MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI
1. Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan
halnya)
3. Bilangan penutur / pendengar:
a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)
4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat Istana / Bangsawan
5. Contoh Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri
orang yang bertutur.
Kata Ganti Penggunaannya
Diri Pertama
aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan
biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
saya Digunakan apabila bercakap dengan seseorang
(tunggal) yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba Digunakan untuk membahasakan diri sendiri
(tunggal) pada zaman dahulu.
patik Digunakan oleh rakyat apabila bercakap
(tunggal) dengan raja atau sultan.
beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah
(tunggal) kepada rakyat.
Digunakan pada diri orang yang berkata serta
kami temannya apabila bercakap dengan orang
(tunggal) kedua.
Digunakan pada diri sendiri dengan
kita (tunggal) menyertakan diri orang kedua.
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang
yang diajak bertutur.
Kata Ganti Penggunaannya
Diri Kedua
anda (tunggal Digunakan untuk diri orang kedua apabila
dan jamak)) berhadapan dengan kita.
awak Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
(tunggal) hubungannya dengan kita.
engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
(tunggal) hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan
juga (Engkau)
Tuan hamba Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman
(tunggal) dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan
‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata
ganti diri kedua)
tuanku Digunakan apabila bercakap dengan raja atau
(tunggal) sultan.
kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak
(tunggal) bercakap.
kamu (tunggal Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
dan jamak)) hubungannya dengan kita.
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang
yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak
hadir).
Kata Ganti Penggunaannya
Diri Ketiga
baginda Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau
(tunggal) sultan.
beliau Digunakan untuk orang yang kita hormati,
(tunggal) misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan ia Digunakan untuk orang yang umum seperti
(tunggal) orang biasa dan rakan.
mereka Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih
(tunggal) daripada seorang.
6. Bentuk kesilapan:
SALAH BETUL
“Kami tidak harus “Kita tidak harus mengalah
mengalah sebelum sebelum perlawanan bermula,”
perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
kata Murthi kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal Kereta itu sungguh mahal kerana
kerana ianya diimport dari diimport dari Jepun.
Jepun.
Beliau diberkas kerana Dia diberkas kerana terlibat
terlibat dalam kes dalam kes penipuan.
penipuan.
“Hamba mohon maaf atas “Patik mohon maaf atas
kesalahan hamba,” kata kesalahan patik,” kata Paduka Ali
Paduka Ali kepada Sultan kepada Sultan Mansor Syah.
Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini Kakitangan syarikat ini sedia
sedia menolong engkau. menolong anda.
Saya ingin berjumpa Saya ingin berjumpa dengannya.
dengan ia.
Mereka-mereka sedang Mereka sedang bermain bola di
bermain bola di padang. padang.
7. Ringkasan: Tunggal Bilangan Banyak /
Kata Ganti Nama Jamak
Diri aku kami
Diri Pertama saya kita
(penutur) patik
hamba awak semua
Diri Kedua awak kamu semua
(pendengar) kamu saudara sekalian
engkau saudari sekalian
Diri Ketiga (orang encik encik-encik
yang diceritakan
halnya) cik cik-cik
saudara tuan-tuan
saudari puan-puan
anda semua
tuan
puan kalian
anda
tuanku mereka
tuan hamba
Dia
Ia
Beliau
Baginda
MODUL 2 – KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.
2. Contoh:
Kata Penerangan Ayat Contoh
Ganti
Diri
Pertama
kau Asal daripada kata 1. “Surat ini hendaklah
‘engkau’. Digunakan kaubaca,” pinta Encik Hazim.
pada awal kata yang
dirapatkan dengan 2. Lukisan yang kaulukis
kata yang sangat cantik sekali.
menyertainya.
ku Asal daripada kata 1. Kata Dina, “Lagu ini
‘aku’. Digunakan kutujukan untuk Shida yang
pada awal atau akhir berada di Johor.”
kata yang ditulis
rapat. 2. “Aduh, sakitnya kakiku!”
kata Dol.
mu Asal daripada kata 1. Hasratmu akan aku
‘kamu’. Digunakan tunaikan.
pada akhir kata
sahaja. 2. “Adikmu pandai menyanyi,”
kata Zuraini kepada Syafiqah.
nya Asal daripada kata 1. Kakaknya menuntut di luar
ganti nama diri negara.
ketiga (dia).
