D I N E G A R A - N E G A R A B U K A N I S L A M M P U 2 3 0 1 2 P E N G A J I A N I S L A M ISLAMOFOBIA S I T U A S I NAMA PENSYARAH: CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM
AHLI KUMPULAN Alysha Naziha binti Abdul Malik 02DAT23F1115 Nur Damia Lutfiah binti Abd Malek 02DAT23F1009 Nurien Syahmina binti Mohd Mahazaruddin 02DAT23F1006 Nuratika Safia binti Abdullah 02DAT23F1085 Putri Nurizzati Syazwani binti Ruslan 02DAT23F1091
OBJEKTIF KAJIAN BENTUK-BENTUK ISLAMOFOBIA PENDAHULUAN SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM MAKSUD ISLAMOFOBIA FAKTOR ISLAMOFOBIA 04 07-08 05 09-12 06 13-15 ISI KANDUNGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISLAMOFOBIA PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN 16 17 18 19
Tujuan kami melakukan kajian ini adalah untuk mengkaji tentang situasi Islamphobia yang berlaku pada masa kini di negaranegara bukan Islam di seluruh dunia. Secara am nya, objektif kajian bagi kajian ini adalah seperti berikut: 1. Kami dapat mengetahui tentang Islamphobia yang berlaku di serata dunia. 2. Kami dapat memahami bentuk-bentuk Islamphobia yang berlaku di negara bukan Islamphobia sama ada melalui media sosial mahupun secara langsung. 3. Kami dapat mengetahui tentang situasi Islamphobia di seluruh dunia 4. Kami dapat mengetahui faktor-faktor yang mendorang sebuah masyarakat menjadi Islamphobia di sesuatu negara. 5. Kami dapat mengetahui tentang langkah-langkah yang sepatutnya di ambil oleh semua pihak untuk mengatasi isu Islamphobia yang berluasa. OBJEKTIF KAJIAN 04
05 Istilah Islamophobia muncul karena ada fenomena baru yang membutuhkan penamaan. Prasangka anti muslim berkembang begitu cepat pada beberapa tahun terakhir ini sehingga membutuhkan kosa kata baru untuk mengidentifikasikan. Islamofobia semakin serius dalam kalangan masyarakat dengan membawa unsur-unsur yang mengelirukan tentang Islam. Natijahnya, berlaku salah faham masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan membawa kepada perlakuan dalam bentuk jenayah kebencian, diskriminasi dan prejudis terhadap umat Islam. Ini dimarakkan lagi dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Islam sebagai punca kepada keganasan yang dilakukan oleh individu dan kelompok ekstremis dan teroris sedangkan penting untuk difahami bahawa kelompok seperti ini sebenarnya wujud merentasi agama, budaya dan masyarakat. Tindakan individu dan kelompok yang ekstrem ini adalah kerana salah faham mereka terhadap agama dan nilai-nilai yang dibawa oleh agama. PENDAHULUAN
Islamophobia ialah ‘perkauman anti-Islam,' kerana ia merangkumi kedua-dua kebencian terhadap agama dan diskriminasi yang disengajakan terhadap penganutnya. Islamophobia juga rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam. Ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Kita juga dapat melihat bahawa ia mempunyai kaitan langsung dengan keganasan atau terrorisme yang melibatkan kumpulan radikal Islam. Dengan perkataan yang mudah Islamophobia dan radikal Islam saling kait-mengait antara satu sama lain. MAKSUD ISLAMOPHOBIA 06
