Abdullah Guru 69. Siti Fatimah binti Jamlus Guru 70. Siti Hajar binti Bidi Guru 71. Siti Nor Syawal binti Abdullah Guru 72. Siti Nurul Azizah binti Abd Jalil Guru 73. Siti Wan Senari binti Kamsari Guru 74. Siti Zayanie binti Zulkifli Guru 75. Sobihah binti Jaafar Guru 76. Suraya binti Nordin Guru 77. Syahnoum binti Hassim Guru 78. Syarina Syahiza binti Rostam Guru 79. Wan Khairul Zuraini binti Wan Salleh Guru 80. Zalina binti Mohamed Guru 81. Zatul Iffah binti Abdul Manaf Guru
SPSK PK 07/03 3 Tidak Hadir 1. Subaa a/p Nadarajan 2. Afifah binti Sukor 3. Md Faizal bin Mohd Udin 4. Liziswady Azizi bin Ramli Cuti Tanpa Gaji 5. Nurul Hidayah binti Kadimon 6. Ahmad Farhan bin Ismail 7. Norazilah binti Kammijo 8. Mohd Riza Feelaqiz bin Shauri 9. Zahrulhuda binti Kamarudin 10. Maslia binti Alias 11. Nurul Nadia Hidayani Cuti Sakit 12. Salehah binti Mat Som Cuti Bersalin Urus Setia Mesyuarat 1. Norhani binti Abd Razak Setiausaha 2. Nur Khalilah Rawaidah binti Mamat Penolong Setiausaha 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Umul kitab Surah Al-fatihah. Guru Besar mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua guru yang berjaya hadir ke mesyuarat . 1.2 Guru Besar berharap semua guru dapat memberikan kerjasama untuk menghadiri setiap program sekolah yang diadakan pada minggu ke 2 dan ke 4. Bagi mesyuarat guru kali ke 2 ini diadakan pada minggu ke 4. Maka tiada alasan untuk gagal menghadirkan diri. Jika guru ada komitmen di luar, perlu maklumkan kepada Ketua Jabatan. Bagi program hoki yang diadakan pada hari, Guru Besar memberikan kebenaran kepada dua orang guru sahaja untuk pelepasan. 1.3 Guru Besar berharap semua guru dapat memastikan kemenjadian murid yang berterusan dalam bidang akademik, ko-akademik,kurikulum bagi sesi 2023/2024. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME GURU Bil.1/2023 2.1 Minit Mesyuarat Profesionalisme Guru Kali 2 2023/2024 diterima dan disahkan tanpa pindaan.
SPSK PK 07/03 4 3.0 MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME GURU Bil.1/2023 3.1 Maklum balas Mesyuarat Profesionalisme Guru Bil.1/2023 adalah seperti di lampiran 1. 4.0 PERBINCANGAN 4.1 LAPORAN OLEH GURU BESAR 4.1.2 Pengurusan Tatatertib 4.1.2.1 Guru besar menyebar luas mengenai pengurusan tatatertib melibatkan penjawat awam. Guru besar mengingatkan semua guru dan kakitangan agar mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Makluman 4.1.2.2 Guru Besar mengingatkan semua guru dan kakitangan agar berbincang dengan pentadbir jika berlaku sebarang isu supaya pentadbir akan cakna sepenuhnya terhadap isu tersebut. Makluman 4.1.2.3 Guru Besar menyebar luas peraturan 3C(1), Peraturan-peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Gangguan Seksual di tempat kerja dan juga penglibatan kakitangan awam dalam politik sebagai makluman untuk makluman semua guru. Makluman 4.1.2.4 Guru Besar meminta agar semua guru dan kakitangan agar merujuk garis nilai dan etika penggunaan media sosial bagi guru dan murid. Rujuk SPI Bil 3/2017. Makluman 4.1.3 Pencerapan Pdpc oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM 4.1.3.1 Guru besar memaklumkan sekolah akan dikunjungi oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM pada 9 November 2023. Makluman
SPSK PK 07/03 5 4.1.3.2 BPK akan membuat pencerapan bagi semua mata pelajaran teras dan elektif. Guru Besar meminta agar semua guru bersedia dengan pencerapan pada tarikh tersebut. Pegawai BPK akan melihat bagaimana guru menjalankan pentaksiran murid semasa melakukan pdpc di dalam kelas. Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran 4.1.3.4 Guru Besar meminta supaya semua guru menitik berat tentang cara penulisan RPH. Guru perlu mengekalkan elemen-elemen pembelajaran di dalam kelas. Makluman 4.1.3.4 Guru Besar meminta Setiausaha Kurikulum untuk mengedit tapak RPH seperti yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Profesionalisme Guru Kali 2 2023/2024 sebagai panduan semua guru untuk menulis RPH. Tindakan : Setiausaha Kurikulum 4.1.4 Penghantaran RPH 4.1.4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa penghantaran RPH adalah wajib bagi semua guru dan pentadbir.Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada guru yang tidak membuat RPH. Guru Besar memaklumkan, surat amaran pertama akan dikeluarkan bagi guru yang tidak menghantar RPH sebanyak 3 kali. Makluman 4.1.4.2 Guru Besar memaklumkan bahawa setiap Guru besar juga perlu menghantar RPH kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebanyak dua kali setahun. Selain itu Guru Besar juga ada membuat penghantaran RPH kepada Penolong Kanan Pentadbiran pada setiap hari. Makluman 4.1.5 Digital 4.1.5.1 Sekolah Kebangsaan Dengkil menerima bakal Guru Besar selama 3 bulan untuk perantisan. Guru Besar meminta Encik Herman untuk menyediakan Google Data Studio. Makluman
SPSK PK 07/03 6 4.1.6 Standard 4 SKPMG2 4.1.6.1 Guru Besar berharap semua guru dapat memahami Standard 4 SKPMG2 sebagai sebuah kaedah penilaian Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru. Di dalam Standard 4 SKPMg2, guru berperanan penting sebagai pemudahcara ketika mereka melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi memastikan keberkesanan peningkatan dan perkembangan murid secara menyeluruh. Makluman 4.1.6.2 Guru Besar berharap semua guru dapat menguasai dan melaksanakan semua aspek di dalam Standard 4 SKPMg2. • Aspek pertama ialah guru Sebagai Perancang dimana standard guru berperanan penting dalam merancang pelan pelaksanaan PdPc dengan lebih profesional dan sistematik. • Aspek yang kedua ialah guru sebagai Pengawal dimana guru berperanan mengawal segala proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dengan memastikan pelajar mendapat isi pembelajaran dalam masa yang telah diperuntukkan. • Aspek ketiga ialah guru sebagai Pembimbing dimana guru haruslah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid supaya dapat menguasai sesuatu mata pelajaran serta memberi panduan kepada murid dalam mencari penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan menggunakan bahan-bahan pendidikan. • Aspek Keempat pula ialah guru sebagai Pendorong untuk memberikan suntikan motivasi murid di dalam pembelajaran serta mendorong murid untuk memberikan maklum balas, berinteraksi dan berkolaborasi bersama rakan sekelas.. Makluman 4.1.5.3 Guru Besar meminta para pentadbir boleh melakukan coaching jika ada guru yang tidak faham mengenai aspek dalam Standard 4 SKPMG2. Para pentadbir diminta menyediakan markah pencerapan sebagai tindakan bagi Aspek 4 SKPMG2. Tindakan : Pentadbir
SPSK PK 07/03 7 4.1.7 Kewangan 4.1.7.1 Guru Besar berharap kewangan sekolah dapat berjalan seperti yang dirancang. Guru Besar juga membuat teguran tentang isu guru membeli barang sebelum membuat kertas kerja. Guru Besar mengingatkan semua guru supaya dapat mengikut prosedur yang betul setiap kali memesan/ membeli barang. Prosedurnya adalah seperti berikut : i. Menyediakan kertas kerja ii. Kertas kerja disemak oleh Jawatankuasa Panitia iii. Kertas Kerja diluluskan oleh Guru Besar iv. Menyediakan nota minta v. Memesan barang kepada pembekal vi. Semak barang yang diterima/sampai Makluman 4.1.7.2 Guru Besar mengingatkan semua guru supaya dapat memesan barang mengikut peruntukan kewangan yang ada. Guru Besar juga berharap penggunaan wang PCG telah berjalan sebanyak 80% sehingga bulan Oktober ini. Guru Besar meletakkan sasaran 90% kewangan akan selesai dilaksanakan menjelang bulan Disember nanti. Tindakan : Ketua Panitia 4.1.7.3 Guru Besar mengingatkan supaya urusan kewangan seperti Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), Elaun Murid Khas (EMK) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan lain-lain dapat diselesaikan selepas tempoh 14 hari duit bantuan diterima. Makluman 4.1.7.4 Guru Besar memaklumkan bahawa PPKI perlu menyediakan kertas kerja yang berasingan dengan aliran perdana untuk program-program yang dijalankan di peringkat sekolah. Makluman 4.2 KURIKULUM 4.2.1 Penulisan Dokumen Rasmi 4.2.1.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan sebarang urusan rasmi mestilah menggunakan surat rasmi dengan format yang betul. Semua surat