Digunakan pada 2. Setiap kesalahan akan
akhir kata sahaja. menerima balasan daripada-
Nya.
3. Bentuk kesilapan
a. Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata
yang menyertainya.
SALAH BETUL
“Warna apa yang kau “Warna apa yang
minati?” tanya Azim kauminati?” tanya Azim
kepada Syafiq. kepada Syafiq.
“Kawan ku ini berasal dari “Kawanku ini berasal dari
Sabah,” kata Arif kepada Sabah,” kata Arif kepada
Sayuti. Sayuti.
b. Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek
ayat.
SALAH BETUL
“Mu berdua tidak bekerja “Kamu berdua tidak
hari ini?” tanya Enzik bekerja hari ini?” tanya
Azwan. Enzik Azwan.
“Kau belum mandi lagi, “Engkau belum mandi lagi,
Man?” tanya ibu kepada Man?” tanya ibu kepada
Rosman. Rosman.
c. Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi
kata singkatan berkaitan dengan Tuhan.
SALAH BETUL
Ya Allah, aku memohon Ya Allah, aku memohon
keampunanmu. keampunan-Mu.
Tuhan akan sentiasa Tuhan akan sentiasa
mengampunkan dosa mengampunkan dosa
hambanya. hamba-Nya.
MODUL 3 : KATA BILANGAN
1. Maksud:
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung
sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.
2. Contoh Kata bilangan
Jenis Kata Bilangan Contohnya
Kata bilangan tentu Satu, dua, tiga, dan seterusnya
1. Menunjukkan Contoh ayat: Dua ekor kambing.
bilangan yang
tertentu. Beberapa, segala, seluruh, sekalian,
2. Boleh diikuti oleh setengah-setengah, dan sebagainya.
penjodoh bilangan Contoh ayat: Segala maklumat akan
Kata bilangan tak dikumpulkan.
tentu. (Menunjukkan Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan
bilangan yang tidak sebagainya.
tentu) Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa
Kata bilangan murid tahun enam yang hadir ke majlis
pecahan. itu.
(Menunjukkan Setiap, tiap-tiap.
bilangan berbentuk Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki
pecahan) membayar yuran sekolah dengan
Kata bilangan segera.
pisahan.
(Menunjukkan Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh,
bilangan yang berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan
berpisah) sebagainya.
Kata bilangan Contoh ayat: Kebun Pak Abu
himpunan. menghasilkan berpuluh-puluh bakul
(Menunjukkan durian setiap tahun.
sesuatu bilangan
secara himpunan)
Kata bilangan Pertama, kedua, ketiga, dan
tingkat. seterusnya.
(Menunjukkan giliran Contoh ayat: Abu mendapat tempat
atau urutan dalam ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.
sesuatu jumlah)
3. Kesilapan kata bilangan:
a. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit
yang dibilang menggunakan kata bilangan tentu.
SALAH BETUL
Tiga motosikal itu Tiga buah motosikal itu berjenama
berjenama Honda. Honda.
Dua ribu telur ayam telah Dua ribu biji telur ayam telah
direbus untuk majlis direbus untuk majlis kenduri.
kenduri.
Seratus calon telah Seratus orang calon telah
menghadiri seminar menghadiri seminar UPSR.
UPSR.
b. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata
bilangan tentu yang membawa maksud jamak (banyak).
SALAH BETUL
Tiga puluh meja-meja di Tiga puluh meja di dalam bilik
dalam bilik darjah kami darjah kami telah rosak.
telah rosak.
Empat pekerja-pekerja Empat pekerja kilang terbunuh
kilang terbunuh dalam dalam kemalangan jalan raya.
kemalangan jalan raya.
Lapan ratus pelancong- Lapan ratus pelancong asing
pelancong asing diraikan diraikan dalam majlis yang gilang-
dalam majlis yang gilang- gemilang.
gemilang.
c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang
dibilang dengan kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan
tak serupa – beberapa.
SALAH BETUL
Amran membeli beberapa Amran membeli beberapa buah
buku cerita. buku cerita.
(Tatabahasa Dewan m.s 197)
Para orang peniaga di Para peniaga di pasar malam
pasar malam diseru agar diseru agar mengutamakan
mengutamakan kebersihan.
kebersihan.
