The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DRAF MODUL MODUL ILOVE MY SELF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgusiti5296, 2023-10-31 02:35:44

DRAF MODUL ILOVE MY SELF

DRAF MODUL MODUL ILOVE MY SELF

MODUL BIMBINGAN KELOMPOK I love my self KURSUS PEMBANGUNAN DIRI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) DAERAH PEKAN TARIKH : 07 NOVEMBER 2023 (SELASA) MASA : 8.00-4.30 PETANG TEMPAT : DEWAN SEMINAR PPD PEKAN ____________________________________________________________


ILOVE MY SELF 2 BARISANFASILITATOR 1. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Bera (u.p : Puan Suhaila binti M. Harun Narasit Kaunselor Pendidikan Daerah Bera) 2. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan (u.p : Encik Juraimi bin Mohamad Kaunselor Pendidikan Daerah Kuantan) 3. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan (u.p : Puan Azlina binti Anmeri Kaunselor Pendidikan Daerah Kuantan) 4. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Maran (u.p : Encik Mohd Shabri bin Shahrel Kaunselor Pendidikan Daerah Maran) 5. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Rompin (u.p : Puan Norazlina binti Sabudin Kaunselor Pendidikan Daerah Rompin) TURUT HADIR HAJI RUSHDAN BIN NORDIN @ NOORDIN Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Pahang PUAN NORHUSNA BINTI ABU BAKRI Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Pahang


ILOVE MY SELF 3 TENTATIF PROGRAM I love my self KURSUS PEMBANGUNAN DIRI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) DAERAH PEKAN TARIKH MASA AKTIVITI 07 NOVEMBER 2023 (SELASA) 7.30 pagi SARAPAN 8.10 pagi Pendaftaran 8.30 pagi Ice Breaking @ Sesi Taaruf Oleh : Encik Juraimi bin Mohamad 9.30 pagi Modul Bimbingan Kelompok 1 : Aktiviti Saya Mahu -dikendalikan oleh fasilitator 10.30 pagi MINUM PAGI 11.00 pagi Modul Bimbingan Kelompok 2 : Saya Rasa (Art Terapi) -dikendalikan oleh fasilitator 1.00 pagi REHAT 2.00 petang Modul Bimbingan Kelompok 3 : Saya lakukan dan menilai ( Doing and Evluating) -dikendalikan oleh fasilitator 3.00 petang Modul Bimbingan Kelompok 4 : Saya Rancang (Planing) -dikendalikan oleh fasilitator 4.00 petang RUMUSAN 4.30 petang Majlis Pentutup & Penyampaian Cenderhati Bersurai