SPSK PK 07/03 8 rasmi perlu menggunakan kepala surat yang betul dan elakkan menggunakan logo (PPD/Sekolah) yang salah. Makluman 4.2.2 Format Terkini Minit Mesyuarat, Laporan Aktiviti dan Minit Curai 4.2.2.1 Penolong Kanan Pentadbiran menyebarluas format minit mesyuarat, minit curai dan laporan aktiviti yang terkini. Penolong Kanan Pentadbiran meminta Setiausaha Kurikulum untuk meletakkan contoh format rasmi minit mesyuarat, minit curia serta laporan aktiviti yang terkini di telegram dokumen rasmi sekolah sebagai rujukan para guru. Tindakan : Setiausaha Kurikulum 4.2.2.2 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa di dalam minit mesyuarat, jawatan guru perlu di letak bersebelahan nama guru. Nama urus setia mesyuarat tidak perlu diletakkan di senarai kehadiran mesyuarat Di bahagian pengesahan minit mesyuarat tidak perlu lagi diletakkan nama ahli mesyuarat yang menyokong dan mengesahkan minit yang lalu. Makluman 4.2.3 Taklimat TS25 4.2.3.1 Penolong Kanan Pentadbiran menerangkan tentang penerapan KBAT dalam pendidikan yang merangkumi tujuh elemen KBAT yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu Kurikulum, Pentaksiran dan Pedagogi serta empat elemen sokongan iaitu Kokurikulum, Sokongan Komuniti dan Swasta, Sumber dan Bina Upaya. Kesemua elemen ini adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid. Makluman 4.2.3.2 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa pentadbir menggunakan dua instrumen semasa proses pencerapan guru iaitu: I. Instrumen Standard Penilaian Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Guru). Instrumen ini diguna pakai bagi menilai tahap pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan
SPSK PK 07/03 9 Pembelajaran (PdP) oleh guru. Objektif instrumen adalah untuk iaitu melihat pelaksanaan PdP KBAT oleh guru mata pelajaran dalam bilik darjah dan melaksanakan penilaian guru berkaitan KBAT dalam PdP. Askpek yang dicerap ialah perancangan pelaksanaan dan refleksi. II. Instrumen Standard Penilaian Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Guru). Instrumen ini adalah untuk diguna pakai bagi menilai tahap pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) oleh murid. Objektif instrumen ini adalah untuk mencerap status pelaksanaan KBAT murid dan menilai pelaksanaan KBAT dalam aktiviti Murid. Aspek yang dicerap adalah pelaksanaan KBAT dalam pembelajaran murid Makluman 4.2.4 Taklimat Awal Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 4.2.4.1 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan tarikh-tarikh penting berkaitan Ujian Akhir Sesi Akademik untuk makluman dan tindakan semua guru mata pelajaran. Rujuk Lampiran 2. Makluman 4.3 HAL EHWAL MURID 4.3.1 Rumusan Kehadiran Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 4.3.1.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membentangkan data kehadiran murid sebagai makluman dan tindakan para guru. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan peratus kehadiran murid semakin jatuh di mana peratus pada bulan Mac ialah sebanyak 83.94% dan semakin menurun pada bulan-bulan yang berikutnya. Peratus kehadiran terkini ialah pada bulan Oktober iaitu sebanyak 79.27%. Makluman 4.3.1.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merumuskan bahawa antara penyumbang kepada kemerosotan peratus kehadiran murid Sekolah
SPSK PK 07/03 10 Kebangsaan Dengkil adalah kerana peratus kehadiran murid PPKI yang rendah dan bergabung dengan peratus kehadiran murid aliran perdana. Makluman 4.3.1.3 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan terdapat kelas yang masih belum mengemaskini kehadiran bulan Oktober hingga 27.10.2023 jam 8 malam untuk di ambil tindakan oleh guru kelas terlibat. Makluman 4.3.2 Rumusan Pengisian Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) 4.3.2.