1.Instutional Islamophobia -Merujuk kepada organisasi atau mana-mana pertubuhan yang mendiskriminasi berdasarkan identiti agama. Non- institutional Islamophobia berlaku apabila ianya melibatkan Islamophobia oleh individu. Islamophobia di peringkat institusi ini kebiasaannya melibatkan diskriminasi sama ada dalam bentuk penafian peluang bekerja, kenaikan pangkat dan hak-hak beragama semasa bekerja dan sebagainya. 2.Islamophobia of the state -Sesuatu perkara yang perlu dibendung. Melalui Islamophobia ini, amalan sistematik yang mendiskriminasi berdasarkan identiti agama boleh berlaku terutamanya di jabatan atau kementerian sesebuah kerajaan. Akibatnya Muslim atau institusi dimiliki Muslim yang berhubung atau mempunyai apa-apa perhubungan dengan kerajaan sebegini akan mengalami pelbagai masalah dan memberikan pelbagai implikasi negatif. 07 BENTUK-BENTUK ISLAMOPHOBIA
4.Unconcious Islamophobia -Bermaksud Islamophobia yang berlaku secara tidak disedari. Ini kerap berlaku dikalangan bukan Islam, dan ianya boleh juga terjadi kepada Muslim itu sendiri. Kenyataan yang menghina dan mempertikaikan undang-undang Islam dan hak asasi manusia dalam Islam golongan tertentu misalnya boleh dianggap sebagai fenomena Islamophobia yang tidak disedari. 3.Dominant Islamophobia -Merujuk kepada Islamophobia yang berlaku di negara majoriti bukan Islam dan “non-dominant Islamophobia “ apabila ianya berlaku di negara Muslim. Islamophobia berlaku di negara majoriti Muslim adalah berbeza dengan negara yang penduduk muslimnya minoriti. “Dominat Islamophobia” adalah membimbangkan kerana Muslim minoriti ini akan lebih berpotensi untuk didiksriminasi dan dilayan dengan tidak adil. 08
Tambahan sejak Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat, nomokan bahawa Islam dan umatnya adalah pencetus keganasan bertambah kuat dengan retorik Donald Trump dan penyokong kuatnya terutamanya kumpulan ekstrimis kulit putih White Nationalist dan kumpulan Kristian Evangelical. Daripada jumlah tersebut, 25 peratus daripadanya adalah muallaf atau menukar agama kepada Islam. 65 peratus daripada umat Islam di Amerika Syarikat adalah ahli sunnah wal-jamaah, 11 peratus adalah syiah dan bakinya tidak mengikuti manamana mazhab ataupun pegangan. Islam atau Muslim adalah satu perkataan atau agama yang ditakuti di Amerika Syarikat saat ini. Gerakan anti Islam sebenarnya agak dahsyat di Amerika Syarikat berbanding di United Kingdom. ISLAMOFOBIA DI AMERIKA SYARIKA 09 Agenda Islamofobia juga lebih pantas tersebar melalui akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram. Media di Amerika Syarikat juga berperanan menjadi agen Islamofobia. Kajian terhadap dua saluran beritan di Amerika Syarikat iaitu CNN dan Fox News mendapati kedua-dua saluran ini mempunyai keenderungan untuk memberikan liputan berkaitan Islam, orang Islam dan berita berkaitan Islam. SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM Islamofobia di Amerika Syarikat bertambah buruk saat ini, boleh dikatakan saban hari berlaku di serata tempat di Amerika Syarikat. Walaupun begitu, Islam sebenarnya adalah agama ketiga terbesar di Amerika Syarikat selepas Kristian dan Judaisme atau agama Yahudi iaitu seramai 3.45 juta orang atau 1.1 peratus daripada jumlah populasi penduduk Amerika Syarikat.