ILOVE MY SELF 4 PENGENALAN Pelbagai keadah dan cara yang cuba diterapkan dalam usaha menbantu Pembangunan diri Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan. Oleh yang demikian satu usaha telah dimajukan oleh Kaunselor Pendidikan Daerah Sektor Psikologi dan Kaunseling Negeri Pahang membina Modul Bimbingan Kelompok fokus kepada PPP dan AKP yang mengalami kesakitan yang masih berminat meneruskan kerjayanya. Sehubungan dengan itu Modul yang di bina berpandukan kepada Teori Realiti. Oleh yang demikian Terapi Realiti, pertama kali dibangunkan pada tahun 1960-an, oleh Dr. William Glasser ialah kaedah kaunseling dan terapi berdasarkan Teori Pilihan©, bertujuan untuk membantu individu memperoleh kawalan yang lebih berkesan ke atas kehidupan mereka. Teori Pilihan© berpendapat bahawa tingkah laku adalah teras kepada kewujudan kita dan didorong oleh lima keperluan yang didorong oleh genetik iaitu, kelangsungan hidup, cinta dan kepunyaan, kuasa/identiti, kebebasan dan keseronokan. Dalam amalan, keperluan yang paling penting ialah kasih sayang dan kepunyaan, kerana kedekatan dan keterkaitan dengan orang yang kita sayangi adalah syarat untuk memenuhi semua keperluan. Oleh itu, salah satu matlamat dalam Terapi Realiti adalah untuk menyediakan sambungan untuk orang ramai, bermula dengan sambungan ahli terapiklien. Terapi realiti juga berdasarkan kepercayaan Teori Pilihan© bahawa kita memilih apa yang kita lakukan dengan kehidupan kita dan bahawa kita bertanggungjawab untuk pilihan ini. Menggunakan Teori Pilihan© dan Terapi Realiti (CTRT), ahli terapi (fasilitator) membantu individu, melalui proses penyiasatan diri dan penilaian kendiri, memahami tingkah laku mereka, bertanggungjawab ke atas pilihan tingkah laku dalam memenuhi keperluan mereka tanpa menghalang orang lain daripada peluang yang sama, serta mencipta kehidupan yang lebih memuaskan. Pendekatan ini adalah pendekatan bukan paksaan yang meningkatkan keupayaan orang ramai untuk membuat pilihan yang berkesan dan memenuhi keperluan. Individu akan menjadi arkitek kepada transformasi mereka sendiri. Justeru itu, proses ini membantu membina keyakinan diri dan memperkasakan individu untuk menjalani kehidupan yang lebih memuaskan. CTRT telah digunakan secara meluas dalam pendidikan, kesihatan mental, perkhidmatan sosial serta kepimpinan dan pengurusan. CTRT bukan sahaja berguna untuk kaunseling individu tetapi juga berkesan dalam bekerja dengan pasangan, keluarga, kumpulan dan sistem. Isu perhubungan sesama manusia adalah masalah utama yang memberi kesan kepada manusia justeru adalah perkara biasa bagi ahli terapi untuk menjemput kedua-dua, atau semua, individu yang terlibat dalam sistem perhubungan ke dalam sesi. Ahli terapi memudahkan pasangan dan keluarga ke arah memahami peranan mereka dalam perhubungan yang bermasalah, mengenal pasti kehendak dan matlamat bersama mereka untuk perubahan dan seterusnya, beralih daripada kitaran interaksi yang tidak berkesan kepada berkesan. Diharapkan modul bimbingan kelompok kepada PPP dan AKP yang mempunyai masalah kesihatan dapat di bantu sebaiknya.


ILOVE MY SELF 5 Ice Breaking @ Sesi Taaruf SESI BIMBINGAN KELOMPOK PERTAMA AKTIVITI : TA’ARUF 1.0 PENGENALAN Keselesaan dan keterbukaan sangat perlu di alirkan dengan tujuan peserta dapat merasa seronok dengan situasi yang di hadapi. Ice beraking adalah salah satu aktivti menghilangkan sikap segan dan malu dalam kalangan peserta atau ahli kelompok. Oleh yang demikian permulaan aktivti ice breaking perlu di lakukan. Disamping itu, aitiviti taaruf boleh di masukan semasa aktiviti sedang di jalankan. 2.0 MASA 8.30 pagi -9.30 pagi ( 1 jam) 3.0 OBJEKTIF Di akhir aktiviti peserta akan memperolehi;- 1. Sedar akan kewujudan diri. 2. Sedar tentang kemampuan diri fizikal dan bersyukur di atas anugerah Tuhan 3. Peka kepada arahan 4.0 METODOLOGI Kaunseling Kelompok berstruktur dalam breakout room 5.0 BAHAN & PERALATAN -Pen dan kertas A4 6.0 LANGKAHLANGKAH Aktiviti 1 (20 minit) 1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar. 2. Ketua fasilitator memberi arahan pergerakan fizikal (tangan dan kaki) secara lisan dan isyarat. 3. Peserta diminta melakukan pergerakan mengikut arahan fasilitator. 4. Aktiviti ini dilakukan secara berulang dan terkawal. 7.0 RUMUSAN Peserta dapat mengikuti aktiviti yang dijalankan dengan baik 8.0 FALSAFAH Semangat yang lemah buanglah jauh, Jiwa yag kecil segera besarkan, Yakin percaya iman pun teguh Masa hadapan penuh harapan - Hamka-