Sesetengah buah bas Sesetengah bas persiaran
persiaran beroperasi beroperasi secara haram.
secara haram.
d. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata
bilangan tak tentu.
SALAH BETUL
Kebanyakan guru-guru Kebanyakan guru hadir dalam
hadir dalam mesyuarat mesyuarat kurikulum sekolah.
kurikulum sekolah.
Semua surat-surat telah Semua surat telah dihantar
dihantar kepada para kepada para tetamu.
tetamu.
Sebahagian daripada Sebahagian daripada pekerja
pekerja-pekerja warga warga asing masuk ke negara ini
asing masuk ke negara ini secara haram.
secara haram.
e. Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam
ayat.
SALAH BETUL
Kedua buah pulau di Kedua-dua buah pulau di negara
negara ini mempunyai ini mempunyai batu karang yang
batu karang yang paling paling cantik di dunia.
cantik di dunia.
Antara kedua tugas, yang Antara kedua-dua tugas, yang
manakah lebih mudah? manakah lebih mudah?
Berbagai isu-isu Berbagai-bagai isu dibincangkan
dibincangkan dalam dalam mesyuarat Persatuan Ibu
mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.
dan Bapa.
f. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit
yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.
SALAH BETUL
Ketiga-tiga anak Pak Ketiga-tiga orang anak Pak Halim
Halim menuntut di luar menuntut di luar negara.
negara.
Beratus-ratus sate Beratus-ratus cucuk sate
dihidangkan untuk dihidangkan untuk pelancong dari
pelancong dari Jepun. Jepun.
Beribu-ribu cakera padat Beribu-ribu keping cakera padat
tiruan dirampas dalam tiruan dirampas dalam operasi
operasi pihak berkuasa. pihak berkuasa.
g. Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa
maksud jamak.
SALAH BETUL
Para-para petugas di Para-para petugas di pameran
pameran buku sedia buku sedia memberikan bantuan
memberikan bantuan kepada pengunjung.
kepada pengunjung.
*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada
golongan yang tidak dihormati seperti penjahat, pengganas,
pengemis, penagih dan penipu.
h. Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.
SALAH BETUL
Berbagai acara diadakan Berbagai-bagai acara diadakan
dalam karnival jualan dalam karnival jualan murah.
murah.
Tiap pelanggan yang Tiap-tiap pelanggan yang
berkunjung ke restoran berkunjung ke restoran itu pasti
itu pasti berpuas hati berpuas hati dengan layanan
dengan layanan mesra mesra pekerjanya.
pekerjanya.
i. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung
sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama
abstrak yang tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang
seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan.
SALAH BETUL
Peserta pertandingan Peserta pertandingan pidato diberi
pidato diberi masa lima masa lima minit sahaja.
buah minit sahaja.
Beberapa buah bahagian Beberapa bahagian rumah
rumah pangsa itu telah pangsa itu telah retak.
retak.
Tiga orang mayat mangsa Tiga mayat mangsa lemas
lemas dijumpai terdampar dijumpai terdampar di pantai.
di pantai.
j. Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata
bilangan.
SALAH BETUL
Harga daging itu lapan Harga daging itu lapan
setengah ringgit sahaja. ringgit setengah sahaja.
Saya menunggu awak Saya menunggu awak sudah dua
sudah dua setengah jam. jam setengah.
MODUL 4 : KATA PENGUAT
1. Maksud
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata
adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung
dalam kata adjektif.
2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:
KATA PENGUAT CONTOH
a. penguat hadapan terlalu, paling, agak
b. penguat belakang sekali, benar, nian
c. penguat bebas amat, sangat, sungguh
3. Contoh:
a. Digunakan di hadapan kata adjektif.
KATA PENGUAT HADAPAN CONTOH
terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling Sambal tumis itu paling sedap.
agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.
b. Digunakan di belakang kata adjektif
KATA PENGUAT CONTOH
BELAKANG
Pendapat murid itu baik sekali.
sekali Nyaman nian udara di puncak pusat
nian peranginan tanah tinggi.
Cantik benar rantai mutiara ini.
benar
c. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang
kata adjektif.
