The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-13 20:41:53

LAPORAN INOVASI SMK PUNCAK ALAM

MR.PROTIY

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GERAN
INOVASI PENDIDIKAN SEKOLAH NEGERI
SELANGOR (GIPSS)

INOVASI PERALATAN MASAKAN

MR.PROTIY

TAHUN 2020

BEA3085

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM
JALAN MAHKOTA IMPIAN 2/1, SEKSYEN 2, 42300
BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR
NO TEL : 03-33928216
NO FAKS : 03-33928246
e-mel : [email protected]

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GERAN INOVASI PENDIDIKAN
SEKOLAH NEGERI SELANGOR (GIPSS)
INOVASI PERALATAN MASAKAN

MR.PROTIY

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PERKARA 2
3
PENGHARGAAN 4
1.0 TUJUAN 5
2.0 LATAR BELAKANG
3.0 OBJEKTIF 10
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
14
4.1 PELAKSANAAN DAN TEMPOH 15
4.2 UJI LARI MR.PROTIY 16
5.0 KOS MR.PROTIY
5.1 KOS BAHAN
5.2 KOS KEPAKARAN
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7.0 KESIMPULAN
8.0 LAMPIRAN
RUJUKAN
KUMPULAN INOVASI SMK PUNCAK ALAM

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat dan izinNya
projek inovasi dalam pendidikan dapat direalisasikan akhirnya.

Jutaan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Sarimah binti Mohammed Nor,
Pengetua SMK Puncak Alam (SMKPA) yang telah melontarkan idea dan cabaran serta
bimbingan dalam menjayakan projek inovasi ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan
tahniah kepada Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Puan
Indang Sulbi binti Abu Bakar yang berani menyahut cabaran merealisasikan lontaran
idea Tuan Pengetua. Terima kasih juga kepada Puan Hajah Norizah binti Abdul Hamid,
Penolong Kanan Pentadbiran yang turut memberi sokongan moral.

Syabas dan terima kasih kepada Tuan Haji Anuar bin Mat Yusuf selaku Guru
Kanan mata pelajaran Sains dan Matematik kerana berbesar hati untuk berkolaboratif
bersama-sama dengan Kumpulan Inovasi yang diketuai oleh Penolong Kanan PPKI
Puan Indang Sulbi binti Abu Bakar, Puan Norliana binti Ismail, Puan Norazura binti
Tukiran, Puan Maiyadah binti Mohamad Kamin dan Puan Noorazlin binti Mohd Arifin
yang menjana idea, pengetahuan sains dan kemahiran untuk menghasilkan MR.
PROTIY yang sangat efektif dalam membantu pembelajaran pembuatan roti dan comel.

Terima kasih juga kepada semua warga SMKPA yang tidak jemu memberi
sokongan dan motivasi yang sangat memberangsangkan. Semoga penghasilan inovasi
ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus berkarya demi kemajuan anak-
anak didik SMKPA TERBILANG. Sekian, terima kasih.

Giling cili di batu kantan,

Pinggan retak di bakul saji,

SMKPA bergerak maju ke hadapan,

Pencetus kreativiti, penjana inovasi.
1

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

1.0 TUJUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Puncak Alam (SMKPA) telah
melaksanakan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup masakan mulai tahun
2008. Pada tahun 2015, PPKI mula melaksanakan Sukatan Pelajaran yang
mengandungi Komponen Kemahiran Hidup Masakan yang merangkumi pelbagai
kemahiran masakan. Melalui persetujuan guru-guru, pembuatan roti telah dipilih
sebagai kemahiran yang mesti dikuasai oleh semua murid PPKI.

Bermula tahun 2017, pelaksanaan Kurikulum Baharu KSSMPK di semua sekolah
Program Pendidikan Khas Integrasi bermasalah pembelajaran. Menerusi kajian secara
pemerhatian terhadap kebolehan dan keupayaan murid-murid PPKI, kemahiran sedia
ada guru-guru, sokongan daripada pentadbir sekolah, warga sekolah dan ibu bapa,
pengurusan PPKI SMKPA telah memilih KSSMPK Pembuatan Roti. Setelah 3 tahun
beroperasi, PPKI telah berjaya mengintegrasikan kurikulum dengan kegiatan
kokurikulum Kelab Keusahawanan.