ILOVE MY SELF 6 MODUL1: SAYA MAHU 1.0 PENGENALAN Seseorang diuji dengan pelbagai keadaan. Berdasarkan teori CTRT ini manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut berorientasikan kepada tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen tindakan, pemikiran perasaan dan fisiologi. Dalam aktiviti modul 3 peserta di beri peluang untuk membuat pemilihan berdasarkan kehendak diri melalui gambaran yang di sediakan. Peserta akan mengenalpasti pemilihan yang menjadi keutamaan untuk dipilih 2.0 MASA 9.30-10.30 pagi ( 1jam) 3.0 OBJEKTIF Di akhir aktiviti peserta akan memperolehi;- 1. Dapat meluahkan perasaan dan pemikiran dengan pemilihan yang dilakukan 2. Dapat mengenalpasti pilihan yang dibuat untuk tindakan seterusnya 3. Dapat menilai keputusan yang di ambil 4.0 METODOLOGI Kaunseling Kelompok berstruktur dalam breakout room 5.0 BAHAN & PERALATAN Lampiran aktiviti, pen 6.0 LANGKAHLANGKAH Aktiviti 1 (20 minit) i. Fasilitator memastikan semua peserta dalam keadaan sedia ii. Fasilitator memaparkan 10 gambar kenderaan di skrin. iii. Fasilitator meminta ahli kelompok untuk memilih 3 gambar kenderaan dan tandakan pada petak yang disediakan. iv. Fasilitator meminta ahli kelompok bersedia dengan sebab/ alasan pemilihan kenderaan tersebut. v. Fasilitator meminta ahli kelompok secara sukarela untuk berkongsi tentang pemilihan kenderaan berkenaan. vi. Fasilitator memaparkan satu persatu gambar kenderaan dan membincangkan pilihan yang telah dibuat. vii. Fasilitator akan bertanyakan tiga (3) soalan umum: ✓ Kenapa anda memilih kenderaan ini? ✓ Apa kelebihan kenderaan ini? ✓ Apa yang signifikan menggambarkan kenderaan ini tentang diri anda? viii. Fasilitator memerhati dan memberi respon atau maklumbalas tentang perkongsian ahli kelompok. ix. Fasilitator memberikan rumusan kecil aktiviti yang dijalankan 7.0 RUMUSAN Konsep dalam pemilihan yang dikehendaki oleh peserta terhadap hidupnya mengambarkan apa yang disukai dan di inginkan oleh setiap peserta. Berfokuskan kepada memilih kebebasan dan menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan yang di ambil. 8.0 FALSAFAH Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah Bahagia- Hamka


ILOVE MY SELF 7 LAMPIRAN: SAYA MAHU PILIHAN KEHENDAK ANDA BRP HOSPITAL UBAT DUIT SIJIL/ PENGHARGAAN TENAGA KELUARGA KAWAN KENDERAAN MAKANAN


ILOVE MY SELF 8 3 PILIHAN MENGIKUT KEUTAMAAN


ILOVE MY SELF 9 1. Perasaan Kepunyaan (untuk mempunyai dan dipunyai) Penting untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan dan terdapat tiga lingkungan perasaan dipunyai dan mempunyai iaitu keluarga,social dan tempat kerja. 2. Keperluan Berkuasa Manusia perlukan kuasa dan pengiktirafan bagi mewujudkan persaingan.Untuk mencapai keperluan tersebut ianya memerlukan strategi dan perancangan yang betul. 3. Bergembira dan Berseronok Secara lazimnya proses perkembangan manusia perlu bercirikan aktiviti yang menggembirakan dan keperluan ini meliputi setiap perkembangan manusia. 4. Bebas dan Merdeka Kebebasan amat penting bagi seseorang individu demi menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya.Manusia perlukan kebebasan untuk bergerak secara positif kea rah kehidupan yang diingini.Manusia sanggup berkorban apa sahaja untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan. 5. Keselamatan dan ‘Survival’ Keperluan ini merangkumi makanan, penginapan, berkeluarga dan meninggalkan zuriat.