KATA PENGUAT BEBAS CONTOH
amat 1. Kraf tangan itu amat cantik.
sangat 2. Kraf tangan itu cantik amat.
1. Beg pakaian yang dibawa oleh
sungguh
Suria sangat berat.
2. Beg pakaian yang dibawa oleh
Suria berat sangat.
1. Kereta yang dipandu oleh
Jazeman sungguh laju.
2. Kereta yang dipandu oleh
Jazeman laju sungguh.
d. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan
sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh
kurang sopan, dan terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s
390)
Contoh:
a. Suaranya sungguh amat merdu.
b. Perangainya sungguh kurang sopan.
c. Kata-katanya terlalu amat pedih.
MODUL 5 : DARJAH PENGHABISAN
1.1 se + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
a. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat kami.
b. Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
c. Faridlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.
1.2 ter + kata adjektif
Contoh:
a. Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas ini.
b. Liza antara gadis yang tercantik di kampong ini.
c. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di
Asia.
1.3 paling + kata adjektif
Contoh:
a. Antara adik-beradiknya, Fifilah yang paling cerdik.
b. Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
c. Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling
tinggi di Malaysia.
1.4 kata adjektif + sekali
Contoh:
a. Perniagaan Encik Sulaiman maju sekali.
b. Sedap sekali ayam goreng ini.
c. Suasana di dalam dewan ini meriah sekali.
1.5 ter + amat, sangat + kata adjektif
Contoh:
a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang
kepadanya.
1.6 amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali
Contoh:
a. Peserta larian itu amat cergas sekali.
b. Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
c. Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.
2. Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.
SALAH BETUL
paling terbaik sekali baik sekali
paling terbaik paling baik
paling tercantik sekali cantik sekali
paling tercantik paling cantik
paling termasyhur paling masyhur
paling masyhur sekali masyhur sekali
paling terpandai sekali pandai sekali
terindah sekali terindah
terpandai sekali terpandai
tertinggi sekali tertinggi
terendah sekali Terendah
MODUL 6 : KATA NAFI
i) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak.
Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan
frasa adjektif. Contohnya:
SALAH BETUL
bukan berjaya tidak berjaya
bukan bertunang tidak bertunang
bukan berusaha tidak berusaha
bukan benar tidak benar
bukan hidup tidak hidup
bukan kaya tidak kaya
bukan kecil tidak kecil
bukan manis tidak manis
bukan mati tidak mati
bukan melanggar tidak melanggar
bukan membawa tidak membawa
bukan menangkap tidak menangkap
bukan mengantuk tidak mengantuk
bukan miskin tidak miskin
bukan muda tidak muda
bukan pandai tidak pandai
bukan pergi tidak pergi
bukan rendah tidak rendah
bukan tinggal tidak tinggal
bukan tinggi tidak tinggi
bukan tua tidak tua
ii) Kesilapan penggunaan kata nafi bukan
Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan
frasa sendi nama.
SALAH BETUL
tidak dari Kuantan bukan dari Kuantan
tidak di desa bukan di desa
tidak di Subang bukan di Subang
tidak doktor bukan doktor
tidak emak mentua bukan emak mentua
tidak gas bukan gas
tidak kakak bukan kakak
tidak Kassim bukan Kassim
tidak ke Ipoh bukan ke Ipoh
tidak kerajaan bukan kerajaan
tidak ketua kampong bukan ketua kampong
tidak lembu bukan lembu
tidak mahasiswa bukan mahasiswa
tidak oleh ibu bukan oleh ibu
tidak pelajar bukan pelajar
tidak tangan bukan tangan
tidak tentang masakan bukan tentang masakan
tidak tentang Perdana Menteri bukan tentang Perdana Menteri
tidak untuk kekasih bukan untuk kekasih
tidak untuk wanita bukan untuk wanita
MODUL 7 : KATA PEMERI
Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah
ii. ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.
KATA MAKSUD AYAT CONTOH
PEMERI
- menunjukkan 1. Rumah yang cantik itu ialah
ialah persamaan rumah En. Mazlan.
Adalah - hadir di 2. Emak ialah seorang guru.
hadapan frasa 3. Agama rasmi Negara ialah
nama
agama Islam.
- menunjukkan 1. Meja yang dibeli itu adalah
huraian atau
keterangan. daripada kayu jati.