Seterusnya aktiviti keusahawanan ini telah berjaya mewujudkan sebuah Pusat
Pembelajaran dalam kemahiran penyediaan makanan dan pembuatan roti yang
dinamakan Kafe Qaseh. Kafe Qaseh berjaya memberikan latihan secara praktikal
dalam pembuatan roti, kemahiran pramusaji dan memasarkan produk yang dihasilkan.

Beberapa masalah telah dikenal pasti terutamanya dalam proses pembuatan
roti. Antara masalah utama ialah proses untuk mengembangkan doh roti yang
dihasilkan dengan cepat. Faktor cuaca memainkan peranan yang sangat penting dalam
proses pengembangan doh roti. Apabila cuaca panas, proses pengembangan roti akan
menjadi cepat berbanding apabila cuaca mendung atau hujan. Pelbagai alternatif
digunakan untuk mempercepatkan pengembangan roti antaranya menggunakan kereta
guru sebagai ‘proofer’, doh roti berjaya mengembang dengan cepat tetapi tahap
kebersihannya rendah disebabkan di dalam kereta terdapat habuk, bau yang tidak
menyenangkan dan serangga.

2

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

Isu ini telah mencetuskan idea inovasi untuk mencipta satu alat yang dapat
membantu menyelesaikan permasalahan tersebut dan menjamin kualiti roti yang
dihasilkan akan menjadi lebih baik dan kebersihan lebih terjamin.

2.0 LATAR BELAKANG
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi mata pelajaran Kurikulum

Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) Penyediaan Makanan dan
KSSMPK Pembuatan roti telah berjaya mewujudkan Pusat Pembelajaran Kemahiran
Kafe Qaseh. Kemahiran pembuatan roti bun manis, bun pedas dan pizza menjadi menu
utama. Produk yang dihasilkan akan dijual kepada murid-murid arus perdana pada
waktu rehat. Walau bagaimanapun produk roti yang dihasilkan ini seringkali
menghadapi masalah, terutamanya apabila cuaca mendung yang sejuk atau hari hujan.
Roti yang dihasilkan lambat mengembang kerana tiada ‘oven proofer’ yang membantu
proses pengembangan roti. Oleh hal yang demikian roti tidak dapat dihasilkan mengikut
jangka waktu yang ditetapkan.

Pameran Project Base Learning (PBL)/STEM di Makmal Sains 2 SMK Puncak
Alam yang diadakan pada 25 September 2020 telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, Puan
Hajah Sarimah binti Mohammed Nor, bersama para pentadbir sekolah dan sekumpulan
murid-murid Pendidikan Khas. Melalui pameran tersebut, terdapat sudut yang
mempamerkan peralatan yang menggunakan konsep Muatan Haba Tentu Tinggi untuk
memasak makanan. Bahan yang digunakan ialah batu sungai dan cahaya matahari
untuk memasak telur. Melalui konsep ini dan perbincangan ringkas antara Tuan
Pengetua, Puan Hjh Sarimah binti Mohammed Nor dan Penolong Kanan PPKI Puan
Indang Sulbi binti Abu Bakar maka tercetusnya idea inovasi untuk mencipta alat untuk
membantu mempercepatkan proses pengembangan doh roti.

3

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

Kajian saintifik membuktikan batu sungai mampu menyerap haba dengan kadar
yang tinggi dan mampu menyimpan haba tersebut dalam jangka masa yang lama.
Konsep ini menjadi idea asas untuk mencipta peralatan inovasi dalam proses
pembuatan roti. Tercetuslah idea untuk menghasilkan MR. PROTIY.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mempercepatkan proses pengembangan doh roti dan bun menjadi lebih
singkat daripada masa yang asal.
3.2 Produk bun manis, bun pedas dan pizza dapat dihasilkan pada waktu yang
dikehendaki.
3.3 Meningkatkan dan mengekalkan kualiti bun yang dihasilkan.
3.4 Kuantiti produk dapat dipertingkatkan dalam masa yang singkat.
3.5 Merekacipta peralatan masakan yang mudah, murah dan mempunyai impak
tinggi dalam penghasilan produk berasaskan roti.
3.6 Mewujudkan kolaboratif dalam kalangan warga sekolah untuk meningkatkan
kualiti kemenjadian murid.