ILOVE MY SELF 10 MODUL 2 : SAYA RASA (ART TERAPI) 1.0 PENGENALAN MODUL TERAPI UKIRAN BEBAS Terapi ini berbentuk ukiran yang merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk melihat pengalaman yang dilalui oleh seseorang. Seringkali lukisan hanya dianggap sebagai satu penghasilan kreatif tanpa melihat makna yang tersirat di sebalik lukisan tersebut. Seterusnya hasil ukiran dapat membantu fasilitator mengetahui apa yang dirasai oleh ahli kelompok. Disamping dapat merancang dan merangka aktiviti bagi meningkatkan motivasi dan semangat terhadap pengalaman lalu dan sekarang dalam kehidupan mereka yang membawa kepada konsep terapi melalui lukisan 2.0 MASA 11.00 pagi -12.30 pagi ( 1/30 jam) 3.0 OBJEKTIF Di akhir aktiviti peserta akan memperolehi;- i. Dapat mengalirkan perasan dan pemikiran ii. Dapat menghasilkan sesuatu yang menarik iii. Dapat berkongsi bersama ahli kelompok 4.0 METODOLOGI Kaunseling Kelompok berstruktur dalam breakout room 5.0 BAHAN & PERALATAN Disediakan oleh Penganjur - Batu - Berus - Cat - Air 6.0 LANGKAHLANGKAH Aktiviti i. Fasitator memastikan segala keperluan diberikan kepada ahli kelompok ii. Ahli kelompok bebas untuk mengukir batu mengikut emosi dan pemikiran apa yang dirasakan sekarang iii. Ahli kelompok berkongsi (sharing) bersama fasilitator 7.0 RUMUSAN Menyediakan proses penyembuhan dan transformasi pengalaman yang menyakitkan ✓ Seseorang boleh meluahkan dan menenangkan perasaan terhadap sesuatu isu ✓ Menyediakan persekitaran dan ruang yang selamat untuk melegakan pemikiran dan perasaan yang terpendam, tingkah laku dan niat yang boleh merosakkan diri 8.0 FALSAFAH Membaca buku-buku yang baik berarti memberi makanan rohani yang baik- Hamka