2. Warna kasut abang adalah hitam.
- Hadir di 3. Tujuan pertandingan itu diadakan
hadapan frasa
adjektif dan adalah untuk mencungkil bakat
frasa sendi baru.
Nota :
1. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama
dengan kata nafi.
SALAH BETUL
Siswazah yang baru lulus Siswazah yang baru lulus itu
itu ialah bukan pengetua bukan pengetua maktab.
maktab. Arahan itu bukan untuk semua
Arahan itu adalah bukan pegawai.
untuk semua pegawai.
2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-
i. Tidak benar
ii. Tidak cantik
iii. Tidak adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.
Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata
kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut
dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-
i. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari
Selasa.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada
hari Selasa.
iii. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak
pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak
pengurusan syarikat itu.
MODUL 8 : KATA PERINTAH
1. Kata perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan
menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan. Ayat perintah
berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan, permintaan,
silaan ataupun larangan.
2. Contoh kata perintah:
a. Suruhan – tolong
b. Permintaan – minta, harap
c. Silaan – sila, jemput
d. Larangan – jangan, usah.
3. Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat:
a. Tolong kembalikan buku cerita saya.
b. Minta semua peserta bersedia.
c. Harap saudara faham masalah saya.
d. Sila masuk.
e. Jemput makan.
f. Jangan berdiri di situ.
g. Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.
4. Kesilapan
4.1penggabungan kata perintah.
a. Sila jangan merokok di kawasan ini. (X)
b. Tolong jangan bising di dalam perpustakaan. (X)
c. Harap jangan memijak rumput ini. (X)
d. Jangan merokok di kawasan ini. (√)
e. Jangan bising di dalam perpustakaan. (√)
f. Jangan memijak rumput ini. (√)
*Imbuhan meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan dalam
ayat perintah.
*Imbuhan awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan dalam
ayat perintah.
MODUL 9 : KATA MAJMUK
Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna yang tertentu.
Bentuk-bentuk kata majmuk:
1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contoh:
gambar rajah kuning langsat
biru laut jalan raya
luar biasa merah muda
tengah hari jam tangan
kapal terbang nasi minyak
bandar raya bom tangan
alat tulis meja tulis
terima kasih kipas angin
*kategori ini juga termasuk gelaran
Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib
Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik,
Ketua Setiausaha Negara.
2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
garis pusat kertas kerja cari gali
reka bentuk
pita suara darah panas kanta lekap
model linear mata pelajaran
segi tiga batu kapur
atur cara kemas kini
3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)
Contoh:
kaki ayam pilih kasih duit kopi kaki bangku makan angin
buah manis anak buah hati berat tangan
tangan mulut emas
Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu
perkataan.
antarabangsa kerjasama suruhanjaya
beritahu olahraga tandatangan
bumiputera matahari tanggungjawab
jawatankuasa setiausaha warganegara
kakitangan sukarela pesuruhjaya
Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja
bercantum.
Contohnya:
a. Kata nama peribadi, peribahasa, perikemanusiaan,
dinihari, hulubalang
b. Kata adjektif sukacita, dukacita
c. Kata sendi nama kepada, daripada
d. Kata hubung apabila, barangkali, manakala, darihal,
apakala, padahal, walhal, kadangkala
e. Kata tanya bagaimana
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur
pertama sesuatu kata sahaja.
Contohnya:
Tunggal Jamak
alat tulis alat-alat tulis
gambar rajah gambar-gambar rajah
balai raya balai-balai raya
kapal terbang kapal-kapal terbang
Menteri Besar Menteri-menteri besar
suku kata suku-suku kata
garis pusat garis-garis pusat
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap;
penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
Tunggal Jamak
pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara warganegara-warganegara
tandatangan tandatangan-tandatangan
jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha setiausaha-setiausaha
Pengimbuhan kata majmuk
a) Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran
sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk - bercampur aduk
ambil alih - mengambil alih
daya serap - daya serapan
ulang kaji - mengulang kaji
b) Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja
secara bercantum.