4

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 Pelaksanaan dan tempoh

Carta Gantt Pelaksanaan Inovasi MR. PROTIY

Proses pembuatan roti yang dilaksanakan di PPKI sering menghadapi masalah
yang berkaitan dengan perubahan cuaca semasa. Proses pengembangan doh roti akan
menjadi lambat dan boleh mempengaruhi kualiti produk yang dihasilkan. Pengetahuan
ilmu sains tentang konsep Muatan Haba Tentu Tinggi dapat membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh PPKI. Isu ini telah berjaya mewujudkan kolaboratif di
antara PPKI dan Panitia Sains dalam penciptaan ‘proofer’ yang berkos rendah dan
berimpak tinggi untuk membantu proses pengembangan doh roti yang dinamakan
MR.PROTIY. Carta Gantt di atas menunjukkan proses kerja penghasilan MR.PROTIY.

5

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

4.2 Uji Lari MR.PROTIY

PROSES PEMBUATAN ROTI MANUAL

LANGKAH PROSES PEMBUATAN ROTI

Langkah 1 Menguli tepung menjadi doh selama 20 minit.

Langkah 2 Proses pengembangan doh yang mengambil masa selama 30-40
Langkah 3 minit.

Proses ‘rounding’ dan membentuk bun.

Langkah 4 Proses pengembangan bun yang mengambil masa selama 20-30
minit.

Langkah 5 Proses bun dibakar selama 16 minit.

Rumusan : Jika cuaca panas, roti dihasilkan dalam tempoh 2 jam. Jika cuaca
mendung/hujan, roti dihasilkan dalam tempoh 2 ½ - 3 jam.

6

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

PROSES PEMBUATAN ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
i) Uji Lari 1

LANGKAH PROSES PEMBUATAN ROTI

Langkah 1 Menguli tepung menjadi doh selama 20 minit.

Langkah 2 Proses memanaskan batu menggunakan dapur gas mudah alih
sehingga suhu meningkat 70⁰C selama 3 minit. Apabila suhu telah
meningkat kepada 70⁰C, api dapur gas mudah alih dimatikan.

Langkah 3 Memasukkan dulang yang berisi tuala dan air bertujuan untuk
menstabilkan suhu dan menghasilkan wap.

Langkah 4 Memasukkan doh roti ke dalam MR. PROTIY sehingga kembang.
Langkah 5 Proses ini mengambil masa 15 minit.

Doh dikeluarkan dari MR. PROTIY untuk melalui proses ‘rounding’
bagi membentuk bun roti.

Langkah 6 Memasukkan semula bun yang telah dibentuk ke dalam MR.
PROTIY untuk dikembangkan sekali lagi sebelum proses
pembakaran. Proses ini mengambil masa 10 minit.

Rumusan : Penggunaan MR.PROTIY dengan suhu 70⁰C, roti dapat dihasilkan
dalam tempoh masa 50 minit.

7

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

ii) Uji Lari 2

LANGKAH PROSES PEMBUATAN ROTI

Langkah 1 Menguli tepung menjadi doh selama 20 minit.

Langkah 2 Proses memanaskan batu menggunakan dapur gas mudah alih
sehingga suhu meningkat 100⁰C selama 9 minit. Apabila suhu telah
meningkat kepada 100⁰C, api dapur gas mudah alih dimatikan.

Langkah 3 Memasukkan dulang yang berisi tuala dan air yang bertujuan untuk
menstabilkan suhu dan menghasilkan wap.

Langkah 4 Memasukkan doh roti ke dalam MR. PROTIY sehingga kembang.
Langkah 5 Proses ini mengambil masa 10 minit.

Doh dikeluarkan dari MR. PROTIY untuk melalui proses ‘rounding’
bagi membentuk bun roti.

Langkah 6 Memasukkan semula bun yang telah dibentuk ke dalam MR.
PROTIY untuk dikembangkan sekali lagi sebelum proses
pembakaran. Proses ini mengambil masa 6 minit.

Rumusan : Penggunaan MR.PROTIY dengan suhu 100⁰C, roti dapat dihasilkan
dalam tempoh masa 36 minit.