Bukan sahaja berita, malah dalam media hiburan juga menyemarakkan penghinaan terhadap agama Islam dan Muslim. Imej Arab dan Muslim sebagai pengganas semakin kerap digunakan dalam filem aksl. Selain itu, ada yang mengkaji bagaimana filem dan rancangan televisyen di Amerika Syarikat pada dekad yang lalu mendapat bahawa Hollywood telah menggambarkan orang Arab sebagai pembunuh kejam, perogol tidak berperikemanusiaan,fanatik terhadap agama, saudagar minyak kaya dan pendera wanita. Menurut Media Tenor Internation, sepanjang 2007 hingga 2013 stesen berita seperti FOX, NBS dan CBS memaparkan bahawa Islam adalah punca keganasan. Media utama juga sering memaparkan bahwa keganasan tentera Islam dalam konflik Asia Barat. Media lebih kerap memaparkan serangan yang dilakukan oleh Muslim terutamanya oleh bukan wargananegara Amerika Syarikat sedangkan serangan bukan Islam adalah lebih banyak. 10 Terdapat banyak kajian menunjukkan Muslim menjadi sasaran ucapan kebencian di Australia. Stewart (2019) menyatakan minoriti Muslim kerap menjadi target pembulian di jalanan berbanding kaum minoriti lain. Kemunculan media social menjadi katalis pembulian yang berpunca daripada Islamofobia 7 di Australia. Burka seringkali dikaitkan dengan aktiviti keganasan dan menjadi faktor utama penubuhan gerakan *ban the burqa in Australia" mereka menggambarkan orang yang memakai burka amat mengeliukan orang awam; sama ada si pemakai adalah lelaki, perempuan atau teroris di sebalik burka mereka. Fox News juga kerap memberikan maklumat yang kurang tepat terhadap Islam dan orang Islam dan media ini mempunyai agenda tersendiri dalam memberikan liputan negatif. Agenda media ini adalah untuk mempengaruhi penonton agar menyokong calon Republikan ketika itu. ISLAMOFOBIA DI AUSTRALIA
11 Pelbagai dapatan kajian menunjukkan diskriminasi dan prejudis tidak berapa ketara di United Kingdom sebelum tahun 2000. Buli dan prejudis berlaku di kalangan masyarakat berdasarkan bangsa dan etnik berbanding atas dasar agama sebagai contoh etnik Pakistan dan Bangladesh (Sheridan, 2006). Etnik Asia berkulit gelap lebih kerap dibuli berbanding etnik Asia berkulit cerah, serain minority Hindu lebih kerap dibuli berbanding minoriti lain. Satu kajian menerusi telefon pada tahun 2002 oleh ICM Research mendapati 69 peratus responden Muslim menyatakan bahawa mereka merasakan tersish daripada arus perdana masyarakat British (Sheridan, 2006). Terdapat juga gerakan yang cuba menghentikan penjualan makanan halal dan pensijilan Halal di Australia, antaranya Kumpulan Boikot Halal Australia yang berpandangan bahawa penjualan dan pensijilan makanan dan produk Halal adalah untuk menyalurkan dana kepada kumpulan teroris (Stewart, 2019). ISLAMOFOBIA DI UNITED KINGDOM Rasis dan xenophobia kian meningkat susulan tragedi 11 September 2001. The Europe and Monitoring Centre on Racism and Xenofobia telah menjalankan satu sistem untuk merekod reaksi anti Islam di seluruh 15 negara EU.
12 Islamofobia dikatakan semakin meruncing di United Kingdom selepas serangan bom di London pada 7 Julai 2005 (Hussain dan Bagguley, 2012). Dalam pada itu, Abbas (2020) mendakwa bahawa proses rasialisasi dan peminggiran kerap berlaku, ini adalah untuk memperlekehkan kerakyatan masyarakat Muslim di United Kingdom. Muslim juga sering dikaitkan dengan imej yang negatif. Menurut Abbas lagi, masyarakat Muslim tidak digemari kerana dikategorikan sebagai golongan 'lain' yang ekstrem, Muslim tidak disukai kerana dianggap sebagai cabaran kepada keselamatan awam dan suara Muslim adalah tidak boleh dipercayai. Menurut laporan Islamophobia Report in United Kingdom 2017, Islamofobia makin meruncing dengan BREXIT yang telah menunjukkan peningkatan terhadap insiden keganasan dan jenayah benci sama ada dalam talian atau secara fizikal. Jenayah kebencian berkaitan agama mencecah 35 peratus dan kebanyakannya berkaitan dengan sentimen anti-Muslim. Di Greater London sahaja, serangan Islamofobia meningkat 40 peratus dan serangan terhadap tempat ibadah orang Islam meningkat ke 110 kes berbanding 47 peratus pada tahun sebelumnya. Keganasan terburuk selepas serangan 2005 berlaku pada 22 Mei 2017, iaitu serangan berani mati di Manchester Arena yang menyebabkan 22 orang terbunuh dan 250 cedera. Kajian yang dijalankan oleh Awan di United Kindom terhadap 100 akaun Facebooks, mendapati 494 insiden ucapan kebencian terhadap Muslim komuniti. Kajian ini juga mendapati terdapat persamaan di antara pelbagai kumpulan Facebook yang mendapati Muslim komuniti dianggap dibenci melalui ancaman perlakuan negatif, diskriminasi, stereotaip, ancamanan fizikal dan pembulian maya.