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memberikan ucapan tahniah kepada 30 orang guru Sekolah Kebangsaan Dengkil yang telah berjaya mengisi amalan baik di SSDM. Beliau menetapkan sasaran setiap guru dapat mengisi sekurang-kurangnya dua digit amalan baik di SSDM. Tindakan : Semua guru 4.3.3 Program Anjuran Unit Bimbingan Kaunseling Sepanjang Sesi 2023 4.3.3.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membentangkan semua program dibawah anjuran Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Dengkil sepanjang bulan Mac hingga Disember. Rujuk Lampiran 3. Makluman 4.3.4 Minggu Solidariti Palestin Di Institusi Pendidikan Di Bawah KPM 4.3.4.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyebarluas tarikh-tarikh melibatkan Minggu Solidariti Di Institusi Pendidikan Di Bawah KPM : • Tarikh Surat Siaran: 24 Oktober 2023 • Tarikh Surat Diterima: 25 Oktober 2023 • Sesi Libat Urus: 26 Oktober 2023 (Dihadiri Oleh Guru Besar) • Tarikh Perlaksanaan: 30 Oktober 2023 Hingga 3 November 2023 • Tarikh Perasmian Dan Pelancaran: 30 Oktober 2023 (Isnin) Makluman 4.3.4.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyebarluas satu siaran segera iaitu Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh KPM berkaitan dengan Program Solidariti Palestin 2023 mengenai larangan unsur ekstremisme dan
SPSK PK 07/03 11 keganasan dalam pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin KPM. Makluman 4.3.4.3 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membentangkan jadual pelaksanaan Program Solidariti Palestin 2023 peringkat Sekolah Kebangsaan Dengkil beserta Jawatankuasa Pelancaran yang terlibat. Makluman 4.3.5 Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023 4.3.5.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membentangkan ringkasan pengisian Program Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023: • Teks Ucapan PDRM - dibaca oleh Pegawai Perhubungan Sekolah • Teks Ucapan KPM - Pengetua/ Guru Besar • Ikrar Rukun Negara - diketuai oleh murid • Bacaan Doa - dipimpin oleh murid • Mesej/ Nota Sahsiah - dibaca oleh Duta Murid Makluman 4.3.6 Pelancaran Sambutan Hari Aspirasi Kerjaya Dan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah Tahun 2023 4.3.6.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membentangkan mengenai program Hari Aspirasi Kerjaya Dan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 2 November 2023. Program ini melibatkan Kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat dimana pihak bomba akan memberikan satu demonstrasi dan taklimat kebakaran kepada warga sekolah. Makluman 4.3.6.2 Pertandingan yang akan dilansungkan sepanjang program ini adalah: I. Pertandingan Bakat Cilik II. Pertandingan Potret Kerjaya III. Pertandingan SKD Next Top Model yang melibatkan penyertaan oleh guru dan murid.
SPSK PK 07/03 12 4.3.7 Maklumat Kemasukan Murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Dengkil Sesi 2024/2025 4.3.7.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membentangkan maklumat berkaitan kemasukan murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Dengkil bagi sesi 2024/2025 dan juga anggaran jumlah murid bagi sesi 2024/2025//. • A. Permohonan murid Tahun 1: 278 orang murid • B. Permohonan dari sekolah lain (SJKC): 113 orang murid • Jumlah permohonan Tahun 1 (A + B): 391 orang murid • Bilik darjah Tahun 1: 8 bilik darjah • Bilangan murid dalam 1 bilik darjah :48 / 49 orang murid • Bilangan Murid Tahun 1 – Tahun 5 (2023/2024) : 1651 – 237 (Thn6) = 1414 Orang Murid • Jangkaan Murid SKD (Tahun 1- 6) Pada Awal Sesi 2024/2025 : 1414 + 391 = 1805 Orang Murid (Tidak Termasuk Murid PPKI Dan Pra Sekolah) Makluman 4.4 KOKURIKULUM 4.4.1 Aktiviti Kokurikulum Yang Telah Selesai 4.4.1.1 Penolong Kanan Kokurikulum menyenaraikan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang telah selesai dijalankan sehingga Oktober 2023 iaitu : • Program Merentas Desa • Kejohanan Sukan Tahunan • Kejohanan MSSD,MSSS dan MSSM • Pertandingan Ko-Akademik • Perkhemahan Perdana D’Kok Kuala Pilah Makluman 4.4.2 Aktiviti Kokurikulum Yang Akan Datang 4.4.2.2 Penolong Kanan Kokurikulum menyenaraikan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan diadakan selepas ini iaitu : • Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform yang akan diadakan pada 22 November 2023 (Rabu)