8

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

iii) Uji Lari 3

LANGKAH PROSES PEMBUATAN ROTI

Langkah 1 Menguli tepung menjadi doh selama 20 minit.

Langkah 2 Proses memanaskan batu menggunakan dapur gas mudah alih
sehingga suhu meningkat 100⁰C selama 9 minit. Apabila suhu telah
meningkat kepada 100⁰C, dapur gas mudah alih dimatikan.

Langkah 3 Memasukkan dulang yang berisi tuala dan air yang bertujuan untuk
Langkah 4 menstabilkan suhu dan menghasilkan wap.

Doh dikeluarkan dari mesin penguli, untuk melalui proses ‘rounding’
bagi membentuk bun roti.

Langkah 5 Memasukkan bun yang telah dibentuk ke dalam MR. PROTIY untuk
dikembangkan sebelum proses pembakaran. Proses ini mengambil
masa 10 minit.

Rumusan : Penggunaan MR.PROTIY dengan suhu 100⁰C, roti dapat dihasilkan
dalam tempoh masa 31 minit tanpa melalui proses pengembangan pertama.

RUMUSAN KESELURUHAN

Berdasarkan uji lari yang telah dijalankan, suhu memainkan peranan utama
dalam proses penghasilan roti. Tanpa pengawalan suhu yang sistematik, proses
penghasilan roti memakan masa selama 2 jam. Dengan pengawalan suhu yang
sistematik oleh MR.PROTIY pada 70⁰C, roti dapat dihasilkan dalam tempoh masa 50
minit manakala penetapan suhu pada 100⁰C roti dapat dihasilkan dalam tempoh 31
minit sahaja.

9

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

5.0 KOS MR.PROTIY KEGUNAAN KUANTITI HARGA HARGA
5.1 KOS BAHAN SEUNIT
BIL NAMA
(RM)
1. Aluminium Composite
Panel Penebat 4 keping 112.50 450.00

Haba

Anti Karat

Tahan Panas

2. Batu sungai hitam Menyimpan 2 beg 100.00 200.00
muatan haba
tentu tinggi

3. Besi 2x2 Sebagai 4 batang 80.00 320.00
kerangka
MR.PROTIY

10

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

4. Besi 2x1 Rak untuk 4 batang 50.00 200.00
meletakkan
5. Besi Bulat – 1cm dulang
6. Besi bracket
7. Glass tempered Tetulang rak 4 batang 30.00 120.00
25.00 50.00
Mengikat 2 keping
batu

Mudah 1 keping 200.00 200.00

melihat doh

berkembang

8. Roda Memudahkan 4 unit 25.00 100.00
9. Dapur mudah alih pergerakan
alat

Digunakan 2 unit 25.00 50.00
sebagai alat
untuk
membakar
batu

11

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

10. Gas mudah alih Digunakan 2 unit 20.00 40.00
sebagai
bahan
pembakar

11. Loyang saiz L Tempat 2 unit 50.00 100.00

meletakkan

bun dan tuala

basah

12. Aluminium untuk kemasan Untuk 4 batang 60.00 240.00
kemasan
badan
MR.PROTIY

13. Pemegang pintu Untuk 2 unit 20.00 40.00
14. Engsel pintu
memudahkan

pintu dibuka

dan ditutup

Penyambung 4 unit 10.00 40.00
pintu dan
badan
MR.PROTIY

12

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

15. Jangka suhu Untuk 1 unit 100.00 100.00
16. Sticker mengawal
17. Pelbagai skru suhu

Label produk 4 keping 25.00 100.00

20 unit 2.50 50.00

18. Dokumentasi 300.00 300.00
JUMLAH 2700.00
5.2 KOS KEPAKARAN
BIL NAMA KEGUNAAN KUANTITI HARGA HARGA
1. Kos tenaga mahir SEUNIT
(RM)

1 unit 1200.00 1200.00

JUMLAH 1200.00

13

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

6.1 Penambahbaikan 1

Selain bertindak sebagai proofer, MR.PROTIY juga boleh dijadikan sebagai alat
pengukus untuk penghasilan pau. Jika ingin menjadikan MR.PROTIY sebagai alat
pengukus, batu hendaklah dikeluarkan dan digantikan dengan loyang berisi air di atas
api dapur gas mudah alih.