Salah satu faktor Islamphobia adalah disebabkan oleh kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam tentang agama Islam. Agama Islam tidak didedahkan secara umumnya dalam sistem pendidikan ia telah menyebabkan orang bukan Islam di serata dunia salah faham berkaitan agama Islam dan mereka turut memanipulasi Islam dari pandangan pendapat mereka sendiri sehingga timbulnya golongan masyarakat Islamphobia. Selain itu, Islamphobia juga berlaku disebabkan oleh kejahilan umat Islam itu sendiri. Sikap tidak ingin mahu mempelajari dan mengamalkan ilmu agama Islam dalam kalangan umat Islam juga dapat mendorong pandangan yang negatif dari orang bukan Islam berkaitan agama Islam. KURANGNYA ILMU PENGETAHHUAN DAN PENDEDAHAN TENTANG ISLAM. 1. FAKTOR ISLAMOPHOBIA 13
Pada zaman yang penuh dengan teknologi canggih ini, media sosial yang menghubungkan serata orang di dunia ini kini dikuasai oleh pihak yang prejudis kepada Islam. Mereka telah mengambil kesempatan untuk menanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian kepada Islam. Selain itu, terdapat Gerakan Islamphobia yang dibayar oleh pihakpihak atasan yang tertentu untuk memanipulasi minda orang bukan Islam dengan memutar belitkan akidah Islam dan juga kisah-kisah para Nabi. Seterusnya, menurut Dr Mohd Mizan Haslam, hampir 70% industri media Barat meletakkan tajuk seperti “ TERROSIS MUSLIM” , “ ISIS” , “ PENGGANAS MUSLIM”, “ANTIKRISTIAN” sebagai tajuk utama bagi insiden yang dilakukan oleh estremism Islam, apabila isu itu menjadi hangat di media sosial dan mendapat komen negatif dari umat Islam di seluruh dunia barulah penulis memohon maaf tetapi terdapat segelintir penulis memilih berdiam diri dan tidak memohon maaf bagi menyebarkan kebencian terhadap Islam. 2. PENGARUH MEDIA SOSIAL 14
Sikap prejudis orang bukan Islam terhadap agama Islam berlakunya disebabkan mereka kurang pengetahuan berkaitan agama Islam. Mereka memepertikaikan dan mempersoalkan tentang perintah Allah di dalam Al-Quran dan mereka turut mengatakan bahawa agama Islam adalah agama yang susah, tidak adil dan kejam bagi mereka. Contohnya, hak berpoligami adalah hukum yang diketerngahkan dalam Islam. Kebanyakkan wanita bukan Islam beranggapan bahawa Islam ini menindas golongan wanita kerana mereka tidak bersetuju tentang hukum Islam yang membenarkan lelaki berkahwun empat. Selain itu, orang bukan Islam juga beranggapan bahawa memakai hijab merupakan satu penindasan “free hair” atau tidak bertudung adalah kebebasan bagi mereka. 3. PREJUDIS 15
Tindakan dan tindakbalas oleh umat islam terhadap fitnah ini adalah penting bagi memastikan imej islam sebagai satu cara hidup yang syumul akan terus dipelihara dan kebenaran islam diperteguhkan.Ruang dakwah seperti ini perlu dipergunakan sebaik mungkin kerana ia adalah peluang untuk Islam adalah kehidupan bagi umatnya,justeru pembelaan terhadap islam dan rasulnya ini adalah satu manifestasi kecintaan dan ibadat seorang hamba kepada Allah SWT.Sehubungan dengan itu,umat islam haruslah memastikan bahawa sebarang tindakan yang dilakukan dalam menghadapi provokasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentuakan memnjadikan islam Pada ketika masyarakat dunia sedang peka mengenai islam ,peluang perlu diambil dengan menyediakan penerangan dan maklumat yang benar