SPSK PK 07/03 13 • Majlis Anugerah Kualti Kokurikulum yang akan diadakan pada 29 November 2023 (Rabu) • Perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada 8,9 & 10 Disember 2023 (Jumaat-Ahad) Makluman 4.4.3 Laporan Aktiviti Kokurikulum 4.4.3.1 Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada Naib Setiausaha Kokurikulum kerana telah mewujudkan dashboard laporan kokurikulum. Makluman 4.4.3.2 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan guru-guru boleh mengisi laporan aktiviti kokurikulum pada link yang telah disediakan iaitu http://tiny.cc/Kokurikulumsesipetang. Bagi sesi pagi juga akan diwujudkan dashboard yang sama. Tindakan: Setiausaha Kokurikulum 4.4.3.3 Penolong Kanan Kokurikulum mengingatkan supaya semua guru penasihat agar dapat mengisi laporan aktiviti kokurikulum selewatlewatnya tiga hari selepas aktiviti dijalankan. Makluman 4.4.4 Rancangan Jangka Pendek dan Jangka Panjang 4.4.4.1 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa hasil dari pemantauan Nazir pada bulan Mac telah meminta agar setiap Ketua Jurulatih Pasukan Elit untuk merangka rancangan jangka pendek (6 bulan1 tahun) dan rancangan jangka panjang (3-5 tahun) untuk pasukan masingmasing. Tindakan: Semua Ketua Jurulatih Elit 4.4.5 Kejayan-kejayaan Unit Kokurikulum 4.4.5.1 Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan tahniah diatas semua kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun oleh Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Dengkil. Makluman
SPSK PK 07/03 14 4.4.5.2 Penolong Kanan Kokurikulum membentangkan senarai kejayaan yang telah diperoleh oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Dengkil. Rujuk Lampiran 4. Makluman 4.5 PENOLONG KANAN PETANG 4.5.1 Penolong Kanan Petang mengucapkan tahniah kerana berjaya mengadakan perkhemahan yang telah tertangguh selama dua tahun. Perkhemahan tersebut memberikan pengalaman baru kepada murid yang menyertainya. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru sesi petang kerana memasuki kelas relief bagi guru yang bertugas sewaktu perkhemahan tersebut. Makluman 4.6 PLC 4.6.1 Penyelaras PLC memaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Dengkil belum mencapai 100% aktiviti PLC. Makluman 4.6.2 Penyelaras PLC memaklumkan terdapat beberapa isu berkaitan PLC antaranya ialah guru membuat PLC tetapi tidak mendaftarkan aktiviti PLC tersebut di dalam Sistem SPLKPM. Terdapat juga Panitia yang mendaftar aktiviti PLC di dalam Sistem SPLKPM tetapi tidak menghantar laporan PLC. Makluman 4.6.3 Penyelaras PLC mengingatkan supaya dilantik ketua yang berbeza-beza bagi setiap PLC supaya semua nama guru akan terpapar memandangkan sistem hanya memaparkan nama ketua PLC di laporan SPLKPM. Makluman 4.6.4 Penyelaras PLC juga memaklumkan bahawa semua sekolah perlu mencapai 100% penglibatan PLC pada setiap bulan. Bagi Intervensi PLC Sekolah Kebangsaan Dengkil, mempunyai masa 7 minggu lagi untuk mencapai sasaran PLC peringkat sekolah, maka setiap minggu satu unit/panitia perlu membuat PLC. Penyelaras PLC juga mengucapkan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana menjadi Panitia paling banyak membuat PLC.
SPSK PK 07/03 15 Makluman 5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Puan Amnah memberikan cadangan agar dilakukan satu analisa berkaitan pemberatan jawatan guru dimana jika seorang guru telah memegang jawatan di dalam satu unit, maka sebaiknya guru tersebut tidak lagi memegang jawatan di dalam unit lain. Tindakan: Pentadbir 5.2 Guru Besar mengingatkan semua guru agar tidak sewenangnya menggunakan tandatangan Guru Besar secara digital kecuali hanya dengan kebenaran daripada Guru Besar sendiri. Makluman 6.0 PENANGGUHAN MINIT MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 12.30 tengahari dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah AlAsr. Urus Setia Setiausaha Mesyuarat Profesionalisme SK Dengkil Tarikh : 28 Oktober 2023