6.2 Penambahbaikan 2

MR.PROTIY juga boleh dijadikan sebagai ketuhar untuk Roti Nan, Roti Arab dan
Pizza. Untuk menjadikan MR.PROTIY bertindak sebagai ketuhar, batu hendaklah
dipanaskan di atas api dapur gas mudah alih secara berterusan.

14

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

7.0 KESIMPULAN

MR.PROTIY telah dapat membantu mempercepatkan proses penghasilan roti di
samping dapat memastikan kualiti penghasilan roti yang lebih baik, meningkatkan
kuantiti pengeluaran produk roti dan kebersihan produk turut lebih terjamin. Penciptaan
MR.PROTIY dapat meningkatkan keyakinan PPKI untuk menerima tempahan dan
memasarkan produk roti kepada komuniti luar.

Ciptaan inovasi ini akan di’pattern’kan sebagai harta intelek kepada SMK Puncak
Alam agar alat ini dapat dipasarkan. MR.PROTIY mampu menjadi alat pelbagai fungsi,
sebagai proofer, pengukus dan ketuhar tanpa mengubah struktur asal dan penggunaan
elektrik.

Tahniah kepada kumpulan inovasi SMK Puncak Alam kerana berjaya
merealisasikan lontaran idea Tuan Pengetua Puan Hajah Sarimah binti Mohammed Nor
dan Penolong Kanan PPKI Puan Indang Sulbi binti Abu Bakar untuk mencipta proofer
yang dinamakan MR.PROTIY sehingga dapat membantu melancarkan pembelajaran
murid-murid pendidikan khas dalam pembuatan roti.

15

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

8.0 LAMPIRAN
8.1 KELAS PEMBUATAN ROTI KSSMPK

16

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

8.2 PAMERAN PROJECT BASE LEARNING (PBL/STEM) DI MAKMAL SAINS PADA
25 SEPTEMBER 2020

17

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

18

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

8.3 DISKUSI UNTUK MENCIPTA MR.PROTIY

19

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

8.4 LAKARAN BAHAGIAN DALAM

20

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

8.5 LAKARAN BAHAGIAN DEPAN

21

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

8.6 PROSES PEMBINAAN MR.PROTIY DI BENGKEL WELDING PADA
19 OKTOBER – 6 NOVEMBER 2020

PROSES MEMASANG KERANGKA BESI

PROSES MEMASANG BESI UNTUK RAK BAGI MELETAKKAN DULANG ROTI
22

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

PROSES MEMASANG RAK BESI

PROSES MEMASANG ALUMINIUM KOMPOSIT PANEL DI SEKELILING KERANGKA
23

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

PROSES MEMASANG PINTU BAHAGIAN BAWAH (BAHAN BAKAR)

PROSES MEMASANG PINTU BERCERMIN UNTUK BAHAGIAN ATAS
24

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

PROSES MEMASANG RODA

PROSES MEMASUKKAN BATU KE DALAM ‘BRACKET’
25

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

MR.PROTIY YANG TELAH SIAP DENGAN SPESIFIKASI YANG BERIKUT :
1. TINGGI : 85 CM
2. PANJANG : 77 CM
3. LEBAR : 51.5 CM
4. 2 RAK UNTUK MENEMPATKAN DULANG ROTI BERSAIZ L
5. 2 ‘BRACKET’ BATU SUNGAI HITAM
26

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

8.7 PROSES UJI LARI PADA 9, 16 DAN 23 NOVEMBER 2020

PROSES MEMANASKAN BATU MENGGUNAKAN DAPUR GAS MUDAH ALIH

PROSES MEMASUKKAN DOH ROTI
27

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

DOH ROTI YANG TELAH KEMBANG 2 KALI GANDA DALAM MR.PROTIY
SELAMA 10 MINIT

PROSES MEMBENTUK BUN KEPADA BUN MANIS
28

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

PROSES MEMASUKKAN BUN YANG TELAH DIBENTUK

PROSES MEMBAKAR ROTI DI DALAM KETUHAR
29

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

PROSES MEMBAKAR ROTI DI DALAM KETUHAR

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
30

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
31

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
32

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
33

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI

KERJASAMA ANTARA
BIDANG SAINS MURID ARUS PERDANA

DAN
MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS

34

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI SMK PUNCAK ALAM

1.0. Nama Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam
Jalan Mahkota Impian 2/1,Seksyen 2,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 -33928216
Faks: 03 -33928246
e-mail:[email protected]
Kod sekolah: BEA 3085