Contohnya:
campur aduk - mencampuradukkan
ambil alih - pengambilalihan
daya serap - kedayaserapan
ulang kaji - pengulangkajian
MODUL 10 : KATA PARTIKEL
Kata partikel atau kata penegas berfungsi untuk memberikan
penekanan kepada frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
-lah, -tah, dan –kah
Penggunaan kata penegas dalam ayat.
Dalam bahasa bertulis, unsur yang ditegaskan atau difokuskan
dalam sesuatu ayat harus dikedepankan.
SALAH BETUL
Mereka datang bilakah? Bilakah mereka datang?
Anaknya pintarkah? Pintarkah anaknya?
Gerangan gadis itu Siapakah gerangan gadis itu?
siapakah?
Komputer baharuku itulah. Itulah komputer baharuku.
Kunciku manatah? Manatah kunciku?
Usaha kita sia-sialah. Sia-sialah usaha kita.
Penulisan kata penegas pun
Penulisan kata penegas pun tidak boleh dilakukan sewenang-
wenangnya.
SALAH BETUL
Kakakpun hendak pergi ke Kakak pun hendak pergi ke bandar.
bandar.
Saya tidak akan mengaku Saya tidak akan mengaku kalah
kalah biar pun keletihan. biarpun keletihan.
Sudah ditetapkan bahawa tiga belas (13) patah kata seperti yang
berikut ini perlu ditulis serangkai (dicantumkan) dengan kata partikel
pun, iaitu:
adapun andaipun ataupun bagaimanapun biarpun
kalaupun kendatipun lagipun mahupun
meskipun sekalipun sungguhpun walaupun
Kata penegas pun ditulis terpisah daripada perkataan yang
mendahuluinya jika pun bermaksud:
a) juga - Adik pun ingin pergi ke pasar.
b) bahkan - Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi
berlari.
c) biar - Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan
meneruskannya.
d) menguatkan pokok ayat - Tidak ada seorang pun calon
yang gagal dalam
peperiksaan itu.
e) turutan - Selepas itu, pasukan polis pun bertindak.
f) Penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh masuk.
Contoh kata penegas lain:
jua, juga, sahaja, lagi, memang dan hanya.
Selain itu, terdapat kata penegas yang bebas dari segi kehadirannya
dalam ayat.
Contoh:
Adik juga ingin pergi ke Sabah.
Adik ingin juga pergi ke Sabah.
MODUL 11: KESILAPAN EJAAN (KATA)
SALAH BETUL SALAH BETUL
auto matif automotif geraf graf
audien audiens geharu gaharu
agreget agregat hajjah hajah
arithmetik aritmetik hurmat hormat
agen (wakil) ejen (wakil) ide idea
ampangan empangan idap hidap
aked arked iktizam iltizam
akitek arkitek impot import
analisa analisis injin enjin
atlit atlet inspekter inspektor
atnik etnik insuran insurans
anggrik anggerik
baucer baucar Insyaallah / insya- Allah
bistari bestari
bowling boling Insya Allah isytihar
buffet bufet
bumiputra bumiputera istihar istirahat
buroh buruh
calun calon istirehat isyak
cocok (tusuk) cucuk (tusuk)
cucuk (sesuai) cocok (sesuai) isya justeru
catit catat
cendiawan cendekiawan justru jaket
cop cap (cetak)
dasyhat dahsyat jeket kampung
dialog dialog
definasi definisi kampong kapitalisme
deligasi delegasi
deraf draf kapitalisma kartun
durhaka derhaka
efisyen efisien katun kafeteria
ekur ekor
ehsan ihsan kefeteria komedi
engzos ekzos
ekslusif eksklusif komidi komisen
ekspot eksport
ekspress ekspres komisyen konduktor
emel e-mel
engkar ingkar kondaktor konsortium
fadhilat fadilat
fax faks konsotium kontrak
faksimili faksimile
Febuari Februari kontrek kuorum
gembeling / gembleng
gembeleng korum kapten
kaptain kerenah
karenah kalendar
(ragam) keredaan
kelender keriting
keredhaan khianat
kerinting kokurikulum
kianat kolesterol
ko-kurikulum komersial
kolestrol kompleks
komersil kontinjen
komplek legenda
kontingen lakon
lagenda laporan
lakun label
lapuran lencongan
lebel leukemia
lencungan
leukimia
SALAH BETUL SALAH BETUL
protin protein
lojik logik pekej pakej