ILOVE MY SELF 11 LAMPIRAN SAYA RASA (ART TERAPI) PERALATAN; 1) BATU 2) BERUS 3) BEKAS 4) AIR 5) CAT AKRILIK


ILOVE MY SELF 12 MODUL3 : SAYA LAKUKAN DAN MENILAI 1.0 PENGENALAN Peserta akan berusaha untuk melakukan dan menilai perkara yang perlu dilakukan. Dalam pelan tindakan yang berkesan perlu kepada komitmen yang tinggi kearah kesejahteraan psikologi seseorang. Kesejahteraan psikologi yang berkesan dengan melihat perkara serta matlamat yang mudaj di nilai dan di ukur oleh peserta sendiri. Justeru itu di akhir aktiviti ini peserta akan dapat membuat perancangan lengkap ke arah mencapai kesejahteraaan psikologi yang memfokuskan kepada kesejahteraan fizikal,emosi dan spritual 2.0 MASA 2.00 petang- 3.00 petang ( 1jam) 3.0 OBJEKTIF Di akhir aktiviti ini, peserta dapat: Menghasilkan pelan tindakan berdasarkan pilihan. (Simple, Attainable, Measureable, Immediate, Involved, Controlled By Client, Comitted, Consistent) 4.0 METODOLOGI Kaunseling Kelompok berstruktur dalam breakout room 5.0 BAHAN & PERALATAN 1. Situasi Kes 2. Pendekatan SAMIICCC 3. Panduan Fasilitator 6.0 LANGKAHLANGKAH Aktiviti 1 (10 minit) i. Fasilitator membuat refleksi secara ringkas berkaitan dengan aktiviti pada sesi kelompok 5. ii. Ahli kelompok diberikan satu senario kes iii. Fasilitator menerangkan senario kes tersebut kepada ahli kelompok. iv. Ahli kelompok diminta untuk membincangkan kes yang diberikan. v. Ahli kelompok diminta untuk mencadangkan penyelesaian yang sesuai untuk senario kes yang diberikan dalam kelompok. vi. Fasilitator meminta ahli kelompok sukarela untuk membuat refleksi. vii. Fasilitator membuat rumusan kecil. Aktiviti 2 (40 minit) i. Fasilitator membuat refleksi secara ringkas berkaitan dengan aktiviti sebelum ini. ii. Fasilitator menjelaskan konsep perancangan menggunakan pendekatan SAMIICCC. iii. Fasilitator meminta ahli kelompok bersedia dengan borang SAMIICCC iv. Fasilitator berbincang dengan ahli kelompok cara melengkapkan borang SAMIICCC berdasarkan perancangan dalam sesi 5. v. Fasilitator membimbing ahli kelompok untuk menilai setiap perancangan yang akan dilaksanakan. vi. Fasilitator meminta ahli kumpulan untuk membuat pilihan perancangan yang akan dibentangkan pada sesi 7. vii. Ahli kelompok diminta untuk menyediakan bahan untuk pembentangan dan diserahkan kepada fasilitator. viii. Fasilitator memberikan maklumbalas kepada pembentangan dan membuat rumusan menyeluruh. 7.0 RUMUSAN Perancangan yang baik memerlukan strategi iaitu Simple, Attainable, Measureable Immediate, Involved, Controlled By Client, Comitted Consistent. Perancangan yang baik dapat meningkatkan kesejahteraan intelektual (kreatif, rasional dan positif) dalam menyelesaikan masalah, dan spiritual (amalan dalam menyelesaikan masalah) seseorang. 8.0 FALSAFAH Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang keduaHamka


ILOVE MY SELF 13 SITUASI KES: Cikgu Amna merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang terkemuka dan ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak. Anak-anaknya berumur dari 7 hingga 12 tahun. Cikgu Amna seorang guru yang rajin dan proaktif. Beliau sering pulang lewat dari kerja. Sebagai ibu tunggal, anak-anak tiada orang lain untuk menguruskan mereka selain dari Cikgu Amna. Pada masa yang sama, Cikgu Amna juga perlu memberikan komitmen yang tinggi di sekolah. Sampai satu tahap, Cikgu Amna mengalami kesihatan dan tidak dapat berfungsi dengan baik di sekolah. Bagaimanakah anda dapat membantu Cikgu Amna? Pada pandangan saya,


ILOVE MY SELF 14 LAMPIRAN SAYA LAKUKAN DAN MENILAI SAYA AKAN MELAKSANAKAN TINDAKAN:


ILOVE MY SELF 15 PANDUAN FASILITATOR Fasilitator perlu menerangkan Konsep SAMICCC kepada para peserta untuk menilai tindakan yang akan dilaksanakan. S - Mudah difahami (Simple) A - Mudah dicapai (Attainable) M - Boleh diukur keberkesanannya (Measurable) I - Boleh dilaksanakan segera (Immediate) C - Dikawal sepenuhnya oleh klien (Controlled by client) C - Komited (Commited) C - Konsisten (Consistent) SAMICCC