2.0. Kertas cadangan

1.1. Tema

Peralatan masakan

1.2. Tajuk inovasi

Prover Muatan Haba Tentu Tinggi

1.3. Pengenalan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi mata pelajaran
KSSMPK Penyediaan makanan dan KSSMPK Pembuatan roti, telah berjaya
mewujudkan program pusat pembelajaran kemahiran Kafe Qaseh. Kemahiran
pembuatan roti bun manis, bun pedas dan pizza menjadi aktiviti utama. Produk
yang dihasilkan akan dijual kepada murid-murid arus perdana pada waktu rehat.
Walau bagaimanapun produk roti yang dihasilkan ini seringkali menghadapi
masalah, terutamanya apabila cuaca mendung yang sejuk dan apabila hari
hujan. Roti yang dihasilkan lambat mengembang kerana tiada oven proofer yang
membantu proses pengembangan roti. Oleh hal yang demikian roti tidak dapat
dihasilkan mengikut waktu waktu yang ditetapkan.

35

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

3.0. Isu dan masalah:

1. Dalam cuaca biasa doh roti mengambil masa 1 jam untuk mengembang,
sebelum melalui proses ‘rounding’ . Selepas itu 1 jam lagi diperlukan untuk
bun mengembang elok sebelum dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar.

Apabila cuaca sejuk atau hari hujan proses pengembangan doh dan bun
menjadi semakin lambat sehingga melebehi 2 jam.

Impaknya, proses pembuatan bun menjadi lambat dan produk tidak dapat
disediakan pada waktu yang telah ditetapkan.

2. Membungkus Loyang berisi doh dan bun dengan beg plastik merupakan
alternatif lain untuk membantu proses pengembangan. Namun demikian
kaedah ini tidak praktikal kerana beg plastik hanya boleh digunakan sekali
sahaja disamping itu doh yang telah mengembang pula akan melekat pada
beg plastic, menjadikan bentuk doh berubah dan tidak cantik.

3. Kaedah alternative seterus nya, kereta digunakan sebagai‘ oven proofer’
untuk membantu proses pengembangan doh roti dan bun. Namun kereta
sifatnya tidak ‘hygine’. Terdapat habuk-habuk halus, serangga kecil dan bau
yang tidak menyenangkan.

4. Harga oven proofer di pasaran sangat mahal dan kurang bersesuaian dengan
kuantiti produk berskala kecil yang dihasilkan iaitu 40 ketul hingga 60 ketul
bun sahaja.

4.0. Cadangan Inovasi.

Merekacipta peralatan masakan dengan mengaplikasikan konsep sains ‘Muatan
haba tentu tinggi’.

Produk : Oven Proofer Muatan Haba Tentu Tinggi

Kegunaan : Membantu mempercepatkan proses pengembangan doh roti dan
bun dalam masa yang lebih singkat, bersifat ‘ hygine ’ dan mudah disediakan
dan murah.

36

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

5.0. Objektif.

1. Mempercepatkan proses pengembangan doh roti dan bun menjadi lebih
singkat daripada masa yang asal.

2. Produk bun manis, bun pedas dan pizza dapat dihasilkan pada waktu yang
dikehendaki.

3. Meningkatkan lagi kualiti bun yang dihasilkan.
4. Kuantiti produk dapat dipertingkatkan dalam masa yang singkat.
5. Merekacipta peralatan masakan yang mudah, murah dan mempunyai impak

dalam penghasilan produk berasaskan roti.
6. Mewujudkan kolaboratif dalam kalangan warga sekolah untuk meningkatkan

kemenjadian murid.

6.0. Rasional projek.

Pengetahuan sains murid arus perdana dan kemahiran pembuatan roti murid
PPKI digabungkan untuk menghasilkan inovasi yang kreatif seterusnya dapat
menyokong projek pembuatan roti PPKI SMK Puncak Alam.