pesonal personel
losyen losen (kakitangan) petroleum
petrolium platform
letrik elektrik platfom profil
profail profesional
lojistik logistik profesyenal skala
sekala sekalian
maksima maksimum sekelian skim
sekim sesi
manafaat manfaat sessi stor
setor seksa
masaalah masalah siksa silaturahim
silaturrahim snuker
mee mi snooker stesen
stesyen stoking
mekanisma mekanisme stokin sunah
sunnah subsidi
mencatit mencatat sabsidi sandwic
sanwic silinder
mengenengahkan mengetengahkan selinder skema
skima spesies
megenepikan megetepikan spesis setem
stem telefon
mengujudkan mewujudkan talipon tauge
taugeh terampil
mengwujudkan mewujudkan (sayuran) tulen
trampil agama
mentera mantera tulin usik
ugama warung
merbahaya berbahaya usek vokasional
warong unit
minima minimum vokasyenal
yunit
munshi munsyi
nasionalisma nasionalisme
odit audit
oditorium auditorium
optima optimum
organisme organisma
otomatik automatik
otomobil automobil
pamir pamer
paspot pasport
patriotisma patriotisme
pehak pihak
pelancung pelancong
pemerosesan pemprosesan
pemilekan pemilikan
pengembala penggembala
pengemblengan penggemblengan
pensil pensel
perabut perabot
perihatin prihatin
perlaburan pelaburan
perlancaran pelancaran
perletakan peletakan
pertunjukkan pertunjukan
pesaraan persaraan
pesiaran persiaran
plan pelan
profession profesion
prosidur prosedur
MODUL 12 : KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)
SALAH BETUL SALAH BETUL
lalulintas lalu lintas
acapkali acap kali latarbelakang latar belakang
lebuhraya lebuh raya
ada pun adapun lagi pun lagipun
mana pun manapun
adakala ada kala mana kala manakala
merekapun mereka pun
andai pun andaipun meski pun meskipun
olah raga olahraga
andaikata andai kata papantanda papan tanda
penguatkuasa penguat
apa kala apakala pengubahmilik kuasa
pilihanraya pengubah milik
apa tah apatah pasaraya pilihan raya
rekabentuk pasar raya
atau pun ataupun rekabina reka bentuk
ruangniaga reka bina
Aidil-fitri Aidilfitri samada ruang niaga
sebutharga sama ada
aturcara atur cara sediada sebut harga
segitiga sedia ada
ambilalih ambil alih sekaligus segi tiga
barang kali barangkali
begitupun begitu pun
belumpun belum pun
biar pun biarpun
baikpulih baik pulih
bandaraya bandar raya
cendera mata cenderamata
cahayamata cahaya mata
campurtangan campur
empatbelas tangan
gambarajah empat belas
gantirugi gambar rajah senireka sekali gus
garispanduan ganti rugi suratcara seni reka
gunatanah garis suratkhabar surat cara
hakmilik panduan susunatur surat khabar
hapuskira guna tanah susutnilai susun atur
ibubapa hak milik sediakala susut nilai
ibupejabat hapus kira selangseli sedia kala
ibusawat ibu bapa seringkali selang seli
isipadu ibu pejabat sesungguh-nya sering kali
inipun ibu sawat siapa-tah sesungguhnya
janakuasa isi padu sudahpun siapatah
jasabaik ini pun sungguh pun sudah pun
jawatan jana kuasa temubual sungguhpun
kuasa jasa baik temuduga temu bual
jiwa-mu jawatankuasa tengahari temu duga
jualbeli jiwamu tuanpunya tengah hari
kawalselia jual beli tukarsyarat tuan punya
kadang kala kawal selia telahpun tukar syarat
kemaskini kadangkala ulangtahun telah pun
kerapkali kemas kini urusetia ulang tahun
keretapi kerap kali usahasama urus setia
kerja sama kereta api walau pun usaha sama
kerjatanah kerjasama walaupun
kertaskerja kerja tanah walaubagaimanapun walau
kuatkuasa kertas kerja bagaimanapun
kuat kuasa
MODUL 13 : KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)
Imbuhan Pinjaman
- imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab,
dan imbuhan Inggeris.
- boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa
Melayu baku.