ILOVE MY SELF 16 MODUL4: SAYA RANCANG 1.0 PENGENALAN Pelan tindakan yang baik disertai dengan komitmen yang tinggi ke arah kesejahteraan psikologi seharusnya mudah dan mampu untuk dilaksanakan, diukur serta dicapai. Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat membuat penilaian terhadap pelan tindakan yang akan diambil untuk belajar membina kesejahteraan secara menyeluruh. 2.0 MASA 3.00 petang- 4.00 petang ( 1jam) 3.0 OBJEKTIF Di akhir aktiviti ini, peserta dapat: 1. Menilai perancangan tindakan yang akan diambil. 2. Membuat refleksi kendiri. 4.0 METODOLOGI Kelompok Besar 5.0 BAHAN & PERALATAN - 6.0 LANGKAHLANGKAH Aktiviti 1 (10 minit) i. Ketua fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk membentangkan perancangan yang telah dipilih. ii. Ketua fasilitator membuat rumusan secara keseluruhan. Aktiviti 2 (30 minit) i. Ketua fasilitator meminta peserta membuat rumusan tentang program yang telah dilaksanakan. ii. Ketua fasilitator membuat rumusan besar tentang program. iii. Ketua fasilitator memberi ruang kepada peserta menyatakan perkara yang belum selesai untuk tujuan rujukan. (rujukan sesi kaunseling secara individu) iv. Ketua Fasilitator menamatkan program 7.0 RUMUSAN Pada tahap ini peserta akan menyatakan apa yang telah diperolehi ketika dalam kelompok bersama ahli lain. Selain itu, ahli kelompok juga telah memahami diri, menyedari kelemahan dan kekuatan diri untuk membina kesejahteraan psikologi secara menyeluruh. 8.0 FALSAFAH Tidak ada karib atau kerabat yang lebih setia daripada seorang teman yang menyokong dan membantu membesarkan hati memberanikan kita di dalam menempuh suatu perbuatan baik.


ILOVE MY SELF 17 LAMPIRAN: SAYA MERANCANG SAYA AKAN MELAKSANAKAN TINDAKAN:


ILOVE MY SELF 18 RUMUSAN Modul Bimbingan Kelompok bertemakan I love My Self ( saya sayang diri saya) berfokus kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang menghadapi masalah kesakitan namun di lihat mempunyai semangat untuk bekerja perlu di santuni dengan lebih baik. Dalam usaha dan ini insiatif SPsK Negeri Pahang dalam membantu meningkat tahap kesejahteraan psikologi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP dan AKP). Bagi yang berpeluang mengikuti modul ini dapat membuat penilaian kendiri antara kehendak dan keperluan bagi memenuhi Quality World ke arah kesejahteraan psikologi serta dapat membina perancangan yang lebih baik. Merujuk kepada teori pilihan CTRT peserta boleh berfikir secara lebih baik dalam membuat keputusan. Melalui modul ini juga, aspek tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi PPP dan AKP akan diberi perhatian untuk membantu mereka meningkatkan kesejahteraan psikologi diri. Diharapkan modul ini, setiap PPP dan AKP dapat mengenalpasti tindakan dan menilai keberkesanan tindakan yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan perhubungan, intelektual, spiritual, emosi, pekerjaan dan identiti. PPPdan AKP yang sejahtera aspek psikologi akan menyumbang kepada kesejahteraan organisasi seterusnya meningkat profesionalisme keguruan serta dapat mencapai kesejahteraan yang bersifat holistik dan menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian yang berkesan demi kecemerlangan pendidikan di Malaysia pada masa akan datang.


ILOVE MY SELF 19 BAHAN-BAHAN 1) BORANG IMAGE 2) BATU,BERUS,CAT 3) BORANG SIMACC 4) FRAME,STIKER NOTED 5) ALAT TULIS 6) BORANG PENILAIAN 7) BORANG SESI KELOMPOK 8) BORANG PERSETUJUAN MAKLUM 9) CENDERMATA FASILITATOR (8) 10) KERTAS A4 11) FAIL & BAHAN PESERTA


ILOVE MY SELF 20


Click to View FlipBook Version