Projek inovasi ini akan dapat membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti
penghasilan bun oleh murid-murid PPKI. Seterusnya PPKI akan mampu
membekal bun kepada murid-murid arus perdana yang berjumlah lebih seribu
orang.

7.0. Skop dan limitasi projek.

1. Oven proofer ini kuantiti produk bersekala kecil iaitu 5 – 10 ketul dalam 1
loyang

2. Kegunaan kepada produk berasaskan roti sahaja.
3. Oven proofer ini hanya untuk membantu mengembang doh dan bun bukan

untuk memasak atau membakar roti.
4. Kepanasan oven proofer ini boleh bertahan untuk 2 – 3 sesi proses

pengembangan doh dan bun. Batu perlu dibakar semula sekiranya suhu oven
semakin menurun.

37

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

8.0. Anggaran kos dan bahan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk mencipta oven prover:

Bil Bahan Kuantiti Kos catatan

1. Batu sungai hitam 1

2. Aluminum foil 10 keping

3. Papan lapis 1 keping

4. polisterin 8 keping

5. Skrew secukupnya

6. Loyang 2 buah

7. Bekas untuk air

8. Rak terpakai 1 unit

9. Dapur portable

10. Penyukat suhu Jangka
suhu

11. Bahan bersifat penebat

12. Kain tuala I helai

13. Cermin terpakai 1 keping

14. Oven lama - minyak tanah 1 unit
atau gas.

15. Dapur gas portable 1 unit

JUMLAH

9.0. Sasaran

Projek inovasi dan kreatif mini disasarkan kepada

1. Murid-murid arus perdana yang mengambil mata pelajaran sains.
2. Murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mengambil

mata pelajaran KSSMPK Penyediaan Makanan dan KSSMPK Pembuatan
Roti.

38

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

3. Menghasilkan produk inovasi yang dapat membantu menghasilkan produk
roti yang berkualiti dengan kuantiti yang banyak dan cepat disiapkan
mengikut waktu yang dikehendaki.

10.0. Penutup

Harapan kami, produk hasil inovasi ini dapat membantu pembelajaran
murid-murid PPKi sekolah ini melaksanakan projek pembuatan bun dengan lebih
mudah, berkualiti dan dalam kuantiti yang lebih banyak dari sebelum dalam
masa yang ditetapkan. Seterusnya dengan adanya penyelidikan pada masa
hadapan, produk inovasi ini akan ditambah baik fungsinya dan seterusnya dapat
dikomersialkan bagi tujuan penggunaan rumah khususnya untuk yang berskala
kecil .

Disediakan oleh

------------------------------------------------
Hajah Sarimah binti Mohammed Nor
Pengetua
SMK Puncak Alam

Bersama

----------------------------------------------
Indang Sulbi binti Abu Bakar
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Puncak Alam

39

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

RUJUKAN

Aluminium Composite Panel Industrial & Step Roof diperolehi pada 17 Oktober 2020
daripada www.aegismarketing.com.my

Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) ( Pembuatan Roti Tingkatan 2)

Chia Song Choy, Koay Kheng Chuan, Dr Ooi Hean Beng, Mohd Khairul Anuar bin
Mustafa, Rema Regavan (2019). Buku Teks KSSM Fizik Tingkatan 4. Pustaka
Sarjana Sdn.Bhd.

NOSS Pembuatan Roti. Jabatan Pembangunan Kemahiran

Program Transisi Kerjaya (PTK) Murid Berkeperluan Khas Bermasalah
Pembelajaran

40

INOVASI MR.PROTIY SMK PUNCAK ALAM

KUMPULAN INOVASI SMK PUNCAK ALAM

PENGETUA
HAJAH SARIMAH BT MOHAMMED

NOR

PK PENTADBIRAN PK PENDIDIKAN KHAS
HAJAH NORIZAH BT ABD HAMID INDANG SULBI BT ABU BAKAR

GKMP SAINS DAN MATEMATIK
HAJI ANUAR BIN MAT YUSUF

GURU GURU
NORLIANA BT ISMAIL MAIYADAH BT MOHAMAD KAMIN

41

GURU GURU
NORAZURA BT TUKIRAN NOORAZLIN BT MOHD ARIFIN


Click to View FlipBook Version