tentang islam.Sehubungan dengan itu ,dalam usaha menzahirkan kecintaan kita kepada islam dan memperbetulkan persepsi yang salah tentang islam ,penting untuk kita mencontohi akhlak dan peribadi Rasullullah SAW. Memperbetulkan kekeliruan masyarakat tentang islam dan umatnya.Selain itu, protes terhadap usaha pihak-pihak yang ingin menjatuhkan islam ini boleh dilakukan secara aman dan dalam keadaan di mana islam tidak diletakkan di dalam neraca pertimbangan sebagai agama yang menggalakkan perlakuan ganas dan radikal. dipandang lebih mulia dan dihormati dan bukan sebaliknya.Peranan umat islam untuk menangani islamofobia ini adalah amat penting dan harus menjadi usaha bersama agar keutuhan umat islam sebagai satu jemaah mejadi satu simbol kekuatan dan kebenaran islam. 16 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISLAMOPHOBIA Perlakuan dan tindakan umat islam sebenarnya adalah menjadi cerminan kepada islam .Fitnah dan dugaan yang melanda umat isam hari ini seharusnya dijadikan satu ruang bagi kita semua untuk bermuhasabah tentang apa yang telah kita lakukan dan perancangan tentang tindakan yang perlu diambil.
Maka disini sedikit sebanyak dapatlah kita ketahui serba sedikit bahawa islamophobia bukanlah fenomena baru di alaf ini .Islamophobia telah lama berlaku sejak zaman awal perkembangan islam dimana pada waktu itu islam dipandang sebagai suatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah Fakta ini disokong oleh sepotong hadis Rasullullah SAW.Diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud : ‘Islam bermula sebagai (sesuatu yang)asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang )asing seperti awalnya maka berbahagialah orang-orang yang asing itu”.(Sahih Muslim, Hadis 145,Bab Iman) Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa islam juga akan digambarkan dengan pelbagai perkara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasullullah SAW.persepsi melihat islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan budaya hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan oleh Rasullullah SAW.Hadis ini memberikkan tanggungjawab kepada umat islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh semua masyarakat di dunia. Selain itu,isu-isu yang berlaku di dunia terutamanya yang melibatkan tomahan dan tanggapan negatif terhadap islam yang dipanggil islamofobio.Islamofobio berlaku salah satunya adalah disebabkan agenda orang bukan islam untuk menjatuhkan umat islam.Bukan sahaja untuk memburukan-burukkan umat islam daripada dipandangan masyarakat bukan islam ,bahkan melemahkan umat islam itu sendiri.Ideologi sekular yang ingin memecahbelahkan umat islam dan melarikan umat islam jauh dari tanggungjawab yang sebenar. PENUTUP 17
CHAPTER 4 https://mais.gov.my/artikel-dakwah/islamophobia-kesan-terhadap-masyarakatislam/#elementoraction%3Aaction%3Dpopup%3Aopen%26settings%3DeyJpZCI6IjEyNTAyIiwidG9 nZ2xlIjp0cnVlfQ%3D%3D https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/businessstudies/bentuk-dan-kesan-islamofobia/8131273 https://www.scribd.com/presentation/406689961/Manifestasi-Islamofobia https://www.academia.edu/51661742/ISLAMOFOBIA_FAKTOR_DAN_INISIATIF_D ALAM_MENANGANINYA https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/03/tangani-islamofobiaRUJUKAN 18
LAMPIRAN 19