Contoh imbuhan pinjaman:
Imbuhan Inggeris:
Awalan
Imbuhan Makna Contoh
anti- menentang / benci antidadah
antikomunis
auto- dengan sendiri anti-Amerika
automatik
poli- banyak autonomi
automobil
pro- menyokong / poligami
menyebelahi poliklinik
sub- sebahagian politeknik
daripada prokerajaan
supra- melebihi / probarat
pasca- merentasi pro-Malaysia
selepas subtajuk
subbidang
subsistem
supranasional
suprakelas
pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis
Akhiran
Imbuhan Makna Contoh
-is orang yang cerpenis
melakukan kartunis
-isme ekonomis
kepercayaan / kapitalisme
-logi ajaran / fahaman komunisme
seseorang nasionalisme
-grafi bidang ilmu antologi
psikologi
*Catatan bidang ilmu / morfologi
bidang seni geografi
kaligrafi
biografi
- jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas,
tanda sempang (-) mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata
nama khas tersebut.
Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel
Imbuhan Sanskrit
Awalan
Imbuhan Makna Contoh
dasa- sepuluh dasawarsa
dwi- dua dwibahasa
dwimusim
dwicara
eka- satu ekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
juru- orang yang pakar juruhebah
/ mahir dalam jurubahasa
sesuatu bidang juruterbang
maha- agung / besar mahaguru
maharaja
mahasiswa
panca- lima pancaragam
pancawarna
pancaindera
pra- sebelum prakata
prasangka
tata- prasyarat
peraturan / sistem tatabahasa
tatatertib
tatadunia
Akhiran
Imbuhan Makna Contoh
-ita wanita / biduanita
-man perempuan posnita
orang yang seniman
memiliki sifat / budiman
kepakaran dalam
sesuatu bidang
-wan orang yang jutawan
- pakar dalam wartawan
sesuatu jelitawan
bidang ilmuwan
- melakukan angkasawan
sesuatu
perbuatan
- memiliki
sesuatu sifat
- memiliki
sesuatu
-wati wanita yang mahir peragawati
dalam sesuatu seniwati
bidang pekerjaan angkasawati
*catatan
- -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan
huruf-huruf lain]
- -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan
huruf ‘i’]
Imbuhan Arab –Parsi
Awalan
Imbuhan Makna Contoh
biadab
bi- tidak bilazim
binormal
Akhiran Makna Contoh
Imbuhan orang perempuan ustazah
-ah / wanita qariah
-at orang perempuan muslimat
-iah / wanita hadirat
hal yang ada ilmiah
-in perkaitan dengan jasmaniah
sifat alamiah
orang lelaki hadirin
muslimin
musyrikin
*catatan
- -wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal]
- -in [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan]
SALAH BETUL
anti agama antiagama
anti dadah antidadah
anti Israel anti-Israel
anti kapal selam antikapal selam
anti komunis antikomunis
anti lelaki antilelaki
anti nuklear antinuklear
anti perang antiperang
anti sosial antisosial
anti-aparteid antiaparteid
anti jenayah antijenayah
dwi bahasa dwibahasa
dwi budaya dwibudaya
dwi bulanan dwibulanan
dwi cabang dwicabang
dwi cara dwicara
dwi fokus dwifokus
dwi fungsi dwifungsi
dwi tahunan dwitahunan
eka atom ek atom
eka bahasa ekabahasa
eka fungsi ekafungsi
eka suku kata ekasuku kata
eka warna ekawarna
pasca ijazah pascaijazah
pasca merdeka pascamerdeka
pasca modenisme pascamodenisme
pra kata prakata
pra Olimpik pra-Olimpik
pra sejarah prasejarah
pra-moden pramoden
pra-sekolah prasekolah
pra-syarat prasyarat
pro aktif proaktif
pro Barat pro-Barat
pro kemerdekaan prokemerdekaan
pro-pembangkang propembangkang
sub tajuk subtajuk
sub-judul subjudul
sub-kelas subkelas
sub-kontraktor subkontraktor
sub-seksyen subseksyen
sub-standard substandard
tata nama tatanama
tata rias tatarias
tata susila tatasusila
tata-tertib tatatertib
tatatur / tata atur tataatur
PKP COVID 19
SELAMAT
BELAJAR